Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, November 28, 2011

PANDANGLAH TETA..


Saya kalau dengan Qaisara setiap hari pasti akan peluk, cium dan cakap dengan dia "Comelnya anak umi ini, cantiknya dia baiknya dia.." Yelah anak seorang, jadi sentiasa dibeleklah..ha ha
Beberapa malam yang lepas saya menidurkan dia, setiap kali mahu tidurkan dia, saya harus pandang muka dia pegang tangan dia dan kami baca doa sama-sama. Selepas macam-macam doa dibaca, dia tidak mahu juga tidur, jadi saya berpaling dan tidur membelakangan dia.
"Umi, umi, kenapa umi tidur paling sebelah sana? Tak mahu pandang muka Teta ke?"
"Kenapa umi nak pandang muka Teta?"
Tanya saya.
"Alah umi ini, hari-hari umi cakap Teta cantik, Teta comel. Masakan umi tak mahu pandang muka anak umi yang cantik dan comel ni.."
Ha ha ha ha..aduh si Teta ni. Tergelak-gelak saya mendengarnya dan dia pun apa lagi gelak sekalilah.
Penghabisan saya cucuk dia, dia cucuk saya dan dua-dua orang tak jadi tidur! Ha ha ha



Sunday, November 27, 2011

LELAKI LELAKI BERUBAHLAH..


Apa perasaan anda bila jumpa seorang sahabat yang sedang sarat mengandung di pasar.
Tangannya penuh kiri dan kanan dengan barangan.
Bila tanya, seorang sahajakah?
Jawapannya : iya
Suami di mana?
Jawapannya : Dia malas nak ikut, dia tidur di rumah. Nak buat macam mana, karang tak pergi pasar tak  berasap pula dapur rumah.
Alahai. Saya melihat pun belas, dengan perut yang memboyot begitu jalan pun dah terhoyong hayang. Sempat membeli segala macam makanan untuk suami dan anak-anak di rumah.
Anak-anaknya sudah besar, suaminya ada. Kenapa tidak dibantu perempuan yang sedang sarat ini. Mana perasaan kasih seorang suami dan anak kepada seorang isteri/ibu.
Inilah masalahnya lelaki Malaysia yang sangat mengambil mudah kebajikan isteri.
Isteri yang mengandungkan zuriat mereka.
Lebih mementingkan diri sendiri dari mahu membantu orang yang tidur sebantal dengannya..
Lelaki, lelaki tolonglah berubah...yang bukan lelaki jenis ini. . 
Tahniah! 
Anda lelaki yang sangat memahami...


Thursday, November 24, 2011

SEDIKIT PESANAN

Seorang  ayah menelefon anaknya yang berada di London :
“Nak, Abah minta maaf banyak-banyak pada kamu. Abang tak mahu menganggu kamu tetapi abah terpaksa juga beritahu kamu. Abah dan emak kamu sudah berbincang mahu bercerai. Setelah lebih 35 tahun berkahwin, kami rasa kami sudah tidak sesuai lagi.”
“Abah..!! Abah biar betul?”
Si anak berkata separuh menjerit dan tidak percaya.
“Kami sudah bosan hidup berdua,  kami rasakan sudah cukuplah jodoh kami setakat ini…” keluh si ayah.
“Tolong ya telefon kakak kamu di New Zealand beritahu keputusan kami ini. Ayah tak ingat nombor telefon dia. Lagi pun dah bertahun-tahun dia tidak pulang..” si ayah menyambung lagi.
Dengan pantas si adik menelefon kakaknya yang sudah lama tidak balik..
“Apa..!!! Mak dengan abah nak bercerai..??? Tidak boleh, tidak boleh. Aku akan balik dua tiga hari lagi. Kau pun kena balik sekali dengan aku..
Si Kakak dengan segera menelefon ayah mereka yang berada di Malaysia lantas berkata.
“Abah dengan mak tak boleh bercerai, jangan lakukan apa-apa pun  sehingga saya dan adik balik esok atau lusa. Ingat, jangan buat apa-apa sampai kami balik!.” Si kakak memberi amaran dan kemudian meletakkan ganggang dengan keras.
Si Ayah meletakkan telefon dan kembali ke isterinya sambil tersenyum dan berkata ;
“Sayang esok anak-anak kita akan kembali ke rumah ini..”
“Abang  mereka tidak marahkah?”
Sedikit serba salah si emak.
“Kita seharusnya yang marahkan mereka. Kenapa  mereka nak marahkan kita. Sampai bila kita mahu menunggu mereka balik. Sampai kita mati?..”

Sahabat ini sedikit cebisan cerita. Walau mungkin sedikit tidak masuk diakal, tetapi sejauh mana kita terbang. Sejauh mana kita pergi. Ingatlah ibu bapa kita..



Friday, November 18, 2011

TETA TAK SALAH PUN?



Hari ini hari terakhir persekolahan. Qaisara semalam tidak mahu ke sekolah. Katanya bosan ke sekolah sebab cikgu sudah tidak memberi apa-apa lagi kerja untuk dilakukan. Tidak ada kerja menulis dan membaca.
"Tapi esok sayang pergi sekolah ya.."
Saya pujuk Qaisara untuk pergi ke sekolah hari yang terakhir iaitu hari ini.
"Kenapa nak pergi umi?"
"Jumpalah kawan-kawan Qaisara budak enam tahun tu, minta maaf. Salam mereka dan nanti salam dengan guru-guru sekali. Nanti Qaisara tak jumpa budak enam tahun tu lagikan?."
Suruh saya. Terkebil-kebil mata Qaisara mungkin sarat memikirkan kenapa dia diwajibkan menyalami pelajar tahun enam dan memohon maaf?
"Kemudian salam dengan kawan-kawan Qaisara.."
Sambung saya. 
"Kenapa nak kena salam dan minta maaf dengan budak enam tahun umi. Teta mana ada buat salah dengan dia orang?"
Ya..saya mengajar Qaisara, bila silap minta maaf. 
"Manalah tahu Qaisara terlanggar mereka ke? Ada cakap apa-apakah? Tak mengapa sayang mintalah maaf sahaja"
"Mana ada umi?"
Terkebil-kebil mata anak dara saya. Ha ha..saya mengaru kepala. Kalau Qaisara sudah mempertikaikan suruhan saya bermakna, saya akan menyediakan jawapan yang ringkas dan sangat memuaskan hatinya..
"Masa beratur kadangkala Qaisara terlanggar merekakah?"
"Mana Teta ada beratur dengan mereka umi. Teta beratur dengan kawan-kawan Teta aje?"
Ha ha ha aduh..aduh..budak ni.
"Tak apalah sayang, tak salah pun minta maaf..."
"Mana boleh umi, ada kawan Teta dia buat Teta pun dia tak minta maaf kenapa pula Teta tak buat orang Teta kena minta maaf.."
Dan sampai pagi ini, ketika bangun tidur..Qaisara masih bertanya kenapa dia harus minta maaf  dan saya masih mencari jawapan untuk memuaskan hatinya. 
Walau macam mana susah pun saya mahu memahamkan Qaisara, kerana saya mahu anak saya mendapat 'nilai' yang tidak diajar pada saya ketika saya seusia Qaisara.

Tuesday, November 15, 2011

ADA APA PADA DUIT RM 50

Saya telah ajukan soalan tersebut di FB Nb Kara. Ramai sungguh yang menjawab kerana jawapan yang bersesuai dan kena dengan perasaan saya, akan memenangi sebuah buku terbitan terbaru dari NBkara.  Semua memberi pelbagai jawapan. Ada jawapan yang menyentuh hati, ada jawapan yang melucukan dan ada jawapan yang membuat saya hampir menangis. Tidak semua orang bertuah memiliki wang ringgit. Tetapi Nilai RM50 sekarang sangatlah kecil. Boleh dihabiskan dalam masa beberapa  saat sahaja sahaja untuk membeli sesuatu.

Tetapi tahukan anda? Anak-anak Teratak Rahmat di mata Ayer perlis. Di mana saya dan grup ukwah pernah membuat lawatan ketika di bulan puasa. Sudah kekurangan dana. Mereka yang memberi perlindungan seramai 40 orang kanak-kanak tidak termasuk asnaf yang lain memang benar-benar memerlukan bantuan sekurang-kurangnya RM24,000 setahun bagi menampung kehidupan dan persekolahan anak-anak ini.

Sebahagian daripada penghuni teratak Rahmat.

Justeru itu saya dan grup ukwah sedang membuat kempen kepada sesiapa yang sudi. Mendermakan RM50 atau lebih (kurang pun tak apa). Kepada rumah anak yatim ini. Kami akan membuat lawatan sekali lagi dipenghujung dec untuk menyampaikan sumbang.
Bagi mengurangkan perbelanjaan, penguni rumah anak-anak yatim dan asnaf ini, membuat rak kasut sendiri...

Sebahagian asrama mereka,  derma boleh di masukkan ke tabung Maybank Norhayati Berahim 164267408855 email nbkara@yahoo.com dan letakkan di dalam braket (TRMA).

Pemenang untuk buku terbitan NB Kara, jatuh kepada:


Amiliza Amin ...NB sesungguhnya saya jarang memegang RM 50 sbb tiada pendapatan tapi adakala rezeki yg Allah berikan melalui seseorg pertama..membeli sesuatu yg saya idamkan spt membeli novel ..dan simpan bila ada kecemasan tak le terdesak sgt. contoh membeli minyak motor....hehe


Sila inbox alamat lengkap untuk penghantaran ya kak Am!

Monday, November 14, 2011

KONSERT QAISARA

Hari Sabtu lepas, sekolah Qaisara mengadakan konsert di Jade Hill Resort Club tidak jauh dari bandar Kajang. Qaisara membuat persembahan sebanyak 4 kali.

Sebelum konsert bermula, uminya bergambar dahulu di tepi kolam renang. Ha ha ha


Qaisara dan seorang kawannya mengetuai, menyanyikan lagu Bear Hunt..


Membaca surah 4 kul bersama teman-teman.

Bermain alat muzik....saya tengok dia paling besar dibandingkan dengan kawan-kawannya.


 Syukur Alhamdulilah. We safe now! Dalam bear hunt ini Qaisara ada membuat sedikit kesilapan, tetapi cepat dan tenang sahaja dia membetulkan. Cuma sampai sekarang dia sering bersungut, dia dan kawan-kawannya membuat persembahan dengan tidak begitu kemas walau sudah saya yakini. Dia sangat berbakat dan persembahan tersebut sangat bagus!

Goodies yang Qaisara dapat. Sebenarnya Qaisara dapat hadiah untuk tempat pertama. Tetapi dia berjalan terlalu pantas, tidak sempat nak ambil gambar..


Ha ha lepas konsert, saya memang sudah membawa bekal dari rumah. Kami bentang tikar di tempat letak kereta. Nasib tak kena perhambat dengan pengurusan resort tu..kih kih kih..

Berkelah begini memang menyeronokkan bagi orang kampung macam kami. Ha ha ha

Tea set yang saya belikan untuk Teta, untuk memberi semangat pada dia mengadakan persembahan. Tetapi lupa mahu dibawa berkelah selepas konsert hari itu. Marahlah mak cik tu. H aha. ha

Sunday, November 13, 2011

INSYA-ALLAH INI JANJI SAYA..


Semalam konsert Qaisara. (ceritanya akan saya letakkan esok). Tetapi saya mahu menceritakan perihal ibu bapa yang datang atau tidak datang menonton persembahan si anak.
Semalam saya jumpa seorang anak perempuan berusia 10 tahun, yang menemani adiknya mengadakan persembahan konsert. Kasihan pula saya. Tetapi mendengar penjelasan anak itu saya maklum, ibunya ada hal yang lebih penting dari melihat konsert anaknya.



Saya siap bawa penyokong yang ramai. Itu belum campur adik dan pekerja saya yang duduk di belakang. He he he


Melihat diri anak itu saya teringatkan diri saya satu ketika dahulu. Apa sahaja persembahan atau hadiah yang saya rangkul di sekolah rendah. Tidak ada siapa yang datang melihat dan memberi sokongan. Ketika bersekolah rendah, saya memang sangat aktif. Ketika itu saya langsung tidak berasa sedih, jauh sekali untuk berkecil hati kerana saya sudah dididik dengan cara yang begitu. Cuma bila ada yang bertanya..
"Anak siapa yang pandai tu? Banyak hadiah dia dapat?"
 Walau ketika itu emak dan abah saya tidak mendengar pujian tersebut dan saya tidak pasti  adakah mereka bangga dengan saya, saya tetap bangga dengan diri saya sendiri.




Kusyi yang ada kerja lain terpaksa berkejar dalam kesesakan lalu lintas untuk sampai tepat waktunya sebelum Qaisara melakukan persembahan.

Namun selagi hayat di kandung badan. Saya berjanji pada diri saya sendiri. Apa sahaja acara yang membabitkan Qaisara. Saya akan pergi untuk memberikan sokongan. Saya mahu anak saya dapat apa yang saya tidak pernah dapat satu ketika dahulu. Mungkin bagi orang lain, semua itu tidak membawa makna tetapi bagi saya ianya terlalu berharga dan besar ertinya bagi saya.

Terima kasih pada sahabat-sahabat saya. Sokongan mereka pada Qaisara membuat saya terharu..


 Zul sampai duduk di bawah sebab tak ada tempat. Ha ha ha


P/S Ketika saya menulis entry ini, ada air mata yang menitis..tidak tahu kenapa..sob sob sob..



Saturday, November 12, 2011

BUAT DONUT

Hari itu masa saya tunjukkan saya buat donut ini di FB, ramai pula bertanya saya macam mana resipinya.
Sebenarnya buat donut ni mudah sahaja. Cuma perlukan sedikit kekuatan untuk menguli. Kalau malas uli campak sahaja dalam breadmaker. Tetapi saya lagi malas nak keluarkan breadmaker saya yang besar segedabak itu. Ini resipi dia ya kawan-kawan

BAHAN BAHAN
1 ½  peket yis segera/mauripan
1/4 cawan air suam
1 cawan susu
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
½ potong butter.
600 gram tepung
Minyak secukupnya.

Cara-cara

Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk . Kacau dan tunggu sehingga dia berbuih.
Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan tepung dalam mangkuk besar kemudian masukkan yis tadi. Gaulkan sehingga sebati.. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
Tutup mangkuk dengan kain lembab dan biarkan pada suhu bilik sehingga kembang . Saya biarkan dalam 1-2 jam. Terpulang pada kembangnya.

Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter.  Saya gunakan donut cutter yang agak besar dan donut saya jadi gebu macam tuannya. Ha ha ha
Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit. Donut itu akan mengembang.
Panaskan minyak. Goreng donut , tos dan keringkan minyaknya. Tabur dengan gula halus atau kalau nak salutkan sambal, salutlah dengan sambal pun sodap.


