Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, September 30, 2011

AKU SUJUD PADAMU YA ALLAH..

Semalam saya, bibik, Teta, Khamisah dan Suraya melawat seorang kawan yang tinggal di Sepang. Beliau baru sahaja menjalani pembedahan. Kami tiba ke rumah beliau pun sudah jam enam petang. Borak punya borak sudah jam 7. Jadi kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah melalui jalan lama Sepang-Bangi. Konon nak cuba jalan lainlah.
Rupanya jalan tersebut jalan kampung yang sangat banyak lampu isyarat jika dibandingkan dengan jalan biasa Kajang Putrajaya.
"Kita solat di Petronaslah.."
Sesekali saya melihat jam di dashboard. Hati berdetik hendak dekat pukul lapan. Masih ada waktu lagi. Kebetulan Petronas tidak jauh dari rumah saya tetapi harus berhenti juga. Kami pun berhentilah bersolat.
Terima kasih dan syukur padamu ya ALLAH

Saya ambil wuduk. Bersolat dan ketika saya sujud tiba-tiba telekung saya terangkat menutupi muka saya dan saya tak nampak apa-apa.. ALLAHUAKHBAR. 
Saya batalkan solat saya dan saya solat semula. Kata kawan-kawan saya saya duduk bawah kipas dan telekong saya ringan. Dia suruh saya kepit telekung tersebut. Saya lakukan. Rakaat pertama tidak apa-apa, rakaat kedua pun tak apa-apa, tetapi sujud rakaat ke tiga, telekung tersebut sekali lagi terangkat dan menutup muka dan kepala saya. Ya ALLAH. 
Saya batalkan sekali lagi dan saya solat semula dengan menukar telekung. Kali ini solat saya seperti lintang pukang sahaja. Hati saya sudah tidak enak. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Kenapa? Apa salah saya.?
Habis sahaja saya bersolat. Saya teringat sesuatu. Ya..kepala saya tidak sakit lagi seperti dua tiga hari kebelakangan ini. Segalanya menjadi tenang. Saya bergegas sahaja ke tandas.  Di dalam tandas.....patutlah. Seharusnya saya tidak bersolat tadi. Ada halangan alami rupanya. Biasanya sebelum halangan alami saya akan sakit kepala sehari dua dan kalau sakit kepala itu menghilang, itu tandanya ianya sudah datang.
Hati saya lega dan bersyukur dengan nikmat ALLAH yang diberikan kepada saya dan kadangkala saya tidak mengetahuinya. Syukur dan terima kasih padamu ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim, Ya Khaliq atas segala kurniaan, kesihatan, kasih sayang dan segalanya. Aku sujud pada mu..


Wednesday, September 28, 2011

MARI BELAJAR NOTES MUZIK DENGAN TETA!


Qaisara memang sangat teruja dengan kelas pianonya. Sampai sekarang ramai kawan-kawannya sudah menarik  diri dari kelas tetapi dia masih teruja mahu ke kelas. Malam tadi sebelum tidur, dia cuba mencungkil ingatan saya untuk membaca notes yang sudah lama saya tinggalkan.

Ini apa umi?
Ini half notelah Ta...
Wahhh..umi pandailah..



Ini umi?
Alamak? Garu kepala saya dibuatnya. Saya lupa dan cuba ingatkan semula.
Ini bukankah, two three..
Ha ha ha Qaisara ketawa besar. Senang hati sebab saya tak tahu jawab.
Ini, two eighths lah umi..
Oh iye ke..

Ini umi?
Ini quarter , kan?
Yeahhhh..umi betul-umi betul...


Ini umi..
Alah senang aje. Ini full..
Aik..mana ada full umi? Mata Qaisara terbeliak.
Yelah full. Si umi masih berdegil dan penuh yakin.
Bukan full umi Whole..
Hesyy..Teta ini full..
Umi ini whole bukan full.
Fulllah Teta, umi belajar dulu full (ya yalah umi dia.)
Umi salah..
Umi betul. Kalau umi betul Teta nak bagi umi berapa ratus?
Hesyy..umi ni teruk, Teta mana ada duit. Duit Teta tu duit umi..
Ha ha hah kami gelak. 
Kalau Teta betul, umi bagi Teta apa?
Hari jadi Teta nanti umi belikan Teta piano.
Berapa lama lagi hari jadi Teta umi?
3-4 bulan lagi.
Wow..lamanya. Hmm...tak apalah Teta tunggu..
Dan kami pun buka buku muzik Teta. Nyata memang Teta yang betul!
Note di atas adalah 'WHOLE' bukan 'FULL'
Aduh! Saya tepuk dahi dan saya sedar sesekali saya harus akui, anak kadangkala lebih pandai dari uminya.

Tuesday, September 27, 2011

SUDAH ADA DI PASARAN

Sudah berada di pasaran
RM29.50 Semenanjung
RM32.50 Sabah/Sarawak.

Monday, September 26, 2011

TAK FASAL FASAL

Hari Sabtu lepas saya ke Parit Buntar menziarahi adik ipar yang bersalin. Kami kemudian tidur di Bukit Merah yang perjalanannya dari Parit Buntar hanya 1/2 jam sahaja. Kami balik pada hari Ahad dan singgah pula di Sungai Buloh untuk membeli pokok bunga dan pasu. Ketika melalui Ikea suami bertanya nak singgah tidak ke Ikea, tetapi memikirkan ada pokok bunga di dalam kereta saya pun menjawab tidak mahu (ha ha..pokok bunga telah menang dari membeli belah). Saya beritahu tahu suami balik nanti saya mahu menanam pokok bunga. Tiba-tiba Qaisara menjerit dan menangis.
"Sudahlah umi, Teta nak balik cepat. Nak jumpa Mak Usu (adik saya Nurul). Teta tak mahu pergi beli bunga lagi"
Saya pun tergelak dan menyakat Teta yang salah faham sebenarnya.
"Yeah..yeah, Teta salah. Umi cakap bukan nak pergi beli pokok bunga tetapi nak tanam pokok bunga yang umi dah beli. Yeah.yeah Teta salah" (mak perangai lebih teruk dari anak).
Mendadak sahaja Qaisara meraung macam orang histeria. Ini pasti kes malu kerana tersalah dengar. Saya suruh dia berhenti menangis, dia tidak mahu menangis. Puas saya pujuk dia tetap menangis dengan tangannya bergantung di leher bibik. Kerana geram saya cubit punggung dan lengannya. (Qaisara paling takut kalau saya sudah mencubit.). Dia diam sambil tersedu-sedu. Saya pun diam. Suami mengeleng kepala melihat perangai dua beranak yang tak mahu mengalah. Tidak lama kemudian Qaisara mendapatkan saya di hadapan dan memeluk leher saya.

Anak baba,  dua-dua orang suka berenang. Uminya..duduk tepi kolam sahajal..he he

"Umi sorrylah umi, sebenarnya maksud Teta bukan macam tu." 
"Qaisara salah faham aje tadi. Sebenarnya memang umi nak balik dah. Umi dah tak sabar nak tanam pokok. Lain kali kalau Qaisara salah dengar, akui sahaja. Salah. Tak payah nak panjangkan cerita dan kemudian menangis buat penat sahaja.."
Jawab saya sambil mencium dia. Dia duduk di pangku saya. (punyalah berat Mak Cik Teta sekarang ini). Saya cium kepalanya dan Qaisara juga mencium pipi saya.
"Bila dah salah kita kena akui. Buat penat sahaja menangiskan?"
"Yelah umi, penat aje Teta menangis dan tak pasal-pasal Teta kena cubitkan.."
Balas Qaisaa sambil ketawa. Ha ha ha..pandai pula menjawab tu. (tergolek-golek kami gelak sama-sama)

Wednesday, September 21, 2011

DIDIKAN YANG TIDAK BETUL..

"Omi, Omi ingat tak Omi.."
Ha ha sebenarnya baru-baru ini baru saya perasan yang Qaisara bukan memanggil saya Umi tetapi Omi. 
"Ingat apa sayang.."
"Alah kita naik kereta api hari itu. Ada budak cina yang kena pukul dengan mak dia.."
Aduhai..Qaisara ni saya sudah melupakan peristiwa itu tetapi Qaisara mengingatkan saya.
"Ingat.."
"Yelah..sebab adik dia rebut kain dari dia, emak dia pukul kepala diakan umi?"


