Hari ini Turki menyambut hari kemerdekaannya. 28 Ogos dan Malaysia tidak lama lagi 31 Ogos. Dan setiap kali hari kemerdekaan, kedutaan Turki akan mengadakan sambutan di hotel besar seperti Shangri-la. Seperti biasa jugalah setiap kali sambutan, kalau orang-orang Turki lain di Malaysia membawa isterinya bersama-sama menyambut hari kemerdekaan . Suami saya tidak pernah melakukan begitu. Mungkin dia takut saya akan merosakkan majlis yang diadakan dengan makan-makan, minum-minum ringan dan berat.
Turki walau negara Islam, tetapi sering menyediakan wine dalam apa sahaja majlis. Walau suami Alhamdulilah, tidak pernah menyentuh tetapi rasanya dia sudah bersubahat apabila duduk-duduk semeja dengan rakannya yang minum. Dan saya pernah mengungut suami. Kalau saya nampak kawan-kawannya minum depan saya, saya akan akan simbah ke muka kawannya itu dengan wine yang diminumnya..
“Macam mana sambutan?” Saya tanya suami saya ketika dia menjengukkan muka pada pukul 5 pagi. Dari petang semalam menyambut merdeka, sampai pagi baru balik..ALLAH..ALLAH
“Biasa ajalah. Macam tahun-tahun sudah. Makan, lepak-lepak. Cerita pasal Turki. Oh..isteri si anu tadi ada, dia sampaikan salam pada you..isteri si A pun ada..dia juga sampaikan salam pada you…”
“Awak tak pernah nak bawak saya ya..”
“Hiss..mana awak suka, nanti awak simbah kawan-kawan saya dengan wine. Malu saya..” suami tergelak. Walau saya belum melakukan perkara tersebut tetapi suami tahu perangai saya yang boleh melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang bila menyentuh bab-bab agama seperti itu.
“Apa makna kemerdekaan bagi awak ya..”
Suami tidak menjawab. Pagi-pagi begitu saya sudah duduk termenung. Menyesali sikap orang yang menyambut merdeka dengan cara yang salah. Langsung tidak menunjukkan rasa syukur pada ALLAH yang telah memerdekakan mereka.
Setiap kali merdeka, saya pasti teringat cerita nenek. Ketika Jepun masuk ke tanah Melayu, kata nenek kehidupan penduduk sentiasa dalam ketakutan yang amat sangat. Salah sikit Jepun tempeling, salah sikit Jepun terajang. Kemudian bintang tiga pula mengambil alih sementara sebelum British datang semula.
Bintang tiga lagi ganas, mana anak-anak dara yang cantik. Berjaga-jagalah. Menurut cerita nenek, nenek pernah sorokkan emak saudara saya dalam belukar kerana Bintang tiga datang ke rumah. Takut emak saudara yang ketika itu anak dara yang sedang ranum diapa-apakan si Bintang Tiga yang bernafsu ganas terutama terhadap wanita.
Teringat arwah emak pula bercerita. Kata emak, betapa susah dan sengsaranya sebelum merdeka. Terutama zaman Jepun. Lepas Jepun memerintah keadaan bertambah baik. Satu hari kata emak, datuk membawa balik susu tepung. Emak ingat susu tepung boleh dimakan begitu sahaja, emak terpa datuk apabila datuk beritahu datuk bawa balik susu tepung. Emak senduk susu tepung dengan tangannya dan jilat tepung tersebut.
Arwah datuk ketawakan emak. Rupanya kata emak susu tepung terpaksa dibancuh dengan air sebelum di minum.
“Itulah betapa susahnya hidup zaman sebelum merdeka. Sampai susu tepung pun emak tak pernah rasa!”
Saya memang tidak tahu bagaimana hidup sebelum merdeka. Tidak pernah merasa sengsara hidup sebelum zaman itu. Perasaan itu tidak saya ketahui. Namun saya cuba mencari-cari. Kalau saya tahu bagaimana rasanya tidak menjadi orang merdeka!
Ketika ini baru saya teringat, beberapa tahun yang lepas, ketika penjara Pudu dibuka pada orang ramai. Saya dengan adik saya turut mengambil bahagian melawat penjara tersebut. Sakit dada saya melihat sel-sel penjara yang muram dan kusam. Saya bayangkan kalaulah saya dipenjara apa perasaan saya. Tidak bebas. Terperuk di dalam sel yang begitu kecil. Sepanjang melawat penjara dan melihat pelbagai denda yang dikenakan, dada saya benar-benar sebu dan sesak.
Dan apabila keluar dari penjara Pudu. Saya masih ingat saya menarik nafas lega. Berkali-kali saya bersyukur menjadi orang yang bebas.
Begitu agaknya perasaan menjadi orang yang MERDEKA.

0 comments:
Post a Comment