Thursday, November 10, 2011

CINTA KALUT SUDAH ADA DI PASARAN

RM25/RM28

Hidangan enak yang tersusun di atas meja makan begitu membuka selera. Sebutlah nama mana-mana chef tersohor, sudah tentu masakan ibu yang paling sedap walaupun hanya menu nasi goreng main campak-campak sahaja rencahnya. Bertuah betul Rina. Setiap hari makan makanan yang sedap-sedap. Nasib baiklah badannya tidak naik seperti tepung yang terlebih ibu roti! Ibunya, Hajah Kamisah memang pernah menyandang juara pertandingan memasak di kampungnya suatu ketika dahulu.
Haruman ikan siakap tiga rasa dan kailan ikan masin sudah cukup menyelerakan. Selera yang menggebu terus mati apabila ayahnya, Haji Arifin membuat keputusan tidak membenarkan dia menyewa rumah sedangkan dia akan mula bekerja dalam tempoh dua minggu sahaja lagi. Rina hanya terpaku mendengar keputusan tegas ayahnya. Nasi di dalam pinggan hanya dikuis-kuis dengan jari. Wajahnya masam mencuka tanda protes.
“Tak habis-habis kena kongkong! Ah, tak sukanya aku!” Rina mengomel di dalam hati.
Rina akan melapor diri di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Bangi sebagai guru sains dan matematik. Dia sudah berkira-kira mahu menyewa rumah bersama sahabat baiknya iaitu Zuliani, tetapi ayahnya pula menjadi halangan.
Bukan dia tidak kenal dengan sikap ayahnya. Jarang sekali mahu menerima pandangan anak dan isteri. Bagi Haji Arifin, sebagai ketua keluarga dia berhak membuat keputusan. Kalau berbincang pun tidak ada gunanya, keputusan tetap memihak kepada Haji Arifin.
“Hah, kenapa termenung lagi? Tak puas hati? Usah mengada-ada nak merajuk ketika menghadap rezeki. Ada jugak yang bermandikan kailan ikan masin ni!”
Keras suara Haji Arifin sudah cukup mengejutkan Rina daripada lamunan. Jantungnya berdegup kencang. Jangan dibuat main dengan ugutan Haji Arifin! Jangan sengaja cari nahas. Cakapnya tidak pernah tidak serupa bikin. Apa yang dikata pasti dikota.
Hajah Kamisah hanya memberi isyarat mata supaya Rina lekas-lekas makan sebelum Haji Arifin naik angin.
Rina yang memang amat memahami isyarat ibunya terus menyuap nasi ke mulut. Laju suapannya tidak ubah seperti orang kebuluran. Dalam fikirannya, mahu cepat habiskan makanan kemudian berkurung di dalam bilik sahaja. Kelazatan masakan ibunya sudah tidak terasa lagi. Nasi yang ditelan bagaikan butiran pasir. Hatinya sebak. Air mata yang bergenang cuba ditahan agar tidak tumpah di hadapan Haji Arifin yang garang macam singa lapar.
“Rina, perlahan sikit makan tu... nanti tercekik!”
Tegur Hajah Kamisah. Tidak senang dengan kelakuan Rina yang kelihatan gelojoh.
Rina mendongak dan bertentangan mata dengan Hajah Kamisah lalu tersenyum kelat. Rina memperlahankan suapannya. Haji Arifin mengerling tingkah laku anaknya. Malas hendak melayan rajuk Rina, Haji Arifin terus bingkas bangun setelah menghabiskan nasi di pinggannya. Sedikit pun dia tidak menegur anak isterinya.
‘Huh, ayah memang begitu! Sikit-sikit, ugut! Sikit-sikit, dia saja yang menang. Susah! Memang susah kalau nak berbincang. Tak pernah dengar pandangan anak. Asyik dia saja yang betul!’ Rina mula membentak di dalam hati.
Jauh di dasar hati Haji Arifin, dia terpaksa bertindak tegas kerana amat sayangkan anak-anaknya. Sedikit pun tidak terdetik di hati Haji Arifin untuk mengongkong mereka. Anak perempuan susah dijaga. Lebih baik menjaga sekandang lembu daripada menjaga anak perempuan seorang. Biarlah kalau mereka membuat tanggapan dirinya suka mengongkong. Paling penting, dia tahu tindakannya amat wajar untuk keselamatan dan maruah anak-anak.
Selesai sahaja makan malam, Rina membantu Hajah Kamisah mengemas di dapur. Ketika mencuci pinggan, dia tidak dapat menahan sebak lalu terus menangis tersedu-sedu. Tergamam Hajah Kamisah dibuatnya.
“Rina, sudahlah... jangan menangis. Nanti nampak dek ayah lagi susah! Sabarlah. Ayah buat macam itu pasti ada sebabnya. Tak ada ayah atau ibu yang bencikan anaknya. Lagipun, apa yang ayah cakap tadi ada benarnya. Buat apa Rina nak menyewa, tinggal aje di rumah Kak Lin...” pujuk Hajah Kamisah.
Sesekali Hajah Kamisah mengintai ke ruang tamu. Kelihatan Haji Arifin sedang leka menonton berita di televisyen. Mendengar sahaja nama Mazlinda, Rina menelan air liurnya. Air mata yang berjejeran di pipi dikesat.
“Tapi ibu, Rina dah janji dengan kawan nak tinggal dengan dia. Lagipun Rina kena lapor diri dalam tempoh dua minggu saja lagi. Habis nak menumpang dekat mana lagi? Rina nak kerja, bukannya nak berfoya-foya. Rumah Kak Lin? Huh, tak nak! Seganlah ibu. Dia ada suami, anak-anak... Nanti menyusahkan dia pulak. Susahlah macam ni! Tolonglah pujuk ayah...”
Rina cuba meraih simpati Hajah Kamisah.
Hmmm... itulah, lain kali tanya pendapat ibu dan ayah dulu. Jangan pandai-pandai buat janji. Rina rasa dah cukup dewasa ke nak buat keputusan sendiri?”
“Rina tahu ibu... tapi bu...”
Belum sempat Rina menghabiskan ayatnya, Haji Arifin tiba-tiba sahaja muncul di dapur dan menyampuk perbualan mereka. Pasti Haji Arifin sudah mendengar setiap butir bicara dua beranak itu. Dari raut mukanya pun Rina sudah dapat mengagak apa yang ayahnya akan katakan.
“Tak boleh! Tak ada siapa boleh pujuk ayah walaupun ibu kamu. Keputusan ayah muktamad. Jangan nak cari kebebasan pulak. Esok ayah telefon kakak kamu. Jangan nak berdalih lagi. Faham?”
Sergah Haji Arifin garang. Wajahnya serius. Suaranya juga tegas. Setegas keputusan yang dibuat.
“Faham ke tak?”
Sekali lagi Haji Arifin bertanya apabila tidak ada jawapan daripada mulut Rina. Dikerling pada Hajah Kamisah yang sedang berpura-pura sibuk menyapu lantai. Dia tahu, isterinya sengaja tidak mahu masuk campur dalam perkara itu.



Tuesday, November 8, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN

Selamat hari raya Aidil Adha. Bagi orang lain hari raya haji tidak membawa apa-apa makna. Tapi bagi saya, saya sangat seronok berhari raya haji. Di rumah sendiri kemudian ke rumah ayah saya, berkumpul, berbual, makan, membuat korban, membersihkan daging, makan dan makan.
Kalau hari raya Aidil Fitri, ada sahaja kami tak cukup korum. Ada yang balik rumah mak mertua tetapi hari raya haji, semua adik beradik ada bersama. Barulah terasa ramainya..

Dua orang akak saya yang gebu. Di pagi raya.

Atmam anak buah saya di hari raya Aidil Fitri yang lalu balik ke rumah neneknya di Kelantan. Ya ALLAH punyalah lasaknya dia, melompat sana sini. Tetapi sangat cerdik, semua binatang dia kenal dan tahu. Baik dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Di surau kami 15 ekor lembu dan 2 ekor kambing sedia menunggu untuk di korbankan hari itu. Saya juga seperti biasa bersama adik beradik turut membuat korban. Tetapi saya tak tengok pun lembu yang saya korbankan itu. Takut saya jadi sedih...

Pak Seyit tahun ini berkobar-kobar membantu, ha ha tengok dia pakai stokin sebab nyamuk mengigit kakinya. Saya selalu cakap dengan dia " You dengan nyamuk siapa lebih besar?" H aha ha

Akim dalam mahu merebahkan lembu sempat lagi berposing. Ha ha ha. (gambar mengenai korban ini semua diambil oleh Fauzan, saya tak beranilah)

Ojan ditugaskan memotong lembu untuk dibuat sup. Kami masak sup satu kawah dan makan beramai-ramai. Gambar sup tak sempat nak ambil dah..ha ha

Adik ipar saya Hamdan dan juga adik saya Kamal...

Tahun ini Khairul beraya seorang diri di Melaka, sebab adik ipar saya Anis menjalani pantang di rumah emaknya di Parit Buntar..

Saya berdoa supaya tahun hadapan kami dapat menjalani ibadat korban ini lagi dan dapat berkumpul beramai-ramai. AMIN


Thursday, November 3, 2011

SEMASA KITA SENANG HULURKAN BANTUAN


Assalamualaikum,
Saya Mohd Kamarul Azhar Bin Alias ayah kepada Puteri Izzyean Batrisyia.
Anak  saya Puteri Izzyean Batrisyia Bt Mohd Kamarul Azhar no kad pengenalan 060407-03-1066 berusia 5 tahun 6 bulan, seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU, No Kad OKU CP 04000277) terlantar keseluruhan adalah pesakit Ceberal Palsy(Spastik) tahap 5 (kronik), beliau telah mengalami jangkitan kuman dan kerosakan pada saluran pernafasan dan makan. Rawatan dn pembedahan di perlukan untuk memasukkn tiub baru untuk permakanan dan pernafasan. Kos alatan dn pembedahan lebih kurang RM17,000.00 tak termasuk kos hospital. Separuh nya telah di tanggung oleh Pusat Pendidikan Ceberal Palsy(Spastik)

Ada beberapa orang hamba Allah menghubungi saya bertanyakan mengapa saya tak membuat rawatan di hospital kerajaan kalau tak mampu.

Anak saya telah pun 2 kali menjalani pembedahan untuk bantuan pernafasan dan permakanan.  Sewaktu menjalani rawatan susulan di Klinik Pakar 3 Hospital Seberang Jaya, doktor pakar mencadangkan agar pertukaran tiub dari hidung di tukarkan terus di bahagian abdomen dan terus masuk ke perut. Rawatan dan pembedahan hanya boleh di lakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Pembedahan telah pun di lakukan pada 06 Nov 2010 di Hospital Alor Setar diketuai dan di bawah seliaan Datuk Dr Mohan, Pakar Kanak-kanak. 14 hari selepas pembedahan keadaan perut anak saya membengkak dan setelah di X-ray didapati pelapik dalam perut telah terkeluar dari kedudukan asal. Punca tidak diketahui tapi apa yang saya pasti ianya berpunya dari kesilapan doctor pelatih yang mahu menunjukkan kepada kami cara mengubahsuai tiub tersebut. Sewaktu dia cuba menunjukkan caranya kepada kami, anak saya terus menjerit dan meraung kesakitan.

Bila saya bertanya kepada Datuk Dr Mohan, beliau sendiri menyatakan tiub tersebut tak perlu di ubah suai kedudukan tapi hanya perlu ditukar 6 bulan sekali. Sekali lagi pembedahan di lakukan untuk mengeluarkan semula tiub tersebut dan Datuk Dr Mohan sendiri menyatakan  bahawa keadah tersebut telah mengalami kegagalan. Dimasukkan semula tiub melalui hidung tetapi menggunakan tuib saiz orang dewasa. Selama 7  hari selepas pembedahan kedua anak saya tak berhenti muntah-muntah. Saya membawa ke klinik berdekatan dan selepas di X-ray di dapati tuib tersebut patah di dalam perut dan mencucuk bahagian dalam perut . Sekali lagi rawatan terpaksa dilakukan.

Keluar dari hospital saya membuat pertanyaan dan aduan pada kawan saya seorang doktor ,beliau menyarankan di buat lapuran kerana itu adalah Human Error (Kesilapan Manusia), tetapi apabila saya kembali ke Hospital Alor Setar untuk mendapatkan Laporan Perubatan, saya di maklumkan laporan telah di hantar ke Hospital Seberang Jaya tetapi Hospital Seberang Jaya menafikan menerima lapuran tersebut. Dan akhirnya Lapuran Perubatan tersebut di dakwa telah hilang dan apabila saya minta salinan hospital saya juga di maklumkan Lapuran Perubatan untuk salinan hospital juga telah hilang.

Hampa hati saya setelah 42 hari anak saya menderita kesakitan tetapi rawatan tersebut gagal. Berlanjutan dari itu doktor di Hospital Seberang Jaya menyarankan kepada saya mendaftarkan anak saya ke badan Non- Government Organisation (NGO) iaitu Pusat Rawatan Spastik (Ceberal Palsy) di Greenlane, Pulau Pinang kerana pelbagai kemudahan dan bantuan disediakan di situ.

Dan rawatan yang bakal di lakukan kepada anak saya juga adalah cadangan dari Pusat Rawatan Spastik (Ceberal Palsy) Greenlane Pulau Pinang. Kos rawatan separuh di tanggung oleh badan NGO terbabit dan separuhnya lagi ditanggung oleh keluarga. Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding dengan hospital-hospital lain.

Terpulanglah pada tuan-puan untuk menilainya dan atas sumbangan tuan-puan juga saya mengucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Terima kasih.

Sumbangan boleh diberikan kepada 

Mohd Kamarul Azhar Bin Alias no akaun 07140156907521 (CIMB BANK)
(no tel 019-6237287)                                ATAU 13035020276344 (BANK ISLAM)
                                                                        ATAU 154026609011(MAYBANK)
atau
Hasibah Md Adnan no akaun 07230006074527 (CIMB BANK)
(no tel 019-4442608)


Hasibah Adnan adalah kawan lama saya. Saya berharap pembaca blog saya dapat meringankan sedikit beban keluarga ini. Tidak banyak sedikit jadilah. Moga petang Jumaat yang berkat ini dapat kita sama-sama menghulurkan tangan dan meringankan sedikit beban.



Tuesday, November 1, 2011

INI MANUSIA PUN ADA...

Apa perasaan anda bila anda semua mahu membuat sesuatu kebaikan dan anda dicabar?
Sudah pasti pelbagai perasaan menghantui  kita. Marah, kecewa, serba salah dan sebagainya. Ya..inilah yang berlaku dan terjadi di program menderma darah kami.
Ketika program dijalankan grup kami membuat kempen 'menderma untuk Aishah Abdullah'.  Ceritanya pernah saya masukkan di dalam blog saya satu masa dahulu. Mengunjungi rumah Aishah, melihat kehidupannya. Kami rasa sangat sedih. Cuba bayangkan dengan 6 orang anak, dia tidak boleh bekerja dan suaminya meninggalkan dia 10 tahun yang lalu dan sekarang dia menghidapi penyakit  kanser darah. Apa yang boleh dilakukannya? Kami Grup ukwah terfikir. Alangkah bagusnya kalau beliau memiliki rumah sendiri. Tidak payah membayar sewa sebanyak RM450 sebulan. Sekurang-kurang kalau terjadi pada beliau paling kurang anak-anak ada tempat berteduh. Inilah yang sedang kami usahakan. Namun ketika tiba-tiba saya mempromosi kempen ini datang seorang personaliti tv dengan angkuhnya bertanya.
"Mana awak tahu yang Aishah ni anak kepada bla bla bla" (beliau adalah anak pada salah seorang ahli sukan bukan Islam yang agak terkenal pada zaman 80an).
"Kami dah selidik.."
"Suami dia mana?" Begitu lantang sekali personaliti tv itu bersuara sehingga kedengaran semua yang berada ditempat kami duduk itu.
"Dia ditinggalkan suaminya.."
"Huh..itulah dia, awak tahu tak. Saya pernah jumpa kes orang  macam ni, ditinggalkan suami rupanya saya tanya jiran-jiran. Dia ni suami dia pun ditamparnya"
Sambil ketawa sinis personaliti itu bersuara. Untuk mengelakkan darah saya naik saya malas mahu melayan. Saya biarkan seorang kawan melayannya. Kasihan kawan saya yang menjadi mangsa terhangguk-hangguk mendengar kata-kata bongkak darinya.
Memang saya tidak nafikan, ada orang susah kerana kesusahan itu diciptanya sendiri. Mereka tidak muhasabah diri. Tetapi dalam kes Aishah saya melihat sendiri kehidupannya, kami berjumpa dengan anaknya yang sakit jantung. Rumahnya tidak mempunyai peti ais, dapurnya sangat kecil dan dia menyewakan sebuah bilik kepada sepasang suami isteri untuk menampung kos sewa rumah.
Bagi saya, janganlah kita berprasangka buruk semata-mata hanya ada satu dua kes sebegitu dan menganggap semua orang sama. Kalau sentiasa kita berprasangka sampai bila kita mahu membuat kebajikan.
Kepada personaliti TV itu, ubahlah cara pedekatan yang lebih sopan kerana anda juga membawa imej tempat anda bekerja. Mungkin yang anda cerita itu benar berlaku tapi janganlah menganggap manusia semuanya sama. (Bila saya cerita dengan kawan-kawan terdekat pantas sahaja kawan-kawan berkata. Patutlah, kerja stesen tv tu perangai depa semua sama. Bongkak dan suka mereka cerita!) 
Berdoalah semoga kita menjadi manusia yang sentiasa rendah hati..AMIN

Sebahagian ahli grup ukwah. Semoga hati kami sentiasa terbuka  untuk membuat kebaikan..