Ya ALLAH jantung saya sudah bergegar rasanya. Saya tidak suka melihat perkara yang sebegitu. Memakan masa yang lama untuk melupakan. Ya..saya ingat dan saya rasa saya pernah cerita di FB, seorang kanak-kanak cina menaiki kereta api dengan ibunya. Dia memegang tuala dan tuala itu dirampas oleh adiknya yang agak kecil. Bila dia cuba merampas balik. Emaknya mengetuk kepalanya dan memaki hamun anak itu, sehingga dia menangis. Bahkan beberapa kali menyepak mukanya.
Jantung saya luruh dan saya menangis. Ketika itu suami berada jauh dari saya tetapi dia mengisyaratkan saya supaya menegah perbuatan ibu berbangsa cina itu. Jarak saya dengan wanita cina itu pun agak jauh tetapi saya menghantar isyarat mata kepada penumpang di sebelah perempuan cina itu supaya menghentikan, tetapi dia seperti takut-takut. Bila turun dari kereta api saya menjadi mangsa leteran suami kerana tidak menghentikan perbuatan wanita cina itu. Yelah bagi suami..anak adalah segala untuknya.

"Qaisara boleh tak jangan cerita pada umi hal tersebut.."
Saya tunduk, air mata saya mahu mengalir. Semakin berumur saya memang tidak boleh melihat anak didera. Apatahlah lagi melihat ada pilih kasih dalam cara ibu bapa mendidik anak. Mungkin masa lepas saya yang agak menyedihkan.
"Kenapa umi?"
"Umi sedih.."
"Hmm..Teta pun sedih. Kenapa ya umi, adik yang rampas dia pula kena marah umi. Kenapa emak dia tak adil umi? Emak dia jahatkan.."
Saya hanya mengiakan kata-kata Qaisara. Saya tidak boleh mempertahankan emak yang sebegitu.
Ya..kadang kala saya sendiri tidak faham cara ibu bapa mendidik anak-anak. Bila anak kecil membuli abangnya dikatakan tidak mengapa, tetapi kalau abang membuli si adik abang akan kena bukan setakat maki hamun tetapi dipukul dan disepak begitu..
Bila besar nanti, saya yakin anak ini akan ingat apa sahaja perbuatan emaknya dan siemak jangan marah kalau satu masa nanti, perasaan dendam anak tidak boleh diubati lagi...

Tuesday, September 20, 2011

JOM KITA KUMPUL SAHAM AKHIRAT..

DAHSYATNYA SEDEKAH

Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, sebagai berikut :
Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat hairan dengan  penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya?
“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?”
Allah menjawab,
Ada,iaitu besi”  (gunung boleh diruntuhkan oleh jentolakkan?)
Para malaikat pun kembali bertanya,
Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada besi?” Allah yang Mahasuci menjawab, 
“Ada, iatu api” (Besi boleh cari dengan apikan?).
Bertanya kembali para malaikat, “
"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada api?”
Allah yang Mahaagung menjawab, “Ada, iaitu air” (jirus air api pun padam)
“Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?”
Bertanya lagi para malaikat..
Allah yang Mahaberkuasa dan Maha agung,
“Ada, iaitu angin” (bayangkan bagaimana angin meniup menyebabkan air dilaut bergelombangan dan membentuk tsunami?")

“Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari angin?”
Bertanya lagi para malaikat.

Allah yang Mahagagah dan Mahadahsyat kehebatan-Nya menjawab, “
"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya.”
Sahabat semua lihatlah betapa , paling kuat, dan paling dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa ada unsur  riak.



Sahabat saya bersama dengan Grup Ukwah sedang mengadakan kempen mengumpul RM10 seorang atau lebih untuk membantu suami Ramlah, Amir yang memerlukan RM150,000 untuk pembedahan pemindahan hati. Sudi kiranya para sahabat semua menghulurkan sedikit bantuan kecil tetapi besar bagi kami semua untuk mengubah nasib Amir yang kini sudah tidak boleh berjalan lagi.
TOLONG YA  SAHABAT SEMUA. Anda boleh juga memanjangkan banner di atas kepada blogger yang lain.
DIDOAKAN ANDA SEMUA DIBAWAH RAHMAT ALLAH...TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK, HANYA ALLAH YANG MEMBALASNYA..

