Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 22, 2008

CERITA PAK SEYIT-ROBERTO SAHABATKU

Milan masih seperti 25 tahun dahulu, tidak banyak berubah kecuali pengangkutan dan juga kedai-kedai yang memuatkan pelbagai fesyen pakaian.




Kira-kira 25 tahun yang lalu, saya meninggalkan rumah dan sekali lagi saya menyeberangi sempadan ke Italy. Kali ini saya ke Milan. Roberto kawan saya yang saya hubungi beberapa hari sudah, akan menunggu saya di Milan dan saya akan tidur di rumahnya. Dan malam itu selepas berniaga membawa karpet sutera buatan tangan yang saya ambil di satu daerah terkenal Turki, saya ke rumah Roberto.
“Tinggalkan sahaja kereta kau diluar sana tak usah bimbang..”
Pesan Roberto pada saya apabila saya bertanya di mana harus saya parkirkan kereta saya.. Rumah lama Roberto tersergam indah di pinggir bandar Milan itu tidak mempunyai pagar rumah dan itu yang cukup membimbangkan saya. Beberapa orang rakan saya di Turki berkali-kali menasihati saya supaya berhati-hati di bandar tersebut sebab sejak akhir-akhirnya kecurian begitu menjadi-jadi. Apatah lagi ketika itu saya membawa karpet yang jumlahnya lebih daripada 20ribu USD.
“Saya takut kereta saya diumpil orang dan banyak karpet yang mahal-mahal di dalam kereta tersebut.”
Saya meluahkan kebimbangan saya kepada Roberto. Lelaki itu ketawa dan seolah-olah mempersendakan saya.
Salah satu jenis pakaian yang dipamerkan di butik Moschino yang terkenal di Milan

“Saya akan bayar setiap keping karpet yang hilang dari kereta kamu. Saya bertanggungjawab..”
Balas Roberto tenang. Saya jumpa Roberto ketika lelaki itu berkunjung ke Turki. Ada beberapa pertolongan yang telah saya berikannya dan nampaknya Roberto begitu menghargainya sehingga dia selalu mengingatkan saya. Kalau datang ke Milan jangan lupa singgah ke rumahnya.
Roberto sudah berkahwin dan mempunyai anak. Itulah pertama kali saya datang kerumahnya. Rumahnya memang cantik walaupun di luar kelihatan agak lama. Bahkan lelaki itu mempunyai beberapa orang pembantu rumah.
“Lelaki ini cukup kaya..”Desis hati saya. Mata saya melengas ke dalam rumah yang dihiasi dengan lampu bersalut emas dan perabut dari kayu yang cukup cantik.
“Kamu lapar?”
Tanya Roberto? Saya menganggukkan kepala dan sempat mengingatkan Roberto yang saya orang Islam dan tidak minum arak dan hanya memakan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja.
“Awak sungguh alim kerana makan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja..”
Roberto memberitahu. Saya tersenyum. Sukar ketika ini mahu menerangkan pada Roberto kenapa saya tidak boleh makan daging atau ayam yang mungkin disembelih tidak mengikut agama kita.
“Tidak hilangkah karpet saya itu?”
Sekali lagi saya bertanya sambil mata saya memerhatikan dari anjung rumah Roberto ke kereta saya yang tersadai di halaman rumah yang dekat benar dengan jalan besar.
“Sudah saya katakan, jangan bimbang. Tidak ada siapa pun yang berani mengambil atau mencuri barang kamu..”
Sekali lagi Roberto menyakinkan saya. Tidak lama kemudian pembantu Roberto menghidangkan pasta untuk saya besama dengan keju feta dan salad sayur-sayuran. Saya yang memang kelaparan makan dengan lahapnya dan sesekali mata menjeling ke arah kereta saya. Kalau karpet saya dicuri saya akan kerugian dan pelbagai persoalan menerjah kepala saya.
“Kamu masih tidak percaya cakap saya. Karpet itu tidak akan hilang. Saya akan mengantikan setiap kehilangan kalaupun ianya berlaku…”
Saya hanya diam dan seolah-olah tidak mempercayai janji Roberto.

0 comments: