Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 31, 2010

MAKAN PIZZA

Beberapa hari yang lepas Qaisara meminta saya membuat pizza. Sudah lama sungguh saya tidak membuat pizza. Base pizza yang saya selalu beli pula tidak ada dalam simpanan. Lantas saya memberitahu dia, tidak ada bahan untuk membuat pizza.
"Jomlah umi kita pergi makan pizza."
Qaisara jarang meminta makanan dan tidak begitu gemar makan. Jika dia sukakan sesuatu sudah pasti rasa kasihan pula. Cuma kalau dia sudah makan, dia tidak akan makan berulang kali. Cukuplah sekali. Seperti babanya yang tidak reti makan, makanan yang dihangatkan. Kalau suami ada di rumah, kalau tiga kali makan sehari. Tiga kalilah saya akan memasak untuknya.
"Umi banyak kerjalah Qaisara.."
Muka Qiasara sudah masam mencuka. Mahu keluar  saya malas, jadi saya pesan sahaja Domino pizza. Mendengar saya memesan pizza, Qaisara sudah pasti gembira. Sebaik sahaja pizza datang, dia terus menghadap dan selepas makan dua keping pizza, dia terus berhenti. Selepas makan saya tengok dia berjalan mengelilingi sofa.
"Cukup ke sayang. Makan lagilah?"
Suruh saya, dia mengelengkan kepalanya.
"Cukuplah umi Teta dah kenyang.."
Jawab Qaisara, saya tengok hampir 10 kali dia berjalan mengelingi sofa. Apa kena dengan Qaisara ni?
"Teta tak boleh duduk ke. Pening kepala umilah?"
"Sekejaplah umi, teta nak excersie ni. Teta dah makan pizza nanti Teta gemuk!"
Ya ALLAH budak 4 tahun, risau gemuk selepas makan pizza? Ha ha ha ha..anakku, anakku!

Friday, July 30, 2010

SABAR UMI YA!

Minggu lepas semasa perjalanan pulang daripada Langkawi, hati saya sedang marahkan seseorang. Hendak saya suarakan tapi saya takut akan memburukan keadaan. Hati saya sedang berperang menahan rasa. Rasa macam nak sumpah seranah. Rasa macam nak berperang sahaja. Tapi semuanya tersekat dikerongkong. Sifat kurang ajar seseorang, tidak menghormati ayah sendiri membuat saya benar-benar rasa marah.
"Umi.."
Qaisara yang sedang bermain dengan patung barbie RM10 yang saya beli di stesen petronas bersuara di belakang.
"Ya sayang..."
"Sabar itu separuh daripada iman ya umi!"
Berderau darah saya mendengar kata-kata Qaisara. Ya ALLAH, macam mana Qaisara tahu apa yang sedang bergelodak di hati saya. Saya pandang Qaisara yang sudah berdiri  disebalah saya dan tangannya mendarat di bahu saya.
"Sabar itu separuh daripada imankan umi?"
Melihat saya yang senyap sahaja, Qaisara bertanya lagi.
"Ya sayang..betul tu.."
"Kita kena selalu sabar ya umi.."
Ya Allah, saya rasa mahu menangis sahaja. Saya tidak tahu apakah Qaisara tahu gelodak hati saya, tetapi pertanyaan Qaisara yang tiba-tiba itu benar-benar membuat saya tersentak dan serta merta mengingatkan diri yang sedang marah supaya bersabar.
'Ya sayang memang kita kena selalu sabar.."
Kata pembantu rumah saya, saya seorang yang cukup sabar tetapi kalau saya meletup naga pun takut saya!
"Terima kasih umi ya belikan Teta barbie.."
Qaisara bukan kira anak patung tu barbie ke apa. Semua dihentamnya barbie.
"Sama-sama sayang..."
"Syukur Alhamdulilah Teta ada umi yang belikan Teta barbiekan?"
Saya senyum dan pegang tangannya yang sudah berdiri di sebelah saya. Saya cium tangannya.
"Umi sabar itu separuh daripada imankan?"
Sekali lagi Qaisara mengulangi, yelah perangai budak-budak bukankah selalu mengulangai kata-katanya.
"Ya sayang, mana sayang tahu.."
"Teacher cakap, orang yang baik itu orang yang sabar.."
 Terdiam saya. Sampai sekarang saya sering terfikir kenapa Qaisara berkata begitu sedangkan dia tidak tahu perasaan yang bergolak di dada saya. Mungkin ALLAH mahu menyampaikan pesan kepada saya melalui Qaisara kerana sejak akhir-akhir ini mungkin saya seperti sudah kekurangan sifat tersebut.
Iaitu sifat sabar.

