Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, April 28, 2008

KISAH SAUDAH BINTI ZAM'AH

Sudah gilakah Muhammad, tuduh sebahagian orang Mekah ketika Rasulullah saw menikahi Saudah binti Zam’ah. Pernikahan itu membuat masyarakat Mekah menjadi gempar. Bayangkan, meski seorang janda, Saudah bukanlah janda yang menarik, jauh sekali wajahnya menawan seperti artis-artis janda di Malaysia. Sebagai janda tua, sama sekali Saudah tidak cantik apatah lagi dia sudah mempunyai anak..
“Apakah wanita semacam itu boleh menggantikan tempat Khadijah? Padahal, banyak wanita lain yang lebih layak menggantikan Khadijah, baik dari segi kecantikan, martabatnya, kekayaannya, mahupun usianya,” kata mereka.
Pendapat itu betul. Memang kehadiran Saudah bukan untuk menggantikan posisi Khadijah. “Aku mengawinin Saudah kerena dia adalah janda pahlawan yang perlu dihormati,” alasan Nabi.
Memang tidak ada satu sumber pun yang menyatakan Saudah adalah cantik, berharta banyak atau memiliki kedudukan yang memberi pengaruh Nabi berkahwin dengannya. Nabi mengahwini Saudah dengan maksud agar pejuang-pejuang muslim lainnya mengetahui bahwa jika mereka gugur untuk agama Allah, isteri-isteri dan anak-anaknya tidak akan dibiarkan hidup sengsara dalam kemiskinan. Banyak orang-orang muslim yang akan membantunya.
Rasulullah memberikan contoh yang cukup kuat sehingga dengan rela mengahwini janda syuhada’ itu. Sebagai pemimpin, beliau harus memberi contoh lebih dulu.
Bagi Saudah pula, perkahwinan dengan Rasulullah itu adalah satu kehormatan yang tiada tandingannya. Selain itu, dengan perkahwinan yang akan meringankan beban hidupnya sebagai janda yang menanggung anak-anak.
Sebagai wanita, Saudah seorang yang selalu rendah hati. Sama sekali membesar diri dengan kedudukan tinggi suaminya, Rasulullah. Dia sedar sebagai isteri, dirinya sudah tua. Tidak menarik lagi hati suami. Badannya gemuk, hingga bila berjalan kelihatan begitu payah sekali. Walau begitu, dia berjiwa periang. Bahkan sering ucapannya menimbulkan gelak tawa orang yang mendengarnya. Tanpa ragu-ragu, Saudah yakin bahawa apa yang diterima dari Rasulullah suaminya adalah belas kasihan, bukan kemesraan sebagaimana yang diperoleh isteri kepada suaminya itu.
“Aku tetap berpuas hati, Rasulullah mengangkat diriku sebagai isteri dengan kedudukan semulia ini,” kata Saudah jujur.
Kerana itu, giliran untuk dirinya sebagai isteri, dengan ikhlas diserahkan untuk Aisyah madunya. Dia sudah merasa puas kerana dapat tinggal di tengah keluarga Nabi, mengurus rumah tangganya, melayani serta membantu putra-putrinya. Ummi mu’miniin ini berusia panjang, dan baru wafat di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab.
Keikhlasan Saudah memang tidak boleh dipertikaikan, seorang wanita yang cukup sedar akan dirinya, sentiasa bersyukur dan bertimbang rasa dengan suaminya.
Begitu juga kejujuran Rasuluallah mengangkat martabat Saudah memang seharusnya menjadi contoh pada lelaki masa kini yang kebanyakkannya berkahwin lebih dari satu kerana nafsu dan kecantikan. Kalaulah semua lelaki Islam mencontohi Rasuluallah, mungkin masalah sosial dapat dibendung dengan sewajarnya.

Secebis kisah dari sejarah yang mungkin boleh menjadi ingatan kepada kita.

0 comments: