Rabu yang lepas ketika saya berada di Tokyo, saya dan rambongan melawat sebuah syarikat membuat barang kemas dan memproses mutiara. Di hujung sessi lawatan diadakan cabutan bertuah. Dan ketika saya mencabut satu nombor dan melihat nombor 26, hati saya terdetik. Mungkin saya akan bertuah hari ini kerana 26 tarikh hari jadi saya. Nyata kata hati saya betul. Saya memenangi satu butir mutiara Jepun yang memang terkenal bermutu.
Dan di hari yang sama juga, saya menerima berita daripada pekerja saya. Sayarikat NB Kara di ceroboh kali ke tiga. Beberapa buah komputer dan fax mesin syarikat kami dilarikan oleh pencuri tersebut. Saya merasa begitu marah dan kecewa. Kerana pihak berkuasa seolah-olah hilang daya untuk bertindak. Sedangkan sudah beberapa laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan bangunan mengenai pencerobohan dan kecurian yang berlaku di kawasan tersebut.
Tetapi sebagai manusia, saya benar-benar berharap dan berdoa. Supaya pencuri yang menceroboh masuk dan mencuri bukan sahaja di syarikat NB Kara tetapi beberapa jiran NB Kara diberi oleh hidayah oleh ALLAH supaya bertaubat dan menjadi manusia yang berguna pada bangsa dan negara. Amin….

1 comments:
Bersabarlah NB. Segalanya telah ditentukan Allah. Bersyukur kerana tiada nyawa sesiapa yang terlibat. Mungkin ada fadilat disebalik malang itu, dan sesungguhnya Allah akan mengurniakan yang lebih baik kepada NB. TokMa mendoakan selalu kesejahteraan NB sekeluarga.
Post a Comment