Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 26, 2008

TEMPAT/PERKARA YANG SAYA TIDAK GEMAR

1. HOSPITAL
Satu masa dahulu selepas sahaja peperiksaan SPM, ayah menyuruh saya melamar kerja menjadi jururawat. Kata ayah, ada seorang kawannya yang menjalankan temuduga. Saya perlu mengisi borangnya sahaja dan insya-ALLAH permohonan saya akan diluluskan. Tapi saya tipu ayah, saya beritahu ayah yang saya sudah pun memohon melalui suratkhabar. Ayah nak saya jadi jururawat? Sedangkan tempat itu memang saya tidak suka. Sampai sekarang saya tahu ayah tidak tahu saya tidak suka hospital. Mungkin kerana, setiap kali ayah sakit atau adik beradik lain dimasukkan ke hospital. Saya yang kerap diantara orang yang terdahulu sampai. Tetapi saya bunuh ketidaksukaan saya terhadap hospital kerana rasa sayang saya terhadap orang-orang yang saya lawati. Kali pertama saya masuk hospital bila melahirkan Qaisara. Saya minta bilik sendiri. Tetapi saya tetap tidak dapat tidur, walaupun doctor bagi saya pain killer no.1 selepas saya dibedah. Doktor tak tahu, saya bukan sakit sampai tak tidur. Tetapi saya tak sukakan hospital.

2. MEDAN INDONESIA
Banyak-banyak tempat yang saya pergi, Medan Indonesia yang paling tidak saya suka. Banyak tempat di Indonesia yang saya lawati sebenarnya tapi ini satu tempat yang paling saya tidak suka. Parking kereta tempat percuma tetapi orang berkejar minta duit, masuk istana yang percuma di tengah Bandar Medan pun orang minta duit. Kata percuma! Barangnya mahal tetapi tidak setanding dengan harganya.. Bila kita gamit satu beca, lima atau enam beca yang akan datang.. Bila kita bertanya arah, orang yang ditanya akan minta duit. Duit..duit..duit. Rusuh..betul-betul rusuh.

3. TANDAS AWAM
Bukan di Malaysia sahaja. Tetapi di semua tempat. Saya cukup takut masuk tandas awam. Tandas yang selalu saya masuk, tandas lapangan terbang yang terjamin bersihnya. Cuma tandas lapangan terbang di Iran dan Jepun agak kotor sedikit. Mungkin ketika itu ramai orang yang menggunakannya. Tandas Jepun saya jumpa lipas sebesar ibu jari. Tandas di China tak ada pintu…he.he.he..lagi haru. Tandas awam di Malaysia sebenarnya banyak juga yang bersih, macam di Alamanda, di Sogo, Di KLCC, Maju Junction (suraunya paling bagus). Tetapi tempat tandas awam yang lain ngeri saya..nak masuk. Terutamanya kedai makan.

4.TELEKONG AWAM
Pakai telekong yang di surau-surau awam. Setiap kali saya keluar pasti saya bawa telekong sendiri. Pernah saya pakai telekong di Jusco Mid Valley, telekong publik. Kotor dan basah. Sampai balik saya geli geleman. Masa solat sudah pasti solat saya tidak khusyuk.

5. KAPALTERBANG
Memang tidak ada cara lain untuk ke mana-mana tempat yang jauh kecuali menaiki kapal terbang. Tetapi ramai yang tidak tahu, saya tidak berapa suka menaiki kapalterbang. Saya selalu membayangkan, kalau saya mati. Berkecai. Kubur saya tak ada. Adik beradik saya tidak boleh lawat saya. Itu satu hal, satu lagi bila berada di dalam kapal terbang. Saya macam robot. Duduk tegak sahaja di tempat duduk. Ada tak ada tengok telivisyen. Dengar lagu kepala saya pening. Baca buku pun kadangkala kepala pusing. Saya asyik mengira jam. Nasib Qaisara memang kaki rayau kat dalam kapalterbang. Ada alasan berjalan-jalan.

6.DISKO.
Saya pernah masuk sekali, masa hari jadi kawan saya. Masa tu saya diawal dua puluhan. Apa punya kawan buat hari jadi di disko. Saya naïf masa tu. Ingat sambut harijadi di disko tu, baguslah. Gah. Rupanya hampeh! Pening kepala saya tengok lampu yang berwarna warni. Pekak telinga saya dengan muzik-muzik yang menjerit-jerit. Sampailah ni, jangan harap saya nak masuk. Taubat saya.

7.BANK DAN AUTHORITY
Berurusan dengan bank dan pihak authority. Tak payahlah saya cakap apa-apa. Tapi memang saya tak suka tetapi kadangkala saya terpaksa!

0 comments: