Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 31, 2009

MAAFKAN AKU YA ALLAH

Ini anugerah terindah yang ALLAH beri pada saya. Walau dia memberi ujian pada saya, menarik 3 embrio yang sedang berkembang di dalam rahim saya, tapi ALLAH beri gantinya. Ya..ALLAH beri saya saya kaktus untuk saya dapatkan bunga yang cantik.



Malam tadi saya terbangun pada pukul 2 pagi. Syukur sangat-sangat kerana untuk malam terakhir sebelum tahun baru ini diberi kekuatan oleh ALLAH untuk bangun, sujud padanya. Hati rasa terlalu hiba ketika menyudahkan solat, mengenangkan apa yang telah saya lakukan sepanjang tahun 2009. Apakah saya sudah jadi manusia yang baik. Apakah saya amat patuh pada ALLAH, berterima kasih sentiasa padanya. Saya akui terlalu banyak kekurangan saya. Terlalu banyak kelemahan yang harus saya perbaiki. Saya terasa kerdil dan akhirnya tanpa sedar saya menangis teresak-esak.
Saya kesal kerana tidak banyak perubahan pada diri saya sepanjang tahun. Kadangkala saya tidak dapat mengawal perasaan marah saya kalau sesuatu perkara itu menyakitkan hati saya, saya masih tidak dapat membuang rasa prasangka saya pada manusia lain, saya masih lagi kadangkala memandang rendah pada orang walaupun hanya dalam hati. Bahkan saya masih lagi jauh seperti penjuang Islam yang mengorbankan harta bendanya kerana Islam.
Tuhan..ampunkan saya. Maafkan saya..
Setahun saya persiakan untuk menjadi seorang manusia yang baik. 365 yang tuhan beri adalah satu masa yang cukup panjang untuk memperbaiki diri . Tetapi kenapa saya masih di sini, masih malas untuk bangun malam dan lebih terpedaya dengan hasutan syaitan.
Tuhan..terima kasih kerana masih membiarkan saya bernafas, bersiratulrahim dengan sahabat-sahabat saya, membenarkan kaki saya melangkah melihat betapa cantiknya dunia. Meminjamkan terus-terusan akal dan fikiran saya sehingga saya boleh menulis. Ya..ALLAH ya tuhanku, terima kasih atas segala-galanya.
Ya ALLAH, buat kali terakhirnya..aku bermohon. Supaya diteguhkan iman ini, diberi di dalam hati rasa kasih sayang yang lebih sesama umat. Dibuka hati supaya menjadi lebih pemurah dan moga-moga tahun baru ini saya akan banyak berubah bukan sekadar angan tetapi perbuatan.
Terima kasih pada mu ya ALLAH.



Wednesday, December 30, 2009

SERUNDING KERANG!

Ramai yang minta saya resipi serunding kerang ini. Ya ALLAH lupanya saya nak meletakakan dalam entry. Sampaikan adik saya Heryati Baharom sudah berpindah dari Singapura ke Johor meminta sekali lagi, barulah saya ingat. . Saya belek-belek dalam kamera. Fuhhh..lega, rupanya ada gambar-gambar cara membuatnya yang sudah saya ambil ketika hari raya tempoh hari, tetapi cuma saya lupa memasukkan dalam entry sahaja. Nasib tak sampai tahun depan lagi..he.he

Bahan-bahannya,

Bahan-bahannya, Bawang putih, bawang merah, halia ,serai, asam keping (halia, asam keping dan serai lupa le nak ambik gambarnya).

Cili kering dalam 10-15 tangkai. Mesin seperti biasala. Kalau tak ada mesin tu tumbuklah, kalau tak ada batu penumbuk beli aje cili boh.

Kerang 5 kilo, direbus dan dikopek kulitnya. Kalau hari raya biasanya saya buat 10-15 kilo kerang. Yelah..keluarga besarkan.



1/2 kelapa untuk santan pekat dan 1 biji kelapa yang dibuat kelapa goreng. Buat serunding kerang ni memang senang, lecehnya cuma mahu mengopek kerang dan mengoreng kelapa.

Cara-cara membuatnya

Tumis segala barang hirisan, cili dan juga serai sehingga nak minyak dan bau.

Kemudian letakkan santan dan campaklah asam keping. Tumis sektika


Kemudian letakkan kerang, garam, perasa. Kalau nak kering, masak lama sedikit. Kalau nak basah, masak sikit-sikit angkatlah. Sedap di makan dengan ketupat dan juga roti..yummmy....
p/s Atie utang akak dengan Atie dah langsai ye..ha.ha


JOM BUAT KEROPOK LEKOR!

Dah lama sungguh tak ada resipi masakan dalam blog saya ini. Tak habis-habis kisah si Tetakan. Kita rehat cerita pasal si Teta. Kita cerita pasal makanan. Entah apa angin rajin masuk ke dalam badan saya. Saya bercadanglan membuat keropok lekor sendiri. Selalunya beli di pasar malam sahaja.

1 1/2 kilo ikan kembong, kopek kulitnya, ambil sahaja isinya dan kemudian mesin dalam mesin pengisar.


Ikan kembong yang sudah di kisar. Tapis airnya.


Satu bungkus tepung sagu dan setengah bungkus (150gm) tepung ubi.

Campur tepung ubi, sagu dengan isi ikan. Uli sehingga sebati dan campurkan garam serta perasa.
Uli dan buat apa sahaja bentuk yang anda suka. Lonjong bulat, empat segi dan tiga segi.
Rebus di dalam air yang mendidih sehingga tepung sudah naik dipermukaan. Tanda sudah masak. Makan yang direbus ini pun sedap juga.


Goreng sehingga masak. Saya telah mencuba masak tanpa merebus, entah apa silapnya keropok saya melompat-lompat seperti shuffle le pulak. Habis ditembaknya dinding dapur saya, menjerit-jerit bibik. Ha.ha.ha.. Tapi bila sudah direbus tidak pula dia melompat. Ada sesiapa yang tahu kenapa dia tidak boleh digoreng terus?


Ini hasilnya. Saya makan dengan sos sahaja. Tahu sahajalah si pemalas ini. Ha.ha.ha..malas nak buat kuah dia. Ojan yang kebetulan datang ke rumah saya kata sedap! Kalah yang pasar malam punya. Alah..Ojankan rajin bodek saya.





Tuesday, December 29, 2009

KALAULA


Pram atau stroller yang boleh memuatkan bayi sehingga 30kg. Kalau saya beli, senang saya, Qaisara baru 16kg.

Saya kalau sudah berjalan memang tidak tahu penat. Perangai saya tumpah kepada Qaisara yang memang kaki jalan. Minggu lepas semasa ke KLCC, saya merayau-rayau bersama suami dan Qaisara. Hampir 4 jam kami ke sana. Itu pun selepas suami memberi hint pada saya.
"Honey i want my sarung!"
Ha.ha.ha..itu bermakna, dia mahu pulang ke rumah pakai kain pelekat, menonton telivisyen atau berinternet sambil minum kopi kegemarannya. Qaisara masih tidak puas, menangis-nangis mahu membeli belah lagi. Tapi kami balik juga.
Malam seperti biasa Qaisara sudah pasti menyuruh saya memicit kakinya. Lenguh katanya.
"Saya ingat nak beli stroller barulah.."
"Aik buat apa honey?" mata suami saya terbeliak.
"Qaisara sudah tak suka stroller lama tu lagi, dah kecik untuk dia. Saya ingat saya nak belikan yang besar yg 30kg punya. Bila dia duduk dalam stroller taklah penat saya picit kakinya malam-malam."
Suami saya mendadak sahaja ketawa. Entah apa yang mengelikan hatinya.
"Awak tu kalau si Qaisara itu boleh di bonsaikan macam pokok awak kat luar sana. Awak buatkan? Supaya dia sentiasa berada di celah ketiak awak, boleh awak dukung, boleh awak ciumkan?"
Saya tersengeh-sengeh mendengar kata-kata suami. Walau saya menindakkan, tapi dalam hati terfikir juga. Kalaulah anak saya boleh dibonsaikan, sentiasa kecil dan comel. Alangkah bagusnya, supaya dia sentiasa bersama dengan saya...


Kalaulah ada pilihan saya mahu Qaisara sentiasa kecil seperti sekarang. Sentiasa boleh dipeluk, dicium dan diajak bermain.









Monday, December 28, 2009

MIGHTY BRIGHT


Dah lama sungguh nak cari benda ala ni. Banyak kedai buku saya pergi tapi tak jumpa-jumpa. Dulu ada juga ternampak budak-budak yang berniaga depan Sogo menjualnya. Tapi bila kita nak pakai tak dapat pula. Semalam bawa Ojan dan Akim pergi KLCC, Ojan nak cari nib pen untuk lukisan manganya. Habis jugalah duit RM300 semata-mata beli pen. Kali ini saya keluar duit separuh Ojan keluar separuh. Akim pula minta bola. Kami pergi Kinokuniya. Dalam ojan membelek mahu membeli nip pen, saya tanyalah pasal mighty bright ni!


Alhamdulilah ada pun. Dulu sebelum kahwin, saya mesti membaca sebelum tidur. Kalau tidak, saya tidak boleh tidur. Tapi sejak ada anak, susah pula nak membaca kerana Qaisara tak sukakan lampu. Cuma ada lampu tidur sahaja. Lampu tidur tidak cukup terang buat mata saya yang sudah kekurangan zat ini..ha.ha. Jadi saya perlukan benda ala ini.


Ketika mahu membaca tu, klip aje di mana-mana. Saya beli dengan harga RM69. Saya tahu ianya mahal. Tapi saya cari tak jumpa. Menyesal pula tak beli depan sogo hari itu. Macam-macam gaya boleh digunakan. Letak di hujung, di tepi macam ini. Pinjam buku Qaisara ya..
Ini pun buku Qaisara juga. Dictionary yang dia suruh saya pegang setiap kali nak tidur dan saya kena terangkan apa ada dalam dictionary itu. Dah nak dekat setahun rasanya saya ulang benda yang sama. Masih si Qaisara tak jemu-jemu. Pantang buku ini ilang. Dia mesti tanya, where my black book umi?


Berat..dicitionary ni weh! Walau emaknya tidak terlalu pandai, harap-harap dia akan jadi anak yang pandai . Bila ada Mighty Bright ni nak tidurkan Qaisara pun senang. Padam lampu, pasang lampu tidur, klipkan benda ini di buku Qaisara dan bacalah untuk dia . Bila Qaisara sudah terpejam matanya, saya tukar mighty bright ini ke buku saya...he.he..Seperti biasa, kalau barang-barang macam ini. Selalulah si Qaisara mengaku itu hak milik kekal dia...


Saturday, December 26, 2009

ADA APA DENGAN NAMA!

“Seharusnya nama awak Norhayati Kara..”
Suami memberitahu saya pagi ini ketika dalam perjalanan menghantar Qaisara ke sekolah Turkinya. Hari ini ulang tahun perkahwinan kami. Kami bercerita mengenai banyak perkara yang terjadi dalam perkahwinan kami dan Alhamdulilah hidup kami semakin hari semakin bertambah baik dan bahagia.
“Huh..penat sahaja ayah saya membesarkan saya, bila sudah berkahwin nama Berahim itu ditukar kepada Kara..” saya meningkah. Suami ketawa. Saya tahu dia mengusik saya.

Setiap kali orang tanya sudah berapa tahun berkahwin dengan suami. Saya rasa macam dah lama, sebab saya kenal dia pun lama sebelum berkahwin. Jadi saya rasa macam dah 20 tahun berkahwin dengannya. This photo credit to my SIL Zekiye.


Saya sedar ramai orang melayu yang berkahwin dengan orang Turki atau bangsa asing, menukar nama mereka kepada nama keluarga. Bahkan nama anak-anak juga di letak nama keluarga. Ketika Qaisara dilahirkan suami mahu saya meletakan Qaisara Kara iaitu nama keluarganya, tapi saya menolak. Saya bagi alasan pada suami, suami patut berbangga mempunyai anak seperti Qaisara dan Qaisara harus berbangga mempunyai ayah bernama Seyit. Lantas saya letak Qaisara Binti Seyit. Supaya kata saya semua orang tahu, Qaisara itu anak pada Seyit dan Seyit itu ayah pada Qaisara. Sedangkan Kara itu adalah nama keluarga yang suami sendiri tidak tahu siapa orangnya.

Kami meraikan ulang tahun di dome sahaja. Makan beef steak he.he..

“Kalau suami isteri bercerai, apakah isteri harus menukar nama ke nama keluarganya semula?” saya tanya suami.
“Oh..dah pasti, mereka tidak boleh membawa nama suami..”
“Tengok betapa penderaan mental terhadap wanita telah berlaku. Sudahlah bercerai kemudian dipaksa menukar nama kepada keluarganya semula. Syukur kami di sini boleh mengekalkan nama ayah kami dalam apa keadaan”
“Cakap awak tu betul, di Turki sekarang kerajaan sudah membenarkan isteri mengekalkan nama keluarga mereka walaupun sudah berkahwin..”
Memang ada apa dengan nama, tapi bagi saya, saya bangga dengan ayah saya dan seharusnya saya bangga membawa namanya di hadapan nama saya.


Qaisara makan creamy pasta, tapi sikit aje makan. Suami yang habiskan makanan dia. Dia sudah berpindah ke meja sebelah. Sepasang suami isteri, isterinya melayu dan suaminya kulit hitam. Si isteri asyik memangku Qaisara, menciumnya dan begitu rancak bercerita dengan Qaisara. Saya punyalah risau takut anak saya dibawa lari orang. Padahal pasangan tersebut begitu baik sekali. Datang bersalaman dengan saya, berkali-kali mengatakan Qaisara sweet, clever dan cute..fuhhh..lega! Perjalanan balik suami kutuk saya yang bagi dia paranoid! Tapi kita kena hati-hatikan..


Friday, December 25, 2009

MUSAFIR

Ini bukan gambar Qaisara sebelum tidur. Tetapi selepas bangun tidur. duduk di kepala katil.

Sebelum tidur, mesti ada sahaja permainan yang perlu saya mainkan bersama Qaisara. Walau sudah berada di atas katil, paling kurang sejam saya kena layan anak dara saya ini. Kalau tidak bermain dia akan menyanyi atau berlakon di atas katil. Kadangkala dia paksa kami suami isteri melihat dia membuat show.
"Umi kita main musafir nak?"
Ajak Qaisara. Saya tahu dia selalu main musafir dengan babanya. Macam mana permainan tersebut? Qaisara akan membentuk rumah dengan bantal-bantal dan saya harus ketuk pintu untuk masuk dan beritahu saya adalah musafir yang datang mahu meminta sedikit air.
"Tok..tok.."
Saya mengetuk pintu. Qaisara berpura-pura membuka pintu dan mulutnya berbunyit...aittt....seperti bunyi pintu di buka.
"Assalamuailakum.." saya memberi salam.
"Waalaikumshalam (cara qaisaralah).
"Saya ni musafir. Saya nak minta air sikit.."
"Oh..masuklah.." Saya pun masuklah..
"Awak duduk seorang ke?" saya tanya Qaisara.
"Tak dengan baba saya.."
"Mana baba awak?"
"Dia ada kat bawah, tengah main kad kat komputer.." balas Qaisara. Saya sudah gelak.
"Mak awak mana?" saya yang menjadi musafir bertanya.
"Mak saya kat kampung.."
"Oh..nama awak siapa?"
"Nama saya Teta.."
"Nama ayah awak siapa?"
"Nama ayah saya Seyit Kara.."
"Oh..nama emak awak siapa?"
"Emak saya Norhayati Berahim.."
"Nama awak siapa pulak.." Giliran Qaisara bertanya saya pula.
"Oh..nama saya Ting Tong!" Balas saya sambil ketawa.
"Aik..bukan ke nama umi Norhayati Berahim.." Kah..kah..Qaisara dia mencipta cerita, dia sendiri sudah keliru.
"Eh..itu nama mak awaklah, saya ni musafirlah.." terang saya.
"Ya tak ya pulak!" Qaisara sudah menepuk dahinya dan kami berdua sudah ketawa berdekah-dekah. Ha.ha.ha..
"Hmm..awak duduklah, saya buatkan awak jemput-jemput dengan air jus.." suruh Qaisara sambil leka tangannya berpusing sana-sana. Seperti mengadun jemput-jemput.
Ha.ha.ha..baik sungguh hati tuan rumah ini. Kalaulah semua orang tahu bagaimana melayan musafir seperti Qaisara, ramailah yang bermusafir semata-mata kerana ALLAH.

Thursday, December 24, 2009

JADILAHKAN..

