Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 13, 2008

KERETA VS ILMU

“Weh! Kau ada kereta baru?”
Saya berkata separuh menjerit apabila tiba di rumah kakak saya Mijah, hari Minggu lepas. Di halaman rumah kakak saya yang boleh memuatkan empat buah kereta, ada sebuah SUV 3 liter dengan gagahnya di parkirkan di situ.
“Alah..ayah dapat kereta company.”
Kakak saya merujuk pada suaminya yang berkerja sebagai seorang jurutera. Kakak saya sendiri sudah memiliki 3 buah kereta. Dan kerana kehadiran kereta yang baru ini dia terpaksa menjualkan salah satunya dari tiga keretanya.
“Dulu kita nak ke mana-mana naik basikal. Kalau tidak kita naik bus MOS yang sejam atau dua jam sekali masuk ke kampung. Kau ingat?”
Saya bertanyakan kakak. Mengenang kisah lama menyebabkan hati kami berbaur gembira dan sedih. Hidup di zaman dahulu, kami terpaksa memikirkan keperluan dari kehendak.
Saya masih ingat lagi, betapa gembiranya apabila emak memberitahu yang kami mahu dibawa ke bandar Melaka yang hanya 8 kilometer dari rumah. Pergi ke bandar, bermakna kami akan dapat menaiki bus MOS yang berwarna merah kuning yang masuk ke kampung kami hanya sejam atau dua jam sekali.. Sesuatu yang cukup mengembirakan kami ketika itu dan boleh diceritakan kepada kawan sekampung selama beberapa hari.
“Sekarang kita dah telalu banyak kereta..”
Beritahu kakak. Saya sendiri mempunyai 3 kereta, kakak kalau keretanya tidak dijual akan ada 4 kereta! Keperluan sudah tidak ada, sudah jadi kehendak!
“Kau dah cuba bawak kereta tu. ?” saya bertanya kakak.
“Ahh..tak kuasa aku. Kereta yang besar macam tu. Nak parking pun susah. Baik aku bawak Myvi aku..”
Kakak memberitahu. Saya menganggukkan kepala. Saya sendiri kalau di suruh bawa kereta sebesar itu pun saya malas. Sudahlah parkir susah. Duit minyaknya mak datuk, lebih-lebih lagi pada masa sekarang.Teringat saya ketika saya baik dengan Jay dulu (lelaki ini pernah saya ceritakan). Dia memakai kereta sport yang saya rasa hampir ½ juta ringgit harganya. Ketika itu saya pergi bekerja dengan menaiki bus. Seringkali apabila dia ternampak saya di perhentian bus, dia akan menumpangkan saya. Dan pernah saya memberitahu dia, jangan ambil saya kalau ternampak saya di perhentian bus.
“Kenapa?” Tanya Jay mungkin pelik dengan permintaan saya.
“I tak layak naik kereta ½ juta you. Malu I.”
Lantas saya menceritakan pada Jay, bagaimana kawan-kawan saya di perhentian bus yang tidak mengenali Jay. Bertanyakan siapa teman lelaki saya itu. Sudahlah berbangsa Cina, memakai kereta sport dan saya pula memakai tudung. Penat sungguh saya mahu menjawabnya!
Lantas mendengar cerita saya Jay ketawa. Kata dia, orang suka kalau naik kereta mahal-mahal. Saya pula yang terbalik.
Bagi sesetengah orang memang kereta mahal seperti menjadi lambang status. Itu kegemaran masing-masing. Apa yang hendak dikatakan.
“Kau dah boleh pakai BMW dah…”
Ada seorang kawan cuba memprovokasi saya. Tapi saya hanya ketawa. Walau dia tahu, saya tidak akan berganjak dengan pendirian saya tetapi dia masih terus-terusan mencuba. Prinsip saya. Kereta yang saya beli mesti praktikal. Senang untuk dikendalikan dan boleh mengangkut seberapa ramai orang yang saya suka dan tidak menyakitkan poket saya.
“Dari kau buang duit, pergi sana- sini. Setahun habis berpuluh ribu baik kau pakai BMW atau Lexus..” Tadi suruh saya beli BMW sekarang suruh saya beli Lexus pula. ALLAH..ALLAH..ALLAH.
“Apa yang kau dapat, hanya gambar-gambar jadi kenangan. Kalau kau beli kereta mewah. Ahh..terpongok depan rumah. Orang tengok kau pun respect!”
Katanya. Mungkin dia merujuk dengan sikap saya yang suka mengembara dan menghabiskan duit hanya semata-mata mahu melihat negara orang.
Ahh..lantaklah, apa orang nak cakap. Bagi saya, ilmu pengetahuan dari mengembara lebih berharga daripada kereta mewah yang semakin lama semakin turun harga!

2 comments:

Anonymous said...

Kak sekarang bas dah tak masuk ke kg kita lagi. Nak ke bandar naik bas pn susah sekarang ni. Rasanya bas MOS dah tak wujud lagi.

MARIA said...

Saya pun sama, minat mengembara, tapi tiada upaya disegi kewangan. Masih memikirkan masa hadapan walaupun anak-anak sudah lepas universiti dan telah bekerja. Kalau saya berhajat untuk ke sesuatu luar negara yang saya suka, tentu lebih seronok dengan duit sendiri. Membeli belah dengan duit sendiri....setuju tak?

Di kampung saya, bas Put Hupp berwarna biru kuning yang selalu ulang alik ke kampung tempat saya tinggal dulu di Tanjung Kling. Bapa saya sendiri bekerja dengan co. bus tu sebagai konduktor dan dinaikkan pangkat ke pemandu. Masa itu saya bangga mempunyai seorang abah yang bekerja sebagai pemandu bas. Lebih-lebih lagi abah saya seorang lelaki berketurunan Cina berugama Islam.