Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, May 31, 2010

JOM BUAT KUIH KOCI

Jom kita belajar buat kuih koci pulut hitam. Kuih koci ini dimakan panas-panas pun sedap, di masuk sekejap dalam peti ais pun okay aje. Tak susah membuatnya..



Ambil daun pisang, layurkan atas api dan kemudian potong begini.




Si Qaisara pun sibuk tolong lap daun pisang. He.he..



Santan di campur dengan garam , kacau di atas api sehingga naik minyak, jangan jadi tahi minyak sudah..



Kelapa parut dimasak dengan gula melaka untuk intinya.


Tepung pulut dicampur dengan tepung pulut hitam. Pulut hitam 1/4, kalau banyak nanti pahit pula. Gentel jadi begini dan masukkan inti. Celup di dalam santan yang dimasak sebentar tadi dan kemudian balut dengan daun pisang.

Kukus..



Siap untuk dihidangkan. Jangan malas-malas ya, boleh cuba buat.


Kata Qaisara lima bintang umi! Ha.ha.ha


Sunday, May 30, 2010

HIDUP INI MUDAH!

Jam 10 Pagi.
Satu pagi yang cerah. Lama berdiri di hadapat peti ais. Buka tutup, buka tutup. Tak tahu nak makan apa untuk sarapan pagi.


Hari=hari dok makan benda ni bosan juga. Teringat dulu-dulu masa bekerja. Hari-hari saya telan benda ini. Kadangkala letak milo dengan raisin, kadangkala letak buahan kering. Kadangkala beli yang ada ikan bilis. Oh..kalau nak dikirakan agaknya ada satu kotena saya sudah makan oats. Tiba-tiba...



Buka semula peti ais, jumpalah benda ni. Kaku, kejang dalam peti ais itu menandakan dah terlalu lama.






Ting! Dapat satu idea nak buat macammana benda kejang kaku ini menjadi sedap. Keluarkan sayur, potong bawang putih, bawang merah, ikan bilis, cili. Tumis. Masukan telur, perasa, garam jadilah macam ini.

-
-
-
-
-
-






Jimatlah satu hari saya dengan makanan recyle ini (sedikit lebih kurang recyle roti canai aje sebenarnya). Ha.ha..


Saturday, May 29, 2010

GORENGAN JADI ENAK!

Tentu antara kita yang ramai sukakan makanan bergoreng seperti keladi, keledek dan juga sukun yang rasanya sedikit tawarkan. Ada petua yang boleh menjadikan gorengan ini tambah enak.

Potonglah sukun, keledek atau ubi mengikut kesukaan masing-masing.


Campurkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum dan juga air ke dalam bekas bersama sedikit garam mengikut cita rasa sendiri. Kalau tepung 3 sudu, tepung beras dan tepung jagung hendaklah satu sudu setiap bahagian.


Kemudian ambil beberapa ulas bawang putih dan tumbuk halus. Campur ke dalam adunan tepung sebentar tadi. (gambar ini cilok dari google)



Celup sukun, keledek atau keladi dalam adunan tepung tersebut dan goreng. Insya-ALLAH gorengan ini akan menjadi wangi dan enak di makan. (ini petua ke resipi? Kalau resipi apa simple sangat..ha.ha.).




Friday, May 28, 2010

DOA SANG SEMUT!

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah s.w.t. agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun. Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya.
"Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t.
Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s.kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.
Lihat betapa ALLAH maha mendengar setiap doa daripada semua makhluk tidak kira manusia atau binatang. Jadi selepas berusaha janganlah kita lupa berdoa.


Thursday, May 27, 2010

TAK BASUH SEBULAN

Berkahwin dengan bangsa asing ini selalunya masakan mejadi satu masalah. Saya pada mulanya pun jadi masalah juga, tetapi bila dah lama. Saya sudah lali. Setiap pagi bila bersarapan, saya akan tanya suami saya apa yang dia hendak makan. Amat jarang saya masak dahulu dan dia makan. Sudah jadi macam restorankan? Qaisara pun dah ikut jejak babanya. Tanya dia dahulu apa nak makan, baru saya atau bibik yang masak. Kalau main masak sahaja, biasanya dia tidak akan makan.


Ini salah satu nasi goreng kesukaan suami. Udang dan letak sayur yang bermacam-macam jenis, yang merah tu bukan cili ya..tapi capsicum

Makan tengahari jarang suami ambil di rumah. Kalau makan malam pun saya akan telefon dia. Saya tanya dia, dia nak makan apa? Dia suka pasta dan makanan turki. Dia juga suka makan nasi yang letak macam-macam di dalamnya. Macam nasi lemak, nasi goreng, nasi beryani dan nasi ayam. Kadangkala minta nasi lemak pada pukul 9 malam, masaklah. Tapi tak selalu. Suami juga suka nasi goreng. Satu hari saya tanya dia, dia nak makan apa?
"Nasi gorenglah honey. Dah lama awak tak buatkan saya nasi goreng.."
"Ok no problem " (Bagus-bagus, tak teruk saya memasak..ha.ha.)
"Saya nak nasi goreng yang saya pernah makan tau.."
"Macam mana Ling?" Tanya saya pada suami.
"Hmm..dia tak letak apa-apa pun honey, tapi bila dia masak dia bertukar warna .."
"Aik..tak letak apa-apa dia bertukar warna?" Pelik..pelik.pelik..
"Iya, bila dia lambung-lambung nasi tu jadi hitam. Saya makan kat kedai mamak." muka suami serius sambil tangannya bergerak-gerak. Saya sudah tergelak.
"Kenapa awak ketawa?"
"Itu Ling kalau awak nak tahu, nasi goreng bertukar warna jadi hitam tu, kuali mamak tu dah tak basuh sebulan.."
Ha.ha.ha..suami sudah tergelak sambil menarik pipi saya. Usai ketawa dia mengelengkan kepalanya.
"Awak nikan..buat saya gelilah. Masaklah..nasi goreng apa sahaja. Asal you yang masak.."
Penghabisan itu jawapan suami dan kami ketawa lagi.



Wednesday, May 26, 2010

RISAU TAK TENTU PASAL

Hari Jumaat yang lepas saya balik ke kampung. Kemudian hari Ahad saya balik ke rumah saya di Kajang. Sebelum sampai ke tol Ayer Keroh ada satu simpang yang ada lampu isyarat, tiba sahaja di kepala simpang, lampu jadi merah. Maka terpaksalah saya berhentil.





Tengahlah dok perhatikan traffic light tu ada yang ada nombor, 99 bukan traffic light yang inilah..ha.ha




Traffic light macam ini (gambar dari google, cari yang merah punya tak adalah pulak). Lamanya 99 saat tu tak bergerak-gerak. Doklah melangut, sempat berangan sekejap, sempat baca SMS, jawab SMS, terima, baca dan ketika jawab SMS sekali...bila toleh ke traffic light, lampu dah hijau. Nasib orang belakang tak honk. Gelabahlah saya sekejap.






Terus tekan minyak dan jalan. Saya rasa, kereta saya berat sangat.
Kenapa dengan kereta ni.?
Semalam saya sumbat dengan anak-anak buah pergi bawak makan KFC, tak ada masalah pun. .
Saya sedikit panik. Tenang NB, tenang.
Minyak habiskah? Saya kerling di meter minyak. Ada separuh lagi.
Heasy..kenapa ni?
Apalah kereta ni tak baguslah. Buat nama aje baru. Biasalah manusia suka mencari kesilapan.
“Bibik kereta ni macam beratlah..”
“Iye ke umi?”
“Iye..”
Bibik saya diam. Mungkin dia juga bimbang.
Dalam masa yang sama saya berdoa jugalah, berdoa supaya selamat sampai. Macam-macam saya baca. Ya ALLAH, selamatkan perjalanan kami. Ya ALLAH, apa silap saya hari ini. Saya bangun subuh lambatkah? Saya memang macam tu. Kalau ada apa-apa musibah berlaku, saya akan tanya diri saya. Apa telah saya buat silap.
Tiba-tiba saya ternampak satu lampu kecil menyala dekat sebelah dengan meter.
“Bibik! Saya tak turunkan break tangan!”
Ha.ha..kami dua-dua ketawa besar. Syukur Alhamdulilah! Memang setiap kali menunggu lampu merah saya akan naikkan break tangan. Jadi bila dah mengelabah tu lupalah tu..

