Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, August 8, 2008

KEMATIAN PASTI MENJEMPUT KITA

Saya memang baik dengan doktor nan seorang ini. Setiap kali saya sakit. Saya akan berjumpa dengan doktor ini. Dia tahu ubat apa yang sesuai untuk saya dan tidak sesuai. Bahkan penyakit batuk yang saya alami sejak kecil lagi, Insya-ALLAH akan boleh diubati di tangan doktor ini.
“Awak nak tahu yatie..”
Satu hari saya datang untuk mendapatkan rawatan. Hampir tengah hari. Tidak ramai pesakit ketika itu. Saya memang selalu datang waktu yang begitu, sambil diperiksa oleh doktor kami boleh berbual panjang lebar. Macam-macam yang kami bualkan.
“Apanya doktor..”
“Kakak saya masih lagi under medication. Suaminya meninggal 3 tahun yang lalu…”
Under medication? Saya tidak dapat menangkap kata-kata doktor tersebut tetapi sebelum sempat saya bertanya, dia menyambung ceritanya lagi.
“Dia dahulu belajar diluar negara. Kemudian berkahwin di sana. Balik ke Malaysia dia bekerja sekejap. Tetapi kerana suaminya selalu ke luar negara. Dia mengambil keputusan meletakkan jawatan dan mengikut ke mana sahaja suaminya pergi. Tiba-tiba suaminya diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang suaminya pergi meninggalkan dia. Sampai sekarang dia masih under medication. Setiap kali nak tidur, dia mesti ambil ubat tidur dan sepanjang hari dia mengambil ubat penenang…”
Tidak tahu kenapa cerita tersebut ditimbulkan oleh doktor tersebut. Mungkin agaknya dia bercerita begitu kerana setiap kali saya datang, suami akan mengekori saya masuk ke dalam bilik rawatan. Mungkin dia mahu menyampaikan mesej, jangan terlalu rapat dengan suami! Nanti kalau suami meninggal saya akan jadi orang gila.
Tetapi doktor itu tidak tahu, betapa budaya orang Turki tidak begitu mempercayai orang lain termasuk juga doktor yang memeriksa isterinya he..he.he
Keluar dari bilik doktor tersebut, saya teringat dengan ayah saya. Ayah memang nampak kasar dengan emak. Sikap ayah yang panas baran memang sukar dikikis walaupun dengan isterinya sendiri. Suaranya seringkali tinggi dan emak pula jarang yang berkutik kalau ayah sedang meradang atau marah. Kadangkala kami adik beradik merasa kasihan dengan emak. Tetapi ayah tetap macam itu dan emak melayan ayah dengan begitu baik sekali.
Bila emak meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya, ayah hanya diam. Langsung tidak menangis. Seingat saya ayah menitiskan air mata hanya apabila jenazah emak dibawa keluar dari rumah.
Namun sebaik sahaja balik dari kubur, ayah memberitahu kami yang dia terlalu rindukan emak dan berharap dapat berjumpa emak dalam mimpinya. Dan di hari ke 14 emak meinggal dunia, barulah ayah dapat bertemu dengan emak di dalam mimpinya.
“Emak kamu tak mahu balik. Dia sihat dan gembira di tempat barunya..”
Saya masih ingat lagi kata-kata ayah kepada kami. Ketika itu sekali lagi saya melihat mata ayah berair. 31 tahun berlalu. Emak sudah lama meninggalkan kami, apatah lagi ayah sudah berkahwin lain. Tetapi saya tahu, ayah tetap sayangkan emak. Tetap rindukan emak dan yang pasti saya tahu ayah tidak pernah melupakan emak. Kalau tidak masakan, setiap petang jumaat ayah pasti akan melawat kuburan emak. Membacakan yassin dan berdoa untuk emak walau lebih 30 tahun berlalu!
“Nanti kalau saya mati awak sedih tak?”
Saya tanya suami saya ketika berada di dalam kereta, balik dari klinik.
“Oh..awak pandai, nak mati dulu. Nak tinggalkan saya dengan Qaisara ya. Awak jangan mati dululah. Tunggu anak kita besar, berkahwin dan ada orang menjaganya. Lepas tu kita mati sama-sama?”
Gurau suami saya. Saya hanya tersenyum mendengarnya.
“Awak tahu sampai sekarang ayah saya masih mengunjungi kuburan emak saya. Baca yassin dan berdoa untuk emak saya. Awak boleh buat tak macam ayah saya buat pada emak saya?”
Suami hanya diam, saya tahu perkara tersebut sukar untuk dilakukan oleh mana-mana manusia di dunia ini termasuklah suami saya. Cuma saya benar-benar berharap yang satu masa nanti, apabila saya sudah tiada. Ada seseorang yang menyedekahkan saya Al-Fatihah terutamanya dari suami saya. Walau tidak setiap hari, setahun sekali pun jadilah..

2 comments:

hertiny said...

salam kak yati.
Suami saya boleh dikatakan setiap hari selesai solat maghrib akan membaca yassin untuk arwah isterinya. (saya yang ke2, kami berkahwin selepas isterinya meninggal dunia)kadang2 timbul juga rasa cemburu dalam hati saya, nak juga saya tanya,tapi demi kebahagiaan saya dan suami sampai sekarang saya pendamkan soalan apakah dia benar-benar menyayangi saya.

Intan Terpilih said...

to tiny...jgn nak jeles dgn org yg dh meninggal...sbb kehidupan suami tiny sekarang adalah dgn tiny, mendoakan org ygn dh meninggal itu satu perbuatan yg mulia...dgn arwah isterinya dia mendoakan...dgn puan tiny plak dia menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan puan zahir dan batin...bersyukurlah dan buangkan sifat mamumah dlm diri...suami puan syg puan juga..andai itu berlaku pada puan dia pun akan baca yasin tiap hari utk puan juga...