Pada hari Sabtu 13hb Nov saya telah mengadakan program memberi makan pada gelandangan. Pengumpulan dana saya lakukan sendirian pengagihan akan dilakukan bersama rakan-rakan PRS saya iaitu, Pembimbing rakan sebaya dari Care and Cure.. Alhamdulilah ada yang mahu menderma untuk membeli biskut, buah dan air untuk seramai 400 orang gelandangan. Pembelian barangan pula dengan bantuan pekerja saya Suraya. Tetapi berdetik hati saya, sudah beberapa kali projek gelandangan dilakukan kami hanya berikan biskut sahaja. Mengapa tidak kami beri makanan seperti burger?
Akhirnya saya mengambil keputusan mengeluarkan sedikit duit poket untuk mebeli bahan-bahan untuk membuat burger sebanyak 400 biji. Saya dan Suraya, pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk mendapatkan harga yang paling rendah. Syukur Alhamdulilah, niat yang baik dipermudahkan ALLAH dan akhirnya kami dapat membeli 400 keping burger dengan harga yang agak murah.
Bingung juga mahu memasak burger dengan kakitangan yang tidak ramai. Saya, bibik, Nurul dan suraya. Ada yang mencadangkan mengoreng mengunakan minyak yang banyak seperti goreng pisang. Tetapi berdetik hati saya, walaupun mereka gelandangan, saya harus memikirkan kesihatan mereka juga. Jadi saya mengambil langkah membakar burger ini di dalam oven.
Roti burger terbaik. Ramli
Ketika membungkus, ojan, Baliksh dan suami juga turut membantu. Qaisara tolong menyibuk. Ha ha..
Burger yang sudah siap dibungkus..
Ini minyak hasil dari burger yang dibakar. Menakutkan..menjadi lemak tepu! S
Salah seorang gelandangan dapat burger ini terus makan.
Saya sangat terharu apabila rakan-rakan mendengar perbualan seorang gelandangan dengan rakan-rakannya, sambil mengigit burger mereka bercerita.
"Selalu kita dapat nasi dan sayur yang dipotong halus. Rasanya sangat tawar dan tidak sedap. Malam ini kita dapat burger yang sedap, sudah bertahun-tahun tidak aku makan burger sesedap ini.."
Sedih, terharu..walau harganya tidak seberapa tetapi besar maknanya bagi meerka.
Sangat berbaloi untuk saya yang membakar dari jam 9 pagi dan selesai membungkus pada jam 6 petang!