Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, August 29, 2008

KASIHAN ANAK INI..

Pertama kali saya memulakan kerja saya di salah sebuah sekolah cina di Bandar Melaka itu, saya memang tetarik dengan Siew Sin. Orangnya berwajah manis, mukanya kelihatan lembut dan dia amat ringan tangan sekali. Tidak payah menyuruh Siew Sin melakukan itu ini, dia akan melakukan dengan senang hati. Bahkan Siew Sin seorang pelajar yang sungguh cemerlang. Bahkan semua guru menyukai sikapnya yang begitu baik.
Hari itu saya ditugaskan menjaga para pelajar darjah 6 menghadapi peperiksaan percubaan UPSR. Siew Sin juga turut berada di situ dan saya berdoa Siew Sin akan berjaya menjawab periksaan tersebut dengan cemerlang walaupun hanya perperiksaan percubaan. Hari itu peperiksaan matematik selamat di jalankan. Saya mengumpul kertas jawapan dan menyuruh para pelajar bersurai.
Selesai kertas soalan dikumpul saya membawa ke bilik saya sebelum diberi kepada guru yang akan memeriksa kertas tersebut. Kebetulan guru matematik sedang mengadakan mesyuarat, jadi saya meletakkan semua kertas jawapan yang sudah dimasukkan ke dalam sebuah sampul besar sebentar tadi di atas meja saya, sementara saya menunggu guru tersebut habis bermesyuarat.
“Siew Sin..”
Hati saya berdetik, sebaik sahaja saya balik dari bilik air saya melihat Siew Sin keluar dari bilik saya. Apa yang dibuat oleh Siew di dalam bilik air. Kenapa apabila melihat saya dia lari? Saya lantas mengekori Siew Sin, anak gadis comel itu sudah berlari masuk ke dalam tandas pelajar.
Lantas saya ke bilik saya semula dan memeriksa kertas jawapan yang berada di atas meja saya. Sah! Kertas jawapan Siew Sin tidak ada situ. Tanpa berfikir panjang saya peluk semua kertas soalan matematik yang berada di dalam sampul tersebut dan saya menuju ke bilik air. Siew Sin masih berada di situ. Lantas saya mengetuk pintu tandas yang dimasuki Siew Sin.
“Siapa?” Siew Sin bertanya saya soalan dalam bahasa Cina. Saya tidak menjawab tetapi saya masih mengetuk pintu beberapa kali.
“Siapa?” tanya Siew Sin lagi. Namun apabila saya tidak menjawab. Siew Sin membuka pintu tandasnya. Wajahnya berubah apabila melihat wajah saya.
“Kamu ada ambil kertas jawapan kamu?”
Tanya saya. Siew Sin menafikan sambil menggelengkan kepalanya. Saya lihat wajah Siew pucat. Beberapa kali saya mendesak tetapi jawapannya tetap saya. Bahkan Siew Sin bersumpah dia tidak mengambil kertas jawapan tersebut. Namun dengan lembut saya memberitahu Siew Sin.
“Saya rasa awak ada ambil kertas jawapan awak. Saya tidak rugi kalau awak mengambilnya kerana keputusan itu nanti bukan untuk saya tetapi untuk awak..”
Saya kemudian terus keluar dan masuk ke dalam bilik saya. 1 minit tidak ada apa yang berlaku,2 minit , 3 minit. Tetapi selepas 10 minit, Siew Sin masuk ke dalam bilik saya dengan muka yang ditundukkan..
“Maafkan saya cikgu. Saya memang ambil kertas tersebut. Saya nak jawab balik..”
Siew Sin sudah menangis sambil mengeluarkan kertas jawapan daripada dalam poket baju uniformnya. Hati saya entah mengapa sebak mendengar kata-kata Siew Sin.
“Ada soalan yang saya tidak dapat jawab. Saya takut cikgu, kalau saya tidak dapat A, emak saya akan pukul saya. Sebab itu saya nak ambil balik, saya nak cuba jawab balik. Tadi saya tak cukup masa”
Air mata Siew Sin yang merembes keluar menyebabkan jiwa saya dibalun pilu yang bukan sedikit.
“Semua orang mendapat waktu yang sama dengan kamu. Jadi cikgu rasa tidak adil kalau kamu mahukan masa tambahan. Cuma Siew Sin, ini peperiksaan percubaan. Bukan peperiksaan sebenarnya. Saya tahu kamu akan melakukan yang terbaik nanti. Kamu seorang pelajar yang cemerlang.”
“Cikgu tolonglah saya cikgu, jangan beritahu sesiapa. Jangan beritahu guru besar dan paling penting jangan beritahu emak saya. Nanti emak dengan apak, saya pukul saya..”
Bahu Siew Sin sudah bergegar. Simpati saya bukan sedikit.Saya usap pipi Siew Sin. Saya hanya menganggukkan kepala saya. Siew Sin tidak meniru, Siew Sin hanya cuba mengambil kertas jawapannya dan cuba mahu membuatnya semula kerana sebentar tadi Siew Sin tidak cukup masa.
Perlukah saya memberitahu guru besar mengenai Siew Sin? Perlukah saya memberitahu emaknya? Tidak..bagi saya tidak perlu cuma saya kesal. Tekanan dari ibu dan mungkin bapanya menyebabkan Siew Sin sanggup mencuri semula kertas jawapannya. Ketika Siew Sin keluar dari bilik saya selepas saya memberi beberapa nasihat pada Siew Sin, saya memandang langkah Siew Sin dengan perasaan hiba. Saya berdoa Siew Sin akan jadi anak yang cemerlang dan saya berharap satu masa nanti emak Siew Sin sedar, pelajaran memang penting buat anak tetapi seorang emak, tidak perlu mementingkan kepuasan diri sendiri. Seorang emak juga perlu menjaga perasaan anaknya..

p/s Cerita ini diceritakan oleh salah seorang ahli keluarga saya kepada saya baru-baru ini. Mendengar cerita tersebut tanpa sedar saya menangis. Betapa anak yang berusia 12 tahun sudah tertekan hanya kerana peperiksaan kecil. Apakah sebagai emak..kita sebenarnya sudah layak digelar emak, jika kita hanya sentiasa mendesak dan tidak cuba memahami.

0 comments: