Sempat mengambil gambar sambil menunggu bilik kami di kemas tapi masih tak siap-siap walaupun sudah 2 jam berlalu."I'm sorry mam, the room is so big and our staff now in progress to clean.."
Aik dah dua jam pun masakan masih belum dikemas. Saya tahulah, suite memang agak besar. Ada dining + living room. Tapi masakan dua jam masa tidak siap lagi.
"If you dont mind, we would like to replace your room with another room.."
Bahagian kaunter mencadangkan bilik suite yang mempunyai dua tingkat. Dua bilik di atas dan dibawahnya dining + living room. Saya bersetuju sahaja memandangkan Qaisara sudah mengantuk dan kebetulan dia tidak berapa sihat. Bila masuk..pandangan pertama saya, memang cantik. Saya suka, biliknya besar dan bilik pembantu rumah saya juga cantik.
Bilik pembantu rumah saya. Cari bilik cantik mana sekali pun, Qaisara tetap akan tidur dengan saya dan Babanya.
Nasib baik saya ada bawa biskut keras dengan keju feta, itulah makan saya pada waktu malam bila perut lapar.Paling haru, apabila waktu malam kami pergi ke restoran di sepanjang Colmar Tropica itu, mereka tidak menjual makanan untuk dibawa pulang. Semuanya kena makan di situ! Aduh..jauh sungguh saya berjalan. Tidak pernah jumpa restoran yang tidak menjual makanan untuk dibawah pulang! Kelas sungguh restoran bukit tinggi.
Sebelum itu pada waktu petang saya ke kedai pizza. Suami saya memesan lasagna
Sorry sir, lasagna finish..
Lalu saya memesan pula air kelapa.
Sorry mam, coconut also finish..
Saya kemudian memesan air kosong..
Sorry mam we just have rovers (Air mineral RM4).
Kemudian saya memesan pasta apa ke benda pun saya lupa.
"Sorry mam, that one also finish.."
Akhirnya kami memesan pizza. Nasib baik pizzanya sedap. terubat jugalah hati, tetapi apabila saya mahu membayar menggunakan kredit kad kerana tidak ada ATM mesin di situ. Jawapannya membuat saya benar-benar sakit hati.
"Sorry madam, credit card system has a problem!"
Mak aik..rasa saya nak menjerit-jerit sahaja. Saya bukan seorang yang mementingkan kesempurnaan tetapi apabila mengalami banyak perkara yang tidak sempurna dalam satu hari. Saya benar-benar marah dan geram.
Kalau tak fikirkan anak saya yang mahu mandi kolam dan berjalan-jalan memang saya dah cabut balik malam itu juga.
Tidak banyak aktiviti yang ada di Colmar tropica dan Bukit Tinggi, Qaisara menghabiskan masanya dengan membuat painting di seramik
Sebelum balik sempat pergi ke taman arnab demi Qaisara. Tapi sebelum balik, kami terpaksa menahan perasaan lagi. Permainan di Taman Arnab tidak berfungsi dengan alasan kehabisan Token. Qaisara menangis-nangis tidak percaya sehingga pembantu rumah mengheret dia ke kaunter dan menyuruh, jurujual di situ memberitahu Qaisara yang token sudah kehabisan."Nanti kita pergi bercuti tempat lain ya. Tempat yang Qaisara dan you suka.."
Entahlah, hati saya masih tawar. Lebih baik saya berehat di rumah saya sendiri, buat masa sekarang.































