Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 30, 2010

JOM BUAT TOPENG !

Ini mesti NB tak ada kerja ni? Aduh..mana pula tak ada kerja. Tetapi si Qaisara ni bagi umi dia kerja. Suruh buat topenglah, main playdohlah..macam-macam. Mula-mula lukislah macam ini. Umi dia yang tak pandai melukis ni yang lukis arnab ini.


Warnakan. Warna pilihan Qaisara sudah pasti pink. Ada ke rabbit pink? Ha ha..tak kisahlah. Mewarna sampai penat dan tertidur-tidur.


Dah siap sekarang boleh pakai!


Tada,,,,
"Umi..umi kenapa telinga dia tak sama besar umi?"
"Alah telinga kita semua tak sama besar. Qaisara cuba tengok Qaisara punya telinga.."
Alasan umi yang sebenarnya tak pandai melukis. ha ha ha..
"Heasy..umi mana Teta boleh tengok teliga Teta.."
"Bolehlah, tengok kat cermin.."
Ha ha ha..ha.ha..

Wednesday, September 29, 2010

MARI BUAT BEIGNET

 Mari buat beignet atau jemput-jemput Mat Salleh ni. Kalau tidak didera oleh Qaisara memang malas uminya nak membuat. Yelah saya part goreng mengoreng ni ada malas sikit. Ha hah ha.. Bahan-bahannya mudah aje.

Bahan-bahannya.
1 Mangkuk tepung
Sebuku butter
4 biji telur
secawan air
sedikit garam
assence vanilla
icing sugar untuk ditaburk.


Isikan air dalam periuk, masukkan butter dan sedikit garam. Bila butter sudah cair. Angkat.



Masukkan tepung sedikit demi sedikit.


Kemudian kacau sehingga sebati.


Masukkan telur satu, kacau, kemudian lakukan dengan yang tinggal 3 tadi perkara yang sama. Masukkan sedikit assance vanila. Qaisara sudah pandai memecahkan telur walaupun tidaklah terlalu cantik. Teringat saya seorang kawan, usia 20an dia mahu berkahwin tetapi begitu risau sebab tidak pandai memasak. Saya tanya dia masakan goreng telur pun tak tahu. Perempuan cina itu mengeleng seraya berkata.
"Yatie..you jangan terperanjat, saya pecah telur nak goreng pun tak pandai."
Allah..Allah sampai begitu sekali ya..ha ha..


Kemudian goreng. Sebenarnya adunan ini akan kembang sedikit.

 Sudah siap taburkan dengan gula icing. Tak cantik sungguh bentuknya. Kalau dah malas mengoreng tu tahu ajelah.  Sudah siap jemput-jemput Uncle Sam ni. Ha ha..


Paling kelakar nak tahu apa? Bila dah siap mengadun dah siap goreng. Baru Qaisara perasan dia tak pakai apron. Ha ha haha.. Tengok muka Teta yang tension...


 Jadi, masa makanlah dia pakai. Sedap umi! Ha ha Beignet ini juga kegemaraan Pak Seyit. Ada salah satu masakan Turki sama sahaja bahan-bahannya tapi kemudian dimasak dengan kuah gula. Kalau tanya saya? Saya suka jemput-jemput undang dengan sayur! Saya buat aje!





Tuesday, September 28, 2010

TERSALAH PAKAI

Baju raya yang tersalah pakai. Ha ha ha..

Hari selasa lepas, Qaisara balik dari sekolah dengan perasaan amat gembira.
"Umi..umi esok pakai baju raya tau! Ada jamuan raya."
Oh..anak saya ini memang obses sangat dengan baju kurung. Ada 6 pasang baju kurung yang saya buatkan untuk dia. Jadi pagi Rabu itu, dia bangun sendiri dengan riangnya. Tertanya-tanya juga saya kenapa guru tidak memberikan surat untuk Qaisara. Tetapi saya bekalkan seberkas kuih untuknya.
Saya tidak menghantar Qaisara, tetapi babanya yang hantar. Bila balik saya tengok muka suami agak kelat.
"Kenapa?"
Tanya saya.
"Kasihan baby kita honey. Tak ada orang pun pakai baju raya.."
"Arghh..biar betul?"
Alamak. Ini sudah pasti Qaisara tersalah dengar. Lagipun Qaisara bukan dia tahu sangat pasal hari. Kadangkala hari Jumaat dikatakan hari Sabtu.
"Telefonlah cikgu.."
Suami menyuruh saya. Saya melihat jam, ketika itu mesti sudah waktu belajar. Guru pun pasti tidak menjawab panggilan. Saya hanya diam sahaja sambil sibuk berkemas.
"Honey calllah cikgu Qaisara."
Desak suami lagi, menyuruh saya menelefon guru Qaisara untuk bertanya sama ada betul atau tidak hari itu, harus memakai baju raya.
"Cikgu tengah mengajar, mana nak jawab telefon.."
Balas saya perlahan. Namun hati saya risau tuhan sahaja yang tahu. Mesti Qaisara malu. Macam-macam yang menunjah-nunjah benak saya.
Pukul 11 suami sudah keluar mahu mengambil Qaisara semula. Saya tahu dia tidak senang duduk memikirkan anaknya. (orang tua ada anak kecil macam nilah rasanya..he he he).
Dengar sahaja kereta di halaman rumah, saya menyerbu ke bawah. Membuka pintu.
"Umi..umi, hari ini tak pakai baju rayalah..hari Jumaatlah umi.."
Aduh..Kasihannya anak saya. Saya rasa mahu menangis sahaja. Apa perasaan Qaisara kalau dia sahaja seorang pakai baju raya? Sudah pasti dia malukan.
"Ada tiga orang lain pakai baju raya. Umi..umi..cikgu semua puji baju raya Teta cantik.."
Begitu riang Teta bercerita. Saya menjadi lega selega-leganya. Begitu jugalah suami.
Lega kerana Qaisara tidak kecewa dengan apa yang berlaku. Bahkan begitu gembira sekali.
Ahh....kadangkala saya tahu, emak dan ayah sahaja risau berlebihan tetapi anak tidak apa-apakan?




Monday, September 27, 2010

TAMAN TASIK

Ahad lepas ketika orang masih sibuk beraya, suami mengajak saya ke Taman Tasik katanya. Saya ingat Taman Tasik di mana? Rupanya Taman Tasik Ampang Hilir. Oh..satu ketika dahulu, sebelum taman tasik ini dijadikan tempat rekreasi, saya hari-hari lalu di situ. Ketika itu saya tinggal di Ampang sebelum pindah ke Kajang. Kehidupan di Ampang agak sibuk dibandingkan dengan Kajang yang serba relax. Apa tak relax, depan rumah Mac D, giant, Tesco, bahkan pejabat saya depan rumah sahaja. Tak perlu berebut dan mengharung jam seperti di Ampang dulu.  Jalan kaki ke pejabat pun boleh.


Aktiviti di Taman Tasik ini memberi ikan makan. Kebanyakkan ikan di sini adalah sepat ronggeng dan juga ikan puyu. Kami beli roti kering sebungkus 50 sen.



Tengok tu bukan main khusyuk dua beranak ni memberi makan ikan.


Di situ ada sebuah gerai kecil yang dipanggil kudap2. Ada jual aiskrim dan serba macam produk felda. Oh..saya memang suka dengan produk-produk felda. Qaisara sudah menukar baju kerana mahu bermain di padang permainan yang ada di situ.


Pak Seyit perasan jadi model. Ha ha ha..

Tengah-tengah membaling roti di tengah tasik ini. Ada sesekor memberi lintas hormat. Saya tak pasti ianya biawak atau ular. Tetapi rasanya biawak. Ngeri juga saya melihat tetapi apabila melihat kami berada di tepi tasik beramai-ramai, boleh pula binatang ni buat u-turn. Ha ha ha..


Qaisara yang hyper. Melompat sana sini. Tengah-tengah bermain, Qaisara rasa mahu membuang. Pergi ke tandas yang berada di situ. Tandas kunci! Ya ALLAH. Punyalah bengang saya. Kasihan tengok Qaisara yang menahan perut.
"Macam mana kita nak selesaikan kes ini umi.."
Tanya Qaisara. Ini mesti pengaruh geng bas sekolah. ha ha..
"Entahlah Ta, pakai pampers nak?"
"Heasy..tak mahulah. Kita selesaikan dengan pergi Tesco, suruh baba pecut dan Teta pergi toilet kat Tesco.."
Tesco memang tidak jauh daripada situ. Jadi kami pun bergesa ke sana. Jam pula tu, nasib baik Qaisara boleh tahan. Tapi memang saya sakit hati sungguhlah di tasik ini. Ada surau, surau ditutup. Ada tandas pun berkunci, sedangkan itu tandas awam. MPAJ..tolong tengok sikit.!

Kami meninggalkan Taman Tasik Ampang Hilir ini ketika matahari sudah mula turun dan mahu menutup tirai siangnya.


Salah satu produk felda yang saya beli di situ. Suka bungkusan dia yang cantik. RM20.


Saturday, September 25, 2010

KUIH BAKAR MANIS

Ini kuih kegemaran Hakim, kalau balik ke kampung selalulah nenek dia buatkan untuk dia. Senang sahaja bahan-bahannya.
1 kilo tepung
8 biji telur
1 biji santan
Gula ikut cita rasa
buang lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis

Cara-cara membuatnya
Buang lawang, cengkih, kulit kayu manis ditumbuk/dimesin pun boleh. Letak air dan tapis. Ambil airnya sahaja.
Masukkan santan, tepung, telur kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan gula, kacau juga sehingga gula hancur.


Panaskan acuan. Acuan di kampung ni rasanya lebih 40 tahun. Kepunyaan arwah emak. Kebanyakkan sekarang acuan yang dijual ini bukan tembaga lagi seperti ini.


Kemudian masukkan minyak 1/4 dari acuan. Sudah panas masukkan adunan tadi..


Tutup. Ianya akan menjadi begini. Minyak tu nanti buanglah...


Tada..sudah masak. Oh..yang ini bukan saya buat, saya tukang kacau aje. Ambik gambar. Ha ha..Nurul yang buat. Hakim boleh makan sebiji ini tanpa toleh kiri kanan  tau..he he..

Friday, September 24, 2010

INI YANG DIKATAKAN BODOH TAK BOLEH DI AJAR..

Tajuk entry saya agak kurang sopankan. He hehh..he..
Dua hari yang lepas saya ke padang membawa Qaisara bermain. Di padang yang ramainya pembantu rumahlah, membawa anak-anak majikan bermain. Saya tegurlah seorang dua pembantu rumah yang biasa berbual dengan pembantu rumah saya.
“Sari bila balik buk..”
Tanya salah seorangnya. Dia nampak segan dengan saya, sebab saya perasan dia memakai baju yang saya suruh bibik sedekahkan pada kawan-kawannya.
“Insya-ALLAH minggu depan. Kamu tak balik raya?”
“Balik tahun depan buk. Habislah buk tahun depan. Tak datang lagi.” Lemah sahaja suara pembantu rumah tersebut.
“Kenapa pula macam tu, dua tahun sahaja dapat kumpul duit?”
Tanya saya, pembantu tersebut hanya termenung sahaja.
“Kamu kerja dengan majikan ini okay tak?”
Saya tahu dengan siapa pembantu rumah ini bekerja. Seingat saya sejak saya berpindah hampir 5 tahun di kawasan perumahan ini, majikan tersebut mempunyai lebih dari 10 pembantu rumah.
“Entahlah buk..”
“Makan okay tak?”
Mata pembantu rumah itu sudah terkebil-kebil mahu menangis. Akhirnya dia bercerita bagaimana dia bersahur dengan hanya sesudu dua nasi. Saya tahu pembantu rumah itu tidak berbohong, kerana 2 pembantu rumah dari majikan yang sama sebelum ini sering datang ke rumah saya, mengadu dan saya berikan mereka makan.
“Sebab itu saya tak betah buk. Saya sudah bertahun-tahun di Malaysia, tapi majikan ini paling teruk buk..”
Saya mengeluh. Saya terbayangkan majikan pembantu rumah itu. Orang Islam, memakai tudung nampak lemah lembut tapi ceritanya tetap sama. Kedekut dengan bab makanan dan apa yang diambil dan dimakan harus ditolak gajinya. Bahkan kata pembantu tersebut dia cemburu dengan pembantu rumah saya yang sering bercerita makan pizza hut, mac Donald dan sebagainya. Sedangkan kalau majikannya pergi makan anak-beranak, tidak pernah sekali pun dia dibelikan.
Bagi saya, dari majikan rumah tersebut harus mengeluarkan RM5,000 setiap kali mahu mengambil pembantu baru, lagi baik dia bermurah hati dengan pembantu rumah yang sedia ada. Berapa sangatlah mereka makan dan sampai sekarang saya tidak faham. Selepas lebih 10 pembantu rumahnya berhenti, tidak pernahkah dia mengambil pengajaran  dan muhasabah diri daripada apa yang berlaku?



Thursday, September 23, 2010

SUDAHLAH TU ANDAK..


Al-kisahnya. Saya belikan Ojan MP4 ini ketika Ojan masuk asrama. Kata Ojan bosan duduk asrama, tak boleh bawak laptop, tak boleh tengok kartun. Jadi dia minta saya belikan mp3 tapi Mak Andak dia terlebih baik, belikan dia MP4. Masa raya hari itu, saya perasan Ojan beli MP3 baru dan MP4 ini Akim yang gunakan. Sedangkan Akim sudah saya belikan MP3 ketika dia mendapat keputusan UPSR dia dahulu.
"Asal tak pakai MP4 andak beli tu?" saya tanya Ojan.
"Hari itu kena rampaslah andak, tak boleh bawak asrama.."
"Aik kenapa pulak. Mp3 Ojan boleh pulak bawak.."
"Boleh.."
"Tak pula kena rampas?"
"Tak, kata senior..MP4 tu macam telefon. Mungkin itu handphone.."
"Argg? Biar betul. Apa cerdik sangat senior Ojan ni? Masakan dia orang tak tahu, mana ada button hpnya.."
Memang pekeliling mengatakan handphone tidak boleh dibawa ke sekolah dan asrama.
"Entahlah Andak, hari tu nak claim kena bayar RM15, tak pasal-pasal duit Ojan terbang RM15.."
Ojan ini amatlah kedekut tau!
"Siapa senior Ojan tu, Andak pergi jumpa.."
Ini perangai Andak yang tak habis-habis dari dulu sampai sekarang. Tak boleh dengar anak buah/adik kena buli.
"Sudahlah andak, dah bayar dah pun. Dah selesai pun.."
Ojan menjeling saya. Mungkin dalam hati mesti dia cakap. Andak ni kecoh betul! Ha ha ha..
Andak dia pun..bla .la..bla bla..$%%%^^8&&&,, Beritahu Andak, biar andak pergi jumpa senior Ojan, kalau tak..cikgu Ojan, kalau tak guru asrama Ojan..bla..bla bla..
"Heasy..sudah-sudah tu andak. Sudahlah...."
Agaknya Ojan pun pening ada andak yang over macam nikan. Ha ha ha ha..



Wednesday, September 22, 2010

SESEKALI

Sejak kebelakangan ini, suka sungguh saya makan sejenis dua, masakan Jepun. Tak tahu kenapa, mungkin kena dengan selera dan saya sukakan sesuatu yang ada octopus. He he..Ini Takoyaki. Tako..mesti ada octopuskan? Sebab Tako dalam bahasa Jepun Octopus. Tapi masalah kat Malaysia ni Takoyaki disumbat macam-macam, udanglah, sosejlah, crab sticklah. Dah jadi Sosejyaki..bla..bla.. 4 biji Tokoyaki boleh buat saya tersandar kenyang. Ingat nak beli bekas dan buat. Cara buatnya macam buat kuih cara aje..he he..cuma di mana ya nak dapatkan fish flake tu?


Sushi saya mesti pilih yang octopus juga. Masa gigit tu sedap dan menganjal. Sushi crab stick tu Ojan yang punya. Akim tak suka dan Qaisara ikut mood dia. Kalau datang mood  mengada-gada dia. Memang dia tak akan sentuh. Kalau tak dia cubalah juga. Sebenarnya saya bukan pengemar makanan Jepun yang tegar, tapi sesekali bila angin pasang datang..sukalah juga makan benda-benda begini. (angin pasang? Dah lain macam aje bunyinya. Ha ha ha)



Tuesday, September 21, 2010

BUNYI APA TU?