Sunday, September 18, 2011

TOLONG BANTU SAYA..TOLONG YA...

Baru saya mahu menulis entry ini saya sangat sedih.Tanpa sedar jam 5 pagi ini saya tersedu-sedan sendiri. Melihat suami yang tidur pula,  saya cuba membayangkan dan mari kita semua sama-sama membayangkan. Apa harapan kita bila doktor mengatakan yang suami kita hanya tinggal 10 peratus harapannya untuk hidup? Apa perasaan kita bila mengetahui..dalam masa beberapa bulan lagi orang yang anda kasihi akan pergi meninggalkan kita. Apatah lagi bila doktor memberitahu satu-satu harapan yang suami kita ada adalah menjalani pembedahan yang memerlukan belanja yang banyak dan kita tidak mempunyai wang seperti yang dikehendaki?
Oh saya tidak dapat membayangkan. Pasti setiap hari kehidupan dilalui dengan perasaan yang sangat keliru dan hilang harapan.
Begitulah dengan Ramlah.
Suaminya Amir perlu dibedah segera kerana mengalami kerosakan hati.Suaminya sukar untuk berjalan sekarang disebabkan sebelah kaki membengkak manakala perutnya membuncit. Cuba bayangkan yang Amir itu suami kita ataupun ayah kita.
Saya pada mulanya memang tidak mengenali beliau. Dia rakan sekerja Kusyi Hirdan di Harian Metro dan semalam kami mengadakan jualan amal untuk membantu suami Ramlah yang memerlukan RM150,000 untuk pembedahan hati suaminya yang doktor kata hanya ada peluang 10%.
Semalam saya berjumpa dengan beliau. Saya sangat sedih. Tubuh kurus Ramlah seperti tidak dapat menampung derita yang sedang ditanggung. Beliau menangis depan saya. Hati saya sangat hancur dan sama-sama merasai derita yang ditanggung beliau.
Ya..beliau hampir hilang harapan dan hanya kita sahaja yang boleh memberi sedikit cahaya kepada beliau.
Beliau seperti tidak dapat menanggungnya, dan sebagai manusia yang mempunyai perasaan marilah kita sama-sama berkongsi menanggung derita Ramlah,
Sahabat pembaca, sudilah kalau entry saya ini dipanjangkan dan kalau ada sedikit kelapangan dari sergi material. Sudilah menderma untuk Ramlah. Tolonglah sahabat. Saya merayu pada semua. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ramlah di talian 012-6308047 atau akaun Maybank 105073200517 dan sama-sama kita berdoa supaya segala urusan Ramlah dipermudahkan ALLAH dan Amir suaminya pulih semula. AMIN.


Ramlah yang berada di sebelah kanan saya. Saya berdoa ada keajaiban yang akan berlaku dan suami Ramlah akan pulih semula dan wanita ini akan tersenyum.
Tolong bantu saya sahabat semua.....tolong ya...



Thursday, September 15, 2011

Pengantin pegang senjata dalam majlis perkahwinan di Tripoli


RIPOLI - Kebanyakan pasangan pengantin memilih untuk mengenakan aksesori mewah seperti tali leher atau kafling perkahwinan untuk meraikan hari istimewa itu.
Bagaimanapun, situasi itu tidak menjadi keutamaan bagi salah seorang bakal suami kerana dia memilih untuk bergaya dengan membawa senjata perang pada hari tersebut pada Ahad lepas.
Pasangan itu bergaya dengan memegang senjata api dalam majlis perkahwinan mereka di salah sebuah hotel di Tripoli. Mereka memegang senjata perang itu sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.
Pengantin perempuan memutuskan untuk memakai pakaian tradisional iaitu gaun putih dengan kain yang menutupi wajahnya.
Peperangan di Libya yang bermula sejak Februari lalu masih belum berakhir walaupun para pemberontak telah berjaya menumbangkan rejim Muammar Gaddafi menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu.
Para pemberontak itu kini memburu Gaddafi yang masih bersembunyi termasuk saki-baki para penyokongnya.
Libya kini ditadbir sebuah badan yang mewakili para pemberontak itu yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC). - Agensi
P/S teringat satu lagu..."dunia sudah tidak aman.."
Sumber :Kosmo

Wednesday, September 14, 2011

PESAHABATAN ITU ADALAH BERTERUS TERANG...

