Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 28, 2012

BISKUT TAWAR



Urik asid dalam badan saya sudah terlebih! Tetapi anehnya tahap kelestrol saya sangat stabil. Mungkin saya ini sangat suka makan lemon. Air teh kalau tidak ada lemon saya tak minum. Kemudian salad mesti letak lemon, semua benda mahu berlemon atau berlimau. Yelah selama hampir 10 tahun berkahwin dengan suami, orang Turki memang hidup dengan Lemon! Lagi satu kata doktor jangan makan cincaluk, jangan makan ikan bilis. Aduh..dua-dua itu kesukaan saya. Saya boleh makan cincalok tanpa makan aapa-apa lauk.Natijahnya kaki saya kebas-kebas. Jadi terpaksalah bersusah payah makan benda-benda berakali dan mengawal makan.
Sarapan pagi saya tadi adalah susu kambing dan juga biskut tawar. Syukur Alhamudilah masih boleh makan, kalau tak boleh makan lagi terukkan. Melihat saya yang sedap mengunyah biskut anak dara saya datang dan bertanya.
"Umi? Makan apa?"
"Biskut tawar.."
"Nak umi.."
Saya bagi dia sekeping, dimakan dan dikunyahnya perlahan. Saya melihat mata anak saya terkebil-kebil dan berkali-kali dia merenung biskut ditangan.
"Umi kenapa biskut ini tak ada rasa?"
"Yelah..nama pun biskut tawar"
"Yelah, nama dia biskut tawar tetapi kenapa tak ada rasa?"
"Yelah diakan biskut tawar.."
Balas saya lagi, Qaisara mengaru kepala seraya bertanya pada saya.
"Umi nama dia biskut tawar tapi kenapa tak ada rasa?"
Hesy pelik sungguh budak ini! Memanglah sudah nama biskut tawar.
"Dia tawarlah sayang.."
"Umi tawar tu apa?"
Ha ha ha rupanya anak saya tidak faham apa mana tawar! Patutlah...

Sunday, February 26, 2012

ADA YANG TIDAK SERONOK...

Dua tiga hari lepas saya berbual dengan salah seorang pekerja di salah sebuah kelab golf. Saya ingat saya mahu mendaftar untuk membolehkan Qaisara mengunakan kolam renang di kelab golf tersebut. Tetapi sayangnya suami sangat tidak berminat bermain golf. Beliau lebih suka bermain futsal dengan kawan-kawannya. Perbincangan dan perbualan kami lebih menjurus kepada terma yang berada di borang pendaftaran. Termasuklah pendaftaran warga asing dan local yang agak jauh berbeza dari sudut yurannya.
"Tak apa akak guna nama akak"
Beritahu pekerja tersebut.
"Seronok tak kak berkahwin dengan warga asing? Mesti akak selalu travelkan?"
Pekerja tersebut bertanya. Saya ketawa mendengarnya.
"Yelah, part travel tu memang seronok tetapi banyak perkara lain yang tidak menyeronokkan"
Saya memberitahu pekerja tersebut. Berkerut dahinya tidak tahu apa yang berada di dalam kepalanya.
"Maksud akak macam mana?"
"Yelah, di Malaysia ini kalau nak masuk mana-mana park yang berbayar, muzium atau mana-mana tempat lawatan bayaran untuk warga asing adalah lebih tinggi.."
"Oh betul juga ya kak.."
Balas pekerja tersebut.
"Bahkan mahu membeli property juga menjadi masalah."
Beritahu saya. Saya sebenarnya tidak sedar akan hal ini. Sudah beberapa property yang saya beli barulah saya sedar apabila saya membeli sebuah rumah di Melaka. Prosesnya sangat panjang dan akhirnya ditolak oleh pejabat tanah kerana rumah yang saya beli memerlukan 100 bumiputera (peguam saya sendiri tidak tahu hal ini). Tidak boleh ada nama suami, sedangkan pinjaman kami buat nama bersama. Natijahnya kerana malas mahu memikirkan proses yang menyakitkan kepala. Saya membeli dengan tunai. Nama suami tidak boleh diletak dan begitu juga nama Qaisara kerana beliau adalah berketurunan Turki (selepas berapa tahun Qaisara lahir, barulah saya sedar keturunan Qaisara adalah Turki..atooiiii!)
Bahkan peguam saya yang baru sedar hal ini, menasihati saya. Lain kali membeli hartanah saya harus pastikan hartanah tersebut bukan hartanah yang 100%  bumiputera.(ada hartanah untuk bumiputera tetapi bukan 100% bumi). Takut nanti anak saya tidak boleh mewarisinya. 
Saya sedar, tujuan undang-undang ini diadakan untuk mempertahankan warisan bumiputera tapi saya rasa ianya tidak adil pada kami yang berkahwin dengan warga asing dan mendapat anak yang tidak diiktiraf sebagi bumi walau lahir di Malaysia.
Dan paling menyedihkan maklumat mengenai perkara sebegini tidak disebarkan dengan secara meluas dan apabila ianya berlaku, kami yang terlibat jadi terpingga-pingga.


Friday, February 24, 2012

CARA MELAYAN KHADAM

Semalam di TV AL Hijrah saya mendengar ceramah seorang ustaz dari Yaman rasanya mengenai khadam, pembantu rumah atau amah. Bagaimana layanan nabi terhadap mereka.
Nabi Muhammad ditanya, berapa kali kita harus memaafkan khadam kita sehari.? Lantas nabi Muhammad menjawab 70 kali sehari. Ini bermakna, kalau pembantu rumah atau khadam ini memecahkan pinggan mangkuk maafkan dia, masak termasin maafkan dia. Masakan dia akan melakukan kesalahan sampai 70 kali sehari? Jadi ini bermakna kita harus memaafkan khadam atau pembantu rumah bila-bila masa sahaja.
Saya berbincang dengan adik saya Nurul, mungkin menganiaya pembantu rumah sudah menjadi seperti barah di negara Arab, maka ceramah ini diadakan. Adik saya setuju. Memandangkan adik saya pernah duduk di masyarakat dan negara arab untuk beberapa bulan.
Kami tertarik dengan satu lagi persoalan. Bilakah harus kita membayar upah khadam atau pembantu rumah ini? Jawapan nabi kesayangan kita "bayarlah sebelum peluhnya kering"
Adik saya berpaling pada saya dan seolah-olah bertanya, bagaimana saya membayar saya pula menjawab sambil tersengeh.
"Kak Tie bayar bibik sebelum dia berpeluh. Mana tidaknya, tahun lepas dia minta advance setahun. Kemudian balik Indon dia minta advance 8 bulan nak balik lagi bulan Mac ini dia minta advance 3-4 bulan lagi."
Ha ha ha adik saya ketawa. Sekurang-kurangnya saya lega mendengar ceramah tersebut kerana saya bukan dari golongan orang yang menyeksa pembantu rumah.

Wednesday, February 22, 2012

STICKY CANDY

Semalam sehari suntuk saya di kedutaan Indonesia untuk memperbaharui passport pembantu rumah. Tetapi bukan itu yang saya mahu ceritkan. Tetapi saya mahu bercerita mengenai Sticky Candy. Letih menunggu dan sebelum passport siap. Saya lari ke Pavillion bersama bibik dan juga suami. Paling kurang boleh saya mencuci mata dan membeli belah. Seperti kata bibik lama sungguh kita tak shopping ya sejak umi sakit kaki.
Ketika berjalan-jalan itu, saya dan suami terjumpalah satu kedai ini. Kedai membuat candy. Dibuat secara tradisional mengunakan tangan. Mungkin ramai yang selalu ke Pavilion dah tahu tapi saya baru tahu jadi saya letaklah entry inikan. ha ha.
Semua gambar adalah dari pak cik google ya disebabkan saya punya galaxy tab sudah kehabisan bateri kerana dipakai guna di kedutaan untuk membuang rasa bosan. Kamera pula saya terlupa bawa.

Macam inilah gayanya candy itu dibuat tetapi di pavillion semalam, candy merah. he he


Kemudian digelek-gelek menjadi seperti ini dan dipotong. Semua menggunakan tangan.

Saya belikan Qaisara yang campur seperti ini. Disebabkan saya tinggalkan dia seharian, petang pula Qaisara ada kelas piano jadi saya dan suami bergesa ke kelas piano untuk mengintai Qaisara. Dia ke kelas di hantar oleh Mak Usunya. Bukan main gembira sekali apabila dia melihat kami. Terlompat-lompat dia apabila melihat kami mengintai dia dari pintu (perasaan ketika itu sangat indah) Ha ha



Satu botol harganya. RM19.90. Saya teringatkan Fariz anak kawan saya Haryati Baharom  yang suka makan gula-gula. Hendak saya belikan mereka di Johor. Jadi,  awal-awal lagi saya dah pesan dengan suami. Camkan kedai ini, jadi kalau saya suruh dia beli nanti senanglah. (suami memang suka melepak di kedai kawannya yang dia Pavillion itu) 
Cepat sahaja suami angguk.
Itu tanda dia sukalah dengan candy ini sebab kami dok pulun makan yang diberi di kaunter. Ha ha ha

Siap yang terliur, cepat pergi beli. Kedai ini terletak tidak jauh dari food court di tingkat bawah.


Tuesday, February 21, 2012

BAHASA ORANG POLITIK

Qaisara dan sepupunya ketika menyambut hari jadi Zafran a.k.a Haji..ha ha

Beberapa hari yang lepas saya dan Qaisara baru lepas solat maghrib . Dia kemudian bangun, membuka telekongnya dan kemudian duduk di birai katil.
"Umi..umi..bibir Teta macam kering ajelah.."
'Aik kenapa Ta?"
Saya melihat Teta mengebam gebam bibirnya.
"Bibir Teta keringlah umi, tekak pun macam tak selesa sahaja.."
Apa pula si Teta ni. Demamkah budak ni? Tapi tadi ceria sahaja. Masa solat pun baca Al Fatihah bukan main kuat lagi, sampai bacaan umi dia kelam kabut sedikit. Ha ha ha
"Teta demamkah Ta?"
Saya bangun dan mahu meraba kepala dia.
"Teta tak demamlah umi, tapi bibir kering tekak tak selesa. Kalau dapat susu okay agaknya.."
Cehh...main politik pula si Qaisara ni. ha ha ha..

Qaisara hidupnya tidak bermakna tanpa susu. Sudah berapa kali saya mengusik dia. Berhenti sahajalah minum susu, Qaisara dah besar. Esok kalau Qaisara kahwin pun bawa susu habis kena tinggal dek suami (ini lawak orang tua menyakat ha ha ha ) Tapi dia bukan kisah pun. Cuba bayangkan sudah 6 tahun usianya tetapi saya terpaksa bangun buatkan dia susu. Nasib tidak macam beberapa tahun yang lalu, setiap dua jam. Sekarang tengah malam hanya sekali sahaja.
Dan mungkin kebijaksanaan bercakap macam orang politik itu disebabkan susu..ha ha ha

Saturday, February 18, 2012

ULASAN MENUNGGU KERETA API

Jujur saya tidak pernah meletakkan apa-apa ulasan buku seseorang di blog saya ini. Kerana saya berasakan blog ini adalah kehidupan peribadi saya yang harus jauh daripada kerjaya sebagai seorang penulis. Tetapi pagi ini saya terpanggil membaca satu blog dari seorang pembaca yang baru mengenali buku saya dan saya sangat terharu. (Liza Bujang yang suruh saya baca)

Bagi saya mengekalkan hubungan saya dengan pembaca yang sedia ada sama sukarnya menarik pembaca yang tidak pernah membaca buku saya. Namun syukur Alhamdulilah, pembaca ini yang dikenali sebagai Engku Muzahadin http://engkumuzahadin.blogspot.com/2012/02/menunggu-kereta-api.html Baru pertama kali membaca buku saya dan sukakannya. Ini satu kegembiraan buat saya dan terima kasih diucapkan kepada Engku.


"Sejujurnya, ini merupakan karya pertama tulisan Norhayati Berahim yang saya baca. Meski, nukilan beliau agak popular namun entah mengapa sebelum ini tidak pernah tergerak hati untuk membaca. Bahkan, ini juga pertama kali membaca novel terbitan NB Kara. Dan usai membacanya, baharulah saya mengetahui sebab musababnya penulis ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri juga setia berdiri di sampingnya."

"Saya jatuh cinta pada kisah ini. Tidak salah andai dikatakan cerita ini tidak pernah sama dengan ratusan cerita lain yang pernah dibaca"

Apa yang ditulis di dalam blog Engku Muzahadin sangat memberi semangat untuk saya berkarya dengan lebih baik, teratur dan penuh pengisian.

Terima kasih juga pada para sahabat yang tidak pernah jemu membaca karya-karya saya. Saya akan mencuba menulis yang lebih baik walau saya tahu, saya bukanlah yang terbaik.

P/S Walau ada kedai buku yang bersengkongkol dengan pengedar yang mahu membunuh karier saya tapi Alhamdulilah, Menunggu kereta api sudah masuk ke cetakan ke 3 dalam masa 4 bulan.


Thursday, February 16, 2012

TEKA TEKI

Hari ini sekolah Qaisara mengadakan majlis hari jadi untuk anak-anak yang lahir pada Jan dan Feb. Qaisara pun sibuk samalah sedangkan hari jadinya sudah sebulan berlalu. Mula-mula dia suruh pesan cup cake. Jadi saya pesanlah sebanyak 80 biji.
Gambar dari pak cik Google.


Kemudian suruh pula pesan karipap. Kata Qaisara tak ada karipap mana best umi. Setiap hari jadi pasti ada karipapkan? Pandai sahaja anak saya, manalah dia tahu tak ada karipap hari jadi tak best. Ha ha ha..

Pak cik google juga..

Balik dari sekolah, Qaisara membawa balik topi yang berbentuk binatang. Kalau tak silap saya topi Qaisara berbentuk seperti rusa, hadiah dari sekolahnya.  Lalu dia bercerita.
"Umi..umi. Kami yang sambut hari jadi semua pakai topi binatang ini. Umi tahu tak ada seorang kawan Teta tanya teka teki?"
"Teka teki apa sayang?"
Qaisara memang suka teka teki. Banyak teka teki yang dia ada.
"Teka teki, teka teko..binatang mana yang didunia ini paling cantik."
Terkebil-kebil saya mahu menjawab seraya berfikir sejenak.
"Hmm burung merakkah Ta?"
"Taklah umi.."
"Habis tu  apa?"
"Kawan Teta cakap, Tetalah.."
"Arghhh..Teta.?"
Mata saya terbeliak dan kemudian baru saya dapat menangkap.
"Yelah umi.."
"Kawan Teta yang bagi teka teki tu lelaki ke perempuan.."
Malu-malu Qaisara menjawab.
"Lelakilah umi.."
Ha ha ha ha..aduh...budak-budak sekarang, kecil-kecil lagi sudah pandai menghayat!






Monday, February 13, 2012

MAC D VS RENDANG

Ini cerita sudah basi. Rasanya kisah minggu lepas atau dua minggu lepas. Saya ke Sogo, tidak ada apa pun yang saya beli kecuali susu mak cik Teta. Ha ha.. Yelah susu dia yang harga RM95 turun pada RM85, beli 3 tin jimat juga saya RM30kan?
Selepas puas berjalan di Sogo itu selama 4-5 jam, sampai solat pun dua waktu di sana. Saya turun untuk makan bubur Mac Donald. Saya kalau pergi mac donald itulah yang saya makan. Saya ajak suami makan sekali, dia mengelengkan kepalanya. Kata dia, dia kenyang. Jadi dia temankan saya langsung tidak teguk air liur melihat saya makan dengan erti kata sebenar buat tidak peduli.
Langsung tidak terusik.
 Padahal dia sukakan burger. Kalau keluar dengan dia, tidak pizza hut, mac donald atau KFClah tempat dia menjamu selera.
Selepas makan saya pulang ke rumah. Dalam hati berkata juga. Pasti balik nanti dia suruh saya masak. Di kepala saya sedang merancang menu ringkas apa yang akan dimakan oleh suami.
Tiba sahaja di rumah, belum saya masuk suami sudah berkata.
"Honey, ada rendang semalamkan. Panaskan saya nak makan lagi.."
Ha ha ha patulah dia tak mahu makan. Rupanya teringatkan rendang semalam.  Suami memang suka sangat rendang dan boleh makan 3 hari berturut-turut. Sedangkan dia sangat cerewet dan dia biasanya  dia makan mengunakan siste al carte. Setengah jam atau satu jam sebelum makan, dia akan membuat pesanan dari saya.  Tetapi dengan rendang, panas berkali-kali pun masih mampu dimakannya.
Mac Donald kalah juga akhirnya dengan rendang. ha ha ha


Thursday, February 9, 2012

DOA Si Kecil

Lama sungguh saya tak update blog. Kalau rumah tak berkemas mahu sudah berabuk 12 incikan? Hey...12inci bukan satu kakikah? Ha ha ha
Sejak akhir-akhir ini lutut saya tidak begitu baik. Sampai nak solat secara biasa pun tidak boleh. Kena duduk kalau tidak, mahu menangis setiap kali berdiri dan duduk. Alhamdulilah semakin baik selepas saya berurut. Saya ingat masalah lutut saya adalah masalah bagi orang yang berumur. Tetapi menurut tukang urut itu, urat saya sudah bengkak dan urat saya sudah demam. (bukan demam urat tetapi urat yang demam tau).
Melihat saya yang berjalan dengan amat payah, Qaisara selalu berlari-lari mahu memapah saya. Pantang sahaja dia melihat saya berdiri mahu berjalan. Tetapi budak kecil apalah yang boleh dilakukan, penghabisan saya papah dia semula. Ha ha
Malam tadi ketika saya berbaring, Qaisara duduk di hujung kaki saya. Diusap-usap lutut dan juga betis saya. Dengan suara yang kuat dia membaca Al Fatihah dan ayat tiga Kul. Suami yang berada di sebelah hanya memerhati sahaja. Kemudian mulutnya menghembus kaki saya.
Kemudian saya melihat dia menadah tangan dan berdoa.
"Ya ALLAH kau beri perlindungan pada umi aku (dia mahu menyebut perlindungan sampai tergeliat lidah). Sihatkan umi aku, biar dia boleh jalan. Ya ALLAH kau bagi healthy umi aku. Ya ALLAH aku nak tengok umi boleh jalan baik-baik."
Masa itu saya pandang suami, suami pandang saya. Di dalam hati rasa sangat terharu. Memang setiap kali Qaisara sakit. Saya akan bacakan ayat Al Quran padanya. Saya akan berdoa di hadapannya . Begitu juga kalau saya sakit atau demam. Itu yang dilakukan oleh suami kepada saya. Jadi sudah pasti Qaisara melihat dan mengikut.
Moga-moga dengan doa si kecil ini, kesihatan saya bertambah baik. AMIN
Gambar ini tidak ada kena mengena dengan cerita, sengaja nak tayang gaya si Qaisara..he he he