Waktu : Petang Rabu jam 7 petang
Lokasi : Rumah
Status : Bersendirian

Saya sedang menghadap komputer di tingkat bawah mengunakan PC Qaisara, tiba-tiba saya terdengar bunyi berdesir, seperti ular pun ada.
Alamak! Bunyi apa tu.
Tiba..tiba harum semerbak mengapung ke udara. Hati sudah mula tidak sedap.
Bau apa pula masa nak maghrib ni?
Wangi semacam aje?
Saya hanya diam sambil di dalam hati membaca sesuatu.
Dalam beberapa minit ianya berbunyi lagi
dan haruman tersebut mengapung sekali lagi..
Wah..ini tak boleh jadi ni. Saya sudahlah tinggal seorang kerana suami membawa Qaisara keluar  ke kedai.
Saya kuatkan  semangat, mencari-cari punca tersebut..
Mata saya meliar dan dalam meliar itu saya melihat di atas almari..
Bunyi berdesir dengan satu semburan keluar..
Cehhhh..
Baru saya teringat,  beberapa hari lepas saya beli benda ini dan baru tengah hari tadi saya pasang di ruang tamu rumah..
-

-

-

-

-


Kalau dah penakut tu..ha ha ha.. Air wick automtic spray ini pun disangka yang bukan-bukan.

Monday, September 20, 2010

NIOVEL NBKARA

Jika pembaca mahu membuat pilihan, novel mana yang mahu dibeli dan memenuhi selera pembaca. NBKara sudah membina sebuah blog, di mana kami akan meletakkan 10 bab pertama, novel terbitan kami.  Sila layari  di novelnbkara.blogspot.com.


Saturday, September 18, 2010

SUSAHNYA CARI SATAY

Anak dan anak buah saya yang turut sibuk menanti orang bertakbir datang ke rumah. Hari itu baju pak seyit macam dinding rumah. Inilah pula baju Qaisara pemberian mak longnya dah macam langsir rumah. Ha ha ha..


Ini kisah malam raya.
Selalunya kami hidangkan ketupat dengan rendang dan sukut sakatnya untuk dijamu orang ramai yang datang bertakbir di rumah.
Rumah saya adalah rumah yang pertama orang bertakbir dan selalunya apa yang dihidangkan akan dimakan.
Jadi saya fikir dari menghidangkan ketupat dengan bermacam-macam lauk pauk yang agak leceh.
Baiklah saya hidangkan satay.
Tetapi saya lupa, saya sebenarnya berada di Melaka bukannya berada di Kajang, bandar satay.
Jenuhlah dari pagi sehari sebelum raya saya menelefon sana sini, bertanyakan adakah restoran yang menjual satay adakah menjual satay hari itu.
"Nak berapa?"
Bila saya telefon satu restoran besar di Melaka. Saya ditanya dengan soalan tersebut.
"Lima ratus sahaja.."
"Woii..banyak tu. Sampai lima ratus....saya ada seribu sahaja, ini pun dah ada orang order. Tak boleh, tak boleh.."
Ya ALLAH, rasa saya nak menjerit sahaja pada tuan punya restoran itu. Sudahlah budi bahasa kurang. Macam orang tak mahu berniaga aje? Terus restoran itu saya canangkan kepada keluarga saya, jangan sesekali pergi ke sana.
Rasa-rasanya dalam 10 tempat saya menelefon. Semuanya tak berniaga, semuanya tak mampu memenuhi permintaan saya. Itu belum lagi usaha adik dan adik ipar saya yang pergi ke semua restoran menjual satay di bandar Melaka. Semua kedai menjual satay tutup.
Waktu sudahdah tengah hari. Malam nanti orang akan datang bertakbir. Tiba-tiba saya teringat suami yang masih berasa di Kajang..
Begitulah suami setiap tahun. Dia suruh isterinya balik dahulu dan dia akan melepak dengan kawan-kawan untuk menghabiskan masa mengucapkan 'beyram' pada teman-teman.
Bila saya telefon suami, suami beritahu dia sedang bersiap sedia mahu menghantar kawannya ke lapangan terbang. Anginlah dia kerana saya tak beritahu dia awal-awal.
Tetapi angin suami saya. Sekejap aje dan petang itu...
Dia bawakan saya satu kotak besar..berisi satay. Satay dari Kajang..