Pagi-pagi sahaja terbangun saya termenung di birai katil. Hari ini 24hb! Keputusan PMR akan diumumkan.
Dalam hati saya mengatakan Ojan ni dapat 7A 1b, sudah berapa hari nombor 7A itu mengasak minda saya. Ojan bukanlah dikategorikan murid cukup cemerlang. Dia seorang yang agak sederhana, skema tapi pekertinya baik di sekolah. Merupakan pengawas sekolah.
Pagi-pagi lagi saya sudah beritahu Suraya editor saya, pada firasat saya Ojan akan dapat 7A. Memang antara ahli keluarga kami, tidak percaya kemampuan Ojan kerana didalam UPSR dia hanya dapat 3A sahaja. Bahkan ayahnya dan uminya menganggar dia mendapat dalam 5A sahaja berdasarkan sikapnya yang terlalu relax dan cool.
"Ojan boleh jawab tadi?"
Saya masih ingat saya bertanya, ketika saya menunggu dia di luar sekolah. Mengambil dia pulang dari menduduki peperiksaan kerana uminya yang ketika itu masih berada di dalam waktu mengajar.
"Boleh.."
Tenang sahaja jawapan Ojan. Berapa hari saya ambil dia, berapa hari itu jawapan dia tetap sama. Tetapi dia mengeluh ada satu dua mata pelajaran yang agak susah baginya.
"Ojan nak pergi sekolah teknik.." Ojan pernah beritahu saya perkara tersebut.
"Pergila, belajarlah sungguh-sungguh. Tak mahu minta MRSM?"
"Tak mahulah andak, tak minat.."


Tam..Tam tengok keputusan Ojan. ha.ha..ha.. Ojan dah tak ada orang nak ditunjukkan keputusan peperiksaannya.



Ojan minat melukis. kata dia dia mahu jadi arkitek kalau tidak jadi pelukis komik sahajalah di syarikat saya.
Semakin mendekati 24hb semakin risau saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa yang cemerlang dari Ojan, cuma saya risau dia tidak dapat mencapai cita-citanya ke sekolah Teknik dan belajar lukisan kejuruteraan. Sekurang-kurangnya biarlah dia mendapat 5A. Itu doa saya siang malam.


Inilah si Tam, kucing yang sering diajak oleh Ojan bercerita


Namun pagi tadi ketika menerima panggilan daripada kakak saya di sekolah yang dia sudah melihat keputusan Ojan terlebih dahulu sebelum Ojan melihatnya. Saya menjerit kuat!
"Syukur Alhamdulilah.."
Air mata hampir bergenang. Firasat saya rupanya benar. Tidak lama kemudian saya menelefon Ojan.
"Andak kalau Ojan beritahu keputusan Ojan, andak terperanjat tak?"
"Tak..Andak dah tahu keputusan Ojan.."
"Aik..mana andak tahu?"
Ojan begitu terperanjat sekali. Saya ceritakan firasat saya dan saya beritahu dia yang uminya yang menelefon saya.
Ayah Ojan sendiri bila diberitahu dia mendapat 7A macam tak percaya. Mana tidak percaya. Ojan yang jarang mengulit buku, asyik melukis, membaca komik dan bermain PS2 boleh mendapat keputusan yang agak baik walau tidaklah terlalu cemerlang..

Ini komputer yang ke berapa saya beli pun, saya lupa. Kena ingat balik. Tapi ini saya beli untuk Ojan, tanda kasih sayang saya padanya. Supaya dia senang belajar melukis.. Janji saya kalau dia dapat 8A, saya bawa dia ke London. Nampak gayanya tak dapat le....


Wednesday, December 23, 2009

RM10

Beberapa hari yang lepas saya balik kampung di Melaka bersama kakak saya Mijah, Ojan, Akim dan mana boleh tinggal anak saya si Qaisara. Namun di Melaka, saya tidak ke mana-mana kerana rasa malasnya mahu bergerak. Ingat nak ke Jusco terbesar di Malaysia tapi Jusco tersebut sudah meletup dan ditunda pembukaaannya. Dan saya pasti Ketua Menteri Melaka sedang berpeluh memikirkan masalah ini..
TV di kampung pula rosak tapi kami tak kisah. Masa yang ada kami luangkan dengan berbual dan berbual, lebih-lebih lagi kakak baru balik dari Mekah. Asyik berceritalah. Berbual makan dan berbual. Letak goreng pisang satu pinggan besar habis, letak keropok habis..ha.ha.
Malam tadi kami balik ke Kajang semula. Tetapi setiap kali balik dari kampung ke Kajang kami pasti akan menghadapi satu masalah. Iaitu masalah Qaisara yang akan meraung macam orang digigit lebah.
Cuba bayangkan kalau kami berkemas dan letak beg di hadapan pintu sudah pasti dia tahu yang kami akan balik. Dia akan meraung walaupun masa untuk pulang sejam atau dua lagi. Punyalah teruk si Qaisara ni.
Jadi untuk mengelakkan dia menangis awal, pembantu rumah saya lalu pintu belakang untuk mengisi segala barang. Jadi Qaisara tidak nampak..
Semalam pembantu rumah melakukan perkara yang sama. Barang-barang yang sudah dikemas dimasukkan ke dalam kereta melalu pintu belakang. Jadi Qaisara yang leka bermain dengan sepupunya tidak nampak. Tetapi tiba-tiba emak tiri saya datang dang menghulurkan RM10 padanya. Mendadak sahaja Qaisara meraung seperti digigit tebuan.
"Hey..kenapa dengan Qaisara kenapa?"


Panik emak tiri saya bertanya Qaisara yang sudah menangis-nangis.
"Nek senah dah bagi dia duit, patutlah dia menangis. Dia tahulah, kalau nenek bagi dia duit sudah pasti dia kena balik ke Kajang. Hisshh..orang tak mahu dia tahu..."
Saya memberitahu emak tiri saya.
"Lah..manalah aku tahu.." emak tiri saya menjawab sambil ketawa-ketawa. Memang setiap kali dia mahu balik, neneknya pasti akan memberikan RM10 padanya untuk diisi ke dalam tabung. Jadi Qaisara sudah pasti sedar, saat pulang ke Kajang sudah dekat dan seperti biasa Drama Queen saya ini akan menangis sehingga suaranya hilang dan telinga saya berdengung.



Tuesday, December 22, 2009

TEKNOLOGI YANG MELALAIKAN

Sebenarnya dah lama saya mahu menulis mengenai perkara ini. Mengenai kita manusia yang terlalu taksub dengan teknologi/internet sehingga pemikiran sentiasa dikuasai dengan teknologi yang direka oleh orang-orang barat. Baru-baru ini saya terbaca di blog Intan MGM bagaimana dia hampir terlepas bersolat kerana leka bermain game di Facebook.

Bagi saya ini bukan berlaku pada Intan seorang sahaja, pada ramai orang lain. Beberapa bulan yang lepas saya melihat seorang teman yang membiarkan rumah bersepah dan anak tidak terurus semata-mata leka berladang di Facebook. Rata-rata yang saya lihat yang berladang di facebook ini kaum ibu yang mempunyai anak-anak dan suami. Sanggup bersekang mata semata-mata mahu berladang yang langsung tidak ada hasilnya! Alangkah ruginya kita..

Cuba bayangkan, kalaulah masa yang terluang di hadapan komputer kita manafaatkan seadanya sudah pasti banyak perkara yang kita boleh lakukan terutamanya meningkatkan hubungan kita dengan keluarga dan juga ALLAH. Kalau sudah asyik berladang, kain baju tidak berkemas, anak-anak tidak diberi makan sewajarnya dan memasak untuk suami cuma ala kadar. Tidakkah kita rasa bersalah sebagai seorang isteri dan ibu. Kalau dengan keluarga pun sudah terlalai, sudah pasti kita mengabaikan perkara yang tidak kita nampak iaitu hubungan kita dengan ALLAH.

