Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, April 25, 2008

SAMB CERITA PAK SEYIT-ROBERTO SAHABATKU

“Kalau awak tak percaya cakap saya. Mari bagi saya kunci. Saya letakkan kunci di dalam kereta dan pintu saya buka. Esok pagi kereta dan barang kamu pasti masih ada di situ!”
Memang aneh sekali! Milan ketika ini terlalu ramai pencuri. Kereta diletakkan selama 5 minit akan diselongkar oleh pencuri-curi ini dan kadang-kala kereta pun lesap sekali. Tapi Roberto memberitahu saya yang kereta saya tidak akan hilang walaupun kunci di letakkan sekali di dalam kereta tersebut.
Selepas makan saya berbual dengan Roberto. Kata Roberto esok dia mahu membawa saya ke kilang kepunyaannya. Saya akur dan kepenatan memandu dari Turki menyebabkan saya tidur dengan nyenyaknya.
Esok pagi seperti yang dijanjikan oleh Roberto, selepas bersarapan Roberto membawa saya ke kilangnya. Saya memandu kereta saya dan mengekori kereta yang dipandu oleh Roberto.
“Oh..kilang kereta rupanya? Patutlah lelaki ini amat kaya.”
Hati saya berbisik. Tetapi anehnya kenderaan yang keluar masuk ke kilang tersebut adalah kenderaan yang sudah siap dan apabila tiba di kilang tersebut. Kenderaan itu dibuka dan diasing-asingkan bahagiannya.
“Kilang apa ini?”
Hati saya berbisik sambil mengekori Roberto yang sedang menerangkan pada saya bagaimana kilang tersebut beroperasi. Tetapi kepala saya tidak faham kilang ini, kilang apa sebenarnya? Kalau kilang kereta, kenapa kereta yang ada semuanya sudah siap dan bila tiba di kilang baru di buka.
Hampir 3 jam saya menghabiskan masa di kilang tersebut. Akhirnya saya meminta izin Roberto untuk pulang. Namun ketika berada di pagar kilang Roberto terpaksa melepaskan saya di situ kerana ada hal penting yang terpaksa dikerjakan ketika itu.
“Kita sahabat..”
Kata Roberto sebelum saya bersalaman dan berpelukan dengannya untuk pulang.
“Ya..kita sahabat..”
“Seorang sahabat akan menjaga rahsia sahabatnya bukan?”
“Ya..ya..”
Saya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
“Tolong jaga rahsia saya..”
Pesan Roberto dan saya angguk berkali-kali. Saya beritahu Roberto saya sangat berbesar hati yang Roberto sudi menjemput saya ke rumah dan kilangnya. Saya minta izin meneruskan perjalanan.
Dan ketika melalui pintu pagar utama. Saya berhenti di tempat penjaga pintu pagar.
“Ini kilang apa?”
Saya tanya pada penjaga pintu pagar dengan pandangan yang ingin tahu.
“Awak sudah lihat sudah pasti awak tahu?” balas penjaga pintu pagar itu sambil ketawa.
“Tidak..saya tidak tahu..” balas saya.
“Awak bertuah kerana Roberto mempercayai awak. Dia tidak membawa sesiapa ke kilangnya. Kalau awak nak tahu….”Penjaga pintu itu merapati saya sambil berbisik dia meneruskan kata-katanya.
“Dia ketua mafia dia di sini. Mereka mencuri kereta dan menjual bahagian-bahagian kereta tersebut.”
Saya benar-benar terperanjat dengan cerita penjaga pintu itu. Saya kemudian masuk ke dalam kereta saya dan memandunya laju, laju. Tanpa menoleh lagi.
Patutlah Roberto memberi jaminan yang kereta saya tidak akan hilang walaupun kunci di letak di dalamnya. Rupanya….
Sampai sekarang saya tidak pernah tahu kenapa Roberto mempercayai saya sehingga sanggup membawa saya ke kilangnya. Beberapa tahun yang lalu, ketika saya di Milan. Saya cuba mencari-cari di mana kilang Roberto satu ketika dahulu.
Nyata..semuanya sudah berubah. Dan Roberto tidak saya ketemu lagi. Mungkin sedang menghabiskan masanya di biara atau di penjara. Tidak ada siapa yang tahu!

0 comments: