Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 24, 2008

APA/SIAPA YANG SAYA RINDUI


1. Emak saya. Walaupun saya tidak begitu rapat dengan emak semasa kecil, tetapi saya tetap rindukan emak. Emak yang pandai memasak lodeh perut lembu, jem rambutan, kek majerin yang berwarna merah, kuning dan macam-macam lagi. Bahkan saya rindukan baju yang emak jahit, suara emak mengaji dan berpantun. Memang saya rindukan emak..walau emak tidak pernah cakap emak sayang saya, tapi saya tahu..memang emak sayang saya.

2. Kak Munah, sepupu ayah saya yang jaga saya sejak dari kecil. Kak Munah masih hidup, tinggal di Bangsar tetapi entah macam mana sejak Kak Munah berkahwin dan ada anak sendiri. Kami seperti jauh. Tetapi saya tetap rindukan kehidupan saya dengan Kak Munah satu ketika dahulu. Kak Munah yang cukup rajin melayan kerenah saya, yang tidur dengan saya.

3.Menaiki basikal bersama kakak saya Mijah, pergi menoreh getah. Kadangkala kakak saya mengayuh, saya membonceng. Kadangkala saya mengayuh dan kakak saya pula yang membonceng. Tapi sekarang tidak mungkin itu akan terjadi. Berat kakak saya sudah melebihi saya..minta ampun! He..he.he.

4. Menyalin lirik lagu dan melihat majalah hiburan bersama kakak saya Maznah. Saya masih ingat saya menulis lirik lagu ‘penasaran; bersama kakak saya. Kami menyanyi-nyanyi.

5. Bau rumput padang sekolah saya. Tempat di mana saya melompat, berlari dan duduk di bawah pokok semarak api. Tempat di mana saya sering membaca surat dari sahabat pena saya. Surat yang banyak memberi idea saya untuk menulis dan surat yang akan dibakar kalau ayah saya tahu..he.he

6. Saya rindu sungguh mahu makan ubi kayu bakar yang kami bakar di tengah-tengah kebun sambil memerhatikan emak dan ayah saya memerun dan membakar daun-daun getah. Tapi kebun nostalgia itu sudah tidak ada lagi. Sudah diambil kerajaan untuk dibuat kawasan perumahan. Ayah beli tanah lain yang tidak pernah saya jenguk pun.

7. Rindu menanam sengkuang, keledek dan ubi dengan adik beradik saya. Kami berlumba-lumba menyiram tanaman kami dan bila sudah cukup waktunya, kami akan mengorek hasil tanaman tersebut dan berlawan hasil tanaman siapa yang paling besar…

8. Kawan-kawan sekampung saya ketika kami sama-sama memasuki belia 4B. Bermain bola jaring, belajar menari (bila ayah tahu saya menari ayah saya perhambat saya dengan kayu)..he.he. Sekarang kawan-kawan saya pun entah ke mana.

9. Kawan-kawan saya yang berkerja di kilang National Semiconductor. Tempat di mana saya pernah bekerja untuk beberapa tahun. Saya masih ingat setiap kali bulan puasa, kami akan membawa bekal dan makan di bawah pokok di sekitar kilang. Rindunya saya…

10. Sebenarnya banyak perkara dan ramai yang saya rindukan, tetapi baru-baru ini saya rindukan pisau pelbagai guna saya yang saya beli lebih RM100 (itupun masa offer) dan dengan secara tidak sengaja dibuang oleh pembantu rumah saya! Bahkan puas saya cari gantinya tetapi tidak berjumpa. Ini bukan sahaja rindu..tetapi geram!!!!!!!!!

0 comments: