Ketika saya bersekolah menengah dahulu, saya mempunyai seorang kawan yang sama-sama menaiki bas yang sama ke sekolah. Kami sebaya tetapi berlainan kelas. Setiap hari kawan saya ini akan membawa bekal ke sekolah. Kadangkala puding jagung, kadangkala nasi lemak dan seringkali nasi goreng.
Seringkali kalau saya tanya siapa yang membuatnya. Sudah pasti dia akan menjawab..
“Emak tua aku yang buat..”
Kata-kata tersebut memang sering diucapkan oleh sahabat saya itu. Pada mulanya saya fikir emak tuanya, adalah emak saudaranya. Namun selepas beberapa bulan mengenali beliau. Saya tahu emak tuanya, adalah emak tirinya.
Ayahnya beristeri dua dan dia anak daripada isteri nombor dua. Emak tua yang dipanggil oleh sahabat saya Noni itu adalah isteri pertama ayahnya.
“Kau hari-hari emak tua kau sediakan sarapan. Emak kau tak pernah buat sarapan untuk kau ke?”
“Mak tua aku masak sedap..”
Balas Noni bersahaja. Tidak ada langsung rasa marah atau benci kepada emak tuanya. Bahkan dia kerap kali memuji masakan emak tuanya di hadapan saya.
“Dia bukan macam emak tiri kepada kau..” saya menyatakan pendapat saya.
“Memanglah, aku selalu menganggap dia emak aku.”
Noni memang sering bercerita dengan saya. Rumah emaknya dan rumah emak tirinya tidak jauh. Setiap pagi dia pasti lalu di hadapan rumah emak tirinya untuk menunggu bas ke sekolah. Si emak tiri pula pasti akan menunggu dia dan adik-adiknya, untuk diberi bekal.
“Setiap hari aku balik, aku makan di rumah emak tua aku..”
Saya tahu emak Noni bekerja di salah sebuah kilang dan emak tuanya mempunyai kedai runcit. Noni mempunyai 5 orang adik beradik dan emak tuanya hanya mempunyai dua orang anak yang ketika itu berada di universiti.
“Abang aku dapat ke luar negara..”
Satu hari Noni memberitahu saya. Wajahnya terpacar perasaan gembira yang sukar digambarkan. Mana tidak bangga, anak kampong berjaya ke luar negara.
“Tapi masalah sekarang, aku tidak tahu di mana ayah aku berada. Emak aku tidak pun bercerai dengan ayah lagi. Ayah tinggalkan emak aku begitu sahaja. Namun di dalam borang untuk keluar negara, abang aku memerlukan tanda-tangan ayah dan emak aku…” satu-satu cerita keluarga Noni terlerai.
Menurut Noni, emak tuanya sudah bersedia menjual tanah bagi menampung beberapa keperluan abang Noni keluar negara. Saya yang mendengarnya seperti tidak percaya. Apakah ada emak tiri sebaik emak tua Noni yang sanggup berkorban untuk anak tirinya.
Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu, cuma yang saya tahu Noni memberitahu yang emak dan emak tuanya sudah meminta fasakh di makhmah kerana ayahnya hilang entah ke mana (ketika itu bukan saya tahu sangat pasal fasakh). Dan tidak lama kemudian saya dengar abang Noni sudah berangkat keluar negara.
Satu hari ..Noni tidak datang ke sekolah untuk beberapa hari. Dan apabila dia datang tanpa saya bertanya dia memberitahu.
“Ayah aku meninggal dunia…”
“Oh..sakit apa?” tanya saya tetapi masih sempat berfikir. Bukankah emak dan emak tua Noni sudah meminta fasakh daripada suaminya.
“Entah..polis jumpa dia dalam longkang, kata polis dia mabuk. Panjang ceritanya. Malas aku nak ingat dan nak fikir. Mak tua yang sanggup nak ambil uruskan jenazahnya. Ikut emak aku..tak mahu. Aku pun malulah yatie..”
Walau kini Noni sudah lama tidak saya jumpa, namun saya masih ingat cerita Noni. Saya masih ingat betapa gembiranya Noni menikmati setiap hidangan emak tuanya. Dan ingatan saya terhadap kisah Noni..saya canai dan menjadi hidangan dalam Kembalikan Cintaku…

0 comments:
Post a Comment