Thursday, July 29, 2010

TENGOK LAMPU

Orang lain dah puas agaknya ke I-City, saya baru ada masa ke sana. I-City yang dipenuhi dengan lampu berwarna warni itu memang memukau mata memandang. Namun mungkin kawasan ini masih baru dan banyak lagi kawasan yang belum disiapkan. Masuk pun percuma, kecuali bayar parking RM1 sahaja. Tidak tahulah mungkin satu masa nanti akan dikenakan bayaran.

Kedatangan kami disambut dengan lampu yang berwarna warni. Wow! Itu perkataan yang keluar dari mulut anak saya apabila melihat lampu-lampu yang menyambut kedatangan kami.
"So nice umi! Cantiknya.."


Rama-rama ini antara salah satu lampu yang mengalu-galukan kedatangan pengunjung.



Qaisara yang begitu teruja sekali. Umi dia pun teruja juga tapi masakan nak tunjukkan. ha ha ha..memang cantik lampu-lampu di sini.


Kamera saya buat magik. Buah ceri ini berwarna merah tapi keluar warna oren. ha ha..Nampak sangat tak tahu pakai kamera.


Ulat beluncas atas pokok. Qaisara bertanya saya.
"Umi..mahal tak umi lampu ni?"
"Entahlah sayang, murah agaknya.."
"Asal tak beli letak depan rumah kita.." ha haha..soalan maut tu!


Siapa lebih comel? Qaisara ke atau ke dua-dua kuda laut ni.



Itik pulang malam!


Emak katak dan anak-anaknya mencari bapak katak yang hilang entah ke mana.



Sempat bergambar dengan keluarga tercinta. Bibiklah yang tukang ambiknya..he he he


Wednesday, July 28, 2010

RANTAI DAUN UBI

Ingat tak masa kecil-kecil dahulu. Macam-macam permainan yang kita mainkan menggunakan sumber alam dan barangan yang kita dapat di sekeliling kita. Semuanya tidak perlu dibayar, asal kreatif kita boleh main apa sahaja yang kita suka. Kanak-kanak dahulu bukan sahaja kreatif tetapi juga aktif. Pantang sahaja masa terluang sudah pasti tidak lekat di rumah. Saya sendiri semasa kecil, waktu hujan adalah waktu yang saya tidak suka. Hujan bermakna saya terpaksa duduk di rumah, tidak ada aktiviti. Tetapi kadangkala bila terlepas ketika hujan, seronok juga. Seronok dapat mandi dari cucur atap!
Salah satu permainan yang saya suka adalah membuat aksesori wanita. Kadangkala buat kerongsang daripada plastik yang dipecah-pecahkan, membuat rantai dari daun ubi dan sebagainya.



Macamana nak buat rantai daripada daun ubi? Mudah sahaja. Apa yang diperlukan daun ubi sehelai. Dahulu banyak daun ubi berbatang merah, tapi bila balik kampung tak jumpa saya daun ubi berbatang/beranting merah ni.


Kemudian patahkan berseling seli jangan sampai putus (batang daun ubi ini mempunyai selaput yang agak keras)




Lakukan sehingga habis dan batang daun ubi ini terbahagi dua. Ambil lidi penyapu cucu hujungnya dan sambung ke dua-duanya.



Sekarang sudah boleh dipakai. Kalau rajin guntinglah daun ubinya selang seli, pendek panjang atau semuanya pendek. terpulang pada kesukaan kita. Ha ha ha..ada berani mencuba, pakai rantai daun ubi ke majlis makan malam?


Tuesday, July 27, 2010

MANUSIA MEMANG LUCU

Gambar ini hanya hiasan sahaja. he he he

Minggu lepas saya pergi ke kedai perabot di Melaka bersama dengan kakak saya yang bosan duduk di rumah. Meninjau-nijau perabut untuk adik-adik saya. Ketika kami berada di dalam kedai perabot itu, tiba-tiba masuk seorang perempuan bersama pembantu rumahnya. Dia menunjuk-nunjuk barangan apa yang mahu dibelihya.
"Ini tiga buah, itu tiga buah. Banglo I tu baru siap. Baru pasang air cond. Bila you boleh hantar?"
Wanita yang membawa beg tangan berjenama, memakai cermin mata versace dan tampak bergaya itu bertanya pada jurujual yang ada melayannya.
"Dalam masa seminggu.."
"Oklah, hmm..rumah banglo I tu ada banyak bilik. Tapi tak apalah, I beli untuk tiga bilik dululah.."
Juru jual yang berada di kedai itu yang rata-ratanya orang melayu menganggukkan kepalanya.
"Kau pernah jumpa tak orang senang beli barang macam aku. Tunjuk aje, itu ini. Terus angkut.."
"Ada, dua tiga orang pernah saya jumpa. Beli barang berpuluh ribu.."
Jelas jurujual yang melayan. perempuan tersebut.
"Ada?"
"Ya ada.."
Saya tidak mendengar lagi perbualan tersebut kerana sibuk meneliti perabot yang mahu saya beli. Kemudian saya tiba di kaunter bayaran kerana telah memilih perabot yang saya mahu.
"Akak kena letak deposit satu ribu."
Saya terdengar jurujual bersuara pada perempuan yang bergaya itu tadi.
"Ahh! Sampai seribu depositnya.?"
Perempuan yang bergaya itu menjerit.
"Mana aku ada duit?" sambung perempuan itu lagi.
"Kad tak ada ke?" tanya jurujual. Saya lihat wajah jurujual yang macam cemuih sahaja dengan perempuan tersebut.
"Nanti kau antarlah aku bayarlah. Masa tu aku dah ada duit. Aku tunggu duit ni. Bila-bila masa aje duit aku masuk.."
Jawab perempuan itu. Saya lihat dia menelefon sana sini. Saya sudah selesai membuat pembayaran. Kakak saya yang duduk di kerusi di ruang pameran pun sudah bangun membuntuti saya.
"Kau dengar perempuan tu tadi?" Saya tanya kakak saya.
"Dengar, kecohnya dia. Bukan main bergaya lagi tapi takkan seribu tak ada ya?"
Jawab kakak saya.
Ha ha saya ketawa. Aduh..manusia memang lucu.....





Monday, July 26, 2010

CERITA QAISARA

"Umi, umi macam mana nama dia jadi rambutan, umi."
Sekarangkan musim rambutan. Jadi banyaklah buah rambutan yang saya bawa balik dari kampung. Jadi Qaisara mungkin hendak tahu bagaimana buah rambutan diberi nama.
"Oh..ada ceritanya.."
ha ha entah iye ke tidak umi si Qaisara ni.
"Ceritalah umi.."
"Pada satu hari, ada seorang budak bernama Atan. Dia sering membantu ayahnya ke hutan, mencari kayu."
"Kayu buat apa umi?"
"Dulu, tak ada dapur gas. Jadi pakai kayu api untuk memasak.."
"Oh.."
Itu jawapan Qaisara, dalam hati berasa syukur kerana dia tidak bertanya lebih lanjut pasal kayu api. Kalau tidak parahlah juga saya mahu menerangkan.
"Lepas tu umi.."
"Ketika balik dari hutan, Atan terjumpa satu pokok yang berbuah amat lebat. Berwarna merah. Ayah..ayah, buah apakah ini. Buah ini macam rambut Atanlah. Maka si ayah pun memetik buah tersebut dan cuba memakannya. Wahh..sedap sungguh buah ini, kata ayah Atan. Atan pun mencubalah. Atan pun bertanya apakah nama pokok tersebut. Kata ayah Atan, oh..namanya ayah tak tahu, tapi baiklah kita panggil rambutan kerana buah ini macam rambut Atan."
Qaisara yang duduk di celah ketiak saya tersenyum-senyum sambil menganggukkan kepalanya.
"Sebab itu nama dia rambutan ya umi. Rambut Atan.."
Wah..Qaisara sekarang sudah faham. Baguslah, detik hati saya.
"Umi, cerita macam mana dapat nama buah orange, buah strawberi, buah pisang umi ya."
"Arghhhhh? Heasy budak ni!" Ha ha ha..
Pitam umi dia dibuatnya.

