MUTAKHIR 11.56aM
China terus ketatkan peraturan visa ke atas pelancong, ahli perniagaan
HONG KONG: China terus meningkatkan peraturan visa ke negara itu khususnya ahli perniagaan dan pelancong, sehari selepas menghentikan pengeluaran visa pelbagai guna, kata agensi pelancongan di sini, hari ini. "Anda (pelawat) kini dikehendaki mengemukakan salinan tiket penerbangan ke dalam dan luar negara serta tempahan penginapan sebelum permohonan visa diterima. Tanpanya, pihak berkuasa akan menolak permohonan anda," kata Daryl Bending, perunding sebuah agensi pelancongan. "Saya fikir peraturan ini menyebabkan ramai yang tidak memilih untuk melawat China. Mereka anggap ini menyusahkan," katanya.
Seorang lagi ejen pelancongan berkata, pelawat dari 30 negara, termasuk Thailand, Filipina dan Indonesia kini tidak lagi dibenarkan memohon visa ke China di Hong Kong, sebaliknya perlu memohon terus ke kedutaan China di negara masing-masing.
P/S Baru saya puji China..berita ini saya terima sebentar tadi..lucunya..hidup!
aku bukan budak baik
9 months ago
0 comments:
Post a Comment