Sotong yang sudah siap digoreng.
Taugeh yang dicelur.
Tahu yang digoreng, ubi kentang juga digoreng, tempe dan telur.
Rasa syukur dan terimakasih padamu Ya ALLAH kerana aku masih berupaya meluahkan apa yang aku rasa..
Sotong yang sudah siap digoreng.
Jemputan di malam raya yang mengambil bahagian bertakbir dari rumah ke rumah. Menu malam itu satay dan juga ketupat.
Malam raya pertama, sempat lagi Teta, kakak saya Mijah, anak-anak yang lain bermain bunga api. Qaisaralah yang paling gembira bermain bunga api walaupun takut-takut.
Hari raya kedua kami sempat mengadakan makan-makan untuk ahli keluarga. Hidangan malam itu BBQ ikan, ayam dan udang, meehon goreng, nasi goreng, sotong goreng tepung (saya yang buat, bukan kuning jadi hitam..tapi Alhamdulilah..sotong yang dahulu habis) dan juga buah-buahan.
Adik ipar saya Hamdan dan abang ipar saya Rahim Martopo (bukan nama betul sengaja mengelarnya sebab dia suka pakai topi jawa di kepalanya) yang bertungkus lumus membakar ikan, ayam dan udang.
Bapa saudara saya yang datang bersama anak dan menantunya dan juga ayah saya (memakai baju melayu)
Hari raya ke empat, Danish mengajak saya ke Jusco untuk bermain 'lompat-lompat' dan bowling (dia tahu kalau Mak Andak balik kampung, dapatlah dia main lompat2). Setiap kali ke Jusco saya pasti membawa Danish, Alin, Qaisara dan Balkish. Tetapi kali ini Balkisah tidak dapat ikut kerana ramai saudara mara yang datang ke rumahnya. Bila dia tahu saya ke Jusco, meraunglah dia. .
Sebelum ke Jusco, sempat menjenguk di tempat kerja adik saya Ateh, di sekolah pendidikan khas. Ini kraftangan yang dibuat oleh Ateh untuk murid-murid di pendidikan khas.
Lupa pula mengambil gambar jaga yang bekerja di sekolah tempat Ateh bekerja. Sekolah Ateh ini di belakangnya kubur cina dan di hadapannya kubur orang-orang islam. Rasanya ramai yang tidak berani menjadi jaga di sekolah seperti itu. Pukul 5 pagi pak cik jaga berbangsa cina ini sudah datang ke sekolah. "Bini aku kuat pet pot pet pot. Baik aku kerja dari dengar dia membebel." Itu cerita dia pada saya ha.ha.. . Pakcik ini memang fasih berbahasa melayu. Suka sangat saya berbual dengannya. Bayangkan sepanjang 41 tahun bekerja, dia tidak pernah mengambil cuti! Tahun Baru Cina pun masih bekerja tetapi datang agak lambat...ada yang sanggup buat begitu?
Anak-anak perempuan keluarga Berahim (tidak termasuk Balkish yang sibuk interframe..ha.ha)
Qaisara yang sentiasa membawa botol airnya walaupun berhari raya ke rumah orang.
Ini anak manja kakak saya Mijah, siapa lagi kalau tidak Ojan. Tahun ini menurut Ojan dia tidak berhari raya, yelah lepas raya dua minggu, Ojan akan menghadapi peperiksaan PMR. Moga-moga Ojan dapat menjawab dengan baik..AMIN..
Telekong yang saya dapat sambar.
7. Saya akan balik beraya ke Melaka, sesiapa yang sudi datanglah ke rumah saya di Bukit Katil, di Jalan Demang Hussin dekat masjid bukit katil.
8. Di sini juga saya umumkan, tidak ada sesiapa pun yang berjaya menjawab TEKA SAMBAL dengan tepatnya dan saya sedang memikiran bagaimana hadiah yang telah saya sediakan ada pemenangnya. Mungkin saya akan menyediakan satu kuiz yang ringkas (rupanya susah teka sambal tu ya) dan akan menambah hadiahnya lagi, tanda terima kasih saya pada anda semua.