Saturday, July 24, 2010

MARI BUAT YAPRAK!



Ingredients
8 oz daun anggur. (ada dijual di dalam tin di kedai2 Turki dan Arab.)


ISI
1 cawan beras panjang
2 sudu minyak zaitun
3 ulas bawang di cincang
2 sudu daun mint
2 sudu parsley
Garam
Lada hitam

UNTUK KUAH
½ Cawan minyak zaitun
½ cawan air
2 biji lemon
2 biji lime



Cara-cara membuatnya
Bersihkan daun, keringkan
Untuk isi rendam beras selama 30 minit kemudian toskan
Panaskan minyak, masak bawang merah sehingga lembut dan masukkan beras kacau selama 5 minit. Kemudian letak di dalam mangkuk yang sederhana, campurkan mint dan parsley. Letak garam dan lada hitam. Sejukkan.
Kemudian ambil daun anggur, yang berkilat dibawah dan yang mempunyai stem di atas, letakkan dua sudu teh beras tadi dan lipat seperti rokok. Jangan lipat terlalu ketat kerana nasi itu akan mengembang apabila dimasak. Masukkan kedalam periuk dan aturkan secara bertindih-tindih.
Di dalam mangkuk yang sederhana, masukkan air, minyak zaitun, lemon dan lime juice. Tuangkan campuran ini tadi ke dalam daun anggur yang berisi nasi sebentar tadi.

Masak sehingga 45 minit dan sejukkan. Sedap di makan dengan yogurt.

Friday, July 23, 2010

MANUSIA



Gambar ini tidak ada kena mengena dengan cerita ya. H eheh


Saya ini seorang yang simple.
Pakaian pun kadangkala orang cakap selekeh aja.
Langsung tak vogue!
Pakai tudung pun pakai tudung sarung yang dijual RM10, RM20 aje. Saya pernah beli tudung mahal-mahal, sampai RM150. Pakainya sekejap aje sedap, lepas tu sama aje dengan tudung RM10 dan RM20.
Bila saya beli barang mahal-mahal saya selalu fikir.
Aku beli baju mahal, sampai beratus. Ada orang yang tak makan di luar sana. Kadangkala saya cakap dengan kakak saya. Bagi kita RM10 tak ada apa-apa. Tapi bagi orang lain besar nilainya.
Bila saya masuk mana-mana butik seorang diri.
Terutama butik yang mahal macam kat Pavillon (mencuci mata..ha ha)
Orang selalu pandang sebelah mata.
Bahkan di KLCC pun juga begitu. Saya perasan!
Saya bercerita di Malaysialah, kalau luar negara. Layanan biasa aje saya tengok.
Tapi anehnya bila saya masuk bersama suami saya.
Wah..serta merta layanan mereka kelas pertama sekali.
Sedangkan dia orang tak tahu?
Sayalah menteri kewangan rumah tangga
Bahkan dia orang tak tahu?
Saya kalau beli barang saya kesian nak tawar
Tapi Mr Seyit Kara akan tawar sampai cekik darah. Ha ha.ha
Manusia, memang suka melihat kulit mengukur dari penampilan
dan masih merasakan yang orang asing lebih berduit
dari orang mereka sendiri.!