Persahabatan bukan sesuatu yang murah harganya. Benar kadangkala amat lambat persahabatan itu terbina dan tetapi terlalu mudah persahabatan itu runtuh. Untuk kekal bersahabat bukan mudah. Terus terang saya tidak ada sahabat baik di sekolah menengah tetapi saya ramai sahabat baik ketika saya bekerja di kilang, di pejabat swasta dan di bank saya bekerja. Namun persahabatan itu tidak kekal lama. Bukan disebabkan saya memutuskan persahabatan tetapi disebabkan banyak halangan dan juga keadaan yang tidak memihak kepada saya.
Sekarang saya mempunyai ramai sahabat dan sangat menghargai persahabatan tersebut. Dalam bersahabat saya lebih banyak mendengar seribu satu macam masalah sahabat-sahabat saya. Syukur tuhan berikan saya kehidupan yang mudah, mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah dan kurang masalah dan saya boleh mendengar masalah sahabat saya ini. (saya selalu menganggap masalah bukan masalah, jadi macam mana nak ada masalah iye tak?).
Minggu ini sahaja, saya mendengar masalah 6 orang sahabat saya dengan pelbagai cerita. Saya mendengar dengan tekun, memberi respon sebaik boleh dan meletakkan diri saya pada keadaan mereka. Nyata walau saya tidak menyelesaikan masalah, tetapi saya dapat berkongsi masalah.

Dalam persahabatan kita harus bersangka baik. 
Walau kadangkala ada perbuatan sahabat yang menguris perasaan kita tetapi jangan kita burukan keadaan yang bersangka yang bukan-bukan.
"Dia mungkin sibuk, bersabarlah.."
Saya masih ingat bagaimana saya cuba memujuk salah seorang sahabat kami yang risau kerana salah seorang sahabat lain tidak bertegur sapa. Bahkan SMSnya tidak dibalas.  Manusia kadangkala punya pelbagai alasan jadi kita kena menerima dengan hati yang terbuka. Lebih-lebih lagi sahabat yang sudah berumah tangga.

Musuh persahabatan adalah prasangka dan memendam rasa. 
Ianya sangat bahaya. Saya seorang yang sangat vokal dalam persahabatan. Jika saya tidak suka, saya akan beritahu. Saya tidak memendam rasa jauh sekali berprasangka. Mungkin sifat ini kadangkala menyakitkan hati teman-teman saya. Saya akui kekurangan saya ini. Saya tahu banyak hati yang tergores tetapi goresan itu hanya sebentar kerana saya tetapi menyayangi mereka. Saya tahu orang yang selalu makan hati dengan saya adalah Liza Bujang dan Khamisah. Ha ha ha 
Liza Bujang terutamanya, walau saya pernah meluahkan perasaan tidak puas hati padanya, tetapi tetap menerima pandangan saya dengan hati yang terbuka. Beliau seorang yang sangat positif dan saya bangga dengannya.
Begitu juga Khamisah, walau hatinya sangat tergores atas perbuatan seorang sahabat dan tertanya-tanya apa salahnya. Dia mendengar nasihat saya bahkan dia mampu berlagak seperti biasa. Sahabat-sahabat begini adalah sahabat yang sangat positif dan menghargai persahabatan.

Sifat berterus terang  perlu dalam persahabatan. 
Hubungan persahabatan seperti juga hubungan suami isteri. Sepasang suami isteri seharusnya tidak berbohong, memendam rasa dan prasangka dengan pasangannya. Saya sendiri bersama suami, kadangkala perkara kecil pun menjadi perbalahan kami. Kadangkala ada kata-kata saya ditafsirkan oleh suami berlainan daripada apa yang saya maksudkan, dan di situlah kita harus mencari jalan penyelesaiannya. Bercerita dari hati ke hati dan kemudian memaafkan antara satu sama lain.
Apa juga masalah sahabat dengan sahabat, harus diselesaikan dengan bersemuka. Kalau dirasakan tidak perlu, kita simpan sahaja dan harus dibuang dari ingatan.  Memendam rasa dan prasangka atas sebab yang kita sendiri tidak jelas, merupakan racun dalam persahabatan. Bahkan orang tengah tidak perlu kerana orang tengah ini akan merosakkan lagi keadaan...

Hormati sahabat kepada sahabat-sahabat kita..
Ya..siapa pun sahabat kepada sahabat-sahabat kita. Kita harus menghormati mereka. Berikan senyuman pada mereka dan jangan membuat muka. Perkara ini selalu juga menjadi masalah dalam persahabatan bila seorang sahabat, tidak menyukai sahabat kepada teman-temannya. Apa hak kita untuk mengawal sahabat kita? Apa hak kita untuk menahan tetapi kita boleh menasihati kalau sahabat kepada sahabat kita boleh membawa mudarat.

Saya sayangkan sahabat saya..untuk sahabat saya, Kusyi & suami isteri, Kham, Liza Bujang, Balqish, Suami isterti, Aween, Tini, Am, Roslaini, Atan, Kak Imah, Ida, Aida, Atie, yatie, yatie, yatie, Nik, Lily, Nora (ramai rupanya sahabat saya bernama yatie), zahari, sharif..... ha ha..oh..sebenarnya terlampau ramai untuk di sebut. Anda adalah sahabat saya yang paling berharga. Kalau ada kata-kata yang menguris rasa dan cerita menyakitkan hati di belakang, rasanya kata-kata itu bukannya datang dari saya. Bersemukalah. Kerana dalam persahabatan kita harus berterus terang dan tidak memendam rasa.

Tuesday, September 13, 2011

JOM BERAMAI-RAMAI MEMBUAT AMAL..


Dunia penulisan sangat luas. Kami mempunyai rakan-rakan di dunia penulisan kewartawanan, kreatif, blogger, kritik dan lain lain lagi. Bak cubit paha kiri paha kanan terasa juga, begitulah kami apabila ada rakan penulis kami yang memerlukan bantuan dan menghadapi masalah. Ramlah Zainal ialah wartawan Harian Metro dari meja hiburan. Saya atau anda mungkin tidak mengenalinya secara dekat ttp dia kini diduga Allah kerana suaminya mengalami masalah hati yg kritikal. Disebabkan itu hati suami Ramlah perlu diganti segera.
RM150,000 diperlukan bagi tujuan pembedahan ini dan ia bukanlah jumlah yg sedikit.
Pihak Harian Metro mahu mengadakan kutipan derma dengan cara melelong barang-barang dari para selebriti dan artis-artis. Sebenarnya sesiapa pun boleh turut serta jadi kami memikirkan mengapakah kami tidak turut sama? Jadi kami juga mahu melakukan susuatu. Kami mahu menjual novel-novel kami dan darinya akan mendermakan 35 peratus kepada suami Ramlah. 
Acara lelongan ini akan berlangsung pada 17hb Sept 2011 di NST, Jalan Riong, Bangsar jam 12 tghr  - 7 malam. 
Marilah beramai-ramai datang menemui kami di sana. Dapatkan novel2 NB Kara sambil menderma kepada Ramlah supaya suaminya segera dapat melakukan pembedahan.
Kini mungkin masa Ramlah, esok lusa mungkin masa keluarga kita atau masa kita pula. Mari beli novel sambil menderma demi tujuan murni ini.
NB kara juga akan melelong baju-baju baru dan baju-baju terpakai yang sangat elok kondisi untuk acara tersebut. Ada pelbagai barangan juga yang saya jual melalui facebook untuk tabung amal Ramlah ini.

Cardigan yang saya beli di Turki dan di jual di FB dan sudah ada pembelinya....


Jacket yang saya beli di eropah ini juga sudah di jual dan semua wang hasil jualan di masukkan ke tabung amal ini..


Baju milik saya, yang hanya saya pakai sekali akan dijual nanti...dengan harga RM80

Blouse baru...yang akan di jual dengan harga RM60..size XL


Blouse dari Ms Read..


Insya-ALLAH sesiapa yang berminat mahu membeli barangan ini, boleh mengunjungi FB Fan page, Nbkara..NBkara page




Thursday, September 8, 2011

JANGAN KETAWAKAN DIA..


Kenapa gambar lelaki ini dalam blog saya?
Iye saya jumpa dia ketika beraya di rumah emak saudara saya. Jiran kampung saya yang saya kenal sejak kecil lagi.
Seorang lelaki yang mungkin agak kurang akalnya tetapi amat rajin bekerja dan membantu setiap kali ada kenduri kahwin.
Bahkan selepas emaknya meninggal saban hari menurut kata keluarga saya dia akan menziarahi kubur ibunya. Kadangkala bila orang mempermainkan dia, saya rasa marah walau lelaki itu hanya ketawa sahaja.
"Dia wali ALLAH.."
Suami saya memberitahu apabila kami bercerita mengenainya. Saya tersenyum dan sedar, orang seperti dia adalah orang yang bersih hatinya.
"Awak tahu beberapa tahun yang lalu di  Bursa, Turki ada seorang lelaki seperti ini. Selalu dipermainkan orang. Kalau dia ke pasar ada sahaja orang memperolok-olokkan dia"
Suami sudah mula bercerita. Saya mendengarnya dengan tekun.
"Kemudian tahu apa yang terjadi.." sambung suami bertanya.
"Hmm..tidak, ceritalah.." Suruh saya.
"Satu hari ada seorang yang agak kaya lalu di pasar. Lelaki kaya itu mahu ke Istanbul dengan kereta mewahnya. Lelaki yang tidak cukup akal ini menahan dan mahu menumpang. Kata dia, dia mahu ke Istanbul dan lelaki kaya itu hanya ketawa tetapi tidak membenarkan lelaki tidak cukup akal itu masuk ke kereta mewahnya."
Cerita suami lagi. Suami saya memang banyak cerita dan saya pula isteri yang suka mendengar.
"Lepas tu apa terjadi?"
"Awak tahu, bila lelaki kaya itu tiba di Istanbul dia ternampak lelaki tidak cukup akal itu di sana. Sedang duduk di sebuah kedai kopi dan menghirup teh..Menurut tuan kedai tu, dia sudah berjam-jam di kedai kopi itu."
"Wahhhh...hebat!"
"Ya...tidak seorang pun tahu bagaimana dia sampai ke sana. Kalau menaiki kereta dari Bursa ke Istanbul dalam 4 jam. Awak cuba bayangkan, kalau dia sudah berada di kedai kopi itu beberapa jam sebelum itu? Orang macam ini jangan kita ejek dan permainkan. Esok kita masih belum habis dihisab di akhirat dia sudah masuk syurga dan mentertawakan kita pula.."
Ya..kata suami amat benar. Orang seperti ini orang yang bersih hatinya dari hasad dengki, cemburu dan kecil hati.




Monday, September 5, 2011

KENAPA JADI BEGINI?

Qaisara sambil bergaya sambil mulutnya penuh makan dodol di rumah bapa mertua Kusyi Hirdan di Melaka. (Qaisara muka sahaja bukan melayu tapi suka makan dodol, rendang, durian dan saya percaya bila besar sedikit nanti pasti dia akan makan petai, jering dan sebagainya..he he)

