Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 30, 2011

BUNUH DIRI


KAJANG – Ratusan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua disini dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan enam sekolah itu yang maut selepas mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah.
Sebelum kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa Nge Hao Zheng, 18, dikatakan baru berjumpa guru kaunseling lelaki sekolahnya di tingkat empat bangunan sama bagi membincangkan aduan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah itu yang mendakwa dicabul mangsa.
Ekoran aduan itu, Hao Zheng, pelajar aliran sains tingkatan enam rendah, masuk ke bilik kaunseling kira-kira pukul 8 pagi dan berbincang mengenai perkara itu.
Sebaik keluar dari bilik guru kaunseling itu, mangsa didakwa terus memanjat tembok beranda di tingkat empat tidak jauh dari bilik kaunseling sebelum dia terjatuh.
Pelajar-pelajar lain yang sedang mengikuti sesi pelajaran di sekolah itu dikejutkan dengan bunyi objek jatuh.
Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa di tepi bangunan sekolah

P/S Semalam mami jiran saya suruh saya baca berita ini kerana pelajar ini satu sekolah dengan anaknya. Mami ada membuat beberapa kesimpulan termasuk katanya 'beberapa kali pelajar ini merayu supaya guru jangan memberitahu ibu bapanya, kalau beritahu dia akan terjun'. Saya tidak boleh menghukum kerana tidak tahu keadaan yang sebenar. Tetapi saya sedar sebagai ibu bapa kita tidak boleh membuat tekanan berlebihan terhadap si anak sehingga ada jurang dan ketakutan pada anak-anak kita dan sebagai guru pendekatan tidak seharusnya sama pada setiap pelajar kerana pelajar mempunyai jiwa yang pelbagai.
Mungkin benar anak ini mencabul tetapi apakah anak-anak muda ini telah diterangkan dengan sewajarnya apa makna cabul kerana dimedia, aksi berpelukan, bercium, berpegangan tangan telah menjadi satu lumrah sehingga anak-anak ini tidak dapat membezakan apakah cabul, rogol dan rela. (mesti ada yang cakap budak ni dah besar, mesti tahu makna cabul tapi bagi saya lelaki tua bangka pun tak tahu makna cabulkan?)


Wednesday, June 29, 2011

BERSAMA MENTERI BESAR

Hari minggu yang lepas, YB Menteri Besar Selangor melancarkan perasmian Pesta Buku Selangor. Kebetulan Kusyi Hirdan membuat liputan majlis tersebut.
"Akak nak beri MB, buku tak?"
"Hey boleh juga.."
Jawab saya yang kebetulan ada di booth saya.
"Jom, jom. Kita dengar beliau berucap."
Saya masih ingat ketika saya mengambil Diploma Accounting, saya membuat kertas kerja mengenai PNB dan beliau salah seorang idola saya. Kadangkala terfikir bagaimana beliau boleh mengeluarkan idea sehingga PNB tegak berdiri seperti itu. (Masa itu zaman 90an)
Apabila tahun berganti, saya tidak sangka beliau akan menceburkan diri dalam bidang politik yang bagi saya amat berbeza dengan dunia kewangan. Bagi saya dunia kewangan adalah dunia realiti yang rasional dibandingkan dunia politik yang terlalu banyak remeh temehnya.
Namun mendengar ucapan beliau, saya tahu beliau seorang ahli politik walau tidak menyamai Khalifah Umar tetapi cuba ke arah tersebut.
Perbandingan beliau mengenai mee udon yang dijual semangkuk RM50 dan anak-anak kampung Medan membuat saya terfikir, betapa jurang yang sangat dalam telah terbina di Malaysia sekarang ini.

Nampak keikhlasan beliau ketika menerima novel yang saya berikan. Di belakang beliau Dr Halimah Ali yang juga mesra rakyat. Saya masih ingat ketika beliau difitnah, saya sangat marah kerana beliau muslimah yang sentiasa menjaga tingkah dan auratnya.  Kalau wanita seperti dia sewenang-wenangnya difitnah bagaimana pula dengan saya yang kadangkala sedikit lepas laku? Fitnah, kesannya sangat teruk tetapi seperti sudah membudaya dalam masyrakat kita kerana ramai pemimpin yang menjadi pelopor fitnah ini. Ya ALLAH..bagaimana dengan anak-anak kita nanti?

Paling membanggakan MB seorang yang amat mudah didekati, tidak ada pengawal yang menghalang. Bahkan ada kanak-kanak yang bermain dekat beliau, beliau usik seperti seorang bapa/datuk yang mengusik anak dan cucunya.

Sempat bergambar dengan Bob Lokman dan Ustaz Riduan. Ustaz Riduan adalah kawan lama Kusyi Hirdan ketika mereka sama-sama menghantar bantuan ke Pakistan, ketika Pakistan diancam bencana ALAM.



Tuesday, June 28, 2011

UPDATE KEMBARA UKWAH KE UTARA

Kalau nampak tabung ini di PESTA BUKU SELANGOR, sudi-sudilah masukkan seringgit dua ke dalamnya ya.

Alhamdulilah syukur ke hadrat ALLAH yang membuka hati pembaca menderma untuk Kembara Ukwah ke Utara yang akan dilakukan pada bulan puasa nanti (tengok banner di atas). Kami telah pun mendapat maklumat secara terperinci keperluan yang dikehendaki oleh kedua-dua buah sekolah ini.

  1. Pusat Jagaan Anak Yatim Ummu Sufiah, Kampung Sungai Mas, Taiping. Di sini jumlah anak-anaknya ialah – 30 (Lelaki – 2, Perempuan – 28) Kakitangan – 10

Di sini kami akan menyumbang:

Duit raya                                 :           RM20 seorang X 30 (RM600)
Baju raya (kain & tempah)      :           RM60 seorang X 30 (RM1800)
Kuih raya                                :           RM30 seorang X 30 (RM900)
Berbuka/bersahur                    :           RM500 (dua hari makan)
Sumbangan kepada rumah      :           RM2000

Jumlah                                               =          RM 5,800

  1. Rumah Teratak Rahmat, Mata Ayer, Perlis. Di sini jumlah anak-anak yatim ialah  36 (Lelaki – 19, Perempuan – 17). Kakitangan – 12 (Lelaki – 7, Perempuan – 5).

Di sini kami akan menyumbang:

Duit raya                                 :           RM20 seorang X 30 (RM600)
Kuih raya                                :           RM30 seorang X 30 (RM900)
Berbuka/bersayur                    :           RM500 (dua hari makan)
Sumbangan kepada rumah      :           RM2000

Jumlah                                               =          RM 4,000


  1. Projek Perpustakaan anjuran Iskandar Syah Ismail (Dr Bubbles)
Sumbangan                             =          RM2000


4.     Jumlah besar yang kami perlukan ialah = RM11,800

SENARAI DERMA YANG DITERIMA DIPIHAK SAYA
1. Hamba ALLAH                     : RM430
2. Pesta Buku                            : RM121
3. Hamba ALLAH n9                : RM100
4. Zatulhidayu Zulkifli              : RM50
5. Halimah Awang                    : RM100
                                               __________
                                                  RM801
                                                __________

     Kepada yang telah menderma diucapkan setinggi terima kasih, moga ALLAH murahkan rezeki berlipat ganda pada kalian semua. Pada yang belum menderma juga didoakan dimurahkan rezeki dan dibuka pintu hati untuk menderma. AMIN.


Monday, June 27, 2011

BAPA SAHAJA..


Di Eropah, kalau anda rajin menaiki kereta api dan menjelajah satu negara ke satu negara. Pemandangan biasa dilihat di dalam kereta api, seorang bapa akan membawa anak-anaknya di dalam kereta api bersendirian.
Terlalu banyak yang saya lihat sehingga saya bertanya suami di mana ibu mereka?
"Di sini bukan macam di Malaysia, bila ibu bapa bercerai, anak-anak di letak pada emak. Di sini macam-macam boleh terjadi. Diberi pada ayah, diberi pada ibunya atau diberi pada orang lain untuk menjaganya."
Lelaki di atas saya jumpa di Jerman. Pernah tinggal di Indonesia selama 12 tahun.
Anaknya bernama Natile dan dia boleh berbahasa Indonesia dengan baik.
Ketika melihat anak ini, Qaisara mengeluarkan cokelat dari beg saya dan memberikan anak ini. 
Sebenarnya saya tidak bertanya pula di mana ibu Natile tetapi saya dan Qaisara seperti belas pula melihatnya dan Qaisara asyik bertanya.
"Umi mana umi budak tu.."
Bila di dalam kereta api kami duduk pula berhadapan dengan seorang ayah yang membawa anak lelakinya. Qaisara juga bertanya.
"Mak dia tak adakah umi?"
Saya terangkan pada Qaisara mungkin emaknya sudah meninggal.
"Sian ya, ramai ya..emak budak-budak yang mati"
He he he he..


Friday, June 24, 2011

KEMBARA UKWAH KE UTARA


Semalam saya dengan beberapa teman telah mengadakan mesyuarat untuk mengadakan beberapa projek amal. Kami telah bersetuju untuk melawat dua buah rumah anak-anak yatim di utara tanah air. Rumah anak yatim yang terlepas pandang daripada bantuan 'mewah'. Kami lebih memerlukan bantuan wang ringgit dan juga kuih raya bagi memeriahkan hari raya anak-anak ini. Salah sebuah rumah anak yatim telah dikenal pasti iaitu rumah Teratak Rahmat di Perlis. Sebuah lagi akan saya update tetapi besar kemungkinan di Perak. Kami dengan rendah diri memohon maaf kerana terpaksa menolak,  jika ada yang mahu menghulurkan bantuan pakaian terpakai.

PROGAM (tentatif)

Hari Pertama 12 Ogos 2011 (Jumaat)
i.                   Berkumpul
ii.                 Bertolak pagi ke lokasi pertama – rumah anak yatim di Perak (nama akan diberikan kemudian)
iii.              Checked in rumah tumpangan (hotel/homestay berdekatan)
iv.               Bersiap sedia ke rumah anak yatim untuk suai kenal, menghantar sumbangan, berbuka puasa dan solat terawih.
v.                 Balik ke rumah tumpangan untuk rehat dan tidur

Hari kedua 13 Ogos 2011 (Sabtu)
i.                   Bertolak ke Teratak Rahmat di Perlis
ii.                 Checked in rumah tumpangan (hotel/homestay berdekatan)
iii.              Bersiap sedia ke rumah anak yatim untuk suai kenal, menghantar sumbangan, berbuka puasa dan solat terawih.
iv.               Acara tamat
v.                 Boleh ke rumah tumpangan atau pun pulang ke KL (acara bebas)

Hari ketiga 14 Ogos 2011 (Ahad) - optional
i.                   Pagi, jalan-jalan di Perlis.
ii.                 Checked out dan balik ke KL.

Sesiapa yang berminat boleh menghantar email ke alamat  email nbkara@yahoo.com atau menelefon ke nbkara 0387364025.




Wednesday, June 22, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Dua beranak ini memang selalu bergaduh. Tetapi setiap kali mahu tidur, Qaisara akan suruh babanya mengaru belakangnya. Kata Qaisara garuan babanya yang terbaik di dunia. Umi pun kalah. Ha ha ha

