Hari itu hari ketiga seingat saya, saya berada di Madinah. Rasa penat kerana terbang dari Qatar sudah pun hilang, saya begitu gembira pada pagi itu kerana dapat bersolat subuh di masjid nabi kerana 2 hari sebelum itu saya tidak boleh bersolat kerana uzur .
Hari ke lima nanti saya bersama suami dan juga ahli rombongan akan bertolak ke Mekah. Saya berdoa supaya umrah saya kali ke dua ini tidak mendapat apa-apa halangan daripada ALLAH.
Selepas subuh, saya menyambar Al-Quran dan membuka serta membacanya. Sebentar tadi saya sudah memberitahu suami yang saya akan lambat sedikit kerana saya ingin menghabiskan masa dengan mengaji. Saya membaca dengan agak perlahan dan berharap tidak menganggu sesiapa.
Namun ketika saya tengah mengaji satu kumpulan wanita yang saya rasa berasal dari Pakistan berdasarkan pakaian dan percakapan mereka, duduk di sebelah saya. Mungkin mereka sedang menunggu untuk melawat Raudah di masjid Nabi itu. Biasanya Raudah di buka untuk kunjungan kaum hawa dalam pukul 8 pagi ke atas.
“%@%)*&% “
Suara kumpulan tersebut mula berbual dengan agak bising. Saya yang sedang mengaji begitu terganggu. Sesekali bacaan berhenti. Saya memang jenis yang tidak suka dengan suasana bising apatah lagi sedang mengaji begitu.
‘Ya ALLAH ya tuhanku. Ampunkan aku..aku ingin membaca kitabmu ya ALLAH. Kenapa manusia-manusia ini berada di sebelahku ya ALLAH...”
Dalam hati saya berdoa, begitu bersungguh. Walau ada berdetik rasa marah tetapi saya terpaksa membuang perasaan marah saya jauh-jauh. Saya tahu, ini di Madinah, saya berada di dalam masjid Nabi. Saya perlu mengawal segala tingkah laku saya.
Saya kemudian menyambung bacaan saya, saya membaca dan terus membaca. Saya seperti merasakan saya sahaja yang berada di masjid tersebut. Saya seperti tidak mendengar apa-apa. Sehinggalah jam di tangan menunjukkan pukul 7.30 pagi. Saya teringat janji saya pada suami yang mahu bersarapan dengannya pada pukul 7.00. Alamak saya sudah terlambat fikir saya!
Saya menutup Al-Quran. Meletaknya semula di tempatnya dan saya renung pada kumpulan perempuan Pakistan yang begitu seronok bersembang.
“Hey..kenapa aku tak dengar apa-apa sebentar tadi?”
Saya bertanya diri sendiri, sambil menuju ke tong air zam-zam dan menadah air zam-zam ke dalam cawan dan meminumnya.
Saya kemudian bergesa berjalan keluar kerana risau suami sudah pasti menunggu. Dan seperti yang sudah di duga, ketika melangkah masuk ke lobi hotel. Wajah suami sudah berada di situ..
“Awak pergi melilaulah tu, tengok orang berniagakan?”
Memang di luar masjid Nabi atau Nabawi selepas waktu subuh ramai orang berniaga di situ. Bahkan barangannya sering menarik minat sesiapa yang keluar dari masjid. Tetapi hari itu saya tidak tertarik.
“Tidaklah..”
"Habis kenapa? Dah lambat sangat ni..?”
Tanya suami kerana dia tahu, saya jenis yang berjanji kalau pukul 7.00. Pukul 7.00lah saya akan sampai. Kalau lambat pun tidak lebih dari 10 minit.
“Tadi saya mengaji ..”
Lalu saya ceritakan pada suami bagaimana saya marah dalam hati terhadap kumpulan perempuan Pakistan yang berada di sebelah saya kerana berbual dengan amat bising sekali. Saya juga beritahu doa saya dan apa yang berlaku.
“Hairan..bacaan saya langsung tidak terganggu. Saya rasa begitu sunyi, tenang dan damai. Seolah-olah saya seorang diri saya di dalam masjid itu.”Saya beritahu suami. Suami mengusap kepala saya sambil tersenyum.
“Doa awak ikhlas. ALLAH mendengar doa awak!”
Balas suami. Tanpa sedar air mata saya mengalir. Sesungguhnya memang benarlah. ALLAH maha mendengar!

P/S Cerita ini bukan mahu menunjuk-nunjuk atau membesarkan diri. Tetapi hanya sebagai teladan. Banyak lagi pengalaman yang saya lalui ketika berada di Mekah. Insya-ALLAH saya akan ceritakan lagi nanti.
0 comments:
Post a Comment