Lebih 10 tahun dahulu, pagi itu ketika saya sedang berkerja di salah sebuah bank, penyambut tetamu memberitahu saya, ada orang mahu berjumpa dengan saya. Apabila saya keluar saya sungguh terperanjat apabila melihat wajah kakak jiran saya yang biarlah saya berikan namanya Kak Iza..
“Kenapa?”
Saya bertanya, matanya bengkak. Seolah-olah sudah lama menangis. Dia serta merta memeluk saya dengan tangisan yang tertahan-tahan.
“Tolonglah akak..” Kak Iza sedikit merayu-rayu.
Kak Iza adalah jiran saya ketika saya tinggal di Bukit Indah, Ampang. Pertama kali saya berjumpa dengan Kak Iza ketika kami sama-sama menunggu bus No.183 untuk pergi kerja. Dia memang ramah dan rajin menegur sesiapa sahaja.
Saya tahu Kak Iza berada di dalam kesusahan. Lantas saya minta izin ketua saya untuk keluar . Saya bawa dia ke restoran makanan segera yang tidak jauh dari tempat saya bekerja.
“Ceritalah..?”
Saya menyuruh Kak Iza bercerita sebaik sahaja kami sudah mencecahkan punggung di kerusi di restoran tersebut. Tangisan Kak Iza terburai di hadapan saya. Lama. Saya hanya memerhati dia menangis sambil memegang tangannya.
“Suami akak..”
Dia berkata perlahan apabila tangisannya reda. Saya terbayangkan suami Kak Iza. Lelaki berketurunan mamak itu mempunyai tubuh yang agak besar dan berkulit agak gelap.
“Kenapa?”
‘Dia tidur dengan perempuan lain depan mata akak”
Ceritanya menyebabkan mata saya terbeliak.Ahhh? Biar betul! Saya hampir menjerit dan paling memeranjatkan saya wanita itu tersebut adalah jiran kami juga.Saya kenal dengan wanita yang tidak bersuami dan mempunyai 3 orang anak yang sudah besar-besar itu. Wanita itu baru sahaja berpindah duduk menyewa di sebelah rumah Kak Iza.
“Depan mata akak sendiri mereka berpeluk-pelukan….”
Tangisan Kak Iza terburai lagi. Banyak sebenarnya yang diceritakan oleh Kak Iza. Semuanya amat memedihkan hati. Bahkan paling memeritkan cerita Kak Iza, hujung minggu yang lalu. Dia ingat suaminya mahu berbaik-baik dengannya semula, lantas mengajak dia pergi bercuti di Genting. Namun cukup malang, suaminya membawa wanita jiran tersebut bersama mereka. Mereka tidur sebilik. Kak Iza seorang diri dan suaminya sekatil dengan wanita tersebut. Aduhai..sakit hati saya mendengarnya.
“Kenapa akak tak tinggalkan sahaja tempat itu?”
Saya memarahi Kak Iza. Dia seorang wanita yang agresif dan aktif. Masakan dia mahu membiarkan perkara tersebut berlaku.
“Entah…walaupun akak marah, sedih namun akak mahu melihat apa yang mahu mereka lakukan. Hati akak memberitahu jangan pergi..”
Saya benar-benar tidak faham dengan kak Iza, dalam keadaan begitu pun mahu menunggu perkara selanjutnya dan sekarang ini? Dia tidak dapat menerima apa yang berlaku kerana sudah menyaksikan bermacam-macam perkara yang menyakitkan.
“Akak nak minta cerai!”
Beritahu Kak Iza. Tampaknya dia sudah ada keputusan sendiri. Saya berfikir sejenak, walau saya baik dengan Kak Iza dan duduk satu taman dengannya tapi saya tidak begitu mesra dengan suaminya. Lelaki ini macam gatal! Hati saya selalu berkata begitu.
“Terpulang pada akak, kalau akak rasa keputusan tersebut betul. Saya akan menyokong akak..”
Saya beritahu Kak Iza. Tengah hari itu saya lepaskan Kak Iza dengan hati yang walang. Berdoa supaya wanita itu tabah, dan saya berjanji saya akan membantu dia. Seminggu kemudian Kak Iza dengan bantuan adik lelakinya, mengangkat barang-barang keluar dari rumah dan pindah ke rumah emaknya di Selayang.
Apa sahaja keputusan kak Iza saya terima dengan hati yang gembira. Saya sering memberi sokongan padanya. Bahkan saya juga membuat laporan ke pejabat agama kerana selepas dia keluar sahaja dari rumah, janda anak 3 itu sudah tinggal serumah dengan suami kak Iza. Bersekedudukan. Astaghfiruallah!
Beberapa tahun kemudian kak Iza yang tidak mempunyai anak itu, menelefon saya memberitahu dia akan bernikah lagi. Saya mengucap syukur berkali-kali dan berjanji akan hadir nanti. Ada beberapa kali saya ke Ampang selepas berpindah ke Kajang, saya melihat bekas suami kak Iza sudah ada perempuan lain. Bukannya janda anak 3 itu!

0 comments:
Post a Comment