Kusyi Hirdan suami isteri yang banyak membantu saya di booth.
Pesta buku masih berlangsung...
Saya sangat gembira bertemu dengan teman-teman pembaca dan ada beberapa perkara yang sangat mengharukan hati saya.
1. Ada pembaca menamakan anak mereka mengikut nama heroin dalam novel saya.
2. Ada pembaca memberitahu sepanjang beliau sakit, novel saya menjadi teman mereka. Bahkan beliau mendapat semangat untuk melawan penyakit melalui novel saya.
3. Ada pembaca menegur saya. "Akak, akak kenal saya tidak? Saya yang sering beremail dengan akak, akak yang sering memberi nasihat pada saya? Alhamdulilah sekarang saya sudah okay.."
4. Akak! Novel akak yang bertajuk.....bla bla..beri idea untuk saya memilih kerjaya..
5. Akak..saya tabah melalui penceraian melalui membaca novel akak...
6. Terima kasih yatie selama ini mendoakan akak! Segalanya sudah menjadi baik (sesiapa menyuruh saya mendoakan untuk mereka, insya-ALLAH saya akan doakan dan kadangkala saya lakukan solat hajat jika mereka menghadapi masalah dan memohon saya melakukannya. Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Bantuan lain diluar kemampuan saya)
Oh banyak lagi yang membuat saya, sangat-sangat terharu. Sekurang-kurangnya saya merasai, saya menulis bukan sekadar tulisan kosong yang tidak membawa apa-apa pengertian. (ya ALLAH maafkan saya jika saya bersikap ujub. Tetapi terus terang saya sangat terharu kerana dapat menyumbang sesuatu yang kecil pada sahabat-sahabat pembaca.)
Walau saya sedar ada yang berkecil hati kerana saya tidak dapat mengingati mereka. Saya pohon ampun dan maaf. Pembaca yang datang terlalu ramai, kita bertemu setahun sekali jadi memang agak sukar saya mengecam. Namun percayalah saya sangat menghargai dan menyayangi anda semua. Semoga persahabatan kita semua berpanjangan. AMINNN..