Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, May 9, 2008

PROGRAM DI PESTA BUKU SEREMBAN

saya bersama Niti Fadilah dari Radio FM Seremban

Semalam saya ada program di pesta buku Seremban di Seremban Parade. Syukur segalanya berjalan dengan baik. Terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan yang menjemput saya. Pada Wati, Sham, pada pengarahnya Encik Samsudin, Niti Fadila dari Radio FM Seremban dan ramai lagi yang melayan saya dengan begitu baik sekali.
Sempat berbual dengan Encik Samsudin, kata Encik Samsudin statistic yang mengatakan orang Malaysia membaca buku hanya 2 buah setahun adalah tidak benar. Kerana ketika kami sedang makan di Pizza Hut, ada sahaja yang datang membawa buku untuk saya tandatangani. Bermakna ramailah yang membeli!
Walau hari Khamis ramai jugalah yang datang berjumpa dengan saya yang memang cukup pemalas turun padang. Seperti kata suami saya ni macam kura-kura suka menyorokkan kepalanya.
Dan paling mengembirakan saya, saya dapat berjumpa dengan peminat saya Shelly dan sahabatnyanya Majie. Shelly saya kenal sudah lama, bekerja di universiti tempat di mana saya pernah belajar. Tetapi anehnya ini pertama kali saya berjumpa dengannya.

Shelly sanggup ambil cuti semata-mata mahu berjumpa dengan saya di Seremban. terima kasih Shelly ya!

Memang gembira saya berjumpa dengan Shelly dan di masa sama, saya sedih melihat Majie yang kehilangan suami kerana kemalangan tanpa anak dan sekarang ini tinggal dengan keluarganya. ALLAH menjadikan sesuatu ada sebabnya dan sudah menentukan perjalanan hidup kita. Saya berdoa moga-moga Majie bertemu jodoh yang baru dan berbahagia. Insya-ALLAH.
Rasanya yang paling gembira Qaisaralah, selain dapat bermain di Seremban Parade, dapat naik beruang mainan yang yang dibelanja oleh Shelly!

4 comments:

MARIA said...

Cemburu juga rasanya sebab tak dapat menyertai NB di Seremban. Saya tak dapat bercuti sebab ketat dengan jadual kerja harian. Walau apa pun tahniah kepada NB, saya doakan buku NB akan meraih tempat pertama. InsyaAllah.....!!

Anonymous said...

assalamualaikum..

hai kak yati...
terima kasih kerana sudi menjayakan pesta buku di seremban.. saya memmang betul-betul teruja dan berpuashati kerana dapat membawa penulis pujaan saya dan orang ramai ke seremban..

salam sayang...
watie

Anonymous said...

Hai kak yati...

Saya ni syikin...yang lambat sikit jumpa akak masa Pesta Buku Seremban. Saya nak ucapkan terima kasih sesangat sebab kak yati sudi menjayakan Pesta Buku Negeri Sembilan 2008 hari tu..

Insyallah, dalam bulan Ogos nanti kami nak buat Karnival Membaca pula..tentu kami nak jemput kak yati lagi...

Anonymous said...

assalammualaikum kak yati
ni mimi dari jeddah
terkilan nya mie tak tau ade pesta buku di seremban. dah lah tu dekat je dengan kampung mie, lagi satu mase tu mie balik cuti. Mase mie balik cuti hari tu busy sangat tolong makayah nak urus kan hari perkahwinan adik. kalau lah mie tau, walaupun kejap mesti mie ke sana kejap. Mie dah seminggu balik semula ke jeddah. Kalau ade perkembangan, kak yati tolong lah bagitau mie di sini ya.

salam dari jauh
mimi