Sedar tak sedar cepatnya masa berlalu. Sudah seminggu kita berhari raya. Ada yang sudah menyambung berpuasa sunat tetapi saya belum lagi kerana halangan alami.
Hari raya tahun ini terasa pantasnya berlalu. Saya berhari raya di rumah sendiri di Melaka. Kadangkala rasa sedih juga kerana tidak bersama ayah dan keluarga di rumah besar . Tetapi di rumah sendiri, saya menerima kunjungan rakan-rakan yang lebih ramai dan lebih bermakna.
Saya benar-benar teringin mahu ke rumah rakan-rakan lama di Melaka tetapi masa langsung tidak mengizinkan. Pagi memasak, kemudian ke rumah ayah dan kakak saya (rutin) kemudian menziarahi saudara mara waktu sudah mencecah malam.
Cuma berada di rumah sendiri ada satu perkara yang membuat saya kurang rasa gembira.
Tidak gembira dengan anak-anak yang datang beraya.
 Biasanya di rumah ayah saya, anak-anak yang datang beraya akan masuk ke dalam rumah. Minum air, makan kuih dan kemudian minta diri. Kita sendiri fahamlah apa yang mereka mahu kemudiannya. Tetapi di rumah saya, di kawasan baru yang agak asing bagi saya anak-anak ini dengan beraninya berkata.
"Mak cik saya datang nak duit raya, bukan nak makan kuih raya."
Kenapa anak-anak sudah menjadi begitu berterus terang dan kurang beradab?  Apakah ibu bapa tidak memantau anak-anak berjalan raya bersama kawan-kawan dan tidak memberikan pesanan itu dan ini. Tidak tahulah saya mungkin emak ayah berpesan tetapi anak-anak ini lebih mendengar kata-kata kawan-kawan.
Tetapi saya benar-benar tidak gemar anak yang begini. Bila mereka datang lagi, saya suruh suami keluar dan bila suami keluar,  dia akan bertanya anak-anak ini.
"Yes..what do you want?"
Bila melihat suami dan mendengar apa yang ditanya ..anak-anak itu semuanya cabut lari. Ha ha ha..dan saya rasa mereka akan ingat sampai bila-bila rumah mana yang harus mereka hindari...


Thursday, September 1, 2011

RAMAH DIA BERCERITA

Pagi-pagi tadi saya pergi ke kedai bersama bibiik. Suami dan Qaisara masih belum bangun. Sudah jadi peranggai saya bangun awal pagi dan semua kerja diselesaikan pada waktu pagi. Saya mahu membeli beberapa barangan untuk masak pulut kuning diregukan rendang yang masih berbaki.
"Kau beli apa?"
Seorang perempuan bertanya saya .
"Nak beli sayurlah akak.." memandangkan dia jauh lebih berumur saya panggil dia akak.
'Aku beli roti dengan majerin yang tak masin tu. Aku ni dah tua-tua kaki dah sakit, peha pun sakit. Astaghfirualhalazim, sakitnya ALLAH sahaja yang tahu.."
Ramah sahaja dia bercerita.
"Iye kita dah berumur ni memang semua sakit, saya ni sakit lutut.."
Saya kalau orang layan saya, saya pun layan lah..ha ha
"Kau berumur apa, kau muda. Kau ada 30 tak?" Kah kah kah lawak-lawak, rasa nak gelak guling-guling. Kalau si Kham dengar mahu dia menangis hentak-hentak kaki..
"Saya dah tualah kak. dah empat puluh lebih, .akak dok mana.."
"Aku duduk belakang tu, rumah apa aku pun tak tahu nak panggil.."
Balas wanita  tersebut sambil jarinya menunjuk ke arah belakang.
"Dia duduk rumah banglo belakang tu, rumah anak dia.."
Cina kedai mencelah memberitahu saya.
"Yelah rumah banglo aku nak sebut pun aku tak faham..kau tinggal mana?"
"Rumah teres depan tu aje kak.."
"Oh iye ke? Baik kau ya nak layan aku bercakap, aku ni sejak duduk rumah anak aku ni macam orang bodoh aje. Sebab dia tak bagi aku kerja. Peha aku ni sampai sakit sebab tak bekerja. Tapi bila aku sakit aku baca-baca. Kau tahu baca tu apa?"
"Tahu." Saya menganggukkan kepala.
"Kau ni pandailah, aku baca-baca aku cakap Ya ALLAH tolonglah aku, jangan bagi kaki aku sakit. Sihatkan aku. Kau tahu lepas aku baca-baca kaki aku baik tau.."
Oh banyak yang saya bualkan dengan wanita ini dan saya minta diri. Berkali-kali dia berpesan mahu berjumpa saya lagi. Kalau pembaca nak tahu, wanita ini bukan berbangsa melayu dan beragama Islam. Tetapi dia adalah wanita cina beragma Buddha. Moga ALLAH beri dia hidayah untuk memeluk Islam..