Kotak macam nilah pak seyit bawak balik. Tapi lupa nak ambil gambar. Cari pak google ajelah.

Alhamdulilah, dapatlah saya menjamu orang yang datang bertakbir.
Kalaulah saya tahu teruknya mencari satay di Melaka.....
Sudahlah lama saya pesan dari Kajang dan tahu seterusnya
Saya sudah tahu bagaimana mahu memesan satay awal-awal lagi.


Alhamdulilah dapatlah kami menghidangkan satay untuk tetamu malam itu..

Friday, September 17, 2010

KASIHAN NENEK YA..


Pagi raya yang lepas saya bawa Qaisara melawat pusara emak saya yang sudah meninggal dunia lebih tiga puluh tahun yang lalu. Ini pertama kali saya membawa Qaisara memandangkan saya rasa usianya sudah sesuai untuk di bawa ke pusara. Turut serta suami, kakak sulong saya dan juga abang ipar saya iaitu ibu bapa Balkish.
Ketika saya sedang berdoa saya mendengar Qaisara bertanya saya.
"Umi..nenek kat mana umi?"
"Nenek ada dalam ni. Nenek dah meninggal, bila kita meninggal kita akan dikebumikan macam nilah.."
Sebelum tiba di pusara saya sudah berpesan pada Qaisara. Bacakan nenek Al-Fatihah dan juga surah yang Qaisara tahu. Bahkan di dalam kereta Qaisara sudah praktis membaca surat Al-Falaq dan Al -Fatihah.
Saya lihat mulut Qaisara kumat kamit membaca.
"Umi kasihan nenek ya.."
"Hmm..."
"Kecik sangat tempat nenek. Macam mana nenek nak duduk umi.."
"Memanglah Qaisara, bila meninggal cam nilah.."
"Kecik sangat umi, sian nenek.."
berkali-kali perkataan kasihan keluar dari mulut Qaisara.
'Bila meninggal memang macam ni. Tak boleh duduk baring sahaja.."
Saya beritahu Qaisara, usai sahaja saya berdoa.
"Baring sahaja umi? Sekarang nenek baringlah ya..kasihan nenek ya umi.."
Aduh..memang saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab dengan Qairasa. Perkataan kasihan yang tidak putus-putus keluar dari mulutnya membuat saya serba sedikit berasa bangga.
Walau Qaisara masih kecil dan tidak pernah mengenali neneknya, tetapi saya tahu Qaisara masih mempunyai perasaan belas dan sayang pada nenek yang tidak pernah ditemuinya.


Sempat bergambar dengan Balkish dan kakak saya..di pintu masuk tanah perkuburan.



Thursday, September 16, 2010

LAWAK LE..

Jom main bunga api..

Raya ni Qaisara mendapat perhatian.  Ramai yang memuji dia comel macam anak Mat Salleh. Tapi Qaisara biasalah, buat tak tahu sahaja apa sahaja komen yang keluar dari mulut orang. Pada raya ke dua, bapa saudara saya datang berkunjung bersama anak-anaknya yang sudah berkeluarga.  Salah seorang sepupu saya mendapatkan saya.
"Lah saya mati-mati ingatkan anak akak  tak tahu cakap melayu.."
Dia memberitahu saya.
"Aik kenapa pulak. Mak diakan melayu.." jawab saya sambil ketawa.
"Tadi bagai nak raklah saya tanya dia "What is your name?""
Sepupu saya sudah tergelak-gelak.
"Tiba-tiba anak akak cakap ngan budak-budak. Jom main bunga api! Lah..tahu cakap melayu rupanya.."
Saya sudah ketawa besar. Perkara ini bukan petama kali berlaku, acap kali. Bila orang melihat muka Qaisara yang seperti Mat Salleh, pasti mereka akan bercakap bahasa Inggeris dengan Qaisara. Sedangkan Qaisara boleh berbahasa Melayu dan Indonesia dengan baiknya.