Orang kata kalau kita bermimpikan laut dan kapal, kita akan memulakan penghijrahan atau kehidupan baru. Entah ya ke tidak..saya tidak pasti. Cuma yang pasti saya sendiri kadangkala bimbang dengan mimpi saya.
Malam itu saya bermimpi. Saya berjalan-jalan di salah satu kawasan yang saya tidak ketahui di mana. Namun pada pertengahan jalan, saya berhenti. Melihat satu kumpulan manusia sedang mengerjakan satu jenazah lelaki, sudah agak berumur, berambut putih dan berbadan sungguh kurus. Saya mengamati jenazah itu. Nyata saya memang benar-benar tidak mengenali jenazah tersebut.
Tiba-tiba saya terdengar suara orang menangis di belakang saya. Apabila saya berpaling, saya begitu terperanjat sekali. Suara yang menangis itu adalah suara seorang wanita yang cukup saya kenali. Itu suara tangisan Kak Nah!
“Kenapa kak?” dalam mimpi itu saya masih ingat saya bertanya dengan Kak Nah kenapa dia menangis.
“Akak dah tidak ada sesiapa lagi. Akak rasa terlalu sedih.”
Itu jawapan kak Nah dengan sedu sedannya. Saya tahu Kak Nah yang pernah berjiran dengan saya itu seorang janda, hanya mempunyai seorang anak tempat dia menumpahkan kasih sayang.
Tetapi yang saya lihat jenazah tersebut dikapankan bukannya anak Kak Nah. Anak Kak Nah setahu saya berbadan besar dan gempal. Jenazah yang saya lihat sebentar tadi, seorang tua berbadan kurus, berrambut putih dan agak bongkok.
Siapakah dia? Namun Kak Nah terus-terusan menangis dan menangis. Tidak lama kemudian saya terbangun. Saya amati jam di sisi katil saya. Pukul 3.45 pagi!
Ahh..ini mimpi mainan tidur. Fikir saya. Lantas saya bangun, mengambil air sembahyang. Bersolat sunat 2 rakaat.
Memang kebiasaan saya bangun waktu begini menulis dan sehingga waktu subuh. Namun ketika saya menghadap komputer fikiran saya ligat berfikir mengenai mimpi yang benar-benar boleh saya ingati dengan begitu jelas.
“Ahh..Kak Nah tak apa-apa.”
Saya pujuk hati berkali-kali. Dan sebaik sahaja azan subuh berkumandang, saya menutup komputer. Bersolat subuh 2 rakaat dan selepas usai, saya berdoa untuk keluarga saya dan juga Qaisara anak kesayangan saya.
Lantas selepas mengejutkan suami bersolat subuh, saya rebahkan kepala saya ke bantal. Saya tertidur, namun pada pukul 7 pagi telefon tangan saya di hujung kepala menjerit-jerit meminta diangkat. Lantas dalam mamai, saya sambar telefon tersebut.
Saya terperanjat dan terpegun sebaik sahaja butang hijau saya tekan. Suara Kak Nah menangis di hujung sana mendayu-dayu. Seolah-olah ada sesuatu berlaku. Dada saya berdebar tidak keruan.
“Ya..ALLAH, aku tidak mahu mendengar berita itu. Tidak..bukan anak Kak Nah yang meninggal.Tidak..” Lantas dalam hati saya berdoa.
“Tie..akak ni..” Kak Nah masih teresak-esak. Hati saya sudah kehilangan rentak. Saya menjadi takut yang teramat.
“Kak..kenapa kak. Kenapa kak..” apakah benar anak Kak Nah meninggal?. Kalaulah benar-benar anaknya meninggal, alangkah sedihnya. Sudahlah ditinggal suami, sekarang anaknya pula meninggal.
“Ayah akak meninggal. Akak dah tak ada sesiapa lagi…” mendengar ucapan Kak Nah itu hati saya menjadi lega, selega-leganya.
“Kak..ayah akak berambut putih, bertubuh kurus dan badannya seperti bongkok bukan?” saya bertanya Kak Nah.
“Ya..ya..mana kau tahu?” Kak Nah bertanya. Lalu saya ceritakan mimpi saya itu. Kak Nah mengiakan segala gambaran mengenai ayahnya yang memang lumpuh dan hanya terbaring di katil sahaja.
Selepas Kak Nah memutuskan talian telefon, saya termenung di atas katil. Kenapa saya bermimpi dan ianya menjadi kenyataan. Bagaimana gambaran jenazah ayah Kak Nah, diuruskan begitu jelas di mata saya, sedangkan saya tidak pernah berjumpa dengan ayah Kak Nah yang berada di kampung.
“Mungkin ayah akak mahu berjumpa kau, sebab bukankah kau pernah bersedekah dengannya ketika dia sedang sakit terbaring di kampung.?” Itu jawapan Kak Nah sebentar tadi.
Entahlah..saya tidak mendapat jawapannya. Cuma yang pasti..banyak kali saya bermimpi dan apabila mimpi itu begitu jelas dalam ingatan selepas saya bangun. Ianya benar-benar akan terjadi!

0 comments:
Post a Comment