Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 1, 2008

STAY THE SAME

Don't you ever wish

You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly
Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far
And I hope you always stay the same '
Cause there's nothing 'bout you
I would change
I think that you could be
Whatever you wanted to be I
f you could realize Don't be afraid
If you've got something to say
Just open up your heart
And let it show you the way
Believe in yourself
Reach down inside
The love you found will set you free
Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do You'll make it through..ohhh..yeah...
No there's nothing 'bout you I would change


Sudah lama sungguh saya tak dengar lagu ini. Kebetulan apabila membeli telefon tangan baru, adik yang menjual telefon tersebut memuat turunkan lagu ini untuk saya. Saya mula digondam sayu!
10 tahun dahulu, lagu ini saya letak di dalam kad yang saya buat sendiri dan saya hantar kepada kawan-kawan saya termasuk suami yang ketika itu teman lelaki saya, yang kebetulan ketika itu menghadapi berberapa masalah. Pertama kali saya mendengar senikata Lagu Joey Mcintyre ini saya rasa seperti ada semangat yang meruntun dalam jiwa saya.
Memang ketika kecil dahulu saya mempunya self esteem yang sangat rendah. Saya takut berhadapan dengan orang ramai kerana saya dari keluarga yang miskin. Apatah lagi apabila emak meninggal dunia. Bagi sesetengah orang kampung, kami adik beradik seperti mahu menagih sedekah atau simpati dari mereka. Masih saya ingat apabila saya datang berkunjung ke rumah orang di hari raya. Orang menutup tingkap dan pintu. Bahkan penghinaan seorang teman yang menghalau saya dari mendekatinya dengan mengatakan saya busuk masih saya ingat sampai bila-bila.
Ahh..terlalu banyak penghinaan yang saya terima ketika usia muda saya!
Namun dari penghinaan demi penghinaan yang saya terima menyebabkan semangat saya mahu terus belajar dan belajar supaya orang lain tidak mudah merendahkan saya. Saya tahu dengan pelajaran orang memandang tinggi saya, saya belajar di bidang Account, Computer, penulisan skrip serta Perkembangan Manusia di kolej dan universiti semata-mata perasaan ingin tahu dan serba sedikit memberi keyakinan pada diri saya. Saya juga belajar melalu pengembaraan, saya melihat dengan semua deria rasa saya dan lantas menterjemahkan dikepala. Membuat perbandingan dan paling penting sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada dan sering mengingatkan diri sendiri. JANGAN SESEKALI MERENDAHKAN ORANG LAIN!
Bahkan lagu-lagu positif seperti ‘stay the same’ ini banyak memberi ruang pada saya untuk menghormati diri sendiri.
Pada adik-adik yang membaca coretan saya ini, yang pernah rasa kecewa dalam apa sahaja kondisi. Percayalah pada diri sendiri, jangan takut untuk mencuba dan belajarlah dari kesilapan lampau.

1 comments:

LAW said...

hehe... bila baca entry ni membuatkan saya teringat zaman dulu².. saya juga ada self esteem yang sangat rendah sebab sangat sering diejek/diusik/ jadi bahan gurauan adik bradik, saudara mara & orang lain sebab berkulit hitam, berbeza dengan adik beradik yang lain.. hinggakan pernah terfikir untuk lari dari rumah sebab merasakan yang saya ni anak angkat..huhu

alhamdulillah masa sekolah, akademik saya agak baik dan cikgu/kawan selalu memaksa saya untuk join aktiviti atau jadi AJK persatuan tertentu & lama kelamaan dah agak hilang rasa rendah diri tu..