Thursday, July 22, 2010

PANTAI LAGI

Sambung sedikit lagi mengenai perkelahan saya di Tanjung Bidara. Masa saya datang, saya perasan kawasaan pantai amat kotor sekali. Bersungut jugalah saya melihat keadaan pantai tersebut. Saya kerah anak-anak buah dan juga saya sendiri membersihkan  pantai. Buah kelapa, kayu dan macam-macam lagi sampah sarap. Di pantai kami terjumpa penyapu dan menyapulah kami. Rupa-rupanya pantai kotor kerana bersebab. Kata pak cik dan seorang mak cik yang berada di pantai itu, pantai kotor kerana sudah dua hari ribut yang amat kuat melanda menyebabkan ribut ini membawa segala sampah sarap yang datang entah dari mana tengah laut.


Kotoran yang dibawa oleh ribut yang melanda. Jenuhlah saya tengok orang yang bersihkan pantai itu mahu mengemasnya. Banyak juga sampah sarap yang besar-besar.


Tetapi tidak saya ketahui, bersama kotoran tersebut adalah gumplan minyak yang sangat banyak dan  tanpa sedar, saya dan anak-anak buah yang sedang membersihkan pantai telah terpijak. Kata pak cik yang arif mengenai laut, ini adalah sisa buangan kapal di tengah laut. Paling menghairankan, selalunya banyak juga kulit siput dan juga remis di pantai itu. Langsung tidak kelihatan.



Aduh..jenuhlah mahu membersihkannya...



Saya dera anak-anak buah saya tolong bersihkan kaki saya dengan pasir. Tetapi tak boleh jalan juga. Baliklah saya  memandu dengan kaki yang penuh minyak ini.



Janda/Duda yang kesepian di tepi pantai. Dibawa hanyut oleh angin ribut..ha hah ha..


Wednesday, July 21, 2010

BERKELAH

Minggu lepas saya pulang ke kampung. Menjenguk semula kakak saya, nampaknya dia bertambah sihat tetapi masih lagi diberi cuti oleh doktor sehingga bulan ogos. Jadi saya membuat rancangan untuk berkelah di Tanjung Bidara dengan anak-anak buah. Kakak, abang ipar, adik, adik ipar saya pun ikut sekali.


Anak-anak buah dan Qaisara yang beratur mahu menyapu sunblock, tetapi syukur sangat, hari itu cuaca tidak begitu panas.



Ramai-ramai begini bukan saya sahaja yang suka. Si Qaisara apa lagi. Si Qaisara kalau balik kampung, batang hidung pun nak tengok susah. Bermain dengan sepupunya. Nampak dia masa nak buang air, nak minum susu dan juga mandi. Lebihnya lesap ke rumah abanglah, ke rumah kakak, dalam hutan, pergi kedai.....


Saya dah jadi ibu keladi dengan budak-budak. Sesekali main pasir ni pun seronok juga. Sodok sana, sodok sini. Bina itu, bina ini lepas tu robohkan. Alangkah bagusnya kalau hidup dalam realiti juga begini. Boleh bina istana, boleh roboh dan buat sahaja apa yang kita sukakan?


Anak buah saya Alin dan Adli. Mereka adik beradik. Adli ni memang saya hairan sungguh. Menyemat aje sepanjang masa. Pergi pantai pakai t-shirt berkolar, pergi wonderland pun macam tu, pergi shopping apa lagi. Ha hah ha..


Lepas main air sudah pasti semuanya berasa lapar. Menu pantai hari ini, cucur udang dengan meehon goreng. Jimat belanja. Anak-anak ini dengan emak-emak sekali berselera makan. Kakak saya sudah semakin sihat tetapi dia hanya duduk menunggu beg pakaian dan makanan. Tiba-tiba dia menjerit memanggil saya yang membuat kuak statik (kuak-kuak tak bergerak..ha ha). Rupanya ada monyet membuat percubaan mencuri air botol yang kami bawa. Ha haha...