Gambar anak-anak buah saya di kampung. Inilah yang selalu saya bawak jalan bila balik kampung dan mereka inilah yang selalu Qaisara ingat setiap kali ke mana-mana sahaja



Tuesday, May 25, 2010

NAK HUKUM APA YA?

Apa perasaan kita ya, bila balik dari pejabat dan masuk sahaja ke rumah. Anak kesayangan kita akan cakap.
"Umi..Suprise!."


Hati mesti berbunga-bungakan. Senyum mesti lebar dan penuh kasih sayang kita akan tanya. "Suprise apa sayang?"
"Tengoklah umi."

-
-
-
-
-
-
-


"Ya..ALLAH, Ya Tuhanku. Apa Qaisara dah buat!"

Rasanya macam nampak asap keluar dari telinga, hidung dan semua ronggakan. Nak marah, tengok anak senyum simpul. Rasa tak sampai hati nak marah. Apatah lagi, dialah racun, dialah penawar.


Fikir punya fikir, saya ajak Qaisara cat semula apa yang telah dicontengnya. Tengok dia buat muka macam orang yang dilukisnya. Ada rupa tak?




Memang gigih dia mengecat. Tak tipu. Dia sungguh gembira sekali. Saya hanya tukang perhatikan dan kemaskan sana sini. Bibik tolong lap cat yang meleleh di lantai..



Tada! Dah siap dan dah kering pun. Siapa yang nak upah Qaisara mengecat raya ni pun boleh.. Ha.ha.ha..Ingat NB dah tak sayang anak?

Monday, May 24, 2010

MAIN BAJAK, MAKAN BAJAK, TIDUR BAJAK


Al-Kisahnya ini anak buah saya yang bernama Muhammad Zafran atau saya panggil Haji. Hidupnya sentiasa dengan jengkaut yang dipanggilnya bajak. Oh..kalau dia ternampak bajak ni di jalanan. Dia akan menjerit sekuat hati 'bajak! bajak! Tidak kira orang ramai ke orang tak ada ke. Punyalah seronoknya dia. Kalau ada bajak lalu di hadapan rumah, sudah pasti dia suka dan melompat-lompat.

Bermain dengan bajak..itu sudah pasti setiap hari. Ini bajak besar yang boleh dinaiki, hadiah ulang tahun dari ibunya.

Makan pun akan pegang bajak.


Minum susu pun sudah pasti ditemani dengan bajak.


Dua tiga hari lepas saya balik kampung, ketika itu saya tengah melayari internet tidak jauh daripada dia yang sedang tidur di dalam buaian. Tiba-tiba dia menjerit dan menangis-nangis.
"Bajak! Bajak!"
Saya ingat, dia mengigau. Namun adik saya yang kebetulan cuti semester yang terdengar dia menjerit bergesa mencari bajak dan meletakkan dalam buainya.
Senyap sunyilah dia.
Rupanya....
Main bajak
Makan bajak
Minum bajak
Tidur pun dengan bajaaaakkkk...ha ha ha
Esok-esok bila besar andak doakan Haji jadi taukeh jual bajak ya...AMINNN.



Sunday, May 23, 2010

KISAH QAISARA

KISAH 1
Satu hari Qaisara bercerita mengenai gurunya.
"Umi, umi cikgu Teta yang ada tahi hidung tukan?"
"Haah?"
"Cikgu Teta yang ada tahi hidung tu?"
Cikgu ada tahi hidung? Biar betul Qaisara, apakah cikgunya mengorek hidung dan keluar benda tersebut dimukanya.
"Biar betul Qaisara ni?"
"Betullah, yang ada tahi hidung macam umi ni.."
Sambil jari Qaisara lurus di hidung saya.
"Oh..ini tahi lalatlah Qaisara, bukan tahi hidung.."
Ha.ha.ha..agaknya tahi lalat dekat dengan hidung sebab itu Qaisara panggil tahi hidung. Apalah Qaisara ni, buat gelikan tekak aje. Ha.ha.ha





KISAH 2
Sebelum tidur Qaisara bertanyakan saya soalan ini.
"Umi why i have to go school?"
Kalau dasar malas pergi sekolah. Huh! Ada aje pertanyaan dia.
"You have to study to become a clever girl sayang.."
"I'm clever enough umi.." Ha.ha.ha..perasan!
"One day, when you are a big...."
"I dont want big, umi..i dont want big..."
Tiba-tiba Qaisara meraung macam orang disengat tebuan. Apa kenalah budak ni tak pasal-pasal.
"Big is good Qaisara.."
"I dont want big umi, i dont want..i dont want.."
Qaisara sudah menangis tersedu-sedu, hiba pula saya melihat dia menangis macam tu. Tetapi kenapa?
"Nanti Teta tak boleh tidur dengan umi. I have to sleep in my room..."
Lah...sebab itukah Qaisara meraung macam tu?
"Nanti Teta kena beli barang sendiri, Teta mana ada duit.."
Parah kalau ada anak macam ini. Dari kecil sampai tua emak nak belikan barang untuknya. Ha.ha.ha..
"Qaisara bila besar, Qaisara tak mahu kahwin. Ada anak, ada suami.."
Tiba-tiba Qaisara tersenyum.
"Kahwin umi, ada baby.." lebar senyuman Qaisara.
Ceh! Bukan main lagi. Macam gelenyar aje senyuman Qaisara.. Ha.ha.ha. Aduh anak, agaknya bagi Qaisara apalah makna perkahwinan ya?

Saturday, May 22, 2010

MAKANLAH APA LAGI.

Makan adalah satu keperluan dalam hidup. Kalau hidup tak dapat makan, susah jugakan. Syukur negara kita yang makmur ini mewah dengan makanan.



Tengok gambar ini mesti dah tahu. Saya ke mana lagi? Seperti yang saya katakan saya akan ajak suami untuk makan ke sini, jadi janji tertunailah. Ini portion kecil untuk satu orang (utk Qaisara.)
Ini yang dilawan dengan nasi. Seingat sayalah, kalau di restoran arab yang saya pergi dan di negara Arab sendiri. Kami selalu dihidangkan dengan jeruk timun dan jeruk lobak. Tapi di sini tak adalah pulak.


Sebelum pesanan sampai kami ambil gambar dahulu. Apa yang dibualkan anak dengan ayah ni.




Ini gambar yang Qaisara ambil. He.he..pose maut sebelum makan.





Makanan pembuka selera. Mutabbal, arab salad, yang bergulung dengan daun tu, kami di Turki panggil yaprak. Ada dalam 3 ketul sahaja? Saya pandang suami, suami pandang saya dan kami gelak. Biasanya suami sekali makan 10 ketul yaprak- Hidangan ini harganya RM15. Jarang sekali orang Malaysia saya tengok order yang ini.


Ini Arab Salad. Sama aje dengan salad di Turki yang saya selalu buat untuk suami. Harganya kalau tak silap RM5.

Yogurt memang wajib setiap kali suami makan. Tapi yogurt di sini agak manis.




Sish kebab. Saya dan suami pesan yang ini. Kebabnya agak kering dan cili yang digunakan amat pedas. Rasanya sish kebab di Tarbush lagi sedap. Kalau di restoran Arab lain, cili ini seharusnya tidak terlalu pedas. Mungkin kedai arab Malaysia kot. Keseluruhan kali ini makanan di restoran ini tidak begitu memuaskan hati saya tetapi suami kata okay. Mungkin nasi sahaja yang sedap untuk orang-orang Malaysia macam saya. (walau saya lebih suka nasi putih)



Ini restoran yang sudah dua kali masuk blog saya. Hairan orang melayu akan cakap restoran Sabak, walau saya cakap Saba. Ba Alif. Saya tahu suami akan datang lagi. Tetapi bila balik ke rumah, suami cakap. Kebab you buat lagi sedap. Ha.ha.. Apataknya, sish kebab tu sikit sangat. Mana cukup perut suami saya yang boleh masuk 20 liter makanan.