Ungkit mengungkit adalah perkara yang sangat bahaya di dalam sesebuah rumah tangga. Apa yang diberi oleh suami pada isterinya bila diungkit akan menyakitkan hati. Apa yang diberi oleh si isteri pada suami bila si sisteri mengukit akan merobek pula perasaan si suami. Semuanya akan menjadi bekas. Di dalam kes ungkit mengungkit ini ada berapa individu sahaja yang rasanya boleh ungkit mengungkit.
1. ALLAH Taalla
Ungkitannya banyak kalau kita baca Al-Quran.
2. Ibu kita. Ungkitan ibu perlu untuk menyedarkan si anak.
Contohnya, emak besarkan kamu dari telapak kaki kamu sebesar dua jari emak sekarang kau nak berkurang ajar..
3.Ayah
Ayah dah susah payah bekerja supaya kau dapat makan, belajar ini balasan kau..
4. Guru
Saya dah ajar awak penat-penat, sampai saya demam pun saya tak MC..
5. Ketua
Hari itu awak buat silap macam ni..begini begini, boleh tak awak senarai dan perbaiki (tapi cakap kena beralaslah. jangan main tembak pekerja sahaja)
Kadangkala memang tidak dapat dielakkan kes ungkit mengungkit ini. Dalam rumah tangga saya sendiri akui, kadangkala saya mengungkit walau amat-amat jarang. Tetapi suami saya tidak pernah sekali pun dia mengungkit (mungkin tidak ada apa yang mahu diungkit..he he). Suami saya ini jenis bila marah kemudian dia akan lupa sendiri apa yang dia marah dan dicakapnya. Tidak macam wanita atau saya. Tetapi sikapnya yang tidak pernah mengungkit itu menyebabkan saya belajar, supaya menjaga lidah saya. Bila saya mengungkit pantas sahaja saya mengingati perbuataan tersebut tidak seharusnya dilakukan dan diamal di dalam rumah tangga.
Tapi manusia dalam berjaga kadangkala dilakukan jugakan....
aku bukan budak baik
7 months ago