Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 19, 2008

UBAT SAKIT KEPALA

Ketika bangun pukul empat pagi tadi, kepala saya seperti berdenyut-denyut. Alamak alarm sudah berbunyi. Itu tandanya sudah beberapa hari saya hanya menghadap computer dan tidak terlalu banyak melakukan apa-apa pergerakan. Semasa muda saya, saya seorang yang suka bersenam. Masa saya ingat ketika berusia 25 tahun, saya tidak pernah culas ke gym. Berlari di treadmill atau bermain squash dengan seorang sahabat saya Khoo yang kerektornya seperti Adik dalam drama Sutun. Kerap kali saya dimarahi oleh Khoo kerana tidak bertenaga.
“Kau..macam kuda tua. Macam tak ada tenaga. Tengok Mak ni..boleh lari tau…”
Khoo memarahi saya sambil bercekak pinggang apabila saya hanya membiarkan bola squash meleret di lantai tanpa dapat saya tangkap. Manakan tidak, selepas berlari 3 kilometer di trademill. Khoo paksa saya main squash dengannya. Tenaga saya ketika itu memang tinggal sisa.
“Kau tu lelaki aku ni perempuan mana boleh lawan kudrat kau..”
Marah saya pada Khoo. Walaupun dia lembut tetapi dia tetap seorang lelaki. Jadi saya terpaksa mengaku kalah. Kerap kali saya kalah dengan Khoo bila bermain Squash. Ahh..itu cerita dahulu. Cerita ketika saya begitu aktif dan masih muda belia. Sedangkan Khoo sendiri sudah lama tidak saya temui. Kali terakhir saya tengok wajah Khoo ketika dia mahu berhijrah keluar negara.
Sekarang saya sudah menjangkau 40an. Lutut yang saya gunakan sejak kecil, berlari meredah sungai, hutan, padang dan kemudian ke gym sudah tidak berdaya menampung kehendak hati dan tubuh saya. Lutut saya sudah tidak memungkinkan saya berlari keterlaluan. Bahkan doctor sering menasihati saya jangan terlalu bergerak keterlaluan kalau tidak saya perlu menjalankan pembedahan lutut saya.
Tapi kalau tidak bergerak. Kalau tidak bersenam. Kepala saya akan sakit, bahkan badan saya juga turut pegal dan sengal.
“Nak buat apa buk?”
Sebaik sahaja matahari menampakkan wajahnya, saya membawa baldi keluar dan menadah air.
“Basuh kereta..” pendek sahaja jawapan saya.
“Biar saya buat buk..”
‘Jangan…” saya angkat jari telunjuk saya pada pembantu rumah dan mengoyangnya. Pembantu rumah saya ketawa kerana faham, kalau saya membasuh kereta itu bermakna kepala saya sedang sakit!
Dan sebaik sahaja kereta habis dicuci. Alhamdulilah..sakit kepala saya pun hilang…

0 comments: