Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 30, 2009

ROTI JALA

Roti jala adalah makanan tradisional orang melayu. Kalau ada kenduri kendara, sayalah manusia yang paling lemah bila ada menu roti jalan. Malas sungguh mahu menghadap asap dari api kayu yang dipasang. Cuma seronoknya kerja membuat roti jala ini kerana biasanya dilakukan ramai-ramai. Sambil mengirai roti jala, masa itulah boleh bergossip sakan. Ha.ha.ha..
Saya memang kerap membuat roti jalan, lebih-lebih lagi kalau ada lebihan kuah kari yang tidak habis masakan semalaman. Roti jala boleh digandingkan dengan kari ayam, daging, udang atau sotong. Ada sesetengah negeri digandingkan dengan pengat pisang atau durian...


Ini bahan-bahan untuk membuat roti jala, tepung gaNdum, susu/santan, telur dan juga garam. Campurkan semua dengan air dan masukkan sedikit kunyit untuk pewarna. Saya kalau membuat kuih tidak mengikut ukuran, saya biasanya hentam saja..

Adun sehingga menjadi sebati, buat sedikt cair, tapis adunan tersebut. Ini bagi membolehkan adunan keluar dengan sempurna daripada acuannya.

Panaskan kuali, seboleh-boleh gunakan kuali yang tidak melekat. Terlebih dahulu cuba adunan, sama ada adunan akan mengalir dengan elok atau tidak daripada acuan. Kalau tersekat dan tidak lancar, besarkan sedikit lubang acuan tersebut dengan mencucuk menggunakan garpu. (acuan kuih plastik..biasalah tersumbat).


Membuat roti jala biasanya dipanggil mengirai bagi orang selatan. Kerja mengirai perlu dilakukan dengan pantas bagi mengelak roti jalan menjadi dot..dot..dan dot...


Selepas masak angkat dan lipat empat panjang begini.

Ini kari ayam kampung sebelanga yang tidak habis di makan semalam. Sedap dimakan dengan roti jala dan juga lempeng kelapa..he.he..

Kepada sesiapa yang mengidam, NB tidak bertanggungjawab dengan segala masalah yang dihadapi. Risiko adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Harap maklum..ha.ha.ha

P/s Harap Lizabujang puas hati dengan entry saya kali ini..he.he


Tuesday, July 28, 2009

QAISARA MEMANG TAK PERNAH SERIK!

Sunway lagi! Sebenarnya semalam mahu ke Desa waterpark..tapi sayang ketika berada di hadapan desa waterpark, dia ditutup kerana ada kerja-kerja penyelenggaran sedang dijalankan.

Kali ini sunway penuh dengan tok-tok arab yang datang bercuti ke sini. Hmm..orang Arab ni tahu sahajalah. Para isteri duduk tepi kolam dia dok seronok-seronok ngan anak-anak, tayang bulu dada tayang pusat. Isteri berbungkus. Apa salah diajak isteri sekali berkongsi kegembiraan. Pakailah pakaian renang yang menutup aurat....

Qaisaralah paling seronok. Bezya memang agak kurang berdikari jadi suami terpaksa menemani dia ke sana ke mari. Jadi, saya dengan bibiklah yang bermain bersama. Di bahagian kanak-kanak tidak ada ramai orang di situ, ada tak ada seorang kanak-kanak bersama pembantu rumahnya orang Filipina dan emaknya yang berasal dari Qatar. Mereka riang bermain bersama walaupun kanak-kanak tersebut tidak banyak bercakap, yang banyak bercakap saya dengan emaknya dan juga pembantu rumahnya. Wanita dari Qatar ini sedang mengandung lagi anak ketiga. Cantik orangnya tetapi anaknya mengikut wajah si ayah kot, agak mendung sedikit kulitnya..
Gambar pelampung ini dari google, malas nak bawak keluar pelampung Teta dari stor. Tetapi hampir serupa, cuma Teta punya berwarna kuning merah.

Lepas bermain, selepas keluar baru kami sedar pelampung Qaisara tertinggal. Kami minta izin untuk masuk balik. Bibik yang masuk semula kerana dia rasa bertanggungjawab dengan pelampung tersebut. Ketika dia masuk semula, dia terpaksa dihantar oleh seorang pekerja dari Sunway. Masa dia balik semula ke kereta. Bibik dari jauh sudah tersengeh-sengeh. Apa yang disengehkan entahlah..
"Umi, nama pekerja yang iring saya masuk tu Siti..(bibik perasan le pulak macam VIP..keh.keh)
"Kami berbual, dia tanya saya kerja di mana..." bibik saya ni memang suka bercerita.
"Hmm..." itu sahaja saya jawab.
"Saya tanya dia suka baca novel tak?" dah bibik buat perangai. Saya tahu dengan semua orang yang dia kenal dia akan tanya macam tu. Bibik ting tong bak kat si Jim..ha.ha..
"Mulalah tu.."
"Dia cakap dia suka baca novel umi, dia minat Norhayati Berahim. Dia baru sahaja habis baca Chinta. Kata dia buku NB semua best."(bukan saya yang cakap ya..bibik yang cerita..keh..keh)
Bibik ting tong ku sudah ketawa-ketawa.
"Dia cakap buku tu best..." saya hanya geleng kepala.
"Habis kamu cakap dengan dia, kamu kerja dengan saya.."
"Tidaklah umi, saya tahu umi mesti marah dengan saya. Tapi Siti kata dia nak jumpa Norhayati Berahim satu hari nanti. Tapi Siti tak kenal.."
Memang bibik pernah kena marah dengan saya, bila dia bertanya dengan orang pasal novel dia mengaku bekerja dengan NB. Sekarang dia sudah tidak berani lagi..
"Nanti kalau kita datang sunway..kita cari siti lagi ya. Siti suruh cari dia.." Insya-ALLAH saya berkata dalam hati. Saya tahu bibik saya tidak pernah berbohong, dia bercerita perkara yang betul.

Malam bila tidur. Pukul satu pagi Qaisara bangun. Menangis-nangis.
"Umi sakit kaki umi, sakit kaki.."
Sudah..anak saya sudah buat hal. Tahu sangat perangai Qaisara. Bila bermain tidak ingat dunia, bila malam menangis suruh urut kakinya. Saya letak vicks dan saya urut kakinya, barulah dia dapat tidur (ini padahnya dari kecil saya ajar dia urut badan, urut kaki. Sakit sikit dia mahu diurut) Pukul tiga pagi, dia mengadu lagi kaki dia sakit. Saya bangun, bersila dekat dengannya, urut lagi sampai dia terlena. Pukul lima dia bangun lagi. Bila saya urut dia tidur nyenyak...

Pukul lapan pagi dia bangun, saya pula kepenatan kerana asyik mengurut kaki dia dan tidak tidur kerana menjaga dia, takut dia sakit. Saya ingat saya mahu menyambung tidur selepas pukul 10 pagi. Dia masuk ke dalam bilik, mengheret anak patungnya sambil berkata.
"Umi..kaki Teta dah tak sakit. Jom kita pergi jalan-jalan atau shopping.."
Auwah..auwah..ha.ha.ha..Qaisara memang tak pernah serik!

Monday, July 27, 2009

ES ALPUKAT

NB tak ada kerja lain. Makan aje dia. Ha.ha..kali ini bukan resipi Turki, tapi ini resipi yang saya ciplak dari Indonesia. Diberi nama alpukat es atau kalau kita panggil alpukat ni..ovocado. Ovocado ni sebenarnya buah-buahan yang paling tinggi kalorinya. Awas..makan sesekali tak apa. Jangan selalu...

Ramuan penting, ovocado. Mesti yang sudah masak tau. Jangan beli yang keras dan hijau. Keras dan hijau itu sedap dibuat salad. Tapi untuk dibuat air ini mesti yang lembut. Korek isinya dengan sudu.


Ais..ini pilihan. Pada yang suka boleh. Kalau tak suka tinggalkan sahaja.

Gula merah atau gula melaka. Gula ini di masak dengan sedikit air. Masak sehingga gula ini larut.

Susu atau santan. Saya selalunya menggunakan susu dalam banyak masakan. Biarpun rendang atau kari. Sesekali guna juga santan rendah lemak. Boleh percaya ke dekat kotak tu ada tulis santan rendah lemak?

Masukkan ais, isi ovocado, susu ke dalam blender. Blend sehingga halus dan menjadi krim.

