Saya mengenali lelaki itu sejak saya berkahwin. Dia sahabat suami saya, satu daerah di Turki. Di Malaysia, dia tinggal di Johor. Orangnya gemuk, pendek dan selalu yang saya dengar tentangnya dari suami dan kawan-kawan suami, semuanya 98% perkara yang negative.
“Aduh..tadi saya tumpang si Mus sebab kereta saya hantar service. Dia tak pasang air cond. Kata dia, kalau pasang air cond bateri dan minyak dia habis..”
Cerita suami pada satu hari sambil menggelengkan kepalanya. Saya mendengar melopong mulut. Manakan tidak. Di Malaysia, kalau menaiki kereta tidak dipasang air .cond, mahu meleleh peluh dibuatnya.
“Awak nak dengar cerita kelakar..”
Satu hari suami pulang membawa cerita. Kali ini pasal kawannya si Mus lagi. Menurut cerita suami, Mus membeli sebiji tembikai ketika dalam perjalanan menghantar barang ke Kelantan bersama 2 orang rakannya. Dia memotong tembikai tersebut dan memberi pada kawan-kawannya sepotong dan yang lainnya disimpan untuk esok dan lusa, walaupun si kawan menyuruh menghabiskan tembikai tersebut kerana takut busuk.
“Abis apa kata si Mus..”
“Dia tak mahu potong lagi, awak bukan tidak tahu perangai dia. Dia terlalu kedekut. Sebab tembikai itu dia yang beli, kawan-kawan yang berdua tidak boleh berkata apa-apa.”
“Busuklah buah tersebut..” balas saya. Kalau ada peti ais tidak mengapalah. Tapi kalau disimpan dalam van sudah pasti busuk. Kecualilah di Turki, mungkin 2-3 hari masih baik lagi. Tetapi cuaca di Malaysia, tahu-tahu sahajalah.
“Memang busuklah. Terkebil-kebil mata dia tengok buah tu busuk esoknya. Kawan yang berdua itu ketawakan dialah. Tapi awak tahulah si Mus tu..bukan kisah. Walau busuk tetap dia makan…”
Lelaki itu memang terlalu kedekut. Pernah dia di masukkan ke hospital kerana tidak mahu membeli air kerana terlupa membawanya dari rumah. Sehingga sampai ke malam, dia tidak minum. Dan esoknya dia jatuh sakit dan doktor mengatakan dia kekurangan air. Terpaksa duduk di hospital dan membayar RM2,700 untuk bayaran hospital.
“Awak tahu Mus kahwin lain..”
Itu berita yang dibawa oleh suami saya semalam. Saya terperanjat dan serta merta saya rasa marah yang teramat sangat. Kalau orang lain yang berkahwin mungkin saya tidak marah. Tetapi si Mus yang seringkali mahu datang makan dan tidur di rumah saya setiap kali dia ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan dan suami sering memberi pelbagai alasan untuk mengelak.
“Isterinya tahu?”
“Entahlah..bila saya tanya, kata dia..mahu atau tidak. Isteri pertama dia kena terima. Dia cakap, ada remaja 21 tahun nak kahwin dengan dia. Tapi dia tolak. Dia kahwin dengan perempuan 40 tahun. Cikgu, kerja di Putrajaya…”
Aduhai..manalah perempuan bodoh mahukan lelaki kedekut macam si Mus ini. Hati saya menggerutu. Marah. Rasa simpati pada isteri pertama yang juga seorang guru di Johor membuak-buak. Wanita itu mesti sengsara dengan sikap suami selama ini dan sengsaranya mungkin bertambah lagi dengan perkahwinan ke dua si suami.
“Dia kahwin dengan perempuan 40 tahun itu mungkin sebab perempuan itu boleh menanggung diri dia sendiri dan boleh tolong dia juga. Kalau dia kahwin dengan budak 21 tahun, dia terpaksa tanggung budak tu pulak.” sambung suami tenang.
“Dalam dunia ni, ramai orang macam tu dan salah seorangnya kawan saya..” suami saya ketawa-ketawa dan memberitahu yang Mus mahu datang ke rumah saya bersama isteri barunya.
“Bawalah dan saya akan tanya isteri dia nanti. Dah fikir panjang ke berkahwin dengan lelaki macam Mus tu. Esok-esok bukan tambah senang. Tambah susah…” sayabersungut. Tidak puas hati. Saya memang jarang marah. Suami yang jarang sekali melihat saya marah, hanya ketawa-ketawa.
“Saya dengar isteri pertama dia pun tak hiraukan dia lagilah. Kawan-kawan saya di Johor cakap, isterinya dah tak kisah. Dia balik ke tidak. Dia pergi mana pun isterinya dah tak peduli. Kawan-kawan saya kata, mungkin isterinya tanggung diri sendiri. Hari itu masa pencuri masuk ke rumahnya. 20,000USD dia orang bawak lari. Isteri dia sendiri tak tahu dia ada simpan duit sebanyak itu bawak katil….”
Padan muka! Saya berdesis dalam hati. Kalau kedekut dengan orang lain tidak mengapalah, tapi kedekut dengan anak bini. Harta yang ada bukan bertambah tetapi semakin berkurangan. Saya memang tidak faham dengan orang-orang yang begini dan berharap moga-moga Mus diberi hidayah oleh ALLAH untuk berubah….

2 comments:
hehehehe macam2 orang ada dalam dunia ni.. Kedekut tak bertempat! =)
Salam NB...lama dah tokma tak singgah blog NB.
Inilah dia yang dikatakan 'kedekut tangkai jering'! pelik jugak y, masih ada jodohnya walaupun amat kedekut.
Post a Comment