Tahun ini Pak Seyit sambut hari bapa sebanyak 3 kali. Pertama kali saya lihat papan iklan di Belgium kalau tak silap saya. Belgium menyambut hari bapa 12 June. Saya fikir Malaysia pun samalah. Rasanya saya berada di Belgium ketika itu 7 June. Jadi saya tidak peduli sangatlah. Tiba di Jerman pula saya tengok papan iklan di stesen keretapi fathers day 2 June. Ha ha..saya wish suami saya sambil mencium tangannya. Qaisara pun melakukan perkara yang sama. Alah..suami saya bukan peduli pun sangat. Hari jadi dia pun dia tak kisah. Bila tiba 12 June saya wish lagi sekali bila memikirkan yang Belgium mungkin sama dengan Malaysia. Sebab saya was-was hari bapa disambut hari Ahad ke dua atau hari Ahad ke tiga di Malaysia. Bila mahu berangkat balik ke Malaysia, di dalam kereta saya terlihat papan iklan Vaders Dag di Holland Saya tanya suami apa maksudnya?
"Fathers day, honey"
Saya perasan papan iklan tertulis macam 10hb. Iye ke tidak tak tak tahulah sebab anak buah memandu agak laju. Saya hanya sempat menangkap perkataan Vaders Dag ajelah
Bila tiba di Malaysia, di FB saya lihat rata-rata orang mengucapkan hari bapa pada malam 18hb. Kebetulan saya di Melaka dan suami di Kajang, jadi pada 12.05 pada 19hb saya telefon suami dan mengucapkan hari bapa sekali lagi padanya.
" How many times you have to wish, honey..kah kah kah kah ?"
Suami sudah ketawa terbahak-bahak. Saya rasa kalau ada jin berdekatan dengan suami mahu jin pun lari lintang pukang. Ha ha ha.. Kata suami nasib baik dia tidak minta hadiah, kalau tidak mahu bengkerap saya mahu belikan dia hadiah tahun ini. Esok pagi selepas bangun, saya suruh Qaisara menelefon babanya, mengucapkan hari bapa. Qaisara tanpa banyak soal dengan suara yang girang mengucapkan.
"Happy babas day, baba.." Ha ha ha ha (Qaisara bertengkar dengan Balkish. Kata Balkish hari itu hari ayah, kata Qaisara hari itu hari Baba.).
Aduh..tahun ini memang menjadi sejarah saya mengucapkan hari bapa pada suami sebanyak 3 kali dan 3 hari yang berlainan. Kenapa ya hari bapa di buat hari yang berlainan di seluruh dunia. Kenapa tidak diselaraskan sahaja? Buat pening kepala orang sahaja! Ha ha ha. Tapi yang peliknya Qaisara tidak pula bertanya, kenapa saya asyik menyuruh dia mengucapkan hari bapa pada baba kesayangannya itu.


Tuesday, June 21, 2011

MENZIARAHI KELUARGA BAHAGIAN 1

 Cerita ke Eropah tidak selesai lagi. Semasa di Holland, sempatlah lagi kami singgah di Utrech di mana tinggal sepupu suami di sana. Ada tiga keluarga sebenarnya. Dari Oss West kami menaiki kereta api sampai ke Nejmigen dan tukar lagi ke Utrech. Sistem kereta api di sini memang pantas, sentiasa ada setiap 10 minit. Cuma sediakan duitnya sahaja. Walau perjalanan hanya 1/3 jam. Macam dari Kajang ke Kuala Lumpur mahu makan beratus.

Kami ke rumah sepupu suami Muqram (tak tahu betul tidak ejaan ini) sebelah arwah emak mertua saya. Rasanya dah lama suami tidak berjumpa dengan sepupunya itu. Lebih kurang 20 tahun. Tapi kami tidak dapat berlama, sebab ada dua keluarga lagi yang harus dilawati dan Qaisara ketika itu sedang demam. Saya dihidangkan dengan makanan yang sungguh enak. Tapi malangnya segan pula nak ambil gambar. Ha ha

Ini keluarga sepupu suami. Anak dan cucu-cucunya. Qaisara ketika ini sedikit kebah demamnya. Tapi balik dari Utrech demamnya semakin teruk pula.

