Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, April 18, 2008

VISA..VISA..VISA

Salah satu contoh surat yang terpaksa di hantar ke kedutaan untuk permohonaan visa

Kalau diizinkan tuhan penghujung bulan 5 saya akan berangkat ke Jepun selama seminggu. Jepun bukanlah senarai negara yang ingin saya lawati. Tetapi kerana keinginan suami. Saya ikutkan sahaja.
“Huh..cerewetnya seperti Amerika juga”.
Desis hati saya apabila melihat senarai dokumen yang harus sertakan apabila mahu memohon mendapatkan visa. Permintaan negara matahari terbit ini benar-benar tidak menyenangkan hati saya
“Statement of Account dengan wang di dalamnya sekurang-kurangnya RM6,000.”
Saya merengus. Macam aku nak pergi belajar atau bekerja dekat sana. Tak ingin aku! Saya menggerutu dalam hati yang radang.
Hendak pergi bercuti, membawa wang masuk ke negara mereka pun macam-macam yang kedutaan mahukan, baik tak payah.
Rasa radang saya luahkan kepada suami Suami hanya ketawa mendengar kata-kata saya.
“Saya nak melawat Jerman sekarang ini lagi susah. Saya kena sertakan bukti yang saya mempunyai rumah sendiri di Turki. Apa kaitannya entahlah..”
Suami memberitahu tenang. Sudah pasti kerana kerakyataan kami yang berlainan, bila mahu keluar negara. Kami mempunyai masalah masing-masing. Cuma yang untungnya sekarang ini, sebagai warga Turki suami saya tidak perlukan visa untuk masuk ke Jepun.
“Sebab itu ekonomi cina mencanak naik. Visa mereka hanya sekeping borang dan bayar duit. Saya boleh dapatkan Visa selama setahun. Ulang alik berpuluh kali pun tak mengapa..”
Saya bersunggut lagi sambil menaip surat Employment Verification untuk disertakan dengan segala mak nenek untuk memohon visa.
Kekangan visa dan juga imigresen menyebabkan kadangkala saya rasa bosan untuk mengembara. Bahkan saya pernah ditahan imigresen ketika mahu memasuki Cyprus.
“^&&(*&&^^*?” Maleysie..”
Tanya pegawai imigresen itu kepada saya. Memang masuk ke Cyprus tidak perlukan visa tetapi ditahan pegawai imigresen dengan bahasa yang tidak faham kecuali perkataan Maleysie membuat saya benar-benar bingung.
Saya kemudian bertanyakan pegawai imigresen apa yang ditanya pada saya dalam bahasa Inggeris. Namun kerana kedua-dua kami bercakap seperti tarzan. Saya akhirnya disuruh masuk ke dalam bilik ketua imigresen di sana.
“Kamu datang dari Malaysia?”
Tanya ketua pegawai imigresen tersebut dengan bahasa inggeris. Lega hati saya kerana salah seorang daripada umat di Cyprus itu boleh saya fahami.
“Ya..” jawap saya.
‘Buat apa?”
“Bercuti..”
“Bukan bekerja?”
“Saya rasa negara saya lebih makmur dari Cyprus yang hanya sebuah pulau dan ada buah orange sahaja..” mahu sahaja saya berkata begitu tetapi ini pegawai imigresen saya perlu belajar untuk bersabar.
“Bukan untuk bekerja?” tanya ketua pegawai imigresen itu lagi apabila melihat saya seperti melayan perasaan.
“Awak tahu di mana Malaysia?” saya tanya semula pegawai imigriesen tersebut.
“Rasa-rasanya saya tahu. Twin Towers..” pandai ketua imigresen ni. Patutlah kau menjadi ketua. Puji saya dalam hati.
“Awak pernah dengar orang Malaysia datang sini untuk bekerja?” tanya saya dengan senyuman. Ketua imigresen itu mengelengkan kepalanya.
“Amat jarang orang Malaysia datang ke sini. Dalam setahun pun jarang” terang ketua pegawai imigresen tersebut. Dah tahu tidak ramai pengunjung Malaysia yang datang ke Cyprus, seharusnya kau dan pekerja-pekerja kau lebih mesra.
“Banyak awak bawak duit?”
“Dalam USD1000.”
“Hmm…tak mengapalah..”
Ketua pegawai imigresen itu kemudian mengecop passport saya dan mengucapkan selamat datang.
“Kita pergi eruopelah. Melawat adik kamu di Holland. Lagipun tengok tax ke Jepun pun mahal. Hampir seribu..” cadang saya pada suami.
“Europe..awak senanglah, saya susah. Lagipun masa muda-muda dahulu saya dah puas duduk Jerman, Italy bahkan ke Holland.”
“Penting diri..” rengus saya.
Hati masih berbuku sambil menyudahkan surat yang perlu dihantar ke kedutaan. Kalaulah di dunia mahu masuk ke satu negara ke satu negara pun sukar, bagaimana agakya diakhirat! Hati saya berbisik sendiri.


0 comments: