Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 30, 2010

CUTI SEKOLAH 1

Cuti sekolah sudah bermula. Jadi aktiviti pertama saya bersama anak-anak, iaitu Ojan, Akim, Qaisara, Bibik pergi mnenonton wayang. Kami menonton Ranpunzel Tangled.  Tempat biasa kami kalau tidak di Jusco Cheras Selatan sudah pasti di Mines. Panggung di Mines baru selesai diubah suai dan kami mendapat panggung yang terbaru sekali. Tidak ramai orang ketika kami menonton mungkin tidak ramai yang berminat dengan cerita animasi.




Sinopsi Cerita.


Seorang wanita tua bernama Gothel saksi tunggal sinar matahari menyentuh tanah, mencipta bunga ajaib dengan kemampuan untuk menjaga dirinya muda . Berabad-abad kemudian, ratu sebuah kerajaan besar jatuh sakit ketika mengandungkan putrinya. Ratu hanya boleh sembuh dengan meminum air daripada bunga ajaib yang disembunyi oleh Gothel, Pengawal dapat membawanya kepada ratu. Bunga menyembuhkan ratu dan ia melahirkan seorang gadis bernama Rapunzel, yang datang untuk mewarisi sihir bunga melalui rambut panjang emasnya. Suatu malam, Gothel menculik Rapunzel di menara dan kemudian membesarkan Rapunzel sebagai anaknya sendiri. Namun, setiap tahun pada hari ulang tahunnya, kerajaan melepaskan  lentera ke undara untuk melepaskan kerinduaan pada puteri mereka yang hilang untuk kembali.




Lapan belas tahun kemudian, Rapunzel yang mempunyai rambut panjang yang sungguh luarbiasa,  mengatakan bahawa dia ingin melihat lampu lantera yang terapung di udara yang muncul pada hari ulang tahunnya, tapi Gothel menolak dengan mengatakan Rapunzel bahawa dunia adalah tempat yang berbahaya.

Saksikan cerita animasi yang sangat cantik dan comel. Walau ceritanya agak simple tapi penuh nilai persahabatan dan kasih sayang.

Qaisara sangat-sangat gembira menonton cerita animasi ini. Ojan pula berangan satu masa nanti dia boleh membuat animasi yang secantik begini.

Cerita animasi ini sesuai untuk ditonton oleh semua generasi..

Saya sendiri lebih suka melihat cerita animasi seperti ini, dari melihat cerita propaganda barat yang sejak akhir-akhir ini agak memualkan. 




Monday, November 29, 2010

ANAK-ANAK MASA HADAPAN



















Saturday, November 27, 2010

NASI BERYANI EXPRESS


Ha ha..tajuk bukan main lagi, bunyi dia macam cepat sangat memasaknya ya.
Bukan susah memasak nasi beryani ni.
Saya pakai perencah nasi beryani maggi.
Cuma tumis, bawang merah, bawang putih dengan minyak sapi. Masukkan perencah.
Masukkan beras yang sudah direndam sekejap.
Tutup periuk (pakai rice cooker aje)
Bila nak dekat masak kacau dan masukkan gajus. Kalau nak letak kismis letaklah.
Makan dengan rojak bodoh, kata orang Melaka.
Asal pula nama rojak bodoh. Kasihan rojak ni, diberi nama begitukan?
Oh..sebenarnya bukan rojak itu bodoh tetapi kata orang tua-tua, orang bodoh pun boleh buat rojak tu. Senang sangat. Ha ha..
Kemudian makan dengan ayam  sambal atau ayam masak merah.
Hmm..emak mertua lalu belakang kita pun tak perasaan.
Sebab punyalah seronok makan, tunduk sampai tak angkat muka.
Selamat mencuba.


Friday, November 26, 2010

RAHSIAKANLAH PERTUNANGAN

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair).

Tetapi sejak akhir-akhir ini saya lihat di mana-mana sahaja terutamanya di FB, majlis pertunangan diadakan dengan begitu gah sekali. Siap pelamin dan berandam seperti mahu berkahwin.
Di dalam Islam sebenarnya ikatan pertunamgan bukanlah jaminan seseorang itu akan menjadi suami isteri satu masa nanti, ianya satu ikatan yang  amat longgar dan berisko akan terputus bila-bila masa sahaja. Bahkan lelaki dan perempuan yang bertunangan ini masih berada di dalam batas syarak, tidak seperti mana suami dan isteri.

Kenapa pertunangan harus di rahsiakan?
1. Bagi mengelak perasaan hasad dengki orang lain terhadap pasangan ini. Faham-faham sahajalah manusia ini, bila mendengar kawan sudah bertunang dengan orang itu orang ini. Mulalah terbit rasa iri hati dan cemburu.

2. Menjaga maruah seorang perempuan. Bayangkan ketika bertunangan tiba-tiba pertunangan itu putus. Sudah cantik menghias diri di hari pertunangan, mengambil gambar di pelamin dan dimasukkan ke dalam FB, tag orang sana tag orang sini. Tiba-tiba pertunangan itu putus. Bagaimana mahu diletak muka apabila semua orang bertanya kenapa pertunangan ini putus. Paling tertekan atau malu kalau ada orang sekeliling yang suka memfitnah membawa bermacam-macam cerita yang tidak benar, . Sudah pasti menambah beban kecewa seseorang yang putus tunang. Sudahlah putus tunang itu membebankan perasaannya campur lagi fitnah. Mahu merana berminggu bahkan berbulan-bulan.

3. Memberi ketenangan pada pasangan yang bertunang ini, memperbaiki diri dan mengenali pasangan masing-masing. Ketika inilah bakal isteri dapat mengetahui dan melihat sama ada bakal suami seorang yang beriman, rajin beribadat dan bertanggungjawab tanpa dipengaruhi oleh orang sekeliling.

Di dalam Islam, sesuatu perkara yang ditegah mempunyai alasan yang sebenarnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Tetapi berapa ramai yang mematuhinya. Terutama di zaman sekarang ini? Ramai yang beranggapan pertunangan adalah tiket untuk pasangan lelaki perempuan ini untuk ke sana ke mari, bergambar melekap pipi untuk diletak di FB. Sebab itu pertunangan yang terlalu lama tidak digalakkan supaya ruang untuk membuat maksiat dapat dielakkan.

Jadi pada yang mahu bertunang itu, tak perlulah digembar gemburkan pertunangan dan berkahwinlah secepat mungkin selepas pertunangan dijalankan....


Thursday, November 25, 2010

BELANGSUNGKAWA

Hari minggu lepas saya ke Mid Valley, masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual pakaian kanak-kanak. Saya membelek-belek sehelai pakaian kanak-kanak. Cantik! Desis hati saya. Saya bertanyakan 3 warna yang sama tetapi sayangnya cuma ada dua sahaja. Jadi saya batalkan niat saya untuk membeli. Sebelum raya yang lepas pun saya ke sogo. Saya mahu membeli 3 gaun kanak-kanak yang sama, warna yang sama. Tapi tak ada yang berkenan di hati. . Jadi saya hurung dulu niat saya membeli dan saya fikir nantilah bila-bila masa saya cari lagi ditempat lain.
Tapi sekarang ada sesuatu yang saya  amat saya sesali.
Mesti ada tertanya untuk apa gaun 3 warna yang sama untuk kanak-kanak?

             Salah satu gambar yang ada di dalam inbox saya. Gambar kembar 3 yang baru sahaja kehilangan bonda tercinta.


Saya kenal ibu anak-anak  Aishah Tawang (dalam FB Aishah Aizul) ini apabila dia menghantar email kepada saya. Kemudian persahabatan itu disambung ke dalam FB. Di dalam hati memang berkali-kali mahu berjumpa dengannya dan menjenguk anak kembarnya. Tetapi ada sahaja halangan. Niat saya tidak pernah saya beritahu pada sesiapa pun kecuali pada pembantu saya. Saya memang tidak suka berbuat janji, kalau saya mahu pergi berjumpa seseorang saya akan berbuat temu janji sehari atau beberapa jam sebelum bertemu. Saya takut saya termungkir janji.

Selalu dia berinbox dengan saya, menghantar gambar anak-anaknya. Bahkan dia pernah meminta nasihat saya bagaimana mahu melayan pembantu rumah. Saya beritahu dia anggap sahaja pembantu rumah sebagai ahli keluarga. Kadangkala kerana kekangan waktu inboxnya tidak saya balas. (beliau mempunyai 3 orang anak lagi selain anak kembar)

Pagi Isnin saya terfikir mahu menulis mengenai kematian. Tidak tahu jiwa saya gelisah pagi itu mengingatkan kematian. Pagi itu saya tahu Aishah masih lagi sihat, ada di FB. Dia kelihatan di FB dalam pukul 4 petang tetapi malamnya. Ada seseorang menulis di wallnya mengenai pemergian beliau, tetapi saya tidak perasan.

Saya hanya tahu apabila seorang teman FB Azahari yang mempunyai anak kembar menulis di wallnya mengenai pemergian Aishah. Saya amat-amat terperanjat dan serta merta saya menangis.

Ya ALLAH, memang berkali-kali saya mempunyai niat mahu berjumpa dengannya. Tetapi ada sahaja tertangguh kerana masalah yang kecil. Saya sesal dengan perangai saya yang menangguhkan sesuatu yang baik. Saya kesal kerana tidak dapat berjumpa beliau.
Semalaman saya teringatkan beliau, rasanya kalau diputarkan semula masa yang berlalu saya tidak akan bertangguh berjumpa dengannya.
Semuanya kuasa ALLAH, ALLAH yang menentukan kematian manusia yanng tidak tertangguh walau sedikit pun.
Doa saya moga beliau ditempatkan di golongan orang beriman. Untuk suami beliau cikgu Zul, saya tahu tidak ada ayat yang dapat mengubat kesedihan di hati beliau. Sebagai manusia hanya boleh saya beritahu beliau, tabahlah, ingatkan ALLAH, ingatkan anak-anak. Saya akan mendoakan dari jauh..
Aishah akak tetap dalam kenangan saya. Satu pengajaran yang saya kutip di sini, jangan bertangguh bila mahu melakukan sesuatu kebaikan.




HAJI


Perasan tak anak buah saya berambut kerinting.
Ha ha ha itulah Muhammad Zafran a.ka Haji.
Haji ini special sikit bagi saya.
Dia anak yang baik dan mandiri. Tak susah untuk menjaga dia.
Kalau bagi makan, dia makan sahaja. Kalau saya bawa nasi untuk beri Qaisara makan,
Qaisara belum buka mulut dia sudah buka mulut.
Kalau orang lain makan pun dia buka mulut dan dia sangat comel.
Setiap kali dia pakai baju, kalau orang lain tanya siapa beli baju dia.
Dia akan jawab..
"Andak" (sayalah tu..ha ha memang saya selalu belikan dia baju)
Semua baju dia bantai Andak yang beli, walau ada ayah dan ibunya yang beli.
Setiap kali saya balik kampung dan berjumpa dengan dia.
Saya akan puji dia..
"Haji....cantiknya, handsome haji.."
Bila saya balik ke Kajang, kata ibunya setiap kali dia lepas mandi pasti dia akan cakap.
"Kalau andak ada, mesti andak cakap..handsomenya Haji.."
Ha ha ha
Dia juga sukakan Qaisara. Walau bezanya cuma setahun dari Qaisara.
Tubuh Haji agak kecil.
Kalau Qaisara balik kampung, dia akan ikut Qaisara dan suruh Qaisara duduk sebelah dia.
"Teta, teta, Mari sini.."
Bak kata adik saya atau ibu Haji.
"Wah..haji bukan main lagi, mentang-mentang perempuan cantik.."
Ha ha haha ha..
Cuma saya perasan dengan Haji ini.
Saya tak boleh marah dengan dia.
Walau  tunjuk jari pada dia.
Dia akan meraung dan menangis walau bukan saya marah beria pun.
Kecil sangat hati dia.
Kalau orang lain tak kisah pun dia..
Alah..alah..jadi bila mahu tegur dia atau marah dia
Saya perlu marah dengan berhemah dan lemah lembut (ada ke marah lemah lembut?)
..
Macam-macam anak-anak inikan?




Wednesday, November 24, 2010

KURANG MENGHARGAI

Setiap kali balik kampung, saya selalu menyusuri jalan-jalan yang pernah saban hari saya lalui satu ketika dahulu. Kadangkala saya tunjukkan Qaisara jalan di mana saya sering berjalan kaki ke tempat menoreh getah. Qaisara hanya terkebil-kebillah bila mendengar bibik berkata jauhhhhnya.. Dia bukanlah mengerti sangat apa sebenarnya berlaku, bahkan dia tidak tahu apa itu menoreh getah. Insya-ALLAH jika dia besar sedikit saya akan bawa dia masuk ke kebun atuknya melihat bagaimana atuk dan uminya menoreh supaya dia tahu asal usulnya. Agar dia menghargai kehidupan yang dilaluinya dengan penuh rasa syukur.
"Budak-budak sekarang kurang bersyukur kerana tidak melalui proses kepayahan. Tengok macam nak makan ayam, minta aje umiiii..nak ayam goreng, maka tersedialah atas meja."
Baru-baru ini ketika berada di kampung, saya berbual dengan kakak saya Mijah mengenai banyak perkara termasuklah menyentuh mengenai hal anak-anak yang kurang menghargai apa yang mereka miliki.
"Memang betul pun.." balas saya.
"Proses kepayahan mendapatkan ayam goreng itu tidak mereka lalui. tak ingat macam kita dulu. Bagaimana proses untuk dapat makan ayam begitu seksa sekali"
Sambung kakak saya. Ya.saya masih ingat. Beberapa hari sebelum raya, kami akan bersedia untuk mengejar ayam untuk disembelih. Kenapa saya menyebut raya. Kerana masa raya sahajalah kami dapat makan ayam. Selalunya 4 ekor. bekejarlah kami adik beradik cuba mendapatkan ayam yang kadangkala lebih pantas berlari dari kami. Kalau kaki tersadung akar pokok, kami mencium tanah. Kadangkala bila sudah dapat, disembelih ayam hidup balik dan boleh berlari sana sini .Kalau ingatkan balik memang lucu.
"Ingat kita putih mata, bila seekor ayam yang babah semebelih, tercegat hidup semula dan berlari sana sini?"
Kami ketawa mengingatinya keajaiban tersebut. Kerongkong sudah putus pun ayam tersebut boleh berjalan sana sini dan mati beberapa hari kemudian.
"Itu belum proses mencabut bulut, membakar bulu halusnya. "
"Yelah tahu sahajalah bulu ayam kampung amat liat.." balas saya.
"Proses dan kepayahan untuk mendapatkan ayam ni menimbulkan satu kepuasan buat ketika dan jerit perit untuk mendapatkan seekor ayam ini membuat kita lebih menghargai ayam yang kita dapat. Bukan macam budak sekarang, salah masak aje kadangkala mereka tidak mahu makan.."
Apa yang kakak saya cakap itu memang benar. Anak-anak sekarang tidak melalui proses kepayahan. Semuanya sudah tersedia, namun hendak menyalahkan mereka 100 peratus tidak boleh juga sebab ramai ibu bapa sekarang ini kalau boleh mahu menyediakan semua keperluan anak-anak dengan seberapa baik. Mereka tidak mahu anak menjadi susah macam mereka satu ketika dahulu. Tetapi tanpa mereka sedar mereka membuat anak-anak kurang menghargai apa yang mereka ada.



