Tiga hari lepas ketika berada dikampung, pada pukul 10 malam Qaisara yang baru mahu melelapkan mata menunjuk ke arah tingkap.
"Mana ada hantu.."
Saya pujuk Qaisara lembut sambil menepuk-nepuk punggungnya. Menyuruh dia tidur. Dia kemudian terlelap. Pada pukul 12 malam, Qaisara tersentak. Menjerit-jerit sehingga saya naik radang. Pada fikiran saya dia mengamuk kerana tidak mahu tidur tetapi mahu bermain. Dia kalau di kampung memang tidak ingat tidur dan makan. Asyik bermain. Kita pun tidak dipandangnya. Qaisara memang gila balik kampung dan gila bermain di kampung.
Hampir 15 minit memujuk dan membaca macam-macam ayat Al-Quran, akhirnya Qaisara terlelap semula. Tetapi pada pukul 1 tengah malam dia menjerit-jerit menyebut nama sepupunya Adli dan mengatakan ada hantu di tingkap. Saya bacakan dia ayah kursi.
"Umi tak mahu baca Quran, tak mahu baca Quran.."
Qaisara sudah menendang saya. Hati saya kecut. Apakah Qaisara sudah dirasuk? Namun saya alunkan azan pula, kebetulan suami belum balik ke Melaka dan masih di Kajang dan saya hanya berdua di dalam bilik bersama Qaisara.
"Jangan azan, jangan azan.."
Keesokan paginya semua bertanyakan saya apa yang berlaku terhadap Qaisara. Memang saya tidak meminta pertolongan adik atau ayah saya yang berada di dalam rumah kerana tidak mahu mengejutkan mereka. Tetapi rupanya mereka mendengar apa yang berlaku. Lalu saya terangkan semuanya. Tidak lama kemudian kakak saya datang dan memberitahu yang Balkish mengigau pada waktu malam dan sekarang tengah demam panas. Rupanya kedua-dua baik Balkish dan Qaisara bercerita yang abang sepupunya Adli membuka tingkap dan menyergah mereka dan berlagak seperti hantu.
Umi sekejap, Teta nak posing macam ni! Demam-demam pun bila kamera dihalakan kepada dia, Teta tetap mahu bergaya dengan macam-macam gaya!