Ini salah seorang sepupu Qaisara. Baru berusia 10 tahun, tapi sangat prihatin apabila melihat Qaisara demam. Dia seperti seorang kakak yang pelindung.

Kami kemudian ke rumah seorang lagi sepupu suami. Kalau tak silap namanya Ibrahim. Adik kepada Muqram. Rumah teres yang ada halaman di belakangnya. Kalau di Malaysia halaman di hadapan rumah tetapi di Holland dan negara Eropah, halaman mereka biasanya di belakang rumah.

Ini belakang rumah, kami berbual sambil melihat pokok bunga yang di taman. Saya berangan nak buat halaman rumah di belakang, tetapi belakang rumah saya hanya ada 5 kaki sahaja lagi..ha ha..


Bunga di belakang rumah yang sempat saya tembak.

Buah epal yang sedang berbuah. Datang waktu yang salah, buahnya masih berputik..ha ha

Di belakang halaman rumah. Cuaca pula hari itu sangat cantik dan menyegarkan


Kudapan ini salah satu hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Ibrahim boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Jadi di sini bolehlah saya bersuara banyak sedikit.

Perasan tak Teta yang terbaring berselimut di sebelah suami?. Ketika ini Qaisara demam semula. Balik, kena marahlah dengan adik ipar saya kenapa membawa Qaisara berjalan-jalan. He he he..

Kami kemudian ke rumah yang ke tiga. Adik beradik Ibrahim dan Muqram jugalah, tetapi ketika itu tuan rumah berada di tempat kerja. Saya sempat mengambil gambar kaum wanita yang membuat yaprak di dalam rumah ini.

PUASA BULAN REJAB. BETULKAH HADIS TERSEBUT?

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.
Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.
Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.
Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.
Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.
Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.
Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).
Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.
Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut:
لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجْ النَّارَ
“Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.” Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)
Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis:
رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).
Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.
Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).
Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
يَطَّلِعُ اللهُ إلَى خَلْقِهِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمْيْعِ خَلْقِهِ إلاَّ لِمُشْرِكٍ أوْ مُشَاحِنٍ
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, Hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.
Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.
Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”
Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.
Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.
Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.
P/S Bila tiba bulan Rejab maka banyaklah hadis yang keluar di FB dan di blog, menyenaraikan fadilat berpuasa di bulan rejab tapi mengkaji kesahihannya. Artikel di ataspetikan dari halaman Minda Tajdid drmaza. Bahkan banyak halaman yang lain, memberitahu hadis palsu mengenai puasa di bulan Rejab ini. Hendak tahu lebih lanjut baca  di sini
Sama-samalah kita berkongsi ...


Monday, June 20, 2011

KALAULAH ANAK INI ANAK KITA..