Kalaulah masa yang kita habiskan di hadapan komputer tanpa faedah itu kita luangkan dengan mengaji Al-Quran, bersolat dan berzikir. Berapa banyak saham akhirat yang kita dapat? Saya sendiri pun kadangkala terlalai dihadapan komputer/internet sehingga solat pun hampir ke penghujung tapi sering mengingatkan dirinya sendiri jangan sesekali, internet dan komputer memanipulasi diri saya. Gusar juga kalau terlalu leka berada di hadapan komputer sehingga tuhan tarik balik rezeki yang telah diberi pada saya.
Lagi satu kalau kita menanam sayur dan bunga di kehidupan nyata ini alangkah bagusnya. Hasilnya dapat dinikmati seadanya.
Orang orang barat mahu melemahkan manusia adalah melalui hiburan. Tidak kiralah hiburan itu melalu permainan, nyanyi atau pun rekaan teknologi terkini. Sebab itu youtube direka, beribu-ribu permainan dicipta supaya hiburan itu meresap dalam fikiran kita dan menganggu kerja-kerja seharian terutamanya ibadat kita pada ALLAH. Dan melemahkan kita pada agama yang menjadi kekuatan dan tunjang orang Islam.
Dalam Islam sendiri hiburan dibenarkan, tapi kita ada garis panduan sendiri dan paling penting tidak melalaikan. Duduklah berapa lama yang kita suka di hadapan komputer, tetapi paling penting kita sudah menyelesaikan segala kerja kita, tugas kita terhadap ALLAH dan keluarga.
Tapi rasa saya, saya yang mempunyai anak seorang ini pun terlalu banyak perkara yang harus dikerjakan..memang langsung tak ada masa untuk berladang apatah lagi bermain apa-apa permainan di komputer, bahkan untuk menunggu youtube yang asyik buffering aje pun saya rasa hanya membuang masa sahaja..

Sunday, December 20, 2009

MAKANAN KESIHATAN

Asyik cerita pasal si Teta sesekali kita cerita pasal makan. Kali ini saya mahu cerita pasal buah-buhan yang paling dekat dalam hidup saya. Bukan dekat sahaja tetapi sentiasa berada di dalam perut saya. Ha.ha.ha
Saya memang sukakan buah-buahan. Apa sahaja buah-buahan sentiasa menyelerakan. Bila berkahwin dapat pula suami yang sukakan buah-buah jadi hidup saya bertambah gilang gemilanglah jadinya kerana dapat makan buah-buahan selalu. Kalau setiap bulan kami habiskan dalam anggaran Rm300-400 untuk susu Qaisara begitu jugalah perbelanjaan buah-buahan kami. Kadangkala tak masuk diakal. Tetapi memang begitu. Kalau suruh suami membeli buah-buahan lagilah dahsyat. Dia boleh habiskan rm150 untuk buah sahaja dan ianya hanya tahan seminggu.

Buah yang paling saya suka adalah pisang kaki atau persimmon. Tapi lecehnya di Malaysia buah ini adanya bermusim. Kalau masa mahal gila, RM3.50 sebiji tapi kalau masa murah di Chow Kit Rm0.50 sen pun dapat. Buah ini kebanyakkan di dapati di negara China, Jepun, Korea dan Hong Kong. Semasa di Jepun hari itu tidak jumpa pula saya pisang kaki tapi yang banyak saya jumpa buah strawberi. Tetapi di Hongkong dan China memang banyak. Di Hongkong mungkin diimport dari negara China juga. Saya pergi beli berkilo-kilo ketika bermastautin di Hongkong (seminggu aje.ha.ha), tapi terpaksa dibuang kerana buahnya tidak sedap, bergetah dan saya rasa muda lagi sudah dipetik dan diperam. Tetapi saya memang geram dengan penjaja Hong Kong yang suka menipu, dari barang dia sampailah kepada buah-buahan.

Pokok pisang kaki, gambar Pak Gooogle yang tolong carikan. Sekarang penyakit suka makan buah ini sudah berjangkit ke ayah saya. Mula-mula dahulu dia tanya juga, buah apalah yang kau makan ni? Tapi akhirnya dia suka dan kalau dia datang ke rumah saya, ada buah ini. Siap angkut bawa balik ke rumahnya..ha.ha..(itu kerja mak tiri saya).



Ini juga buah kegemaran saya dan juga suami. Kalau di negara Asia durian adalah Raja segala buah, tetapi di Eropah mangga adalah king of fruits mereka. Tidak tahulah kenapa buah mangga digelar begitu, mungkin sukar untuk didapati atau harganya yang mahal. Saya boleh habiskan buah mangga sekilo atau dua kilo sehari dan suami kalau diikutkan 5 kilo pun boleh. Heasy..melampaukan. Sebab itu saya tanam pokok mangga depan rumah. Walau pun kecil dan rendah, pokok mangga saya sudah 3 kali berbuah. Di Turki memang tidak ada buah ini, kalau ada pun terlalu mahal dan diimport dari India. Dahulu suami akan beli mangga saban hari, sehingga saya naik jemu.

