Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 9, 2008

JIRAN CINA SAYA

Saya dengan jiran-jiran agak baik. Selalu saya melebihkan masakan saya terutamanya kalau istimewa sedikit, untuk jiran-jiran saya. Empat bulan yang lalu saya mendapat seorang jiran baru. Tinggal di belakang rumah saya. Jiran berbangsa cina. Suaminya menjalankan pernigaan membaiki kereta dan sering tidak ada di rumah. Orangnya memang baik dan amat sayangkan Qaisara, walaupun beliau sudah mempunyai empat orang anak. Kadangkala dia melarikan Qaisara untuk bermain-main di rumahnya.
Setiap kali saya masak, saya juga menghantar makanan ke rumahnya. Kebiasaan orang cina suka makan mee, jadi kalau saya membuat spaghetti atau mengoreng bihun sudah pasti saya menyuruh pembantu rumah menghantar ke rumah beliau. Beliau menerima dengan senang hati dan sering memberitahu saya yang masakan saya disukai oleh anak-anaknya. Bahkan kari ayam dan rendang ayam yang saya masak juga menjadi kesukaan beliau.
“Tidak pernah anak saya tidak makan nasi. Tapi sejak kenal awak, nasi saya selalu terpaksa saya simpan dalam peti ais..”
Beritahu jiran saya Ah Wah apabila saya menjenguk dapur rumahnya. Cuma yang menjadi masalah saya, Ah Wah juga rajin memberi saya makanan. Satu hari ketika saya demam, beliau memasakkan saya ayam masak cili. Dari jauh baunya sudah menyelerakan saya.
“Ah Wah bagi ayam masak bercili tu pada ibu..”
Pembantu rumah saya memberitahu. Terkebil-kebil mata saya melihat hidangan tersebut. Baunya yang harum memang mengoda, tetapi mengingatkan yang ayam itu tidak tahu dibeli dari mana saya hanya menyuruh pembantu rumah menghantar ayam tersebut kepada pengawal keselamatan berbangsa India yang sedang berkawal, tidak jauh dari rumah saya.
Masalah itu tidak selesai sepenuhnya. Esoknya Ah Wah membuatkan saya kuih talam keladi. Dia memberitahu saya, jangan risau dia tidak memasak daging khinzir di rumahnya. Semunya halal.
Saya tahu niat baik Ah Wah. Saya sanjung sikapnya yang begitu baik terhadap saya, tetapi yang menjadi masalah saya. Ah Wah tidak tahu, bukan setakat daging khinzir sahaja menjadi masalah orang-orang Islam. Tetapi ayam juga harus dibeli pada orang-orang Islam yang menyembelihnya dengan cara yang betul.
Sampai sekarang, setiap kali Ah Wah memberi saya barang makanan, saya pasti akan memberi pada sesiapa yang boleh memakan, makanan orang bukan Islam. Namun ada juga makanan yang saya makan, kalau saya benar-benar yakin dengan kebersihannya mengikut hukum syarak.
Bukan itu sahaja, setiap kali Qaisara datang ke rumah Ah Wah. Ah Wah pasti akan memberi Qaisara makanan ringan. Kadangkala makanan ringan tersebut tidak ada tanda halal dan tulisannya semua di dalam bahasa cina. Jadi mahu tidak mahu saya terpaksa saya membuangnya dan membiarkan Qaisara menangis.
Saya tahu saya perlu menjaga hati Ah Wah, saya perlu menjaga persahabatan saya sebagai jiran dengannya. Dan saya berharap satu hari nanti saya dapat menerangkan pada Ah Wah tentang halal haramnya makanan bagi orang-orang Islam.

1 comments:

Anonymous said...

Salam...saya asalnya dari keluarga cina...convert sorang2...parents still chinese....anak saya stay dgn parents saya...maksud saya waktu saya bekerja...mula2 saya risau juga...tp alhamdulilah...mereka tahu apa yang boleh diberikan pada anak saya dan apa yang tidak boleh....suami pun skarang ni dah biasa dgn situasi ni...bila tiba chinese new year, kami still makan besar kat umah parents...alhamdulilah...walau dah lain agama tapi kami ttp boleh bersama....malah anak saya adalah cucu yang paling rapat dgn mereka...