Tuesday, November 23, 2010

KASUT

Qaisara memang seorang yang agak bermurah hati. Satu hari ketika seorang kawannya datang ke rumah, saya terdengar dia bertanya dengan kawannya.
"Kasut awak dah teruk. Awak nak kasut kita tak?"
Saya dapat menangkap perbualannya . Qaisara ni kasut manalah yang hendak diberikan kepada kawannya? Saya terdengar kawannya berkata.
"Nak.."
"Hey..itu jangan. Itu kasut yang saya nak, ..Awak ambik yang ini.. Umi bolehkan..."
Bergesalah saya keluar bila Qaisara memanggil saya.


Ini kasut dari Tesco murah harganya. Enggan diberi oleh Qaisara kepada sahabatnya.

'

Kasut ini yang diberi oleh Qaisara kepada kawannya.

Bibik terkebil-kebil bila melihat kasut yang hendak diberi Qaisara kepada kawannya. Sebab itu adalah kasut yang agak mahal, ratusan ringgit. Dia sayangkan kasut ini. Tapi saya perasan Qaisara tidak gemar sangat memakainya, kerana kata dia panas.
Saya pujuk bibik, saya kata tak apalah.
Paling kurang kasut itu tidak buruk di makan panas matahari.
Ada orang memakainya.
Bibik pula beritahu saya, simpanlah untuk anak buah saya yang bakal lahir. Manalah tahu dapat anak buah perempuan.
Aduhai..lamanya lagi mahu menunggu. Ha ha ha.
Dua anak buah saya bakal lahir, tapi dari pengamatan saya..mungkin anak buah lelaki lagi.
Seorang dari adik saya
Seorang dari kakak ipar saya.
Macam mana saya tahu?
Hmmmm.......kalau tekaan saya benar. Allah maha mengetahui
Kalau tekaan salah, Allah juga maha mengetahui..


Monday, November 22, 2010

ITU PASTI

Setiap hari pasti ramai yang menyambut hari lahirnya. Bila tiba hari lahir, bayangkan seseorang datang pada anda dan mengucapkan.
"Selamat menuju  hari kematian?"
Agaknya sudah pasti yang menerima ucapan itu, melotot biji mata atau tidak semena-mena kita dihampuk dengan beroti.
Tanpa kita sedar, sebenarnya ucapan itu adalah ucapan kebenaran.
Semakin menginjak usia kita, sebenarnya semakin dekat kita dengan kematian. Saya masih ingat dengan kata-kata di dalam buku Harun Yahya yang saya baca.
Selepas kita mati, kita akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu,  tidak ramai orang yang akan melawat anda. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.
Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeza yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebahagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah:, baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.
Membacanya mengingatkan saya kematian yang makin hampir. Ketakutan kerana bolehkah saya mengharungi kehidupan di sana dengan bekalan yang mencukupi.
Duduk sendiri, kadangkala saya terfikir. Saya sudah menyiapkan segalanya untuk anak saya jika saya pergi. Rumah, sedikit bekalan wang ringgit, insuran dan sebagainya. Tetapi sudah berjayakan saya membekalkan dia dengan ilmu agama supaya dia akan menjadi anak yang solehah? Sentiasa mendoakan saya sepertimana uminya yang sering mendoakan neneknya?
Sebenarnya saya tidak mengharap sangat doa dari si anak, kerana sebagai manusia pelbagai perkara akan terjadi. Saya harus menyiapkan diri dengan bekalan saya sendiri.
Menyiapkan diri untuk kematian bukannya mudah walau sebenarnya tidaklah sukar.  Tapi itulah, manusia sering leka dan lalai sehingga masa yang berlalu tidak disedari dan kematian pun menghampiri..
Tidak tahu kenapa saya membuat topik kematian ini..
Mungkin sejak akhir-akhir ini novel saya terlalu banyak mengenai topik ini...




Saya berharap bila saya mati, Qaisara akan selalu mendoakans saya..




Sunday, November 21, 2010

KUIH RAYA HAJI

Di Melaka kalau hari raya haji, kebanyakkan kami menghidangkan kuih basah . Hari raya haji ini disambut hanya sehari sahaja. Tidak macam di Turki, sampai 9 hari mereka bercuti. Saya pernah ke sana ketika hari raya haji. Semua kedai ditutup. Tak tahu hendak pergi kemana.

Kuih koci labu. Satu-satunya kuih yang saya hulurkan tangan untuk membuatnya.



Kuih bakar. Masa saya balik, kuih ini sudah siap dibuat. Kuih paling awal yang disiapkan oleh emak tiri saya.



Kuih chang, di makan dengan seri kaya atau kari. Kalau orang cina biasanya di letak daging di tengah-tengahnya. Kuih ini cukup renyah mahu membuatnya. Kami beli sahaja di pasar.



Bingka pulut. Saya lebih suka bingka tepung tapi orang  Melaka jarang buat bingka tepung.



serimuka ini kuih kegemaran Pak Seyit tetapi bila ada kuih koci labu tu, seri muka ini terpinggirlah. Ha ha ha.

Di samping kuih basah ini, ada juga kek cokelat, kek marble yang dibuat oleh kakak saya Mijah di samping kek butercream yang dibuat oleh adik ipar. Tetapi lupa pula hendak diambil gambarnya.



Saturday, November 20, 2010

ANTARA DUA DARJAT

Semalam suami memberitahu saya, beliau mahu makan pizza. Jadi selongkar peti sejuk, semua barang ada kecuail keju moza. Jadi pizza yang saya buat berkejukan cheedar sahajalah.
Bila suami makan pizza, saya terpaksa fikir hidang untuk diri sendiri.
Saya memang amat tidak gemarkan pizza.
Sejak akhir-akhir ini asyik makan daging sahaja saya mahukan sesuatu yang ringkas.
Jadi fikir punya fikir apa nak masak ni.-
-


-

-

-

-

Ha ha..jadilah. Makan nasi panas panas.
Kata adik beradik saya, ini makanan orang dalam pantang..


Friday, November 19, 2010

HARI RAYA KORBAN

Hari raya korban tahun ini,  dilalui seperti tahun-tahun lepas. Tetapi ada peristiwa kecil yang sedikit mencalarkan hari raya korban kala ini. Selepas berbelas-belas tahun mengadakan korban di surau ayah saya. surau itu mungkin dirobohkan dan  ada satu karektor yang tidak berpuas hati dengan bahagian yang didapati. Tetapi kami ambil pendekatan, tak mengapa. Ambillah bahagian kami sesiapa mahukan.
Bila saya bercerita dengan suami perkara yang terjadi suami ketawa. Kata dia berpuluh tahun dahulu, dia mengadakan korban dengan dua orang lagi sahabatnya. Tetapi cuma yang datang ketika korban diadakan, seorang sahaja . Bersama sahabatnya nan seorang ini suami dengan beberapa pertolongan jiran menguruskan korban ini.
Selepas disedekahkan mereka ambil bahagian masing-masing termasuklah mengenepikan bahagian pada seorang kawannya yang tidak hadir.
Bila segalanya selesai barulah kawannya itu menampakkan wajahnya dan bertanyakan, kenapa dia tidak dapat daging batang pinang. Kata suami sudah diberikan pada jiran tertangga.
Maka mengamuklah kawan ini dengan macam-macam perkataan yang tidak seharusnya keluar, memaki hamun suami dan seorang lagi sahabatnya..
"Mereka tidak menghayati konsep korban itu.."
Saya beritahu suami. Kita berkorban bukan mahu merebut bahagian tetapi sebenarnya daging korban itu harus diberi kepada fakir miskin. Namun senario sekarang jika dilihat, orang kaya dan berada pula berebut-rebut mahukan daging tersebut.
Suami mengiakan sahaja, Kata suami manusia yang tamak ini susah mahu mengerti apa konsep korban ini.
Bagi saya pula, setiap tahun saya mengadakan korban sebanyak 3 bahagian. Daging yang saya dapat itu, biasanya saya pack kecil-kecil. Saya suruh pembantu rumah memberikan pada rakan-rakannya yang jarang dapat makan daging lembu di rumah majikannya. Sehingga ada kawan-kawannya bertanya apakah saya tidak marah kerana pembantu rumah saya memberikan mereka daging? (rata2 di kawasan saya ini setiap rumah ada seorang pembantu rumah)
Selebihnya saya masak dan saya jamu pengawal keselamatan yang menjaga kawasan rumah saya.
Itu rasanya lebih afdal, dari saya beri jiran tertangga yang mempunyai tiga biji kereta dan tiga  buah rumah...


Thursday, November 18, 2010

BUNGA ROSE

Kisah jiran lagi.
Siapa mengikuti status saya di FB sudah pasti tahu mengenai jiran nenek cina saya, yang suka tanam pokok.
Kami selalu bertukar-tukar pokok. Kadangkala saya ambil pokok dia dan saya bagi dia pasu.
Nenek ni banyak tanam pokok di belakang rumahnya. Bibik memang suka menjenguk pokok nenek tersebut.
Kalau pokok nenek tu cantik, sibuklah dia beritahu saya.
Kadangkala nenek itu datang ke rumah saya. Melihat pokok saya.
Cuma satu perangai nenek cina ini, dia sentiasa mahu menang. Ha ha..
Dia selalu mengatakan pokok dia cantik dari  pokok saya..
Walau dari mata saya dan bibik pokok saya lagi cantik.
Bibik kadangkala depan nenek cina itu selamba sahaja cakap.
"Nenek ni tak padan tua, tak mahu mengalah.."
Ha ha ha..aduh kami semua dah macam budak-budakkan?
Ha ha ha..



Beberapa hari lepas, bibik dengan Qaisara duduk sibuklah melihat pokok nenek cina itu.
Kebetulan belakang rumah nenek itu berhadapan dengan jiran yang menegur bibik pasal memberi makan kawannya tempuh hari.(kisahnya boleh dibaca di sini Jiran Oh Jiran)
Dia juga ada menanam pokok. Tetapi tak banyaklah.
Kebetulan bibik melihat pokok bunga rose dia ada sekuntum sedang berbunga.
Bibik beritahu Qaisara.
"Tengok Qaisara cantikkan.."
Tiba-tiba jiran itu keluar dan beritahu bibik.
"Hey..jangan petik.."
Sudah pasti bibik tercengang-cengang begitu juga dengan Qaisara.
Lantas bibik balik dengan perasaan bengang memberitahu saya (saya tahu jiran tu bermasalah sikit).
"Apa kamu tak beritahu dia, rumah saya punya banyak bunga rose tu..nak tak?"
"Itulah umi, tak hairankan. Rumah kita berpasu-pasu bunga ros tu lagi cantik...:
Balas bibik dengan geram.
Pelbagai ragam perangai jiran ini sebenarnya.
Jiran seperti itu, bagi saya..masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahajalah.


Tuesday, November 16, 2010

MARAH

Beberapa hari lepas jiran cina saya berkicau mulutnya bercerita.
Tampak dia benar-benar marah.
"Ada ke dia cakap saya ada boyfriend?"
Saya terpinga-pinga. Selama tiga tahun berjiran dengan dia, kami amat baik. Kami selalu menghantar makanan ke rumahnya dan dia kadangkala membuatkan kami roti atau kek.
"Kenapa ni?"
Tanya saya. Dia bukan sahaja marah tetapi sedih. Kata jiran saya, kawan dia juga duduk satu taman perumahan dengan kami memfitnah dia. Banyak kata-kata kawannya itu menyakitkan hatinya.
"Di hadapan I, bukan main manis mulut lagi. Tetapi di belakang I, ada dia cerita macam-macam pasal I. Cakap I ada boyfriend. Umi..umi tak nampak ke, I pergi hantar anak sana sini. Setiap masa I sibuk. Mana ada masa nak simpan boyfriend.."
Pasal menghantar anak itu saya tahu. Sebab kadangkala bila dia sakit, saya yang hantar anaknya. Saya sendiri kadangkala penat tengok jiran saya itu. Pagi hantar anak yang bersekolah pagi, tenghari anak bersekolah petang. Malam anak di hantar ke tuisyen. Kalau saya sendiri pun memang tak sanggup.
Saya tahu fitnah itu benar-benar mengores perasaan jiran saya. Yelah..kawan baik menikam dari belakang, apatah lagi cerita itu sampai ke telinga suaminya. Nasib suami jiran saya ini jenis yang percayakan isteri.
"Sabarlah. Orang macam tu sekejap sahaja tuhan balas.."
Saya beritahu jiran saya.
"Huh! Umi..I baru kenal dia, dia dah fitnah I macam-macam. I kenal umi dah lama dah..tak ada apa pun. Kadangkala sama satu bangsa pun dengki mendengki. Sakit hati I."
Benar apa yang dikatakan oleh jiran saya itu. Bangsa bukan menentukan manusia itu baik dan terlepas dari hasad dengki.
Saya sebenarnya lebih ramai jiran cina daripada jiran melayu, tapi setakat ini kami tidak pernah berbalah. Paling penting hidup berjiran ini, saling hormat menghormati dan apa sahaja masalah perlulah diselesaikan.
Bukan cakap belakang dan menyebarkan pada orang lain.



Monday, November 15, 2010

KUACI

Hari ini kita cerita pasal kuaci.
Suami saya ini suka makan kuaci. Kadangkala dia marah saya kenapa tak belikan dia kuaci dan kadangkala saya marah dia bila makan kuaci, bersepah-sepah jadinya. Ha ha ha.
Macam saya makan kuaci tidak bersepah ya tak?
Kata suami, kuaci mengingatkan dia pada kampung halaman dia di Turki. Bila musim sejuk mereka akan buat teh Turki dan makan kuaci, kerana kata suami musim sejuk masa berjalan terlalu perlahan.
Entahlah..seingat saya masa saya ke sana pada musim sejuk. Lagi cepat masa berlalu. Rasa nak berlengkar sahaja dalam selimut. Pukul 4 petang sudah gelap.

Masa kecil-kecil kuaci ini macam hiburan. Makan khayal sahaja, tap telan, tap telan..tap telan. (tap tu sound effect bila buka kuaci dengan gigi..he he)
Kuaci ketika itu seingat saya 20 sen mahu  dapat setengah kilo.
Lagi satu, kami makan kuaci sebab tak berduit sangat. Kuacilah yang paling murah. Kami berkumpul ramai-ramai, arwah emak buat air kopi. Ketika itu saya minum kopi bila sudah besar, cium bau kopi saya boleh sakit kepala berhari-hari.


Sebenarnya banyak khasiat kuaci yang kita tidak tahu.
Kuaci merupakan sumber lemak sehat (tak tepu) hampir 90%, vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia yang sangat baik. Selain itu, biji bunga matahari mengandung lemak tak tepu ganda (asam linoleat) dan tunggal (asam oleat), jenis lemak yang melindungi jantung. Studi klinikal menunjukkan, makanan tinggi lemak tak tepu lebih baik daripada makanan rendah lemak, karena meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat).

Biji bunga matahari juga merupakan sumber vitamin E terkaya; seperempat gelas biji bunga matahari memberikan 90,5% dari keperluan harian harian vitamin E. Vitamin E adalah antioksidan dan anti radang;

Sekarang ada kuaci yang sudah siap dikopek.
Tapi kadangkala suami jahat mengatakan. Awak tak geli ke makan kuaci yang dikopek terutama made in China.? I terbayangkan orang-orang tua ambil upah mengopek dengan giginya.

Cehh...adakah? Ha ha ha 

 

Saturday, November 13, 2010

SARAPA N PAGI DENGAN TEMPE


hari ini tak tahu bersarapan apa?
Selongkar-selongkar almari hanya jumpa tempe sahaja.
Kalau bersarapan tempe goreng bawang pun sedap..

Resipinya mudah sahaja.
Serbuk ketumbar
Daun bawang
bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
tepung gandum, tepung jagung dan sedikit tepung beras.
(kalau tak ada tepung semua ini..hentam aje dengan tepung gandum. Jadi juga)
air
garam dan perasa.

Cara membuatnya.
Campur semua dan gaul dengan air sehingga menjadi seperti mengoreng pisang.
Celup dan goreng.
Sedap dinikmati masa panas dengan sos. Makan beramai-ramai lagi meriah.



Friday, November 12, 2010

ORANG YANG BERSIH HATINYA

KISAH menarik perlu dihayati bakal penghuni syurga adalah seperti sabda Rasulullah SAW kepada sahabat, “Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk.” Mendengar khabar itu semua mata btertumpu ke pintu masjid. Dalam fikiran sahabat, terbayang watak orang yang luar biasa.

Tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang mukanya masih basah dengan air wuduk. Penampilannya biasa saja. Ia bukan orang terkenal iaitu Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, peristiwa serupa berulang, demikian pula hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, amalan apa dimiliki orang itu hingga Rasulullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga.
Di kalangan sahabat, Abdullah bin Amr bin ‘Ash, meminta izin kepada Abu Umamah untuk menginap tiga hari di rumahnya. Tiga hari tiga malam, Abdullah memperhatikan, meneliti bahkan mengintip tuan rumah. Namun tidak ada satu pun yang istimewa. Hari dilalui tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa saja.
Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah. Ia pun bertanya, amal apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW memanggilmu calon penghuni syurga? Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan, “Apa yang engkau lihat itulah.”
Ketika Abdullah hendak pergi, tiba-tiba tuan rumah berkata: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam.”
Hanya orang bersih hati yang akan memasuki syurga tertinggi, juga bertemu dengan Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla.




Thursday, November 11, 2010

DOA UNTUK UMI

Dua tiga hari ini saya sakit pinggang. Tidaklah tahu kenapa mungkin kerana terlalu lama duduk dan kerusi baru saya tidak sesuai dengan saya. Saya mengadu dengan Qaisara. Nampak dia macam tidak peduli sahaja. Tetapi malam semalam ketika saya sedang menghadap PC, Qaisara masuk dengan memakai telekung.
"Umi Teta shembayang dengan bibik.."
Beritahu Qaisara. Wajahnya begitu riang sekali.
"Iye..Alhamdulilah."
Saya tersenyum sambil memeluk dan mencium dia.
"Umi..lepas shembayang..Teta doa umi.."
"Doa apa sayang?"
"Teta doakan umilah. Teta doa shembuhkanlah umi. Sihatkanlah umi.."
Mata Qaisara begitu bercahaya sekali bercerita. Saya pula terkedu.
"Wah..iye ke sayang? Betul ke Qaisara doa macam tu?"
"Iye umi. Nanti kalau umi sakit, Teta susah. Umi tak kerja mana Teta nak dapat duit beli mainan, makan. Beli baju cantik-cantikkan.. Teta pun doa untuk baba. Doa baba sihat, baba tak mati. Umi tak mati..."
Saya rasa mahu menangis mendengar kata-kata Qaisara. Moga-moga ALLAH perkenankan doa si kecil ini. AMINN...

Wednesday, November 10, 2010

GUNUNG MERAPI


Gunung Merapi berterusan menyemburkan awan panas selepas meletus lagi pagi semalam.



YOGYAKARTA - Lahar sejuk yang mengalir deras selepas Gunung Merapi meletus pada tengah malam kelmarin membanjiri sungai-sungai di sekitarnya dan menyebabkan penduduk di kota itu cemas.
Gunung Merapi terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar ini yang dihuni kira-kira 400,000 penduduk.
Hujan lebat yang turun semalam membawa lahar sejuk yang mengandungi lumpur, pasir, belerang dan abu volkanik melimpahi tebing Sungai Code di sana semalam.
Seorang pegawai tempatan berkata, amaran berwaspada sudah dikeluarkan tetapi sama ada banjir lahar sejuk itu bakal membawa kemusnahan banyak bergantung sama ada berlaku hujan lebat pada hari ini.
Terdahulu, lahar panas yang mengalir deras sejurus selepas letusan Gunung Merapi pada tengah malam kelmarin telah memusnahkan tujuh buah dusun di sekitar lerengnya selain padang Kelab Golf Merapi.
"Tujuh dusun sudah hancur dibakar lahar panas selama dua hari dari Jumaat hingga Sabtu," kata seorang pegawai tempatan, Heri Suprapto, di Sleman.
Dalam perkembangan berkaitan, angka kematian keseluruhan sejak Gunung Merapi mula meletus pada 26 Oktober lalu kini meningkat kepada 138 orang..
Seorang pegawai di Hospital Sardjito di sana, Sigit Priohutomo berkata, sekurang-kurangnya 94 orang terbunuh dalam letusan Gunung Merapi kelmarin.
Sejumlah 44 lagi terkorban dalam letusan pertama gunung berapi berkenaan.

Mengetahui merapi meletus terperanjat juga saya....

Mei lepas saya baru mendaki merapi ini bersama dengan keluarga saya termasuklah, ayah dan emak tiri saya. Pemandangan ketika itu memang aman sekali. Kelihatan banyak sungguh lori-lori pasir yang berebut memengumpul lanar dan pasir hitam untuk di bawah turun. Bahkan di sepanjang perjalanan turun, ada beberapa lori yang pancit tayarnya kerana muatan melebihi keupayaan tayar lori.

Taburan lori-lori yang sedang mengangkut pasir hitam digunung merapi ini.



Sepanjang perjalanan ke merapi, sana sini orang berjualan. Begitu aman sekali. Saya tahu banyak ladang yang musnah di lembah merapi ini akibat letusan lanarnya. Sedih mendengarnya tetapi semuanya ketentuan ALLAH, Lanarnya yang maha panas sehingga 600c tidak memungkin mana-mana makhluk ALLAH di muka bumi ini akan hidup. Ianya hangus begitu sahaja apabila terkena lanar tersebut.




Ini lanarnya yang sudah mengering, menjadi baja yang cukup ampuh untuk pelbagai tanaman. Mungkin satu masa nanti saya akan cuba menjelajah lagi Gunung Merapi ini. Saya memang sukakan gunung dan saya rasa tidak serik menaiki ke mana-mana gunung.
Kalau nak mati..atas katil pun boleh matikan?