Tuangkan gula melaka yang sudah dimasak bersama dengan air sebentar tadi. Dah boleh makan dah..yummmy..yummy...tapi ovocado ni mahal sedikit. Kalau yang New Zealand punya dalam RM4 sebiji. Kalau datangnya dari Indonesia agak murah.
Tadi saya pelawalah suami makan. Kata dia tak mahu, tak mahu. Saya suruh dia cuba sesudu. Dia cakap cukuplah tak mahu. Bila saya naik atas, menghadap komputer sekejap. Teringatlah alpukat saya ini, turun ke bawah.gelasnya pun tak ada.
"You simpan ke ovocado I tadi.." tanya saya pada suami.
"Ah..ha.." suami sudah gelak-gelak..
"Dalam perut.." sambungnya.
Dalam tak mahu, tak mahu. Setitik pun tak tinggal..
"Esok-esok saya belikan ovocado tu awak buat lagi ya.." suami berpesan.
Jangan percaya dia boleh beli ovocado. Esok dibelinya yang hijau dan keras. Teringat dia membeli buah manggis. Dibelinya semua yang keras kematu,. Dia ingat buah yang baik adalah buah yang keras, untungnya orang yang jual buah manggis itulah. Buah rosak dibeli orang..ha.ha.



KISAH DI PESTA BUKU

Pesta buku Selangor tidaklah sehebat pesta buku di PWTC, tetapi syukur sambutan amat mengalakkan. Bukan orang Shah Alam yang datang menjenguk sahaja, tetapi orang di Puchong bahkan di Seremban pun datang sama.

1. Mascomel datang sambil menyelam minum air. Mesyuaratnya sengaja diatur pada hari jumaat di Shah Alam semata-mata mahu berkunjungdi pesta buku dan berjumpa dengan saya. Syukur kami berjumpa tapi bila nak ambil gambar, kamera saya kehabisan bateri. Ciss..buat nama sahaja kamera cantik..he.he.he


2. Kelakar mendengar cerita Noami yang membawa kawannya Salina membeli buku di NB Kara. Noami ni seorang akauntan, regular customer kami. Kecoh sekejap booth nb kara. Salina baru lagi menyemai minat dalam membaca, dan kerana terlalu teruja membaca tanpa henti, beliau terpaksa ke klinik sebanyak dua kali kerana tidak cukup rehat dan tidur. Ha.ha..


3. Berjumpa dengan sepasang suami isteri yang memberitahu saya, beliau mengundi saya untuk buku popular anjuran Syarikat popular dan Berita Harian. Saya undi 20, isteri saya 20 kata beliau Mak aik..banyaknya. Terima kasih tak terhingga dengan pasangan ini. Kalau tak memang pun tidak mengapa. Tapi terharu dengan peminat yang berusah payah.


4. Aween datang bawak donut big apple. Comel sungguh dia. Khairullah yang paling suka sekali makan donut..ha.ha Thanks aween ya..


5. Ada seorang pembaca tidak tahu sama ada mahu membeli buku Chinta atau Billy Maligan. Khairul mengesyorkan supaya dibuat solat istikarah. Kami gelak satu gerai. Kemudian saya pula sambung, suruh pembaca tersebut tidur sekejap di surau untuk mendapat petunjuk. Peminat itu kemudian membeli buku Chinta dan tidak lama kemudian dia kembali semula membeli Billy Maligan.“Saya da selak Al-Quran..” kata beliau..ha.ha


6. Terharu dengan peminat saya yang memaki purdah Puan Rosmani, walau tidak melihat wajah dia tapi saya ingat suara dia. Dia pernah datang di PWTC dan hari ini dia datang lagi.


7. Qaisara ikut saya ke pesta buku. Merayau dengan bibik dari satu gerai ke satu gerai. Dan setiap kali balik, ada sahaja barangan yang dibawa baliknya. Kata adik saya Ateh, perangai siapa yang diikutnya kalau tidak perangai uminya. Huwah..ha.ha


8. Intan Naziela pembaca saya mula-mula mengirim suaminya membeli buku, lepas tu kerana tak puas hati esoknya dia datang sendiri…ha.ha..terima kasih Intan ya.. Dia dah baca Billy Maligan. Kata dia, dia baca dari jam 11 malam sampai 4 pagi. Khatam! Puas akak fikir siapa Intan. Rupanya mama hadif ya..