Ini satu lagi buah kegemaran saya. Sekilo sehari boleh habis. Tapi kalau makan terlalu banyak boleh cirit birit. Qaisara pun suka tapi kena kopeklah untuk dia kulitnya. Biasanya saya akan beli seminggu dalam 2 kilo. Pernah bermimpi untuk tanam pokok ini. He.he..teringat semasa balik Turki di rumah bapa saudara kami, ada di tanam pokok anggur dengan banyaknya tetapi masa itu sedang berputik. Hmm..kalau tengah berbuah mahu saya tidak begerak dari pokoknya.


Ini namanya grapefruits. Tak ada kena mengena dengan buah grape atau anggur ya. Suami sangat suka buah ini dah saya pula sangat tidak suka kecuali dibuat jus atau salad. Kerana apa? Ianya terlalu masam..


Ini salah satu juga buah kegemaran saya. Tetapi sebenarnya saya lebih sukakan papaya solo yang kecil dan boleh dimakan dengan sudu sahaja. Tidak perlu dipotong. Papaya adalah salah satu buah yang agak murah dan mempunyai kandungan vitamin, mineral dan juga antioksida. Biasanya di rumah saya seminggu kami akan beli sebiji atau 2 biji buah pepaya.


Ini pun saya suka. Banyak di tanam di kampung. Kadangkala balik kampung, buah ini tersadai aje di luar rumah macam tak laku. Sayalah dengan bibik yang selalu melakukannya. Kalau yang boleh digoreng kami gorenglah, kalau boleh dibuat pengat kami pengatkan dia. Teringat cerita suami saya ketika dia bermukim di Solo Indonesia, kerana berulang alik membeli barangan textile. Dia makan pisang berkilo-kilo sehari. Gayat tengok pisang. Maklumlah di Turki mana mewah dengan pisang, kalau ada pun kata dia pisang yang berwarna hijau bahkan orang yang mampu makan pisang macam orang beradalah di sana. Akibatnya dia asyik ke tandas..ha.ha


Oh buah-buahan ini sentiasa ada di dapur rumah saya terutamanya tembikai dan honey dew. Rock Melon jarang ada dan harganya amat mahal. Sebiji kecil akan menjangkau RM15. Kadangkala kalau di Tesco buah honey dew dan tembikai dijual murah, berbiji-bijilah di beli suami. Paling kurang seminggu 3 biji dan kalau murah boleh 10 biji seminggu. Suami suka breakfast buah-buah ini dengan keju. Kata dia di Turki musim panas sahaja ada tembikai dan harganya tidak semurah di sini. Tetapi kadangkala cemuih juga tengok asyik tembikai dan honey dew sahaja di dapur rumahkan..ha.ha..


Ini buah kegemaran siapa kalau tidak Teta dengan babanya. Hmm..selalu suami saya makan di luar buah ini dengan kawan-kawannya. Walaupun agak berbau tetapi ramai kawan-kawan suami suka buah ini. Mereka selalu pergi ke tepi jalan melepak di situ dan makan ramai-ramai. Setiap kali makan buah ini di luar, suami kena basuh tangan dia bersih-bersih. Kalau tidak, bila balik Qaisara cium tangan babanya dan dapat tangkap babanya makan durian. Alamat saya terpaksa tadah telinga mendengar Qaisara membebel.
"Umi baba makan durian tak ajak Teta!" Ha.ha.ha..

Buah ini pun saya suka. Buah salak. Rasanya semua kenal. Jeruk salak lagilah saya suka. Semalam CT pembantu rumah Indonesia yang pernah saya cerita, bawak balik buah ini. Hmm..saya duduk menghadaplah. Dalam 10 biji jugalah habis.

Kalau hendak cerita buah apa yang saya suka, semuanya saya suka. Buah rambutan, buah manggis, buah berangan. Semuanya saya suka. Cuma saya rasa, saya tak suka buah Apple. Tidak tahu kenapa. Buah apple adalah buah terakhir yang saya makan apabila sudah tidak ada buah lain untuk dimakan..
Kata suami bersyukur di Malaysia macam-macam buah ada, bukan setakat buah anggur, apple tetapi buah-buahan tropika. Oh..ada satu buah yang amat saya suka tapi jarang di dapati di Malaysia. Kecuali balik ke Turki sahaja saya dapat makan puas sepuas-puasanya. Sudah tentu buah ceri!