Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 17, 2008

NAZAM AYAH

Setiap kali berada di kampung, saya akan memastikan diri terbangun pada pukul 5 pagi. Ketika itu saya akan dapat dengar dengan jelas sekali ayah mengalunkan suara, mengaji Al-Quran dari surau yang hanya sepuluh langkah dari rumah kami. Suaranya tidaklah sedap sangat, tidak macam qari yang sering memenangi pertandingan Al-Quran. Tetapi saya puas mendengarnya. Lebih-lebih lagi selepas mengaji Al-Quran pasti ayah akan mengalukan nazam. Nazamnya penuh dengan nasihat. Sampai sekarang masih lekat diingatan saya, beberapa Nazam yang sering ayah alunkan sejak dari kecil. Salah satu rangkapnya seperti di bawah.

“Kalau tak dengar cakap mak bapak
Di kaki lima badan tercampak..”

Saya masih ingat semasa kecil saya. Saya tidak pernah rapat dengan ayah. Bahkan saya begitu takut dengannya. Ayah seorang yang agak keras. Segala kesalahan bagi ayah tidak pernah ada komprominya.
Bahkan antara anak yang ramai (8 orang) saya paling banyak menerima rotan di tubuh. Saya akui saya cukup nakal masa kecil dahulu. Mana hutan yang tidak saya redah, mana sungai yang tidak saya masuk. Bahkan ketika itu tidak pernah ada perkataan takut di hati saya.
Walau dipukul, saya jarang bersuara. Saya membatukan diri. Namun apabila sudah dewasa, saya mula bersuara. Meluahkan rasa hati. Walau tidak banyak tetapi membuat ayah menjadi radang dan marah. Manakan tidak. Anak yang tidak banyak bercakap, berani bersuara!
Kali terakhir, saya bertengkar dengan ayah apabila ayah tidak membenarkan adik saya masuk ke asrama 15 tahun yang lalu. Kami bertengkar hebat. Saya tahu saya berkurang ajar dengannya. Ianya menyakitkan hati saya dan sudah pasti ayah.
Namun apabila menginjak dewasa, saya sudah tidak bertengkar dengan ayah dan sudah mula belajar berkompromi dengannya. Apa sahaja kata-katanya tidak saya angguk akan saya jawab dengan jawapan berseloroh. Saya tahu saya kena ikut rentak ayah saya. Lagipun saya sedar, dibalik sifat keras ayah. Dia mungkin sentiasa mendoakan saya dan adik beradik yang lain. Mengapa tidak?
Walau kami semua tidaklah terlalu berjaya. Tetapi jadilah orang. Lebih separuh daripada anak-anaknya yang berjaya menjejak kaki ke universiti.
Satu hari ketika saya bercadang mengambil pembantu rumah. Ayah mengatakan kebimbangannya.
“Antara ramai-ramai anak aku, yatie yang paling lembut hatinya. Aku takut pembantu rumah akan memijak kepalanya.”
Nyata apa yang ayah kata menjadi kenyataan. Saya sering beralah dengan pembantu rumah yang semakin hari semakin besar kepala.. Rupanya ayah memang pandai membaca kerenah anak-anak tanpa saya sedar!

Mengingati waktu kecil sambil menikmati nazam ayah. Hati saya berdetik. Usia ayah sudah 70 tahun. Sampai bilalah saya akan dapat mendengar dia mengaji dan mendengar nazamnya lagi.
Esok-esoknya, kalau tidak ayah yang pergi mungkin saya. Dunia serba kemungkinan. Dan sebab itu setiap kali saya balik kampung, saya sedaya boleh mahu mendengar Al-Quran dan nazam yang dialunkan oleh ayah.

1 comments:

Anonymous said...

Bila sebut hal Abah (panggilan utk ayah saya, hati sayu dan serasa ingin menangis. Betapa kasih sayangnya kepada anak tiri yang tidak bertepi. Abahlah satu2nya manusia yang paling saya kasihi. Sejak kecil tidak pernah marah mahupun menjentik telinga saya. Emak bercerai hidup dgn suami pertama sejak saya masih lapan bulan dalam kandungannya. Abah berbangsa Cina Melaka tetapi berugama Islam. Pendekkan cerita Abah berkorban utk menyelamatkan emak & anak2 tirinya, walaupun Abah masih bujang ketika itu dan muda 10 tahun dari emak. Saya masih kecil mengikut kata emak saya baru berumur 1 1/2 tahun. Jika ke KL, tak pernah mahu duduk dirumah anak sendiri, tapi tetap bermalam di rumah saya. Antara lain, jika berkecil hati ngan anak sendiri, pastinya saya pujuk Abah dan mereka berbaik semula. Sayangnya Abah pada saya, anak tiri bongsunya. Banyak lagi kisah diri saya yang boleh menitiskan air mata bila teringatkan Abah. AlFatihah buat Abah yang paling ku rindui ketika ini.