Ramadhan datang lagi. Saya memang teruja setiap kali Ramadhan menjengukkan muka. Perasaannya terlalu berlainan. Hati begitu lapang dan gembira. Ramadhan bulan keberkataan seolah-olah bagaikan satu senjata yang ampuh untuk saya bangun pagi, bersahur, memasak untuk berbuka, membaca Al-Quran, bersolat terawih (selalunya dilakukan di rumah sahaja), menjaga tutur kata dan melakukan yang baik-baik sahaja. Saya tahu semua orang pun juga begitu. . Saya benar-benar berharap dan berdoa, saya diberi kesihatan yang baik, sifat rajin beribadat dan dimurahkan hati bukan sahaja di bulan Ramadhan ini, tetapi pada bulan-bulan seterusnya.
Pada peminat yang dikasihi, yang sering memberi sokongan kepada saya. Saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga-moga hari kritikal di Ramadhan yang mencabar ini menjadikan kita manusia yang lebih baik. Ampun maaf, pada semua yang mengenali diri saya. Jika terkasar bahasa, jika tersinggung kerana tutur kata saya. Beratus-ratus bahkan beribu permohonan maaf saya hulurkan.
Selamat menyambut Ramadhan, bulan yang penuh keberkataan.

4 comments:
Salam Yatie...
Terima kasih kerana sudi membalas email. Selamat menjalani ibadah puasa. Moga Yatie dan keluarga di rahmati Allah swt. ammeennn
anim
Selamat berpuasa juga pada NB.. btw saya ada komen pasal buku 'Kembalikan Cintaku' di Jom Cakap Cakap!
Salam yatie...
Selamat menjalani ibadah puasa dibulan yg mulia ni...
Saya silent reader di blog yatie dan peminat tegar ....semua novel yati dari terbitan alaf, cesb dan nbkara menjadi koleksi saya.
Post a Comment