Semalam saya buatkan Qaisara sup wantan yang saya letak udang di dalamnya, memandangkan dia suka udang.
Baru satu wantan udang di makannya, dia sudah mengamuk.
"Apa umi masak ni, tak sedap. Teta tak suka, tak sedap.."
Kita sebagai emak pasti angin kalau mendengar kata-kata anak yang dianggap kurang sopan itukan?
Hampir bergenanng air mata saya.
Bibik yang meyuap dia bangun, dan mengambilkan ikan yang saya masak dengan tomato puree dan sayuran.
Masakan Turki balance makanan yang saya masak untuk suami.
'Yang ini barulah sedap.."
Saya dengar Qaisara bersuara. Saya ke dapur kerana terasa mahu menangis mendengar kata-kata Qaisara.
Saya berifkir, budak sekecil ini sudah berkata dengan saya begitu.
Bayangkan 10 tahun nanti. Ya AlLAH. Saya sabarkan hati saya.
Tiba-tiba Qaisara memeluk kaki saya dari belakang.
"Umi sorry umi, sorry. Tapi umi masak yang mula-mula tadi tak sedaplah umi.."
Saya hanya diam. Ketika itu hati seperti tidak terubat. Saya hanya tunduk. Pura-pura membersihkan dapur.
"Umi sorry umi, sorry. Smile umi, sorry.."
Sekali lagi Qaisara merayu. Perangai Qaisara memang begitu, kalau lihat saya diam. Dia macam babanya, tahu sangat itu tandanya saya tengah marah.
"Umi sorrylah umi, yang ikan ni sedap sangat. Teta suka, yang mula-mula tu Teta tak sukalah umi. Lain kali jangan masak macam tu lagilah. Sorry ya umi.."
Tidak mahu berbalah terus-terusan dengan Qaisara, saya peluk dan cium dia.
'Thank you umi ya, cook for me. Ikan tu sedap umi.."
Saya hanya tersenyum, hati masih rasa terluka namun saya tahu kehidupan ini adalah satu pelajaran yang kadangkala mahu atau tidak. Kita harus menerimanya sebagai pengajaran.