9. Dapat kunjungan daripada Kak Noor, Cucur atap, Notie, Wan Amyln, Kypo, Uda,Ila., Fadilah Maarif dan kawannya Asnah (kalau kat dalam tel saya bayangkan besar orangnya, kat luar rupanya comel aje) arulah saya tahu..nama uda yang sebenarnya Siti Zubaidah.…memang seronok sangat kalau jumpa dia orang.


10. Oh..jumpa Iaina yang selalu borak dengan Ina, Aina di dalam blog saya satu ketika dahulu. Iaina hari itu baru sahaja dengar dia mengandung. Rupanya dah bersalin dia. Cepatnya…tak sangka sungguh..


11. Berbual lama dengan pembaca dari Klang yang dilahirkan di Melaka. Dia membawa bersama suami dan dua anaknya yang handsome. Nama dia Che Puan, sedapkan nama tersebut. Orang Melaka punya nama memang pelik. Macam bapa sayalah. Ibrahim tapi kerana sebutan orang Melaka jadi Berahim..keh..keh. Seronok dengar anak sulong Che Puan yang membuat Medic di Russia bercerita. Hajat nak Ke Rusia belum lagi tercapai, dah dua tahun nak pergi. Tapi fikirkan nak apply visa susah sesangat..sedangkan, keluarga sebelah suami memang ramai yang duduk di Russia.


12. Semalam masa balik saya ke Giant dengan suami dan Qaisara, saya angin sekejap. Mana tidaknya. Seorang pekerja di situ bertanya apabila melihat si Qaisara mengekor saya.

“Kak, anak angkat ke?”

“Hah?” terbeliak mata saya mendengar pertanyaan yang tidak munasabah itu.

“Ahhh..ah..” perempuan yang bertanya itu tergagap-gagap mungkin terperanjat mendengar suara saya yang tinggi sungguh.

“Ini anak akak tau..” sambung saya lagi.

Dalam kereta saya cakap dengan suami saya. Soalan apakah ini? Sungguh kurang sopan. Penat sahaja saya mengandung, membawa ke sana ke mari Qaisara selama 9 bulan, sampai lembik badan saya, sampai saya hanya boleh makan susu dengan biskut kering sahaja. Ada ke patut orang cakap ini anak angkat saya? Kalau sesiapa pun pasti anginkan. Mentang-mentang anaknya comel emaknya langsung tak cantik. Suami bantai gelak sahajalah..keh..keh..




Friday, July 24, 2009

SAKIT HATI SUNGGUH!

Menonton perlawanan MU dan Malaysia saya bertanyakan soalan pada adik saya Khairul siapa yang disokongnya. Saya tahu dia penyokong tegar MU. Terkebil-kebil juga dia mahu menjawabnya. Lambat-lambat dia menjawab Malaysia. Lega juga hati saya dengan jawapan tersebut. (topic ini da basi kot..keh..keh)

Saya masih ingat, saya adalah penyokong tegar hoki semasa kecil, remaja dan juga sebelum kahwin. Apatah lagi sejak ada bukit jalil. Semakin selalulah saya menontonnya. Perlawanan hoki Piala Azlan Shah pun pergi tengok, sukan komenwel apa lagi, world cup juga saya tidak lepaskan, rasanya world cup di Malaysia kali terakhir 2002 (Selepas berkahwin bila ajak suami menonton Piala Azlan shah dia akan bertanya balik. Hoki tu apa? Ada ais ke di Bukit Jalil tu. Dia ingat hoki tu, hoki ais aje?)

Berbalik pada semangat kenegaraan. Ketika menonton hoki saya dapat melihat dengan jelas.Kalau pasukan India yang berlawan dengan Malaysia, ramai orang-orang India akan menyokong pasukan India dan bukan Malaysia. Bayangkan di antara beribu-ribu orang penyokong Malaysia terselit penyokong-peyokong pasukan lawan. Ianya maha aneh dan cukup aneh. Mahu dikatakan mereka pelancong tidak mungkin kerana mereka kadangkala bercakap bahasa melayu.

Bila Pakistan berlawan dengan Malaysia, saya cukup sakit hati sungguh juga. Pasti ramai penyokong Pakistan yang terselit di antara penyokong Malaysia, walaupun saya cukup pasti mereka warga negara Malaysia. Saya selalu menanti saat-saat kalau Malaysia dapat membelasah Pakistan. Seronok sungguh saya bukan sahaja kerana Malaysia menang, kerana dapat membookan penonton yang menyokong pihak lawan.

Saya masih ingat ketika itu saya menyaksikan satu perlawanan. Pasukan India melawan pasukan Malaysia. Di sebelah saya adalah orang India, rakyat Malaysia menyokong pasukan India. Mereka bersorak gembira apabila India menyumbatkan gol.

“Weh..balik Indialah..” saya berkata dengan perasaan marah.

“Apa balik India? Saya orang Malaysialah?” marah orang yang saya sorakkan itu.

“Oh..awak pandai cakap melayukah? Saya ingat awak orang India. Setahu saya kalau orang India, pergi mana-mana pun dia tidak akan sokong negara lain. Tapi hairan ya orang Malaysia ni, duduk Malaysia, mengaku orang Malaysia..tapi sokong negara lain..” Sindir saya.

Lelaki India yang saya sindir itu terdiam, dia kemudian bercakap dalam bahasa India/Tamil dengan kawan-kawannya sambil memandang saya yang duduk keseorangan. Lantak kaulah. Tapi hati saya sakit, lahir di Malaysia, cari makan di Malaysia. Tetapi sokong negara lain.

Sama seperti sakitnya hati saya melihat orang-orang Malaysia, tak kira bangsa India, Melayu atau Cina, memakai baju merah bersorak bagai nak rak menyokong MU pada perlawanan yang lepas.


P/S teringat dengan pak cik yang jual aiskrim di luar stadium hoki ketika sukan komenwel. Saya selalu beli aiskrim yang dikepit dengan roti. Dia kenal saya kerana kekerapan saya ke sana. Rindu pada aiskrim rotinya dan rindu mahu bercerita dengan dia.

Thursday, July 23, 2009

PENING DENGAN BUDAK KECIK NI..


Cerita si Qaisara lagi...
"Baba i found frog at taman.." begitu teruja Qaisara malam itu bercerita dengan saya dan babanya.
"Oh..ya..how the frog? Cute or not?" babanya bertanya.
"Frog cute baba?" berkerut-kerut dahi Qaisara. Saya sudah ketawa.
"Umi...Teta pukul dia dengan kayu.." Qaisara kalau dengan babanya cakap bahasa Inggeris, dengan saya dia akan bercakap bahasa melayu.
"Hey..jangan sayang. Kita tak boleh pukul frog"
"Iwant kill the frog ."
"Jangan sayang, kita tak boleh bunuh frog.."
"Kenapa?" mata Qaisara sudah bulat.
"Islam tak benarkan kita bunuh frog. Ada beberapa jenis binatang yang dilarang Islam membunuhnya.." saya menerangkan. Kadangkala saya lupa Qaisara berusia 3 tahun.
"Binatang apa umi?"
"Semut, lebah, burung Pelatuk (Hud-Hud) dan juga Katak sayang.."
"Tapi bibik selalu bunuh semut umi.." saya tersentak. Alamak...tapi melihat Qaisara yang diam, hati saya lega.
"Binatang apa yang kita kena bunuh umi.." lapang hati saya sebab Qaisara bertanyakan hal yang lain.
"Tikus, Ular, Kala jengking, Gagak, Cicak"
"Kenapa kita kena bunuh cicak umi.."
Lalu saya ceritakan ketika Nabi Ibrahim dilemparkan kedalam api, cicak meniupkan api supaya api menjadi lebih lebih marak. Qaisara mendengar dengan tekun. Entah faham ke tidak, tak tahulah..
"Bila atok kena masuk dalam api umi...."
Ha.ha.ha.ha...saya sudah gelak besar/ gelak guling-guling. Iskk..memang saya selalu ajar Qaisara.
What is your baba name..Seyit Kara..
What is your umi name...Norhayati Berahim...
What is yout atok name...Berahim..

Tuesday, July 21, 2009

KALAULAH SAYA TAHU BUAT...

Pagi tadi saya menyediakan suami sup merjemic. Suami memang sukakan sup ini dan setiap kali makan setiap kali itulah dia memuji mengatakan sup yang paling baik pernah dirasakan dan tidak boleh ditandingi walaupun emaknya sendiri. Mungkin kerana sup saya agak pekat dan kentangnya agak banyak jadi suami amat sukakannya.

“Saya teringat Haji..”

Saya pernah bercerita tentang haji ini di dalam blog saya. Dia singgah ke rumah saya dalam urusan perniagaannya ke India. Ketika itu dia berusia 70an. Becerai ketika usianya 65 tahun. Kata dia, dia tidak tahan kerana selalu dimarahi dan dimaki hamun oleh isterinya.

“Kenapa honey?”

“Bukankah haji suka sekali semua sup yang saya hidangkan. Saya masih ingat bagaimana dia mengangkat mangkuk dan menghirupnya dengan mengeluarkan bunyi. Setiap kali saya mendengar bunyi itu hati saya benar-benar gembira..”

Suami saya tergelak. Saya masih ingat lagi. Haji itu datang dengan sehelai dua baju sahaja. Dia tinggal di rumah saya selama seminggu. Salah satu seluarnya koyak dan saya berikan seluar suami yang agak kecil kepadanya . Bila saya mahu memperbaiki seluar tersebut, nyata seluar yang koyak sudah terlalu lusuh dan tidak boleh dijahit lagi. Hiba hati saya melihatnya. Saya juga carikan baju-baju suami yang bersih untuk dipakainya. Segala baju kotor beliau saya suruh pembantu rumah saya cuci, sterika dan lipat dengan elok.

“Kasihan saya tengok dia, dia macam tidak terurus…” saya memberitahu suami.

“Memang, dulu masa saya balik Turki. Dia tinggal seorang diri di kedainya. Padahal anaknya tidak jauh dari rumahnya. Anak lelakinya berkahwin dengan anak buah bekas isteri haji. Jadi bila haji bercerai dengan isterinya, menantunya tidak membenarkan anak lelakinya menjenguk haji..”

Ketika melihat Haji hati saya hiba. Dia seperti ayah saya. Orangnya warak, setiap subuh selepas bersahur dia pasti akan mengaji. Setiap kali solat terawikh dia pasti pergi ke surau di tempat saya.

“Kalaulah masa itu saya tahu membuat merjemic..”

Saya berkata perlahan pada suami saya. Ya..ketika haji itu datang. Saya belum tahu membuat sup merjemic. Selalu yang saya buat, sup cendawan, ayam atau daging. Sup itu yang saya sering tukar setiap kali Haji bersahur dan juga berbuka puasa.

“Ya..kalau masa itu awak tahu buat merjemic, saya rasa haji akan menghirup sehingga titisan sup yang terakhir..” Balas suami sambil ketawa.

Tidak lama ramadhan akan datang lagi. Saya teringatkan haji. Menurut kata suami, haji masih hidup. Ada kawannya beritahu. Dia tinggal seorang diri, menguruskan perniagaannnya sambil menyaring sepi sendiri.

“Awak ingat tak honey, haji suruh saya carikan saya isteri orang melayu. Katanya mahu yang sebaik awak. Lemah lembut depan suami dan melayan suami dengan baik…”

Suami mengingatkan kisah lalu. Saya menganggukkan kepala. Saya tahu hal tersebut.

“Dia mahukan perempuan usia berapa hubby. 50-60 tahun?”

Ha..ha.ha..kali ini suami sudah ketawa besar. Entah apa yang digelikan hati entahlah.

“Dia mahukan isteri 30-40 tahun, dia kata manalah tahu dia akan dapat anak lagi dan akan menjaga dia bila tua nanti..”

“Diakan dah tua hubby. Bila pula nantinya?” kami ketawa bersama-sama.

Namun dalam ketawa saya benar-benar simpati dengan Haji. Dia kesunyian dan saya tahu, dia mahukan seorang anak bagi mengantikan anaknya yang tidak pernah menjenguknya lagi. Dan dalam hati saya berdoa, moga-moga haji diberi kesihatan baik dan dilimpahi rahmat ALLAH..amin.