Satu hari ketika saya sedang makan di luar bersama anak-anak buah saya dan adik beradik saya, saya menerima panggilan telefon yang memeranjatkan. Datang dari pembantu rumah tidak jauh daripada rumah saya.
"Umi, umi tahu tak Sari tu ada affair dengan suami orang?"
Sari adalah pembantu rumah saya. Sudah pasti saya terperanjat. Bila pula si Sari ada affair dengan suami orang, pembantu rumah saya sudah bersuami dan mempunyai anak. Lagipun Sari sentiasa berada depan mata saya. Sering saya bawa ke mana-mana. Dia seperti kawan saya.
"Sari tu bagi lelaki itu baju dan bila isterinya dapat tahu, isterinya itu menangis sehingga gugur. Kalau umi nak tahu. Lelaki itu abang kepada si Eda kawan saya. Si Sari hantar gambar bogelnya kepada lelaki itu, sehingga isterinya gila."
Eda itu adalah pembantu rumah juga. Setahu saya depan mata saya si Eda memberi baju kepada Sari apabila mendapat gaji kerana Sari sering memberi dia makanan. Tidak pernah pun dipakai oleh Sari kerana kurang berkenan tetapi tetap disimpannya.
Beria-ia pembantu rumah tersebut bercerita dengan nada yang marah dan katanya dia mahu berjumpa dengan Sari dan menampar pipi Sari.
"Chop..chop.." saya memotong kata-kata pembantu rumah tersebut.
"Kalau Sari ada affair dengan lelaki orang kenapa kamu yang beria-ia. Bukan Eda atau kakak iparnya yang menyerang?" saya mengutarakan pertanyaan. Pembantu rumah itu diam.
"Dia telah menyakitkan hati saya, dia cakap saya pengemis. Sebab itu saya sedikit emosi umi.."
Akhirnya dia mengaku. Dan tidak puas hati dengan ceritanya saya beritahu sari saya mahu bercakap dengan Eda untuk mendapat cerita lebih lanjut.
"Astaghfiruallah bila masa Sari ada affair dengan abang saya umi, jangan dimasuk dalam hati kata-kata si Ana itu. Mungkin dia nggak waras.."
Pening kepala saya, saya sudah dilibatkan dengan pembantu rumah yang tidak sedar diri ini. Apabila disiasat rupanya semuanya berdasarkan cemburu. Pembantu rumah bernama Ana ini memang satu masa dahulu pernah meminta kerja dengan saya, tetapi saya tolak kerana satu alasannya, dia pembantu rumah jiran saya. Masakan saya mahu mengambil dia. Kedua saya melihat anak-anak yang dijaga tidak kemas. Hingus anak-anak meleleh dan anak-anak dipakaikan baju koyak rabak. Saya selalu menegur dan memberi anak-anak ini makan.
Bahkan dengan Ana sendiri saya sering memberi dia makan kerana katanya di rumah tidak ada apa-apa untuk dimakan. Bahkan dengan pembantu rumah lama saya, saya masih ingat setiap pagi dia akan datang dibelakang rumah saya dan bertanyakan apakah ada makanan untuknya? Sikap Ana yang suka meminta-minta itu kadangkala membuat saya marah.
"Nanti kau cakap dengan umi aku tak mahu baju kurung raya ini, aku mahukan blouse.."
Itu kata dia pada Sari, memang setiap raya saya akan berikan pembantu rumah di kawasan rumah saya baju, telekong dan sebagainya. Tetapi tahun ini saya tidak ada masa untuk mencarikan baju raya, saya ingat selepas raya saya akan beri mereka duit raya. Jadi apabila hari raya hampir tiba, baik baju kurung atau blouse masih tidak Ana terima. Lantas si Ana bertanyakan pembantu jiran-jiran lain apakah mereka mendapat hadiah dari saya. Kebetulan ada seorang pembantu yang saya berikan baju kurung lama saya. Jadi si Ana menjadi benganglah. Dia sangka, Sari tidak menyampaikan kepada dia segala pemberian saya. Dia bertanyakan hal tersebut melalui SMS kepada Sari i dan Sari menjawab.
"Usahlah meminta-minta, orang yang meminta-minta itukan pengemis.."
Dia menjadi marah dan cuba menaburkan fitnah. Fitnahnya bukan sedikit-sedikit tetapi menakutkan. Lantas kerana menjadi marah saya tidak mempercayai cerita pembantu rumah saya mempunyai affair dia mahu memulangkan semua baju yang pernah saya beri. Hal itu diberitahu pada pembantu rumah yang lain.
"Kalu mau dipulangkan, harusnya dipulangkan makanan yang pernah kamu makan. sekali."
Itu nasihat pembantu rumah lain yang mendengar ngadu domba si Ana itu menyebabkan dia bertambah berang...
Kadangkala saya terfikir apakah bencana Alam yang berlaku sekarang salah satu sebabnya kerana manusia menaburkan fitnah sewenang-wenangnya tanpa batas.