Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, April 14, 2008

SAMB CERITA PAK SEYIT-LELAKI YANG TERSASAR

Selepas makan, Antionio dan seorang rakannya mengajak saya pulang ke rumah. Badan yang keletihan dan memerlukan rehat, menyebabkan saya akur sahaja.
Ini pertama kali saya menjejakkan kaki di rumah Antionio di pinggir bandar Roma. Rumah batu, berstail lama tetapi cukup besar. Antionio kemudian mengajak saya masuk ke dalam biliknya.
Saya terpegun.
Pertama kali saya melihat katil yang cukup besar. Seperti dalam dongeng Raja Arab yang pernah diceritakan oleh emak satu satu masa dahulu. Cukup memuatkan 4 atau 5 orang yang berbadan besar seperti kami.
Mungkin di tempah khas oleh Antionio.
“Dia sungguh kacak. Saya sangat sukakan dia.”
Saya mendengar sahabat Antionio berbisik dengan Antionio. Saya memasang telinga kerana sejak dari dalam kereta sebentar tadi, hati saya sudah tidak enak.
“Memang tunggulah. Kita akan tidur bertiga di atas katil ini..” Bisik Antionio tetapi agak kuat. Sempat ditangkap oleh telinga saya.
“Tak mengapa, saya tidur di bawah sahaja..”
Balas saya tegas. Melihat kerlingan dan jelingan Antionio dan sahabatnya saya seperti dapat merasakan yang saya sedang diperangkap. Walau saya masih muda ketika itu, tetapi saya sudah dapat membaca gerak geri orang dengan penuh kewarasan.
“Jangan malu. Malam ini kita tidur bertiga. Kamu akan belajar sesuatu yang kamu tidak akan tahu. Kamu akan merasa gembira dan berterima kasih dengan kami selepas itu..”
Sahabat Antionio bersuara dengan mulut yang lebar senyumannya.
Saya rasa sungguh meluat dan marah. Mungkin merasakan usia saya masih muda dan mudah diperalatkan. Namun mereka lupa. Saya sudah biasa mengembara dan sudah tahu membaca perangai manusia yang rencam.
Lantas akal saya cepat memberitahu, saya perlu lakukan sesuatu sebelum terlibat dengan rancangan jahat mereka.
“Saya perlu bersembahyang. Orang Islam, perlu bersembayang di mana mereka berada. Ugama kamu tak ajar kamu sembahyang?..”
Tanya saya pada mereka berdua. Sempat saya menjeling jam di tangan saya. Pukul 12.00malam. Mereka hanya diam sambil menggelengkan kepala. Saya kemudian ke bilik air mengambil wuduk dan membentang sejadah yang memang sering saya bawa di dalam beg saya.
Saya bersolat, bermacam-macam solat yang saya buat. Dari solat fardu hinggalah solat sunat. Saya berwirid kemudiannya. Saya laungkan nama ALLAH dengan nada perlahan dan sesekali kuat. Saya kemudian berdoa, supaya ALLAH selamatkan saya dalam rancangan jahat mereka berdua. Sesekali saya mengerling pada mereka yang sedang berbaring di katil. Mungkin tengah menunggu saya.
“Lelaki ini sungguh alim..”
Saya dengar kawan Antionio memberitahu Antionio. Memang sejak berusia belasan tahun saya sudah fasih berbahasa Italy dan saya dapat menangkap apa sahaja butir-butir katanya.
“Betul, aku rasa berdosa kalau aku melakukan begitu pada seorang yang sungguh alim..”
Balas Antionio. Saya tersenyum tetapi saya tidak berhenti begitu sahaja. Saya masih duduk di sejadah. Walau saya letih tapi masih bertahan.
Dua jam berlalu. Sahabat Antionio dan Antionio sendiri sudah berdengkur di katil. Saya kemudian merebahkan badan saya di sejadah.
Saya terlelap
Esoknya saya bangun, agak terlewat. Waktu subuh sudah berlalu. Tetapi Antionio sudah menyediakan saya sarapan. Ketika saya minta diri untuk pulang Antionio memeluk saya.
“Saya kagum dengan awak. Ke mana awak pergi awak tidak lupa pada tuhan awak. Awaklah sahabat saya …”
Saya hanya mengangguk. Masuk sahaja ke dalam kereta saya berikrar, saya tidak mahu lagi berjumpa dengan Antionio. Lelaki itu sungguh merbahaya. Sama bahayanya dengan Hitler yang sudah menghancurkan Jerman pada tahun 1945.


P/S Pak Seyit berkelulusan Ijazah Pengajian Islam di Universiti Turki dan ayahnya seorang Hafiz.

0 comments: