Setahun yang lepas, pada satu pagi selesai sahaja Qaisara mandi, dia mengaru-garu badanya. Selepas 5 minit, badannya terus bengkak dan mukanya sudah menjadi tebal seperti penghuni UFO yang selalu digambarkan di dalam akhbar-akhbar dan juga telivisyen. Sudah tentu saya menjadi kelam kabut dan seperti mahu menangis melihat anak saya berkeadaan begitu. Suami lagilah, dia langsung tidak memandang pada Qaisara kerana tidak sanggup melihat anaknya yang comel sudah seperti disenget tebuan. Saya kemudian membawanya ke klinik. Di klinik doctor mengatakan Qaisara mendapat allergi. Tidak tahu allergi dari apa. Mungkin dari air atau dari makanan.
Saya mengingati semula apa yang telah diambil oleh Qaisara. Dia seperti kebiasaannya terlalu kuat minum susu, setiap 2 jam sekali. Sedikit air milo, ikan tenggiri yang dimasukkan ke dalam buburnya bersama dengan sayur jagung. Saya hanya meletakkan sedikit garam ke dalam buburnya. Bingung saya dibuatnya. Apa yang telah dimakannya? Kenapa dia allergi? Ataukah dari air kerana sebaik sahaja dia mandi, dia mengaru-garu badannya.
Keesokan harinya keadaan berulang lagi, saya ke pakar kanak-kanak pula kali ini di mana Qaisara sering membuat pemeriksaan kesihatan ketika dia masih kecil.
“Oh..dia mendapat urticaria..” beritahu doctor pakar tersebut apabila selesai memeriksa Qaisara.
Gelegata atau urticaria terjadi kerana alergi terhadap makanan, air ataupun persekitaran. Saya mengingati semula apa yang telah diambil oleh Qaisara. Dia seperti kebiasaannya terlalu kuat minum susu, setiap 2 jam sekali. Sedikit air milo, ikan tenggiri yang dimasukkan ke dalam buburnya bersama dengan sayur jagung. Saya hanya meletakkan sedikit garam ke dalam buburnya. Bingung saya dibuatnya. Apa yang telah dimakannya? Kenapa dia allergi? Ataukah dari air kerana sebaik sahaja dia mandi, dia mengaru-garu badannya.
Keesokan harinya keadaan berulang lagi, saya ke pakar kanak-kanak pula kali ini di mana Qaisara sering membuat pemeriksaan kesihatan ketika dia masih kecil.
“Oh..dia mendapat urticaria..” beritahu doctor pakar tersebut apabila selesai memeriksa Qaisara.
Urticaria kalau dikalangan orang melayu dipanggil gelegata. Saya masih ingat satu ketika dahulu kalau saya terkena gelegata, arwah emak akan meletakkan bawang merah atau bawang putih di tempat tersebut. Bahkan orang-orang melayu percaya, gelegata terjadi adalah kerana tamparan emak jin yang marah kerana kita terpijak anak atau rumahnya (ALLAH, ALLAH)..he.he.he..
“Punca urticaria ini mungkin daripada makanan, air atau persekitaran. Awak kena perhatikan apa yang dimakannya, takut ada bahan-bahan yang mengandung alergi kepada badan anak awak. Air juga mungkin memberi reaksi allergi pada badannya.Air paip sekarang bukannya bersih, walaupun kita menggunakan water heater. Mungkin peluh dan kepanasan juga menyebabkan anak awak terkena urticaria . Pada peringkat permulaan ianya tidak merbahaya tetapi perlu dikawal. Elakkan dari mengaru, mengaru akan menyebabkan badan menjadi lebih bengkak..”
Lantas doctor memberi saya ubat menahan gatal dan sapu yang seperti kapur untuk diberi pada Qaisara. Setiap hari saya pantau makannya, bahkan air mandinya pula saya beli air suling. Dan setiap kali Qaisara terkena urticaria saya akan menyapukan ubat seperti kapur itu dan sudah pasti Qaisara tampak seperti mumia kecil! He.he.e
“Saya kalau kena macam ni, masa kecil-kecil. Arwah emak selalu guna cologne.”
Beritahu suami saya. Saya tahu cologne cukup memainkan peranan besar dalam kehidupan orang-orang Turki. Di kedai-kedai makan, di dalam bas, di masjid dan di mana-mana cologne pasti ada. Di dalam bas cologne akan diedarkan pada penumpang yang mahu memakainya. Biasanya mereka pakai di tangan-tangan atau muka. Begitu juga selepas makan dan membasuh tangan mereka akan mengenaikan cologne. Suami selalu membuat komen!
“Tengok..betapa bersih dan wanginya orang Turki!”
“Tangan sahaja wangi buat apa, tapi kalau mandi 2 minggu sekali..” itu jawapan saya yang menyebabkan suami ketawa besar.
“Cuba awak beli baby cologne, ubat ni buat Qaisara nampak kotorlah..” beritahu suami merujuk pada ubat kapur yang terpaksa saya sapu kepada Qaisara, apabila badannya mula bengkak-bengkak. Jadi saya ikut nasihat si suami. Apabila melihat Qaisara mengaru, saya akan meletakkan cologne. Alhamdulilah.
Baby cologne ini banyak membantu saya menyelesaikan masalah urticaria yang dihadapi Qaisara.
Dan benar seperti kata suami saya. Qaisara tidak akan mengaru lagi dan urticarianya tidak merebak! Bahkan dia sentiasa berbau wangi. Sampai sekarang di rumah saya di mana-mana ada baby cologne dan termasuklah di dalam beg tangan saya!
1 comments:
OOOHHHH baru saya tahu, selama ni saya kena gelagata, saya biarkan sahaja dia membengkak. Ia terjadi bila diluar ofis hujan, saya yg didalam ofis yg beraircond ni, jadi bengkak tiba2.. muka bengkak dan badan2 kaki tangan semua bengkak... malu tau... lain kali saya kena spare cologne kat ofis dan dalam handbag.. mana tau kot2 kena lagi..
Post a Comment