Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 24, 2008

LELAKI PERASA

Salah satu jaket dari jenamaYohji Yamamoto. Anggaran harga RM5,000.

Pagi itu beberapa belas tahun yang lalu saya masuk bekerja di salah sebuah syarikat kewangan sebagai pembantu pada beberapa orang pengurus. Setiap pagi memang saya akan memastikan berada di meja saya pada pukul 8.30 walaupun sebenarnya waktu pejabat akan bermula 9.00 pagi.
“Morning Tie!”
Seorang pengurus menegur saya. Wajahnya begitu ceria sekali. Pengurus lelaki yang berbangsa cina itu memang agak gila-gila perangainya. Di pejabat dia tidak begitu disukai oleh ramai pekerja, kerana perangainya yang agak pelik sedikit kerana moodnya yang selalu berubah tidak mengikut waktu.
Namun selepas saya bekerja di bawahnya, saya tahu dia seorang lelaki yang baik dan suka terikut-ikut dengan fesyen terkini. Pakaian dan tali leher kegemarannya adalah Yamamoto. Saya selalu mengatakan padanya dia telah menjadi mangsa fesyen memandangkan terlalu obsess terhadap fesyen kegemarannya. Manakan tidak, dia terpaksa membayar beratus bahkan beribu ringgit untuk sehelai tali leher. Sedangkan saya lihat, tali leher yang dibelinya semuanya sama warnanya, iaitu hitam dan ada tertulis jenama yang digemarinya.
“Happy nampak?”
Tegur saya pada pengurus tersebut yang biarlah saya panggil saja dengan nama samaran Jay.
“My father R.I.P yatie..”
Dia tersengeh. Saya terkebil-kebil. Seperti tidak percaya dengan apa yang saya dengar. R.I.P? Biar betul. Rest In Peace?
“Mati?”
Tanya saya berterus terang. Pantas Jay menganggukkan kepalanya. Mata saya terkedip-kedip. Merenung Jay yang sudah tersengeh di hadapan saya.
‘You nak balik ke? I bookkan you ticket …”
Saya bertanya padanya. Di benak tertanya-tanya. Kenapa Jay tersengeh-sengeh di hadapan saya tetapi tidak balik ke rumahnya di Pulau Pinang?
“Tak payah malas I nak balik..”
Jay memang begitu. Tahun Baru Cina pun malas nak balik, cuti hujung minggu lagilah.. Pernah pada Tahun Baru Cina, apabila dia malas mahu balik ke Pulau Pinang, saya tanpa ketahuannya memesan tiket kapal terbang untuknya.
‘Baliklah, satu hari sahaja pun jadilah. Peluk mak you, cium emak you..”Saya memberitahu dia dengan suara yang perlahan apabila dia memarahi saya memesan tiket kapal terbang tanpa pengetahuannya. Bahkan dia enggan membayar harga tiket tersebut.
“You pandai-pandai bookkan ticket untuk I kenapa?”
“Sebab anak harus jumpa emaknya pada hari besar. Cuba you bayangkan bila you tua nanti, you tunggu anak you balik. Tapi dia enggan balik sedangkan you cukup rindukan dia. Baliklah….” Saya memujuk lagi dan akhirnya Jay termakan pujuk saya.
Dan sekarang ini apabila mendengar ayahnya sudah meninggal dia tidak mahu balik. Apa kena dengan si Jay ini?
“Jay..you tak payah drive. I bookkan you ticket ya?”
Saya memujuk Jay sambil mengekori dia masuk ke dalam biliknya. Jay menggelengkan kepalanya. Tanda tidak mahu.
“You tahu betapa bencinya I dengan ayah I tu..” Jay sudah mula membuka cerita.
“Benci?” memang saya tahu, dari sekolah menengah lagi saya banyak berkawan dengan kawan-kawan yang membenci ayah mereka. Setiap mereka mempunyai alasannya sendiri. Jadi bagi saya itu perkara biasa cuma tidaklah sampai ayah meninggal sukanya muka main, seperti yang dilakukan oleh Jay.
Saya sudah duduk di depan Jaya. Teruja mahu tahu. Saya tahu banyak sifat pelik Jay menjadi tanda tanya saya sejak 2 tahun saya bekerja dengannya.
“My mom agak kaya yatie..”
Itu saya tahu, bahkan kodominium mewah yang Jay duduk sekarang menurutnya adalah dibelikan oleh emak untuknya.
“My father is nothing! Hopeless!” Aku hanya diam sambil menganggukkan kepala mendengar ceritanya.
“Tapi my father selalu pukul emak I, jolikan harta emak I. Bahkan selalu bawa perempuan balik ke rumah. Buat perkara tak senonoh, depan I dan emak I.”
Astaghfiruallah! Hati saya bertambah kuat denyutannya. Pedihnya bukan main.
“Masa I study di Australia. Emak I masuk hospital kerana dipukul oleh my father. I rasa terlalu sedih dan marah. Marah dengan my mom kerana tidak tahu melawan. Marah dengan may father kerana sikap ganasnya tidak pernah berubah…”
Aku renung Jay. Sekarang aku tahu kenapa Jay seorang yang pelik. Moodnya yang selalu berubah tak menentu mungkin dipengaruhi oleh kisah kehidupannya yang menyakitkan.
“Sekarang I gembira. My father dah mati. I dah boleh melawat emak I bila-bila masa. Tidak lagi emak I menelefon memberitahu dia dipukul dan hartanya dijolikan oleh orang tua yang tak sedar diri itu. I lega yati. Free! Macam terlepas dari penjara..”
Tanpa sedar air mata bertakung di tubir mata saya. Saya memang seorang yang cukup perasa dan mendengar cerita Jay sudah pasti menyebabkan dada saya tidak berhenti berdenyut. Sakit!
“You satu-satunya anak yang ada dalam keluarga. Baliklah. Walau bencinya you pada ayah you tapi masakan you mahu biarkan emak you lalui seorang diri saat-saat begini. You kena beri sokongan pada emak you Jay..”
Seperti biasa saya memang suka memujuk Jay. Lelaki yang sering bertukar cuaca secara tiba-tiba itu sebenarnya tidak susah untuk dikendalikan bagi saya.
“Malaslah yatie..”
“Your father dah mati dah pun. Dia tak boleh buat apa-apa Jay. Bahkan dia tidak tidak boleh menyentuh emak you pun!”
Saya pujuk Jay sekali lagi. Jay hanya mengangkat bahunya. Hari itu mood Jay memang baik tetapi mood saya pula yang seperti tidak menentu melihat Jay masih lagi tidak bergerak di dalam biliknya, sehingga waktu pejabat habis.
Namun keesokkan harinya, ketika saya tiba di pejabat. Telefon di meja saya berbunyi. Jay memberitahu saya dia mengambil cuti selama seminggu. Dalam hati saya mengucap syukur.Kerana saya tahu lelaki yang pelik itu sebenarnya seorang lelaki yang perasa.

0 comments: