Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 7, 2008

SANTAI DI UIA


Di antara peserta yang hadir bengkel ala-ala gedik santai. Peserta termuda pun ada.apa lagi si Qaisara la..nombor dua dari kanan, memakai tudung putih, Sarnia Yahya..


Semalam saya bersama perpustakaan UIA mengadakan ‘santai bersama penulis’ di ruang perpustakaan bacaan ringan di UIA. Saya tertarik dengan beberapa pertanyaan yang dilontarkan seorang pelajar.
“Akak..kenapa penulis sekarang suka menulis mengenai seorang perempuan yang dikahwin paksa dan kemudian jatuh cinta antara satu sama lain akhirnya..”
Salah seorang pelajar bertanya soalah tersebut pada saya. Saya menyuruh beliau memberi saya buku mana satu yang dimaksudkan. Namun beliau tidak dapat menjawabnya.
“Mungkin adik baca buku orang lain dan membuat tanggapan tersebut..” balas saya secara santai dan jawapan saya dijawab dengan gelak ketawa oleh peserta yang lain.
Seorang peserta pula bertanya, berapa bayaran yang saya dapat dari bidang penulisan.
“Kenapa awak harus bertanyakan soalan mengenai ganjaran..”
Soalan ini sebenarnya kurang saya senangi, tetapi saya jawab kerana saya tahu peserta dan juga pelajar itu mahu tahu.
“Sebab saya ambil ekonomi..” balas pelajar yang manis itu pada saya. Santai sahaja jawapannya. Membuat saya tersenyum.
“Patutlah masa akak bekerja di bank, orang mengelar banker dan ahli ekonomi ‘square’. Manakan tidak di kepala mereka asyik dihimpit dengan logo wang ringgit sahaja. Buatlah sesuatu adik dengan minat. Bukannya ganjaran.” Saya menasihati. Juga secara santai.
Ada juga pelajar yang bertanya, banyak-banyak buku saya mana yang lebih Islamik. Saya menyuruh beliau membaca Tidak aku bersuara dan kembalikan cintaku. Saya beritahu beliau saya tidak boleh menyampaikan mesej yang terlalu berat kepada pembaca yang rata-ratanya membaca kerana ingin bersantai. Dan sebaik mungkin saya akan melontarkan ilmu secara santai. . Rasanya beliau membeli mengikut cadangan saya. Terima kasih!
Dan di tengah-tengah perbualan santai itu, seorang pelajar UIA yang berasal dari Brunei menyerahkan telefonnya. Menyuruh saya bercakap dengan emaknya yang berada di Manchester kerana menyambung pelajaran di sana. Perbualan antara beliau (kalau tak silap saya Sarimah namanya) benar-benar membuat saya terharu. Sarimah memberitahu beliau ada semua koleksi buku saya dan membawa bersama di Manchester. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana masih memertabatkan buku penulisan penulis melayu. Saya benar-benar menghargainya.
Dalam sessi santai itu juga saya seret penulis baru saya Sarnia, mendedahkan beliau pada peminat dan berharap satu masa nanti, walau di mana beliau menulis. Beliau sudah terdedah dengan suasana berhadapan dengan peminat.
Terima kasih tidak terhingga pada teman perpustakaan di UIA yang menjamu kami dengan makan dan kuih muih yang enak-enak!

2 comments:

Anonymous said...

Salam...kak Yati jgn serik datang ke perpustakaan UIA ye...kalau ada program yang semacam ini, boleh kan kami undang kak Yati lagi?


Camerawoman/Committe Bersantai bersama novelis..

idasm said...

memang santai.. hehe...