Saya di Melaka, semalam masa saya mahu mengambil wang di salah sebuah Maybank di Melaka, saya melihat ada seorang kanak-kanak perempuan sedang menunggu dengan satu buku resit di tangan di ATM tersebut. Ketika itu saya dengan kakak saya Maznah juga mahu mengambil duit. Kawasan bank itu sunyi sahaja, sebab hari minggu.
"Budak-budak Myanmar tak?"
Tanya kakak saya. Tapi anak itu bersih, berpakaian baju kurung dan wajahnya yang agak gelap tetapi bersih itu mengundang saya mendekatinya.
"Awak dari mana ni?"
Tanya saya, adik itu tidak menjawab. Saya ambil dan belek resit dari tangan adik itu, sekolah Tahfiz Amal. Oh..sekolah ini banyak mengundang kontroversi. Ingat tak dengan 4-5 orang kanak-kanak yang meninggal kemalangan ketika pulang berniaga?" Ceritanya di sini
"Adik dari mana?" Tanya saya.
"Kedah" jawab adik itu jujur.
'Kedah, jauhnya sampai Melaka?"
'Buat masa sekarang kami belajar di Ayer Keroh..sementara" Rasanya adik itu berusia dalam lingkungan 12-13 tahun.
"Aik ada pula belajar sementara.."
Tegur kakak saya. Datang pula seorang pelanggan bank. Bertanya cerita dengan saya. Saya beritahu lelaki itu, adik perempuan itu meminta derma untuk sekolah Tahfiz. Masalahnya kawasan bank itu sangat sunyi, adik itu seorang sahaja.Kalau berlaku apa-apa dia seorang perempuan.
Pelanggan lelaki itu cuba menelefon nombor yang tertera di resit tersebut tetapi tidak diangkat.
"Emak tahu tak adik minta derma macam ini?"
"Tahu, tapi mak biarkan aje.."
"Ayah tahu tak?"
"Tahu tapi ayah biarkan aje.."
Aduhai. Saya renung wajah adik  tersebut. Memang kasihan, seharusnya diusia begini anak-anak ini berada di rumah. Terutamanya pada hari Ahad. Bersama keluarga.
"Dari pukul berapa datang sini?"
'Pukul 12.."
"Makan minum macam mana?"
Tanya saya. Tempat tersebut jauh daripada gerai makanan. Saya renung botol air mineral yang berisi  teh yang dikepitnya.
"Ustaz suruh beli roti di Petronas, Dia ada bagi duit.."
Luluh hati saya mendengarnya.
"Sampai pukul berapa ni nanti?"
"Pukul 6 nanti ustaz datang ambik.."
Saya terfikir pukul 6? Lamanya anak ini berdiri mahu meminta simpati orang.
"Kalau nak minta derma pun, seharusnya ustaz awak letaklah kawan. Ini tidak. Tempat ini sunyi, kalau ada orang colek awak macam mana?"
Saya bertanya lagi. Adik itu terkebil-kebil tidak boleh menjawab. Saya hulurkan beberapa RM padanya sebelum saya masuk kereta semula. Begitu juga kakak saya. Tetapi saya pesan, untuk makanan dan minum dia.
"Kalau nak minta derma buatlah cara lain. Pusat Tahfiz ini boleh minta dari badan-badan korporat atau menganjurkan apa-apa aktiviti. Banyak cara lain daripada mengunakan tenaga anak-anak ini, terutama anak perempuan. Sangat bahaya terutama zaman sekarang. Letak ditempat sunyi. Luluh hati aku kalau Qaisara dibuat begitu.."
Di dalam kereta saya memberitahu kakak saya. Kebetulan di dalam kereta saya ada Alin, Balkish, Nurul, Qaisara dan Danish. Mereka asyik bertanya kenapa dan siapa budak itu? Kami ceritakan serba sedikit kisah budak yang menyedihkan itu. Semua anak-anak buah dan anak saya terdiam.
"Aku pun kalau si Balkish dibuat begitu"
Balas kakak saya. Menyuruh anak berniaga, meminta derma tidak salah bagi saya. Saya dahulu pun pernah meminta derma jogahton, tetapi kami meminta derma dalam kumpulan dan bukannya sepanjang tahun. Setahun hanya dua tiga hari sahaja. Saya rasa sekolah ini memang sudah terkenal dengan budaya meminta derma dan berniaga dengan mengunakan anak-anak ini. .baca di sini

Saturday, June 18, 2011

CAKAP LAGI

Saya dengan kakak-kakak saya memang agak rapat. Kakak saya hanya dua orang, seorang di Kajang dan seorang lagi di Melaka. Dengan kakak saya di kampung, biasanya saya menelefon saban hari. Walau kadangkala saban hari menelefon pun, ada sahaja cerita. Setiap kali menelefon sekurang-kurangnya sejam kami bercakap. Sampai suami pernah menegur 
"You ini hari-hari telefon pun apa you cerita ya? Agaknya sampai you buang air warna apa pun you cerita." Ha ha ha..
Dua bulan lepas saya dapati kakak saya yang bekerja sebagai seorang penyelia di salah sebuah kilang itu, asyik bekerja dari pagi sampai ke petang. Kata dia terpaksa kerana salah seorang rakannya dimasukkan ke hospital.
"Kau tu bukan kuat sangat. Bukan sihat. Esok kau masuk hospital aku tak mahu tolong kau dan tak mahu tengok kau.."
Satu hari saya berkata begitu dengannya. Yelah tahun lepas dia dimasukkan ke hospital dan saya membantunya. Kakak saya ini sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital. Setiap kali dia di masukkan ke hospital sayalah yang menjaganya. Saya masih ingat tangannya patah terjatuh bebelas-belas tahun yang lalu. Dia dibedah. Sayalah yang menjaga dia dan mengambil cuti lebih 2 minggu. Saya yang menemani dia di hospital, sama-sama tidak tidur apabila mendengar dia mengerang kesakitan. Kemudian dua kali lagi dia dimasukkan ke hospital,  kerana demam dan juga terkena batu hempedu. Setiap kali itulah mendengar berita dia sakit, saya orang yang paling awal sampai walau saya tinggal di Kajang.
"Hesy jangan cakap macam tu.."
Kakak saya ketawa. Saya bergurau sebenanya tetapi dalam hati geram dengan tempat kerja kakak saya yang memaksa pekerjanya bekerja selama 12 jam. Yelah kakak saya hampir 50tahun. Kudrat pun bukan kuat sangat untuk bekerja lebih 12 jam. 
Semasa saya di Holland dan kemudian terbang ke Italy, saya tiba-tiba teringatkan kakak saya ini. Apa khabar dia? Pantas saya menelefon dia. Saya mendengar suaranya sangat lemah..
"Aku masuk hospital Pantai ini. Doktor cakap radang paru-paru.."
Ya ALLAH berderau darah saya. Termenung saya dibuatnya. Suami yang ketika itu sedang tidur (yelah perbezaan waktu Italy dan Malaysia 6 jam lewat) pun terperanjat mendengarnya.
Kemudian saya telefon kakak saya di Kajang menyuruh dia melawat kakak saya di Melaka. Kemudian saya bercakap dengan adik saya. Menurut kakak saya, orang lain tidak tahu pun dia dimasukkan ke hospital sayalah orang pertama yang tahu selain suaminya.
Bila balik Malaysia, saya menelefon dia. Dia memberitahu saya.
"Selalu kalau aku sakit, kau orang pertama datang dan menunggu aku tetapi kali ini sampai aku keluar hospital kau tak dapat melawat aku. Kau ingat tak, beberapa minggu lepas kau cakap dengan aku. Kalau aku masuk hospital, kau tak mahu tolong dan tengok aku.."
Ya ALLAH..saya masih ingat kata-kata saya itu. Rupanya ALLAH perkenankan apa yang saya perkatakan tanpa saya sedar.
Sebagai manusia yang lemah, ini peringatan pada saya untuk lebih berhati-hati bila bercakap dan berniat yang baik-baik. Cuma sebagai manusia kita tidak lepas daripada kesilapan.

Friday, June 17, 2011

KASIHAN GENERASI INI

Anak istimewa ini minta bermain dengan Qaisara. Sangat comel.

