Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 17, 2008

AKU DAN LAGU


Gambar saya sekeluarga. Cuma yang tidak ada dalam gambar ini, abang saya dan suami kak saya Mijah. Ketika beraya pada tahun 2005. Mungkin kedua-duanya sudah masuk kereta, mahu memanaskan enjin kereta. Di belakang adalah surau yang dibina di tanah keluarga kami.

Where's your mama gone? (Where's your mama gone?)
Far, far awayWhere's your papa gone? (Where's your papa gone?)
Little baby Don (Little baby Don)
Where's your papa gone? (Where's your papa gone?):
Far, far away
Last night, I heard my mama singing a song
Ooh-We, Chirpy, Chirpy, Cheep, Cheep
Woke up this morning and my mama was gone
Ooh-We, Chirpy, Chirpy, Cheep,
CheepChirpy, Chirpy, Cheep, Cheep, ChirpWhere's your
mama gone? (Where's your mama gone?)

Masa kecil-kecil dahulu, hiburan saya dan adik beradik saya cuma radio. Seingat saya rumah saya hanya mempunyai telivisyen ketika saya berusia 15 tahun. Berwarna merah di luarnya tetapi telivisyen pertama milik keluarga saya, telivisyen hitam putih. Itupun dibeli oleh kakak saya Maznah, hasil dia bekerja kilang ketika menunggu keputusan SPMnya.

Sebelum telivisyen ujud dalam rumah kami, kami selalu berkumpul mendengar lagu-lagu dari radio kecil yang berada di sudut rumah kayu, rumah kami. Rancangan di radio yang paling saya suka adalah rancangan kanak-kanak, lagu dan drama radio. Bahkan seingat saya, cerita kakak saya, Mijah pernah tersiar di radio RTM Melaka. Kakak saya yang menjadi seorang guru sekolah menengah sekarang ini memang berminat menulis cerpen dan drama radio sejak berada di sekolah menengah. Bahkan ketika berada di universiti beliau pernah memenangi beberapa pertandingan menulis cerpen. Tetapi bila sudah berkahwin, minatnya hilang begitu sahaja. Namun dialah satu-satunya dalam keluarga yang rajin membaca novel saya.

Masa saya kecil saya memang suka menyanyi, bahkan amat gemar mendengar lagu. Setiap lagu yang saya suka akan saya salin di dalam buku nota saya. Lagu di atas adalah salah satu kegemaran saya. Sering kali saya menjerit-jerit menyanyi di sepanjang perjalanan pergi dan balik dari menoreh getah bersama kakak saya Mijah. Jauhnya lebih kurang 6 batu, pergi balik.

Last night, I heard my mama singing a song
Ooh-We, Chirpy, Chirpy, Cheep, Cheep
Woke up this morning and my mama was gone

Saya masih ingat rangkap di atas sering saya ulang-ulang menyanyinya. Ketika itu bagi saya itu sekadar lagu. Namun tanggal 28 Ogos 1977, lagu itu seperti menjadi kenyataan bagi saya. Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa emak menyebabkan kami adik beradik terkedu. Bila saya bangun dari tidur pada 29 Ogos 1977, nyata memang emak telah pergi jauh dan tidak boleh kami temui lagi.
“Kita selalu nyanyi lagu tukan. Penghabisan emak pergi..”
Sesekali aku bangkitkan mengenai lagu tersebut dengan Kakak saya Mijah yang rumahnya hanya 5 minit perjalanan dari rumah saya..
“Kebetulan sahaja..”
Balas kakak saya tenang. Kami kemudian tenggelam dalam nostalgia lama. Memang ianya secara kebetulan. Namun apabila saya mengingati lagu tersebut. Ianya benar-benar merabak hati saya.

1 comments:

Anonymous said...

sape penyanyi lagu ni?