Berkurun lamanya..trip saya ke Solo (Lama tak lama bulan Mac jugalah). Selepas menghadapi masalah dengan pekerja AA dan kemudian membeli tiket baru. Akhirnya kami terbang juga dengan hati termengkelan. Masa nak check in hari yang kedua pun masalah juga. Saya beli 60kg untuk barang. Bila dah timbang ada baki lagi 5kg. Jadi kami ingat nak letak satu hand luggage tetapi hand luggage kami itu beratnya 7kg. Bermakna ada 2kg lagi.
"Akak letak ya.."
Saya meminta dari pekerja di bahagian kaunter check in.
"Tak boleh kak tak boleh dah lebih ni. Dah lebih 2kg."
Bantah pekerja AA itu.
"Habis kalau akak tak letak, yang 5kg ni kau orang akan bayar balik ke?"
Mendatar sahaja suara saya. Saya dah lelah dengan pekerja AA yang sangat kurang ajar. Kalau tidak fikirkan keluarga bibik yang sudah menunggu. Mati hidup kami beli tiket pergi bercuti tempat lain yang tidak perlu saya menaiki AA.
Kemudian semasa saya mahu ke tempat menunggu, saya melihat satu keluarga rasanya dalam 10 orang, tidak dibenarkan masuk ke tempat pemeriksaan imigresen kerana kata pekerja AA mereka sudah ketinggalan kapal terbang.
"Habis macam mana ni?"
Saya lihat si isteri sudah berair matanya.
"Tak boleh masuk kak, akak masuk pun tak guna. Beli tiket barulah.."
Sunguh hati saya sebak. Saya pandang kakak saya Mijah. Kakak saya pandang saya.
"Saya dah kena semalam, mereka suruh saya beli tiket baru.."
Celah saya. Saya tahu perempuan itu menangis. Bayangkan kalau 10 ahli keluarga? Berapa mereka perlu bayar semula mahu bercuti. Saya yang 7 orang kena bayar semula RM3008?
Ketika pemeriksaan imigresen, demi ALLAH air mata saya gugur mengingatkan wanita yang matanya berkaca!
Dalam flight pula terjadi hal lain. Kami diletakkan sebaris di barisan no, 12. Laluan kecemasan dan Qaisara tak dibenarkan duduk di situ. Riuh pramugara yang handsome itu memberitahu saya dan dia mengelengkan kepala bila saya beritahu, bahagian kemasukan yang beri kami tempat duduk itu. Agaknya AA ini ambil pekerja yang tak cerdik maka jadilah seperti ini. AA ini saya tahulah dia mempromosikan tambang murah, dia ingat maruah orang pun murah kot? Suka hati campak orang sana sini.
Di dalam kapal terbang ALLAH temukan saya dengan seorang perempuan, membawa anak kecil dua orang. Mereka bermain dengan Qaisara, saya gembira melihatnya kerana saya tahu Qaisara tidak pernah memilih kawan, cuma ketika di Solo, bila kami bawa di tempat permainan. Semua anak-anak Indonesia segan bermain dengan dia! he heh he
Oh berbalik pada perempuan Indonesia itu. Rupanya dia juga terlepas kapal terbang pada hari Khamis. Mahu pulang ke Jogjakarta. Tetapi kerana tiket yang mahu dibeli ke Jogjakarta agak mahal maka dia mengambil keputusan membelinya ke Solo dan separuh perjalanan menaiki bas! Aduh kasihan sungguh. Kata dia kalau ke jogjak dia harus membayar RM2100 untuk 3 orang tetapi ke Solo hanya RM1300. (pasti amat besar maknanya bagi mereka yang tidak berduitkan?)
Tinggalkan masalah AA yang sangat menyakitkan hati. Tiba di rumah bibik pukul 7 malam. Sudah gelap gelita sebab di sana maghrib pukul 6 petang. Kami dihidangkan dengan makanan yang dimasak oleh adik lelaki bibik Jackie. Jackie memang pandai masak. Lauk itik goreng dan masak berempah (apa namanya masakan tu saya tak tahu, saya hentam sahaja namanya. Ha ha). Sayang kami tak ambil gambar Jackie yang kacak itu! (bak kata Ojan, mana fikir nak ambil gambar, asyik fikir nak shopping aje)
Baik anak bibik Bayu atau adiknya tahu saya suka ini. Ha ha h
Di Solo ada dua azan, satu azan solat tahjud (saya berharap Malaysia praktiskan perkara ini). Satu solat subuh. Kadangkala ada azan menandakan syuruk nak habis). Ha ha kelakar di hari kedua, kakak saya tersolat subuh pada azan waktu tahjud. Semua anaknya dikerah bangun. Ha ha ha
Perkampungan Grompolan Srangen. Rumah kayu, tapi saya sukalah...pukul 6 pagi sudah terang dan ramai orang menyapu di halaman rumah.
Perempuan mana ni sibuk ambil gambar anyaman buluh ni. Ha ha ha
Kami minum pagi di halaman rumah. Cantikan cawan ni. tangan tersebut adalah tangan mak cik Teta.
Lepas minum di luar rumah, masuk rumah makan lagi. Ini masakan Jackie juga. Sarapan pagi dengan lontong dan telur macam masak pindang tapi manis sikit.
Hari ini kami semua berangkat ke Sarangan. Sepanjang perjalanan pemandangannya sangat cantik.
Lobak yang ditanam di sepanjang perjalanan. Saragan seperti Cameron Highlands. Sejuk dan cantik. Semua rumah menanam pokok sayur-sayuran. Tidak ada ruangan yang kosong. Pokok bunga langsung tidak kelihatan.
Ini lagi, ambil dari dalam kereta yang kami sewa. Kami sewa Kijang. Kereta kegemaran saya bila ke Indonesia. Ha ha ha
Ini dia puncak Sarangan. Sejuk dan nyaman..saya suka dan rasa kesal kerana suami tidak mahu mengikut ke Solo. Kalau dia ikut mesti dia suka sangat. Bila saya ceritakan pada dia, dia jadi teruja dan kata dia, insya-ALLAH nanti kita pergi seminggu!
Ini kuda liza Bujang naik. Nampat tak tempat najis yang dibawa oleh kuda ini. Sebab itu turun sahaja dari kuda Liza terus tukar baju, kata dia bau kuda aje badan dia. Saya rasa hidungnya masih terbau najis kuda. Ha ha ha
Cikgu Mijah tengah borong kasut. Ha ha..
Akim beli topi Bob marley dengan harga RM5. Ha ha..
Cikgu Mijah dan anak-anaknya yang ikut dalam trip kami ini.
Gambar kami menaiki bot mengelilingi danau yang ada di puncak Sarangan ini. Sesungguhnya memang seronoklah bercuti di Solo ini. Serba sedikit terubat jugalah hati yang lara dengan perkhidmatan AA yang teruk itu. Nanti kita sambung lagi aik..he he he..