Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, April 19, 2008

ANAK NAKAL vs ANAK PINTAR


Terbeliak mata saya melihat keadaan sterika saya di bilik bawah hari itu ketika saya mahu mengosok. Sterika steam tersebut terjelepok di lantai dan digenangi air. Switch di dinding dihidupkan dan punat di sterika diputar sehingga maximum. Nasib baik sterika yang saya beli itu akan memutuskan kuasa elektrik kalau sudah terlalu panas.
“Ini mesti kerja si Hakim..”
Desis hati saya. Semalam saya nampak anak buah saya yang berusia 12 tahun itu membawa sterika tersebut ke dalam bilik air. Mungkin mahu mencuba sterika stim yang saya beli beberapa bulan yang lalu.
“Ada..ada sahaja budak ni” bisik hati saya.
Hakim anak kedua daripada 2 orang adik beradik. Perangainya agak pelik sedikit dibandingkan dengan abangnya Fauzan.. Nakalnya kadangkala menjadikan tekanan darah kakak saya dan abang ipar saya tinggi. Ketika minggu pertama mula bersekolah, cikgu sudah menelefon. Menyuruh abang ipar saya datang ke sekolah. Hakim jatuh di dalam longkang ketika bermain. Berdarah mukanya dan terpaksa di bawa ke klinik.
“Hari ini dia pakai seluar berlapis-lapis sebelum ke tusyen..” Satu hari kakak saya memberitahu. “Kerja rumahnya tak siap.Takut cikgu tuisyennya pukul, dia sudah bersiap sedialah..”
Ketawa saya mendengar penjelasan kakak saya. Alahai Hakim, Hakim. Budak itu memang cukup menarik untuk diteroka akal dan fikirannya. Dalam nakal-nakal Hakim, dia disenangi oleh kanak-kanak. Bahkan Qaisara boleh melompat-lompat kegembiraan apabila melihat abang sepupunya turun dari kereta di hadapan rumah saya. Hakim memang rajin melayan Qaisara. Main pistol air atau berkubang dalam kolam plastik depan rumah. Dia memang tidak boleh duduk diam dan seringkali suami mengatakan yang Qaisara sudah terikut perangai Hakim yang hyper!
“Budak-budak nakal selalunya kreatif. Otaknya sentiasa bergerak..”
Saya membuat penakulan sendiri. Saya dulupun macam tu. Tidak boleh duduk diam. Kalau tidak berkubang di parit besar, pergi memancing. Kemudian meredah hutan mencari apa sahaja buahan hutan yang boleh dimakan. Buah lemba, cemperai, pelanduk. Tanpa basuh saya masuk dalam mulut. Takut tidak ada dalam kamus hidup. Bahkan saya pernah tidur di atas kubur cina. Dan hasilnya saya menjadi lebih kreatif daripada adik beradik yang lain..he..he..he.
Teringat saya pada beberapa kajian pakar, kata mereka anak nakal adalah anak-anak yang berusaha mencari pengalaman belajar yang tidak didapatinya dari sekolah atau ibu-bapanya. Bahkan mereka cuba mengembangkan pontensi yang ada dalam diri. Anak-anak nakal ini sebenarnya tidak suka duduk diam di dalam kelas dan hanya mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh gurunya. Ya..saya rasa apa yang diperkatakan oleh pakar itu benar!
Cuma saya bimbang dengan sistem pembelajaran yang saya terima satu ketika dahulu sampai sekarang ini rasanya, lebih membimbing anak-anak menuju ke tangga universiti bukannya untuk menjadi anak-anak lebih kreatif ataupun aktif.

Nakal-nakal Hakim, pada semester tahun lepas. Dapat juga dia No.3 dalam kelas. Jadilahkan….

1 comments:

MamaErra said...

Anak2 nakal ni mmg bijak. Anak saya jg tak terkecuali sampaikan emak saya pernah berkata, "kenakalan anak2 aku seramai 6 orang tu tak tertanding dgn kenakalan cucu aku yang seorang ni."

Wpun nakal dan tak ada lansung pernah tunjuk minat untuk rajin belajar, anak saya mendapat markah 80 ke atas dlm semua mata pelajaran di exam yg lepas. Pernah satu ketika, dia dapat A dlm semua subjek. Tu lah kadang-kadang buat saya pening dalam melayan karenah kenakalannya itu... apa2 pun dialah permata hati saya.