Semasa di Holland tempuh hari saya berkesempatan ke muzium terbuka Holland. Saya bukan mahu bercerita mengenai muzium terbuka tersebut. Tetapi tertarik dengan ramainya orang cacat dan anak-anak istimewa di muzium tersebut. Mungkin kebetulan hari tersebut adalah hari terbuka untuk anak-anak ini jadi keramaian mereka nampak sangat luas biasa.
"Di Holland anak-anak istimewa dan cacat memang ramai."
Cerita adik ipar yang pernah satu masa dahulu mengendalikan sebuat pusat untuk anak-anak istimewa dan juga cacat.
"Kenapa ya?"
"Kesilapan ibu bapa. Di Malaysia tak ada??"
Saya beritahu adik ipar saya, di Malaysia ada tetapi tidak ramai. Bahkan yang ramai anak istimewa yang tidak terlalu teruk fizikalnya. Masih boleh menjaga diri dan kelahiran mereka bukan kerana kesilapan ibu bapa tetapi kerana genetik atau pemberian ALLAH.
"Di sini terlalu ramai ibu bapa yang menghisap dadah, minum. Maka anak-anak yang lahir jadi beginilah"
Ramai yang saya tengok memang fizikal mereka teruk. Ada yang berbaring sahaja dan ramai yang tidak boleh berjalan hanya duduk di kerusi roda.
"Di sini dadah dijual secara terbuka. Sesiapa pun boleh beli asalakan 18 tahun ke atas."
Kalau di Malaysia siapa yang menjual dadah boleh dihukum gantung tetapi di Holland, penjualan dadah dibolehkan dan dijual secara terbuka. Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat yang sedia ada., tetapi generasi yang akan datang. Kasihan saya tengok anak-anak yang cacat teruk ini. Apa nasib mereka kerana mereka lahir atas kesilapan ibu bapa mereka.

Salah satu kedai yang menjual dadah secara terbuka di Holland.

Thursday, June 16, 2011

MAIN PUZZLE

Semasa di Holland hari itu, 3 hari Qaisara demam teruk. Tetapi dalam demam-demam pun, Qaisara ni tidak suka duduk diam. Macam saya, serupa sahaja. Ada sahaja yang hendak dibuatnya dan bising bila tidak ada benda yang hendak dibuat.


Hari itu saya ada cerita kami pergi ke kedai terpakai dan beli puzzle di sana. Jadi ini salah satu cara penyembuhan untuk Qaisara. Kami beli empat puzzle. 

Salah satu puzzle barbie ini. Abang sepupunya Salman ini cukup rajin melayan Qaisara. Main puzzle, menwarna dan kadangkala Qaisara pun dimake upnya. Masih dua puluhan. Handsome tak? Masih bujang trang tang tang.

Puzzle barbie ini memang cantik.  Kami beli dengan harga 0.50euro sahaja. Sudahlah cantik besar pula ini, yang ini kami bawa balik.

Ini puzzle 3D. Qaisara dapat membuatnya sendiri, yang ini juga kami bawa balik. Sekejap sahaja sebenarnya Qaisara buat... 


 Salah satu puzzle yang Qaisara beli tetapi kami tinggalkan sahaja di Holland kerana tidak ada tempat untuk di isi.

 Ini Qaisara dapat selesaikan dengan mudah, tapi terpaksa kami tinggalkan juga. Yelah naik KLM, hanya 3 beg sahaja boleh dibawa. Tidak kira kecil besar. Lebih 3 beg, kena 44euro satu beg. Ini pengalaman pertama saya naik KLM dan saya tak suka. Nanti saya ceritakan kenapa.


Qaisara bila dah sihat, duduk di muka pintu sentiasalah..ajak kita berjalan..ha ha ha


Tuesday, June 14, 2011

MUZIUM COKLAT


Dua hari lepas saya melawat muzium coklat di Cologne/Koln Jerman. Biasalah saya bukan suka masuk muzium pun. Tetapi yang seronoknya muzium ini sebenarnya tidak macam muzium pun. Macam masuk kilang cokelat sahaja. Banyak segmen yang saya skip dalam melawat muzium terutama penerangan mengenai pokok koko. Ayah saya dahulu ada menanam koko. Bila jemur koko tak kering, masih teringat lagi baunya yang busuk..ha ha



Di sini macam-macam rupa cokelat yang boleh kita tengok. Rasanya semua cokelat ini dari syarikat coklat Lindt.



Sesiapa yang nak drill penyangkut langsir beli yang ini..ha h aha

Rupa keyboard pun ada...

Telefon bimbit tetapi ini nokia lama ni? Saya ada tel ini satu masa dahulu. Seronok pakai tel ini..he he

Motor pun ada...

Ini bukan gigi palsu, jangan terpedaya. Ini coklat dan rasa-rasanya ada yang sanggup makan tak? Ha ha ha