Semalam saya ke sebuah pusat membeli belah untuk mencarikan kereta sorong untuk anak buah saya yang baru lahir beberapa hari yang lalu. Lelaki lagi! (anak buah saya 7 lelaki dan 1 sahaja perempuan) Saya pergi dengan pembantu rumah dan sudah tentunya dengan Qaisara.
Saya kemudian meletakkan Qaisara di tempat permainan kanak-kanak bersama pembantu rumah saya sementara saya pergi mencari-cari barang yang saya inginkan. Tetapi jenuh juga mencari kereta sorong yang harga RM500 ke bawah di pusat membeli belah tersebut. Rata-ratanya RM1000 ke atas itupun selepas potongan harga 10%-40%.
“Ibu..tadi ada seorang bibik, jaga anak majikannya, main-main dengan Qaisara..”
Ketika kami sedang menikmati Mac Donald, bibik saya bercerita.
“Hmm..kenapa?”
“Dia udah mengandung 4 bulan. Dia tanya saya apa yang harus dia buat ibu?.”
Begitu beria-ia pembantu rumah saya bercerita. Sudah pasti saya tertarik dengan cerita tersebut.
“Kamu jawab apa?” tanya saya.
“Saya jawab. Manalah saya tahu. Kamu yang lakukan, mahu tanya saya buat apa..” balas pembantu rumah saya. Pedih hati saya mendengarnya.
“Dia cakap, dia belum beritahu majikannya lagi, dia takut. Saya kata, kamu buat berani, sekarang kamu tanggunglah..”
Sambung pembantu rumah saya. Seperti marah sahaja bunyinya.
“Dengan siapa?”
“Ntah..katanya dengan orang Kebongan. Kebongan di mana ibu ya? Di Indonesia?”
“Ishh…Indonesialah tu. Kamu orang Indonesia. Masakan kamu tidak tahu. Dah berapa lama dia di Malaysia?”
“Katanya baru setahun…”
“Baru setahun dah mengandung. ALLAH..ALLAH..”
Saya mengelengkan kepala. Simpati ada, marah pun ada. Simpati kerana pembantu rumah itu nanti pasti akan dihantar pulang oleh majikannya dan anak itu nanti tidak tentu arah nasibnya. Marah pula kerana terlalu mudah menyerah tubuh badannya pada lelaki.
“Dekat mana dia buat? Diakan pembantu rumah? Duduk di rumah majikan diakan?”
“Entahlah ibu, agaknya majikan dia tidak ada di rumah. Lelaki itu datang tak ibu..”
Ngeri saya mendengar kata-kata pembantu rumah saya. Saya membayangkan kalaulah pembantu rumah saya membawa balik lelaki ke dalam rumah saya. Apalah natijahnya nanti. Tidak sanggup saya mahu membayangkan.
“Kamu tengoklah, saya ni. Berkali-kali gugur. Keluar masuk hospital. Barulah dapat si Qaisara seorang. Kemudian mencuba lagi, tak dapat-dapat. Tapi orang macam pembantu rumah yang tak mahu, mudah sekali dapatnya..”
Saya berkata sambil mengeluh. Pembantu rumah saya yang sudah bersuami itu menganggukkan kepalanya. Dia macam saya juga, hanya seorang anak dan anaknya pula sudah hampir menjangkau 20 tahun.
“Dia cakap ibu ini kali ke dualah dia mengandung. Kali pertama hari itu udah digugurkan”
Astaghfiruallah. Saya mengelengkan kepalanya. Takut saya mendengarnya. Dalam diam saya berdoa, moga-moga saya tidak dapat pembantu rumah yang sebegitu!

1 comments:
salam kak..betapa mudahnya org macam ni nak mengandung, sedangkan ada pasangan yg berkhawin bertahun2 tak dapat2 jugak.
kesian nasib anak itu..kalau bagi sy pun sy nak akak...
Post a Comment