Balkish yang kedekut, makan bekal dia. Orang lain tak boleh usik. Kih..kih kih..


Anak saya yang comot dan sudah hilang voguenya.


Sempat lagi tu Teta ya!


Dua orang tua yang tak sedar diri, mahu merosakkan kemudahan awam. Adik ipar dan abang ipar..he hehe..


Lepas makan sambung balik main pasir. Haji yang terlupa membawa bajaknya!



Apa motifnya saya menutup separuh badan orang menjual aiskrim ini? Ha haha..cuba teka? Saya dan anak buah teringin sangat nak makan aiskrim dua cabang ini. Dah terasa-rasa di tekak. Tetapi belum sempat niat itu dilunaskan, kakak saya sudah terlebih dahulu berbunyi.
"Orang jual aiskrim tu, geli aku. Dia berkahak, dia buang hingus. Bukan dia basuh tangan dia!"
"Ceh, geli aku.." jawab saya.
Saya tunggulah punya tunggu kalau-kalau dia basuh tangan. Rupanya dia tak basuh-basuh pula. Malahan dia menghisap rokok pula. Sampai kami balik saya tengok tidak ada yang membeli aiskrim si penjual. Saya rasa orang lain perasan kot perbuatan dia. Itulah akibatnya kalau kita tidak menjaga kebersihan, bukan orang sahaja tidak suka. ALLAH pun tak suka,  sampai rezeki pun kurang.


Tuesday, July 20, 2010

PESTA BUKU SEREMBAN

Entry yang sudah agak lapuk! Ha ha..apa tidaknya ianya diadakan seminggu yang lepas baru sekarang nak diletaknya gambar.


Saya mendapat jemputan ke pesta buku Seremban. Disebabkan jadual pesta buku Seremban amat dekat dengan pesta buku Selangor jadi saya tidak mengambil sebarang booth. Cuma saya datang atas jemputan. Kebetulan Bingkisan dari hati baru sahaja diterbitkan, jadi saya angkut sekali penulis saya Anuar Kamarudin dan juga Kusyi Hirdan.



Bergambar sebelum ditemuraham. Qaisara interframe sekali. Yelah..anak saya ini ke mana-mana sahaja saya angkut. Nak buat macam mana, anak seorang.. he he

..


Ketika ditemuramah oleh wakil Perpustakaan Seremban, Anuar Kamarudin melayan si Teta. Ada ke yang temuramah tu cakap si AK anak saya! Ceh! Apakah saya begitu tua. Ha ha..




Giliran si AK ditemuramah. Teruna seorang ini asyik nama saya sahaja di sebutnya. Ha ha ha..Seperti yang kak Yatie cakap sebentar tadi..



Bersama salah seorang peminat saya Nazry. Nazry nanti akak datang ke Jusco Seremban, belanja akak Mac D ya. Ha ha..



Tiba-tiba sesuatu telah berlaku, sehingga saya bangun dan ingin cabut lari.



Ha ha ha Upin dan Ipin datang dan diserang bukan sahaja oleh kanak-kanak tapi ibu bapa yang tampaknya lebih ghairah dari kanak-kanak. Sabar ajelah.


Siapa perempuan ini yang sedang bermesra dengan Upin ini? Ha ha..tak lain tak bukan si Kusyi Hirdan.




Upin dan Ipin memegang buku terbitan NBkara.



Sempat bergambar dengan Upin dan Ipin di pentas utama.



Sebelum pulang pulang pihak perpustakaan membelanja kami pizza hut. AK tak makan kata dia boikot pizza hut. Habis budak-budak yang kerja di pizza hut tu nak makan apa Nuar kalau kau boikot pizza hut? Macam-macam si AK ni! Bergambar dengan wakil perpustakaan Seremban dengan wakil Seremban FM.

P/S Semua gambar adalah daripada FB Kusyi Hidran/Blog AK/NB