KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir menerima dengan hati terbuka teguran Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin tetapi pada masa sama sedih kerana ada perkataan yang dikeluarkan itu mengguris hati keluarganya. “Saya menganggap komen itu positif sebab beliau adalah mufti. Sudah pasti beliau mahu yang terbaik untuk rakyat Perlis,” kata naib juara rancangan realiti televisyen, One In A Million (OIAM) itu. Bagaimanapun, beliau berharap pada masa depan, mereka yang ingin menegur atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perilakunya turut memikirkan kesannya kepada keluarga dan mereka di sekeliling beliau.
“Kenyataan sebegini turut memberi kesan kepada keluarga termasuk isteri dan dua anak serta ibu bapa saya,” katanya ketika ditemui Berita Minggu pada sesi latihan Anugerah Industri Muzik (AIM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin. Mengenai reaksi ibu bapa Faizal sendiri apabila mengetahui berita berkenaan, katanya, mereka terkejut kerana kenyataan berkenaan keluar daripada mulut seorang mufti yang dihormati masyarakat. “Ibu bapa saya agak terkejut kerana mereka juga mempunyai latar belakang agama yang kuat. Cuma mereka tidak nampak kenapa sampai perlu nama saya disebut. Ia kerana pada mereka jika mahu diberikan contoh pun biarlah secara umum tidak perlu sebut nama sesiapa kerana ia lebih profesional,” katanya.
Khamis lalu, Mufti Perlis itu dilaporkan berkata beliau tidak bersetuju Faizal membuat persembahan di negeri itu kerana artis itu berambut panjang, sering meraung dan melompat-lompat ketika persembahan yang tidak sesuai untuk tontonan rakyat Perlis. Faizal berkata, beliau faham tidak semua orang boleh menerima aliran muzik seperti rock dan dangdut. Walaupun ada sesetengah pihak menganggap kenyataan Mufti Perlis seperti penghinaan, Faizal berkata: “Saya tidak fikir ia satu penghinaan dan tidak mahu memikirkannya. Jika saya berfikiran ia menghina maka ia akan memberi kesan negatif kepada diri sendiri. Isu ini akan menjadi lebih panjang. “Perkara ini, buat saya lebih kuat kerana ini ujian untuk saya. Kalau saya tidak kuat mungkin saya terus diam dan tidak lagi menyanyi. Alhamdullilah, saya masih mampu dan mempunyai kekuatan meneruskan kerjaya saya,” katanya.
Ditanya perasaannya apabila Mufti Perlis menyifatkannya berada pada tahap krisis identiti kerana tidak mengetahui hala tuju sendiri dan tidak mengetahui siapa diri sebenar kerana `sekejap mahu jadi manusia, sekejap mahu jadi Superman', katanya beliau berasa lucu dan kelakar dengan kenyataan itu. “Bukannya saya nak jadi seperti Superman pun. Sebagai manusia saya akan tetap terus jadi manusia sampai bila-bila. Cuma minat saya pada Superman saja, mungkin ada salah faham mengenainya. “Saya sebagai penghibur cuma melakukan kerja saya dengan baik dan mungkin cara saya menghiburkan orang sebegitu dan kebetulan saya minat kepada watak Superman. Cuma kalau hendak dipertikaikan tingkah laku dan kesilapan yang lepas, sebagai manusia biasa, saya minta diberi peluang memperbetulkan diri,” katanya.

1 comments:
Apa kah Mufti negeri2 lain tak sayang kat rakyat depa ka! Bagaimana dengan muzik rock, terlompat-lompat, menjerit2, bertopeng, kadang2 berlenggeng tu macam mana pulak? Hakikatnya mufti pun 'manusia' biasa, cuma ilmunya saja yang lebih dan tinggi. Ilmu yang Allah kuniakan juga hendaklah digunakan dengan cara yang bersopan. Setahu saya yang jahil ni, orang berilmu tinggi, tinggi jugalah kesopanannya. Tak gitu NB?
Post a Comment